Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Bengkel bersama Umairah Shafei di sekolah al-Amin

Menjadi Penulis: Langkah Bermula Ummu Itqan “Jangan biarkan medan karya dipenuhi karya picisan” #Mengapa perlu mula menulis? -wadah dakwah terbaik -pahala berganda -terapi -berkongsi pengalaman -sumber kewangan sampingan. #Bagaimana bermula? -Tetapkan matlamat“menerbitkan novel pada Ogos 2011” –SMART (Specific [novel? Cerpen?], Measurable [melibatkan bilangan, tempoh masa], Attainable [boleh dilaksana], Realistic [berpijak di bumi nyata], Time Bound [ada jangkamasa] -Pilih tema/subjek -subjek cerita -sejarah – agama – politik -perjuangan -Karya yang baik menjawab formula 5W 1H. -kajian –membaca (mendapatkan kesegaran bahasa), menulis maklumat sahih -Pelan tindakan # Mengelakkan ketirisan idea. -Baca karya penulis lain -Mentor -pelan tindakan -buku kecil + pen -MP3 -

Nabi Musa

Nabi Musa adalah daripada keturunan Nabi Ibrahim dan beliau merupakan salah seorang daripada lima orang Rasul Ulul Azmi yang disebutkan di dalam al-Quran. Terdapat banyak kisah beliau yang dirakam Allah dalam al-Quran dalam surat dan ayat yang pelbagai. Antaranya, kisah Nabi Musa membelah lautan, kisah Nabi Musa dan firaun, kisah Nabi Musa di istana Firaun, Kisah Nabi Musa dan tongkatnya yang merupakan mukjizat daripada Allah. Sangat banyak. ya Allah, baru saya tahu banyaknya kisah yang dirakam Allah berkenaan nabi Musa. Syukurlah, menulis membuatkan saya juga membaca. Berkongsi untuk menyediakan pencen kubur. Kisah Nabi Musa di Dalam al-Quran.  1. Al-Qasas: 3-43  2. Taha: 9-101 3. Al-Syua’ara: 10-68  4. Al-A’raf: 100-106, 157  5. Yunus: 75-92  6. An-Naml: 7-14  7. An-Naazi’aat: 15-26 8. Hud: 96-101  9. Ibrahim: 5-8  10. Al-Mu’minun: 45-48, 49 11. Al-Isra’: 101-104  12. Az-Zukhruf: 46-56  13. Az-Zariat: 38-40 14. Ad-Dukhan: 17-33  15. Ghafir: 23-46, 53, 54,  16

Fatimah Syarha: Bengkel Penulisan 2009 Bersama Umairah Shafei.

FATIMAH SYARHA BENGKEL PENULISAN 2009 -Lesenkan karya bukan jual -Jelaskan matlamat penulisan -Ingat tiga persoalan utama: dari mana kita datang, untuk apa kita di sini, ke mana kita akan pergi. -Apakah yang Allah perintahkan? –Belajar bersungguh-sungguh (al-mulk:2) –Berakhkal mulia -Apakah yang Allah larang? – Jangan hampiri zina. – Elakkan hiburan tidak syarak – mengumpat (sumpah kita –surah al-An’am:62) “buat baik itu sebenarnya diri kita” “bayangkan jika kita menulis sesuatu yang tidak syarak” “Jangan malu buat baik.” “Jelaskan matlamat.” Noktah Bidayah. -Jadilah penulis daie ilallah –“NAK ALLAH” (penulisan adalah wasilah mencapai matlamat-ALLAH) -Jika kita tiada idea, Allah ada. -Jika kita tiada semangat, Allah ada -Jika kita berputus asa, Allah ada. -Jika kita sedih dikritik, Allah ada. “kamu tidak pernah bersendirian, Allah sentiasa ada.” Latihan. Kerana Dia. (tertanya-tanya) Hafiz pandang wajah Bonda, Mak Cik, Usu dan saudara mara

Sesudah Keputusan Itu Diumumkan : Sebuah Catatan Tertangguh

Petang Rabu yang membawa perkhabaran yang langsung tidak mengubah riak di wajahnya. Terasa sama sahaja seperti keputusan yang lepas-lepas. Apabila diberitakan keputusannya, dia hanya menerima dengan satu kata : Alhamdulillah. Layakkan seorang yang usahanya 0.1 peratus mahu mendapatkan keputusan yang baik? Lalu, perkataan apakah yang dapat dinyatakan apabila keputusan itu di tangan? Ia dalam jangkaan. Ia melebihi jangkaan. Maha Baiknya Allah. Benarlah suara hati itulah yang menentukan hasilnya. Sekali pun tidak boleh ada lintasan tidak baik yang menjejaskan semangat yang baru bertunas. Semester lepas berlalu bagaikan angin yang bertiup tenang, walaupun hujungnya ada taufan melanda kerana perbuatan diri sendiri. Dia masih angin yang sepoi-sepoi bahasa walaupun sekelilingnya hampir musnah kerana angin taufan yang melanda itu. Angin yang membawa isyarat perubahan. Dengan keputusan yang diperoleh, langkah kaki perlu diteruskan, dan satu kepercayaan kembali berdengung dalam diri.

