Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Raya

Lama aku tinggalkan catattan di sini.. Mungkin bila tiada masalah, aku jadi lupakan kamu.. Menconteng di sini hanya ketika ada masalah, hati kacau... kata-kata yang tak dapat aku luah... Semalam raya haji, aku tetap macam aku yang dulu. Ketika pagi raya ada sahaja insan-insan yang membuatkan aku nak nangis. Sejak lama dah aku begini... Pagi raya aku nangis, aku merajuk.. aku buat hal.. Aku sendiri tak faham dengan perangai aku yang satu ni.. Dan bila aku merajuk, semua kerja yang selama ini aku malas nak buat secara otomatik akan aku lakukan juga.. Di situ lebihnya.. Haha, memang teruk juga aku nangis semalam, pastu buat trick taknak pegi solat raya.. Entahlah, boleh kira berapa kali aku solat raya sepanjang 20 tahun kehidupan aku di dunia ni.. Hm, jamilah belum berubah sebenarnya.. BILA KAU NAK BERUBAH? jangan ditanya bilakah diri akan berubah, namun yang perlu, PERUBAHAN!!! Tapi, raya ni tetap best. Malam raya, kami tiga beradik sama-sama berjaga (aku sampai pukul satu saja

Mencari Diri

Sedang mencari diri yang hilang.. Nak buat terbaik untuk final.. Tak nak malukan mak Ayah.. Kena buat perancangan untuk blog.. Melangkah lebih jauh.. Buat masa sekarang, privatekan dulu diari.. Tak nak diganggu dan mensia-siakan masa mereka dengan sesuatu yang tak punya manfaat.. tuhan, berikan aku kekuatan dan reda dengan segalanya.. Malam ni tak nak tidur.. Nak studi sampai muntah... Baru sedar bilal nak exam, masih belum terlambat..
Friday, July 31, 2009 Malam ini aku berbicara, Pada diri dan sanubari, Apa amalannya aku hari ini, Bertambah atau makin dikurangi. Menyelak diari hari ini, Dosa telah ku kurangi, Ada amalan tambahan meniti hari, Senyuman manis menguntum dalam hati. Kebahagiaan yang aku cari, Mewarnai saban masa, Aku dibawa menemui Ilahi, Tahukah bila masanya ajal itu? Datangnya tanpa sebarang mimpi.

...CONTENG-CONTENG SIRI 7...

Assalamualaikum… Semalam aku ke rumah bapa saudara untuk mengambil barang.. menaiki komuter.. Hujung minggu, tentu sahaja komuter akan dipenuhi manusia yang mungkin ingin berlibur atau bercuti bersama yang tersayang. Almaklumlah hari cuti… Bukan itu yang aku mahu ceritakan, tapi tentng kepekaan kita pada golongan yang lebih tua dan lemah. Dalam suasana amat sesak, kita akan dapat lihat jika ada anak muda yang duduk, dia tak akan berganjak jika ada seorang tua yang sedang terketar-ketar memaut pada tempat pemegang. Situasi ini mengingatkan aku pada kata-kata cikgu Razman, Malaysia berada dalam tingkat bawah dalam aspek budi bahasa… Bukankah kita banyak kempen budi bahasa? Agaknya inilah didikan yang diterapkan dalam masyarakat sekarang. Kita hanya diajar mengumpul wang tapi tak diajar beradab sopan… Bercakap tentang budi bahasa, kita bukan hanya pelru berbudi pada orang lain, namun juga pada persekitaran dan diri sendiri.. Kerana itu dalam Islam ada larangan merosakkan tumbuhan

...CONTENG-CONTENG SIRI 6...

Assalamualaikum, Tak terasa seminggu yang berlalu.. Dua minggu aku di sini akhirnya... Sibuk? Aku bukan manusia yang sibuk, hinggakan ada banyak masa untuk bersuka. Aku manusia yang banyak masa lapang. Lantaran aku tak gunakan sebaiknya masa yang dipinjamkan DIA pada aku. MATA, TELINGA, HIDUNG, TANGAN, KAKI dan seluruh anggota yang DIA pinjamkan pada aku tidak aku gunakan sebaiknya. Aku dilahirkan sempurna, sedangkan ramai yang lahir tanpa anggota badan yang lengkap. Merekalah yang lebih tabah menjalani kehidupan ini.،Kekurangan yang ada menjadi motivasi paling bermakna. Dah dua petang aku habiskan masa petang dan beriadah.. Lepaskan gian main badminton.. Alhamdulillah, kawan-kawan pun suka... Belum buka buku untuk belajar.. Nota belum dikemaskini... Mahu lepaskan perasaan dengan mencatat sesuatu di ruang sendiri.. :)

BLOG BARU LAGI?

