Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Kepada Siapa Cerita ini Mahu Kuberitahu?

Tak ada yang mengganggu. Tak ada bicara dengan sesiapa. Air mata menitik. Setitik. Dua titik. Berhenti sendiri.  Dalam kepalanya entah ada bicara apa sedang bertelagah sesama sendiri. Hal-hal remeh. Perkara tidak perlu fikir.... Kenapa aku tak kuat? Mengapa aku mengada? Mengapa? Mengapa? Mengapa?  Pernah tak, sesekali, engkau terasa mahu berbual dengan seseorang. Engkau tidak tahu dengan siapa. Engkau mahu berbicara apa-apa sahaja. Namun mustahil engkau dapat lakukannya. Sebab, engkau tak dapat bercerita semuanya... Sebanyak mana engkau berkongsi, akan ada yang akan engkau rahsiakan. Dengan yang paling rapat dengan engkau sekalipun. Engkau mahu menceritakannya. Dalam masa sama engkau rasakan itu terlalu remeh untuk kau bicarakan dengan orang lain. Engkau memilih simpan. Bukan berhasrat untuk memendam. Telah engkau zahirkannya dengan contengan atau pertengkaran dalam kepala sendiri...  Akan ada masa, seperti masa sekarang, engkau mahu berbicara dengan seseorang. Hal-hal remeh. Borak dan