Buku Baru Faisal Tehrani,

SINEMA SPIRITUAL DRAMATURGI DAN KRITIKAN FAISAL TEHRANI Di Malaysia, saban hari kita dihidangkan dengan filem melayu yang bersifat “sampah” dan kononnya merentang realiti namun sebenarnya mendedahkan sisi buruk tanpa menumpahkan kebaikan dalam karya mereka. Sukar sekali mencari filem Malaysia yang berjaya mengangkat Islam pada kedudukan yang benar sebaliknya seakan merendahkan maruah kita sendiri. Realiti tidak hanya perlu ditunjukkan dengan lakonan realiti itu tetapi penawar dan jalan keluar daripada permasalahan. Dalam pengantar penerbit (Unit Buku Harakah) ditulis, “Filem murahan seperti tahyul, sisi-sisi pinggiran masyarakat dan bermacam-macam lagi nampaknya semakin banyak dijadikan subjek filem. Di satu pihak pula, wujud kecenderungan menjadikan wajah dan imej agama untuk menampakkan karya mereka sebagai “seni islam.”, sedangkan apa yang dikemukakan sangat superfisial dan sebenarnya lebih menampakkan satu penghinaan terhadap agama. ” (pengantar penerbit) Filem yang dija

Terima Kasih, bahasa Arab.

Hampir masuk tahun keempat di UIAM saya kekal di level 2. Namun hari ini saya mahu memanjatkan rasa bersyukur dan terima kasih yang tidak terkira kerana Allah meletakkan saya sebagai pelajar bahasa Arab. Walaupun belum lulus nahu dan sorof yang menjadi subjek wajib belajar, sekurangnya saya mengenal huruf bahasa Arab. Bukankah ini satu nikmat yang sangat besar? Walaupun tidak mampu membaca kitab-kitab tebal nan berilmu yang banyak dalam bahasa Arab, sekurangnya saya faham sepatah dua kata dalam bahasa Arab. Terima kasih Allah meletakkan saya dalam kalangan orang yang belajar bahasa Arab. Mulai hari ini, saya akan mencintai bahasa ini. Bahasa Arab. Seperti watak Zakiah dalam Friends Forever, Ila Husna harus mencontohi watak itu dan menjadi seorang pencinta bahasa Arab. Nantikan projek terbaru Ila Husna. Insya Allah, dalam pembikinan. Jadi, saya pohon doa kalian yang membaca menghulur doa agar mempermudah saya membuat pencen kubur ini. :D Maktabah UIA, 27 Jun 2012.

Membaca Untuk Mengenali Siri 1

Pengalaman Pembacaan Yang Sangat Megujakan.      PROSES KREATIF SATU PENGALAMAN ROHANI. ABDULLAH HUSSAIN. Saya memerlukan tiga hari untuk menyudahkan bacaan Proses Kreatif Satu Perjalanan Rohani yang ditulis SN Abdullah Hussain. Bacaan yang berselang dengan buku lain –Sinema Spiritual (Dr Faisal Tehrani) dan Setitis Embun Semarak Api (SN Shahnon Ahmad) membuka arena baru dalam akal fikiran saya. SN Abdullah Hussain menyebut dalam pendahuluan buku ini: “Bahan-bahan yang saya gunakan di sini ialah hasil fikiran dan renungan saya dalam perjalanan hidup. Hasil fikiran dan renungan itu saya jadikan bahan tulisan yang mungkin boleh dijadikan contoh oleh orang lain.” (Abdullah Hussain: vii) Membaca catatan kepengarangan sepanjang penulisan novel dan cerpen oleh SN Abdullah Hussain memberitahu saya bahawa idea ada di mana-mana. Pengalaman demi pengalaman yang ditempuh sepanjang perjalanan menjadi bahan terbaik dalam penulisan. Sekali lagi, menulis sesuatu yang dekat dengan diri lebih m