Aku sedang menanti entri ke 300.. Untuk mengubah blog ini kepada wajah baru...  hehe, hampir tiga tahun aku mengendalikan blog yang pengisiannya lebih banyak berkisar soal peribadi ini.. Cukup 300 entri, aku mahu menukar wajah baru.. Insya ALLAH... Aku gemar menatap blog yang punya manfaat dan bicara yang menyentuh hati. Sedangkan aku tak mampu langsung menyentuh hati orang lain.. Benarlah hati yang mati selamanya tak mampu menghidupkan hati yang hidup.. Jadi pengisian aku di sini banyaknya berkisar kehidupan peribadi suasana persekitaran aku.. Ada cadangan apa yang boleh aku lakukan untuk blog baru aku nanti? Hehe.. Soalan yang juga ditujukan buat diri sendiri... Contohilah blog yang memberi manfaat.. Penulis, katanya bisa mengubah dan menghancurkan dunia... Lihatlah al-Quran dan segala mukjizatnya.. kebal dan sentiasa ALLAH lindungi.. Namun setakat mana kita hadirkan al-Quran dalam jiwa kit? Soalan ini pada diri sendiri, dan pada yang menatap catatan kecil ini..Peringa

JAWAPAN TAG INA NAILOFAR

Akhirnya aku menjawab tag orang Sebelum mulakan kelas pagi ini, aku mahu langsaikan dulu kerja tambahan yang diberikan oleh Ina Nailofar… Harap Ina berpuas hati, hehe… 1)Bekas kekasih saya adalah : novel Diari Seorang Guru yang dirampas oleh cikgu semasa di sekolah menengah, sob, sob… 2)Saya sedang mendengar : Azimat Bonda... Sangat sayu dan bermakna lagu ini... Cuba dengar!!! 3)Mungkin saya patut: jadi diri sendiri... Dan jangan terlalu ananiah..  4)saya suka: berangan + merapu + merayap –shopping + 5)Sahabat-sahabat baik sy: -buku-buku dan kitab, sahabat yang paling setia -al-Quran-memberi jawapan pada semua persoalan yang tak pasti. -semua yang bersama saya dan tahan dengan kerenah saya -mereka yang dapat menegur salah saya 6) Saya Tak Faham: Saya lebih banyak merapu dan merayap daripada melakukan perkara-perkara yang penting. 7)Saya kehilangan: sebahagian diri saya yang sebenar, dan perasaan... 8)Ramai yg kata: Jamilah boleh menulis dan ada bakat.. –semua or

..CONTENG-CONTENG SIRI 5...

Masuk minggu kedua meneruskan pengajian di UIAM.. Hehe, perangai lama mula nak timbul tapi kena dikawal kerana aku bukan lagi dalam persekitaran sekolah menengah atau pusat asasi. Perlu kekuatan yang lebih untuk aku lebih mendalami bahas aArab... Aku amat berbesar hati jika ada sesiapa yang mengunjungi blog ini dan sudi berkongsi ilmu dan pengalaman tentang bahasa Arab... Ada projek yang perlu dilangsaikan, insya ALLAH... Kepada Ina, akak rajin nanti akak poskan jawapan pada kerja ruma tu. :)

KELAS BM..

Alhamdulillah, seronok sangat pagi ni dapat masuk kelas BM. Dengan pelajar setakat ini seramai 10 orang, kelas itu dengan sendirinya tidak dibubarkan... Majoriti pelajarnya jurusan senibina, ada dua orang sains kemanusiaan dan seorang ekonomi... Pensyarahnya, Cikgu Razman, baru tiga bulan mengajar di sini... Alhamdullah, benarlah kata cikgu, dapat mengubati kekusutan belajar subjek lain dalam bahasa Arab.. hehe.. Teringat kata-kata cikgu, hanya seorang yang dapat A, majoriti B+ dan B.. Subhanallah.... Namanya budak melayu, tapi bukan mudah juga untuk menjawab bahasa Melayu kerana semua subjek di sini dalam bahasa inggeris dan arab... Rasa lawak dan lucu, bila aku diminta memperkenalkan diri.. Cikgu panggil aku ustazah.,. hehe... Bila aku perkenalkan diri, dia kata suara aku sesuai untuk jadi cikgu atau juruacara majlis... Aku rasa seperti mahu ketawa besar.. mana tidaknya, jika cikgu tahu aku sebenarnya gugup dan tak pandai bercakap di khalayak ramai.. malu besar.. haah. Tapi,