Hari Kedua

Dua hari yang dilalui tanpa nyenyak mengingatkan diri betapa banyak hari aku lena dan melenakan diri. Hari kedua namun belum satu kelas dimulakan. Bersama adik-adik yang bijak dan pintar. Terkulat-kulat aku sendiri. Semoga semester pendek ini penebus. Allah beri tahap usaha seseorang. Pagi tadi, Berbelian bersama Ainul Salasiah. Aktiviti yang lama tidak dilakukan. :D *** Hujung minggu ini pesta buku Selangor. Keadaan tidak mengizinkan aku ke sana. :D

Selamat Datang Semester Pendek

  lewat pertemuan hujung mingguku bersama h dihulurnya secawan kopi manis sehiris limau masam. kutelan meski tekak mendesak melontarnya kembali. kata h telanlah apa yang ada di hadapanmu manis itu penyeri hidup masam itu pengingat diri masin itu hadirnya sesekali pahit itu ubat sejati. h, suatu masa ketika kamu kembali menemuiku mahu kujabat tanganmu terima kasih mengingatkan. secangkir kopi sehiris limau pemberianmu mengukir senyum di bibir. 19 Jun 2012/ Mahang. *** 25 Jun 2012 Perjalanan semester pendek dimulakan. Dua minggu bercuti di rumah tanpa talian internet membuahkan ketenangan. Memberitahu yang sebenarnya diri makin mendekati buku ketika talian internet tiada disebabkan modem yang terbakar kerana terlalu lama digunakana. Pesan dipesan banyak kali. Jangan hampakan semua yang menanti kejayaanmu! Kata seseorang: "Hm, sekolah tu tentu keputusan UPSR baik." Tersedak! Andainya yang berkata itu tahu hak

Tulisan Yang Ditulis

Menulis bukan sebarang tulisan Disoal di Sana Atas landasan apakah penulisan Kerana menegakkan titah Allah atau Demi kertas-kertas tertulis angka. Allah. Tetapkan hati ini dalam menulis Bakat dipinjam-Mu Bukan dipersia Demi berkongsi Demi memberi Termampu diri. Seandai esok diri pergi, Ada harta kemudian hari Menghulur jariah buat diri. *** Saya tidak dapat membuang kekaguman pada mereka yang begitu tekal menulis dan berani menghantar penulisan mereka kepada media. Ia sikap yang harus dipuji kerana selagi tidak dihantar karya akan menjadi satu bahan tepu yang terkurung dalam diri sendiri.  Saya mengikut penulisan Mohd Helmi Ahmad, seorang guru lepasan UPM yang makin rancak penulisannya dan karya sering muncul di media massa. Subhanallah. Ilhamnya tentu sekali tertumpah selalu pada dada kertas. Usai perjumpaan dengan penulis kreatif Galeri Ilmu, saya melihat perkembangan positif. Wah, bilakah buku kedua akan muncul? Sungguh

Membaca Buku Puisi?

membebaskan aksara. Jujurnya, saya tidak pintar menginterprestasi dan memberikan makna di balik puisi yang dibaca. Saya membaca puisi pada lapis pertama yang ditulis, hanya sesekali cuba menerka maknanya dengan kecetekan ilmu puisi yang ada dalam dada ini. Saya tidak banyak meneroka dan mengenal pemuisi negara seberang, dan masih berusaha mengenali penyair dalam negara. -A.Samad Said -Usman Awang -Salmi Manja -Zurinah Hassan. Sekadar empat nama yang saya tuliskan di sini. Hakikatnya, kita punya ramai penulis puisi dengan pelbagai tema dan gaya penulisan. Ada yang sukar diterka makna di balik tulisan mereka yang berlapis-lapis dan ada yang banyak melukis kisah kehidupan. Penulisan yang dekat di hati. Saya percaya masih ramai yang meminati puisi dan mahu belajar menulis puisi. Mulakanlah dengan membaca puisi-puisi yang baik. Tiada jalan kedua. Bacalah adalah  semangat penulisan. Tipu jika dikata minatnya seorang itu menulis tanpa suka membaca. Membaca yang punya makna luas.