Anakmu Yang Ketagihan Candu Buku

Aku yang sering dilemahkan oleh aroma buku yang amat menggoda nurani, Bagaimana mahu dihapus rasa ketagih itu? Hatta aku tak memikir apa mahu ku jamah esok, Kerana mengharap pada belas mereka. Aku yang dihempap penyesalan, Membeli tanpa mengingat, Beginilah jadinya, Menyusahkan mereka pula, Yang juga kadang tak kecukupan, Tapi bijak mengatur belanja.. Maafkan aku, Hati mula merenyai, Dia punya tiga adik untuk disara, Anak-anak, Aku.. Hanya tahu menghabiskan duit, Kerana dambanya aku pada yang bernama buku.. Janjiku duhai kakak yang banyak memberi, Ada kejayaan yang menanti, Walau aku bermain-main di sini, Lupa diri.. Aku tak mahu hampakan kalian, Lukakan ayah lagi setelah apa yang aku lakukan selama ini... Ayah, Maafkan anakmu yang seorang ini, Minatnya pada haruman buku tak mampu dibendung, Ke pekan aku bukan membeli sesuatu, Membawa buku-bukan barang lain- Maafkan ayah, Aku akan hadiahkan ayah buku tulisan aku suatu hari nanti.  Nantikan... MAKTABAH II

Hari Ketiga

hari ketiga, dah mula kelas Akidah.. Semoga aku dapat lakukan yang terbaik.. dan kawan-kawan aku juga.. Kita dalam proses belajar, contohi mereka yang beljar tanpa jemu.. Banyak merancang tapi belum satu aku selesaikan... Masya ALLAH.. Minggu ni kena balik kampung, selesaikan ptptn dan zakat... lagipuna ada agenda lain, nak jumpa kakak yang baru balik dari Mesir.. RINDUUUUU... NAk cuba naik kereta api..

KITA BUKAN SEMPURNA.

Dalam diri mencari kesempurnaan yang tak bisa tercapai, bersabarlah dengan ketentuan, pasti hikmah menghujan jangan benarkan syaitan menodai, janji untuk mengubah diri, Kuatkan dalam dan luarjasmani insya ALLAH diredhai. Jangan asyik mencari suka, kelak duka yang menimpa, jangan leka mengenang silam, nanti jiwa makin kelam. Pandang depan, betulkan niat, Insya ALLAH terbaik...

Kelas Pertama

Assalamualaikum.. Hari pertama mnjejakkan kaki ke kelas.. semuanya pelajar IRK. Aku sahaja pelajar BARB dalam group tersebut.. Nak buat macam mana. itulah yang telah aku pilih, jadi terimalah.. Tapi lecture belum masuk. JAdi selepas setengah jam, semua beredar.. Sama juga kelas seleasnya, belum ada lecture.. Pendek kata sekadar mengenal kelas. Melihat semua pelajar yang semangat, aku rasa segan juga. Tapi sampai bila?Bukankah kita dalam proses belajar? Kena kuatkan hati untuk teruskan pengajian di sini. Aku dalam proses mengenal UIA.. Melihat keadaan supaya tak terkena kejutan budaya.. nauzubillah... Setakat ini duluu aku merapu, salam.. pukul 2 ada kelas lagi, belum tentu lecture masuk..

...AKU KINI DI GOMBAK...

Assalamualaikum, alhamdulillah aku dapat kembali mencoret sesuatu di dada blog yang sudah lebih sebulan aku tinggalkan. Di rumah, langsung tak mendengar khabar semasa, hanya bangun, tidur tanpa faedah... AKHIRNYA... Aku menjadi sebahagian pelajar UIAM, Insya ALLAH...sebagai pelajar ARAB... pelajar minoriti di sini. Almaklumlah ramai yang dapat edu.. bakal cikgulah nampaknya, tapi hati ini tetap mencintai bahasa arab walaupun bukan pelajar yang pandai dalam bahasa ini. Jika diperhatikan, hanya tinggal mereka yang mantap dan mempunyai keputusan yang baik kekal sebagai pelajar Arab, namun aku tetap mahu mempertaruhkan kehidupan aku di sini.. Insya ALLAH.. Apa yang penting, lupakan segala yang lalu.. mulakan hidup baru sebagai pelajar UIAM... taman ilmu dan budi.. Kelas belum bermula, hanya meninjau kawasan dan dalam proses mengenali dan mencintai UIAM... Jika ada kesempatan akan aku coretkan tentang kehidupan aku di sin i... Insya ALLAH... Doakan aku.. kawan-kawan aku dan

BALIKKKKK

Esok aku akan pulang ke kampung dan blog ini akan bersawang lagi..  Sepi ia sendiri tanpa ada tulisan yang menemani. Jika ada kelapangan aku akan isikan ia dengan tulisan yang dapat dibaca oleh diri sendiri.. Doakan aku selamat di kampung..

...CONTENG-CONTENG SIRI 4...

Assalamualaikum, Hampir seminggu jemari ini tidak diketik di sini. Rindu pada blog, rindu untuk menulis sesuatu.. Dan hari ini aku mendapat peluang itu... 5 hari aku mencuba sebagai penjual dan bagi diri aku, aku katakan ia kegagalan kedua aku untuk menjadi penjual. Kali pertama aku sebagai pembantu di kiosk, hanya seminggu kemudian aku jemu dan lari.. Kali ini aku hanya memberi peluang sebanyak lima hari pada diri untuk mencuba.. Cukup duit sebagai tambang untuk pulang ke kampung, aku cabut... Kesian kawan-kawan aku yang lain. Kawan dan sahabat yang banyak membantu aku.. Sayu ketika mahu meninggalkan mereka tadi.. Dan mataku sedikit basah ketika membaca balasan mesejnya dalam KTM... Terharu dengan kebaikan dia... Tapi pengalaman kali ini mengajar aku banyak benda. Betapa bezanya dunia luar dengan dunia teori di kelas. Betapa parahnya jika seorang pendiam mahu menjual... Bercampur perasaan... Perasaan mahu menangis, tak dapat membuat kerja, tak pandai berkomunikasi, dan seribu s

...CONTENG-CONTENG...SIRI 4

Assalamualaikum buat sesiapa yang sudi menatap blog kecil ini, Aku mulakan entri ini dengan satu pertanyaan yang sering akak di sekolah ungkapkan dulu. Apa khabar iman anda hari ini? Ya, iman letaknya nun jauh di lubuk hati. Namun hati yang bersih akan terlihat pada mata yang jernih dan wajah yang berseri-seri serta senyuman yang manis. Benarkah? Bukankah manusia senang berdusta. Berduka, namun dilemparkan senyuman yang amat lebar. Kali ini aku mahu bercerita tentang kampung. Aku anak kampung yang dibesarkan di kampung dan disekolahkan di kampung. Hanya apabila aku dewasa mula mengenal kota yang malamnya seakan bayangan maut yang akan menyambar aku bila-bila masa. Jauh benarlah jurang antara kampung dan bandar. Dan aku bolehlah dikatakan anak kampung tak sedar diri. Bila orang tanyakan asalku, mereka tak dapat menelah kerana gaya percakapan yang agak mengada tak menggambarkan asalku. Entahlah, aku sudah terbiasa cakap begitu. Sejak masih di sekolah menengah. Terpengaruh dengan n

...CONTENG-CONTENG...SIRI 3

Minggu peperiksaan, Banyak pula yang menanti untuk diberesakan, Tapi buku jangan dilupakan, Nanti meyesal satu badan. Balik kampung memang dinantikan, Tapi mungkin diisi kebosanan. Hari Ibu, Hari Guru.. Semoga semuanya di bawah rahmat Ilahi.. Al-Fatihah buat yang pergi, Di bawah lembayung Ilahi bagi yang masih di sini... Wallhu'alam.

catatan tujuh mei

..PESANAN BUAT DIRI SENDIRI.. Aduhai sebatang tubuh yang dipinjamkan sebelum bertemu Yang Maha Satu, Di manakah kau letakkan selayaknya dirimu? Menjahanamkan ia ke lembah maksiat penuh kedustaan, Atau membimbingnya menuju jalan Tuhan. Hampir dua dekad kau menumpang, berteduh, bermain, Tidak Tuhan ciptakan hidup sekadar pura-pura dan main-main, Relesiasikan matlamat, Berjaya di dunia, cemerlang di AKhirat. Usah kau mimpikan jaya, Andai iman kontang di jiwa, Jangan kau igaukan kekayaan, Jika hati setandus tanah rata. Selalu, Bukan sesekali, Bukan kau selak dalam diri, Ikhlaskah sujud saban hari, Fahamkah kita makna kalam ilahi, Atau baca tanpa memahami. Aku menasihati diri, Kau sering mimpi di siang hari.. 7 Mei 2009 MAktabah level 2, CFS IIUM. ***** Assalamualaikum... Alhamdulillah, aku berada di minggu-minggu terakhir di Nilai, Insya ALLAH... Short sem yang pada awalnya aku hadiri kerana menurut kata hati meninggalkan m