Sinopsis Friends Forever - Ila Husna

ukhuwah itu tali penyatu Impian Zakiah untuk mendalami bahasa Arab menjadikan beliau nekad menolak tawaran Medik di Mesir dan mengisi borang kemasukan ke UIAM yang terletak di Nilai dalam jurusan bahasa Arab. Dia berdoa sesungguh hati supaya diterima ke UIAM kerana impiannya adalah untuk menjadi seorang pejuang bahasa Arab. Penerimaan mak dan ayah Zakiah berbeza. Mak Zakiah menerima keputusannya, namun ayah menolak kerana bagi beliau peluang pekerjaan lebih cerah jika dia belajar Medik. Setelah menghubungi cikgu Zaini, guru kelas ketika Zakiah di tingkatan Lima, Zakiah memberitahu masalahnya. Lalu, cikgu Zaini menyarankan supaya Zakiah memujuk ayah. Setelah persetujuan dicapai, melalui proses pujukan dan perjanjian, dia menghantar surat penerimaan tawaran ke UIAM. Ayah dan mak menghantar beliau ke sana. Di biliknya, dia ditemukan dengan tiga gadis lain, iaitu Balqis, pelajar IRK; Syazana, pelajar bahasa Arab dan Marziah, pelajar pengajian senibina. Disebabkan mendapat keputus

Sepetang di Galeri Ilmu

7 Jun 2012.  Pertemuan dengan encik editor Amir dan penulis kreatif Galeri Ilmu dijadualkan jam 2 petang. Saya, warga UIAM Gombak nun jauh di pinggir Kuala Lumpur belum pernah sampai ke Kota Damansara. Sementelah tiada kenderaan persendirian yang memudahkan pergerakan -bukankah saya penyokong perkhidmatan awam?- Jam 11 pagi, saya melangkah meninggalkan UIAM Gombak dengan satu tekad. Mencari pejabat Galeri Ilmu, kerana sudah tiba masanya saya memecah tembok yang dibina sendiri. Bertemu teman penulis di Galeri Ilmu -Wah, semuanya senior-, dan hanya saya yang punya sebuah buku -Cabaran buat diri. 2012, apakah buku yang mahu dihasilkan?- Perjalanan bermula apabila kaki memijak tangga RAPID 231 yang membawa saya ke Stesen RAPID Gombak (KJ 1 ) Seterusnya, dengan tambang sebanyak RM2.40, saya dibawa ke Stesen KL Sentral (walaupun boleh Ila berhenti di Stesen Pasar Seni sebelum meneruskan perjalanan menaiki Komuter, Ila mengambil keputusan untuk singgah di KL Sentral, lebih selesa) Di

Terima Kasih, UPM.

4 Jun 2012, kaki melangkah meninggalkan Taman Ilmu dan Budi demi satu misi. Enam tidak bersua muka, akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke sana. Ia bukan dirancang, hanya terasa kesempatan datang. Dingin pagi Isnin, terus aku menghantar pesanan ringkas kepada Alang bahawa aku mahu ke UPM. Petang itu, aku menyertai keramaian manusia di Stesen KL Sentral. Lama tidak aku menjengah KTM yang sudah berwajah baru -yang tidak berubah, keramaian manusia di dalamnya- Bertukar-tukar kenderaan akhirnya aku tiba di kolej kelima UPM, tempat tinggal Alang. Dan dia setia menanti. Aku masih aku Dia masih dia. :) Pagi esoknya, aku dibawa ke Bukit Ekspo, berjalan-jalan menghirup udara UPM. Kononnya mahu mencari pokok tempat penggambaran Lagenda Budak Setan, alangkan bumi UPM ini luasnya tidak seperti UIA.. :)  Matahari mencacak atas kepala, kami melangkah pulang, kepenatan. Datang ke UPM, dapatlah tanda kedatangan saya di sini. Parut di lutut sebab terjatuh tiba-tiba ketika menuruni bukit d

Catatan Malam Isnin

pandang di hujung padang kehidupan rancang peta permainanmu menang kalah tidak lelah. lihat sejauh langit biru gapai awan impian berpijak  di rumput hijau lu'luah nur jamilah   **********************   Pesan SIfu Az lewat  blognya, penulis harus membaca puisi sebagai satu cara membaiki lenggok penulisan. Saya sendiri dapat melihat setelah membaca beberapa buah novel yang ditulis sifu Azmah Nordin, ternyata penggunaan simbol, frasa dan lenggok penulisan beliau segar. Bagi saya, gaya penulisan tidak terbina sendiri. Baca. Baca. Baca. Bukankah itu resepi untuk tekal menulis *ah, senangnya bercakap, tetap menulis: perlukan semangat* Sejak semalam diteman lagu-lagu Allahyarham Sudirman. Lagunya hijau malar. Sejak dahulu dengar hingga hari ini, belum ada kata jemu. Resepi untuk lagu meletup di sini, liriknya mudah diingat, muziknya 'sedap' di telinga dan sederhana. Lewat tiga tahun kebelakangan ini, hampir setiap tahun saya menyertai bengkel penulisan. Kata orang, ilmu yan