CONTENG-CONTENG-SIRI 2

Assalamualaikum.. Lama aku tak mencoret.. Mood untuk blogging sedang di tahap minimum, ditambah tak ke maktabah... Jadi lesu seketika entri di laman ini.. Aku pun tak tahu kenapa. Minggu depan final.. 13, 14, 15.. kemudia hooreey.. balik kampung. Apa nak buat?? Ada banyak novel yang aku beli hari tu berbaris untuk dihabiskan.. Jumpa anak saudara yang comel itu... Okey, tak ada modal nak menulis sebenarnya.. Wassalam.

...kerana pesta buku ... siri 3

Sabtu, aku merayap di PWTC lagi sementelah ada wang yang masuk.. Melihat-lihat hari-hari terakhir pesta buku yang amat menyesakkan.. Menambah tiga lagi koleksi novel: *Cinta hari-hari rusuhan -FT *Surat Ungu Untuk Nuha- Kak Noor Suraya *Bukan Yang Pertama-Salina Ibrahim Dan hanya satu buku bukan fikyen.. Menjadi Muslim Super, Dr Danial Zainal Abidin.. Hm, membeli mudah, mampukah aku menghabiskan dan yang lebih penting mengambil 'ibrah daripada apa yang aku baca??? Wassalam.

Kerana Pesta Buku .. Siri 3

Sabtu, aku merayap di PWTC lagi sementelah ada wang yang masuk.. Melihat-lihat hari-hari terakhir pesta buku yang amat menyesakkan.. Menambah tiga lagi koleksi novel: *Cinta hari-hari rusuhan -FT *Surat Ungu Untuk Nuha- Kak Noor Suraya *Bukan Yang Pertama-Salina Ibrahim Dan hanya satu buku bukan fikyen.. Menjadi Muslim Super, Dr Danial Zainal Abidin.. Hm, membeli mudah, mampukah aku menghabiskan dan yang lebih penting mengambil 'ibrah daripada apa yang aku baca??? Wassalam.

Lu'lu'

Menggunakan indeks yang terdapat dalam software mawar, memudahkan aku mencari ayat yang aku inginkan dalam al-Quran, dan ini yang aku peroleh. Ada 6 tempat yang menyatakan perkataan lu’lu’. Ada yang maknanya haqiqi dan majoritinya makna majazi. Dan aku mula menggunakan nama lukluahnurjamilah ketika di sekolah menengah. Terpengaruh dengan novel cinta yang aku baca dan sebenarnya ia watak salah satu cerita yang aku nukil. Apakah maknanya jika aku gunakan nama ini? Mutiara cahaya cantik... Dan aku terpaut pada nama. Tiada lagi rasanya yang mempunyai nama ini. Jika miftahul Jamilah, jawapannya ya. Teringat pula yang ustaz ajarkan tempoh hari. Penerangan tentang lu’lu’. Jika kita hanya berfikir biasa kita tak nampak cantiknya mutiara itu. Apakah mutiara? IA tersimpan dalam cengkerang (shell) yang hanya akan didapati di dasar laut. Antara semua cengkerang yang ada hanya sedikit yang mengandungi mutiara. (teringat cerita the pearl). Mutiara ini tidak dapat dibeli dengan seratus ringgit

...kerana pesta buku.. siri 1

19 April 2009 SANGAT GEMBIRA!!! Akhirnya aku yang sangat teringin ke Pesta Buku, dapat ke sana pada hari ini.. Menumpang tiga orang junior yang kebetulan punya hasrat yang sama. Jaulah yang sangat aku suka, tapi sangat memenatkan hingga mata ini terasa seakan mahu pejam saat entri ini aku coret. Aku mulakan dari awal perjalanan.. Janjinya pukul 8.30, aku yang teruja ini 8:15 sudah tercangak di bawah.Dapat mesej mahu bergerak pada pukul 9:00.. Duduklah aku di sini menanti mereka.. Akhirnya pukul 10:00, perjalanan dimulakan.. TAMBANG: TEKSI PERGI BALIK: RM4.00 KTM: RM9.80 Perjalanan mengambil masa hampir sejam suku sebelum sampai di PWTC. Memang berjalan sakanlah aku hari ini untuk melunaskan impian tiga tahun ini.. BERJAYA mendapatkan 6 buah novel.. TARGET berjaya dicapai kerana memang aku nak habiskan seratus untuk membeli hari ini. Mulanya hanya meninjau di aras dua.. melihat apa yang menarik di situ. Sampai di aras tiga…. ternampaklah aku akan gerai al-Ameen Publishing. Heheh

.. BICARA PENGEMIS DI KAKI LIMA...

Terbiar aku terlantar, Tanpa siapa menghirau, Aku ini bukan si anjing liar, Merayau tanpa arah, Matlamatku sesuap nasi, Melapik perut anak isteri. Dikejar disepak bukan kehairanan bagiku, Dipandang hina kerana aku hanya pengemis, Yang sebelah mata buta. kerja ini bukan aku pinta, Tapi terpaksa, Kerana aku ketua keluarga, Tapi ingin bekerja tak diterima, Hanya kerana pelajaranku biasa sahaja..

conteng-conteng ketika mengantuk

Assalamualaikum… Di penghulu hari ini, aku berpeluang mencoret sepatah dua kata… Menyuarakan idea yang berbaris untuk diluahkan. Cuma ada kalanya, ia hanya tersekat di minda. Berlegar-legar dalam imaginasi yang belum digunakan sebaiknya.Tidak terketik di sini… KELAS NAHW Hari ini kena tadbiq apa yang dipelajari dalam topik Inna dan akhowatiha.. Tercabar pengetahuan cetek ini.. Hahaha, barulah terasa sedar diri yang aku sebenarnya tak banyak dan tak rajin membaca. Buat malu kaum.. Belajar di library.. Cari ayat dalam buku dan ‘irab sikit.. Dapat markah. Sering aku ingatkan pada diri, usah kisahkan sangat berapa ustaz nak beri, yang penting aku kena lakukan yang terbaik sem ini, Insya ALLAH.. Ustaz ajarkan aku satu kata-kata arab..Insya ALLAH, akan aku simpan dalam lipatan hati kata-kata ini.. Dalam dan kena batang hidung maksudnya.. Terima kasih, ustaz.. Aku ingatkan apalah yang ustaz mahu katakan pada aku.. Diminta aku ambil kamus dan cari perkataan ini.. Ustaz memang tak lokek ber

Nota Cc

• Tak sabar nak tunggu Sabtu ni.. Nak ke Pesta Buku Antarabangsa.. Sesiapa yang nak ikut, jom kita buat rombongan ke sana.. • Setelah tiga tahun kempunan, harap-harap tahun ni boleh lepaskan gian.. Tak beli tak apa asal dapat pergi dah cukup syukur sangat. • Ada lagi tiga minggu, agak risau, tak tertangkap apa yang ustaz ajar. • Tadi assignment kena reject.. Belajardari kesalahan.. Terima kasih ustaz, jika tak salah aku tak belajar. Aku kan susah benar nak bertanya orang.. • Dah masukkan Microsoft Office 2007 dalam laptop, tak kena lagi pinjam laptop orang.. Leganya.. • Dapat gaji.. Hehe, apa kerja aku?? Syarikat Kakak Sdn. Bhd. • Kena belajar kawal diri, jangan semangat awal sahaja. • Kawal mood, jangan tunjukkan sangat kebluran diri.. Huhu..

~Camner nak mulakan minat membaca~

Aku pernah ditanya bagaimana cara untuk memupuk minat membaca dalam diri yang tak suka membaca... Adakah orang yang dalam dunia ini suka membaca. Kalau orang bertanya, aku akan jawab, aku tak minat baca, cuma aku suka baca apa-apa bahan bacaan yang aku suka.. Hehe, memilih sebenarnya aku ini. Tak dinafikan aku spesis manusia yang suka membeli buku, tapi itu tak bermakna aku suka membaca. Aku baca kerana aku minat dan aku nak tahu. Dan pegangan inilah yang menjahanamkan periksa aku. Bila aku rasa malas nak baca buku pelajaran aku tak sentuh pun buku.. Betul-betul membunuh pegangan aku ini... Baiklah, aku mahu berkongsi sekaligus mengimbas bagaimana aku boleh mula menulis dan rasa nak baca terutamanya novel.. Kalau sekolah rendah, aku suka beli KUNTUM yang hanya berharga RM1.50, sangat murah... Dan aku apabila ke Kedai Sok Sek (nama kedai majalah di Pekan Mahang, Karangan, Kulim, Kedah) aku akan beli Didik, Minda Pelajar (70 sen sahaja) dan jika ada majalah KUNTUM... Ketika in

Gambar Seribu Makna

Assalamualaikum, Sengaja aku poskan gambar ini buat sahabat-sahabat yang rindukan masjid Putra Nilai yang sering diimarahkan dengan pelbagai majlis ilmu... Gambar ini aku ambil menggunakan laptop, jadi kalau tak elok jangan marah. Hujan panas kilat guntur, Kau berdiri teguh di situ, Menantikan kehadiran sesiapa yang sudi bertandang, Melawatmu agar tak terbiar kosong. Kau tentu gembira dengan kehadiran penghulu hari, Ramainya lelaki sampai tak dapat menampung lagi, Namun Subuh bukan begini, Kau terbiar sepi, Imam hanya bertemankan dua tiga insan di sisi. Istimewanya engkau, Ingin melawatnya ada solat khusus, Pernahkan aku lakukan ketika melawatmu? Atau sekadar tahu?

Hujan & Talk Ustaz Majid

Hujan mula bercurahan, syukur tiada pula guntur dan kilat yang mengiringi... Awan hitam yang berarak tadi nanti akan kembali bertukar kepada putih... Seronok aku melihatnya... Titisan hujan yang sampai, kita tak dapar fikir bagaimana bentuk asalnya... Sejak beberapa hari lalu, mata ini menghadap laptop hampir 12 jam sehari.. Betulkah? Hampir-hampir sebanyak itulah, berjuang untuk menyiapkan power point.. Belum siap sebenarnya tapi dah 60% siap.. Tapi bila menghadap laptop, 30% buat kerja, bakinya melalut benda lain.. astagfirullah.. Aku dah rasa kepahitan kegagalan dan tak mahu mengulanginya lagi... Cuma bila nak buat animation, aku lemah sedikt bab-bab memilih.. Tapi ada lagi tiga hari berbaki... Aku tak ingin lagi mengulang kesalahan yang ku lakukan sem-sem lepas.. Teringat kata ustaz Majid, kita tak mengelak daripada buat salah. tapi bagaimana kita menghadapi masalah itu? Walaupun tahu tak baik untuk mata tabiat baru aku ini, kena juga menghadap skrin laptop.. Tapi bukan bu

power point

Untuk cuti kali ini ada tiga power point yang perlu disiapkan dan dibuat: 1. Kitabah-Risalah, ringkaskan nota dari buku (5 Markah) 2. BMW - Bab Pertama -tentang asalib al-Bahs al-'ilmi. (10 Markah) 3. Keluarkan isi dalam buku BMW dalam bentuk power point... Semuanya sekali. (40 Markah) Minta-minta tak termuntahlah aku mengadap power point setiap hari.. Teringat kata Ustaz Maad.. We must learn to be someone new. Terima kesusahan sebagai cabaran. Yang penting kena lakukan walaupun kita katakan yang kita tak tahu... Bila dapat apa yang aku suka, seakan menganak tirikan pula Nahw... Jarang nak buka buku dah.. Tapi baguslah ustaz ajar aku nampak juga, cuma tak ulang, ia senang-senang akan hilang... Sekarang aku hanya banyak katakan pada diri, kalau ustaz boleh banyak berkorban untuk anak muridnya kenapa aku tak boleh nak berkorban untuk diri sendiri.. Aku ini walaupun kata ada kerja, online tetap aku tak lupakan... Menjenguk blog, meredakan rasa sunyi dalam diri dengan m

catatan Short Sem, Asalin Kitabah, Ceramah Ustazah Fatma

WEDNESDAY, APRIL 08, 2009 CATATAN SHORT SEM-SIRI 2 Assalamualaikum, Bertemu lagi kita di laman ini. Sekadar contengan mahu bercerita kisah aku tiga minggu di short sem. Ya, banyak hikmahnya yang aku dapat rasa dan belum rasa. Sebagaimana sebelum ini, aku pernah nukilkan di sini yang aku amat berat untuk datang ke cfs iium untuk mengambil short sem. Tapi kerana bosan, aku tetap datang. Sudah tiga minggu rupanya. Dan minggu depan mid-sem untuk Nahw... Doakan aku rajin belajar dan ilmu diberkati. TADBIQI NAHW Kali ini aku diajar oleh Ustaz Majid. Kelasnya 3 kumbang dan dikelilingi 15 kuntum bunga yang sedang mekar... Mulanya pesimis juga, apakah yang akan diajar ustaz. Tapi pengalaman memberitahu ada cara tersendiri ustaz mengajar kami. Hari pertama belajar di multimedia lab. Ustaz minta kami buat facebook. Diajar oleh Nik Hanis. Kami ada group untuk membincangkan tentang bicara akademik, khususnya An-Nahw. Gambar yang dimasukkan perlulah gambar yang menunjukkn bijak bestari..

Catatan Tertangguh

Khamis, 02 April 2009 Assalamualaikum, Alhamdulillah, hari ini aku dapat mencari ruang (untuk ini sentiasa ada masa) untuk memgetik kekunci laptop setelah dua hari terbiar. Bukan sengaja membiarkan, namun ada perkara lain yang lebih utama... Tanpa sedar rupanya aku sedang belajar membaiki diri, membaiki pelajaran yang tertinggal, dan membaiki bakat. Betulkah? Sem ini aku aku ambil tiga subjek (tiga subjek core course) yang aku kena repeat.. Gilakah aku kerana ingin mengambil semester panjang sebenarnya tanpa memikirkan belanja yang harus aku keluarkan untuk itu. Alhamdulillah kerana ALLAH menggerakkan hati ini untuk datang juga, dan akhirnya aku di sini. Melihat kesungguhan lecterur yang mengajar sedangkan aku yang akan mengambil peperiksaan membuatkan aku insaf. Betapa aku sebenarnya lalai untuk menjalankan amanah. Amanah Ayah, Kakak, Mak.. dan semua di kampung yang menanti aku ke Gombak... Mereka mahu anak murid mereka dapat apa yang mereka sampaikan, Cuma aku yang main-main. C

talk ...

Assalamualaikum, buat diri dan pembaca blog aku sekalian. Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan mendengar ceramah @talk tentang “How to Develope Positive Thinking.” Talk yang mencatat sejarah dalam diari ceramah yang aku hadiri (Aku pun jarang dengar ceramah@talk).. Kenapa aku kata begitu? Pendengarnya hanya enam orang muslimat + 4 commitee muslimat.. Muslimin pula bilangannya hampir sama. Lebih kurang 10 orang. Aku bandingkan talk berkenaan apabila baju melayu bertemu baju kurung yang aku ulas beberapa hari yang lalu, mencatat bilangan penonton yang ramai (padat dewan).. Bukan mahu membebel, hanya memberitahu realiti. Baiklah, ilmu sedikit yang aku dapat semalam suka aku kongsikan bersama para pembaca yang aku hormati.. Siapakah penceramahnya? Anak negeri aku.. Brother Elyas Ismail, pernah menuntut di Maktab Mahmud, menyambung pelajaran di KUIS, kemudian ke Universiti Al-Azhar seterusnya berhajat menyambung master di UKM... Motivator di E-Class Training dan telah menjel

Catatan Tanpa Tajuk

 "Kita punya sebab tersendiri untuk mempertahankan sesuatu, Walau ada masa pendirian yang tak menentu, Adakah diri aku begitu? Hanya membisu walaupun tahu."  Assalamualaikum, Tiada entri menarik untuk aku coretkan hari ini..  Belek-belek blog, ramainya yang membicarakan perihal tiga pilihan raya yang bakal berlaku serentak..  Doaku yang benar akan menang.. Amin.. Yang benar akan beroleh kemenangan.  Teruja melihat penyokong-penyokong di Bukit Gantang. Sangat ramai.. Semoga kita memperoleh kemenangan. Khabarkan khilaf pada diri, Sebelum maut pengganti diri, Hanya muhasabah pengubat matinya hati, Taubat pengukuh iman di hati. Sehari dua ni, aku asyik memperihalkan hal-hal manusia lain, dan agaknya termasuk dalam mengumpat peribadi orang yang kami bicarakan. Tak salah berbicara kebaikannya, tapi membicarakan keburukannya, kenapa aku terlalu lemah untuk menegur. Sama-sama kita kunci mulut kita untuk bicarakan orang lain. Tapi bukan bermakna kita individualistik. Tapi

Muhasabah

Assalamualaikum, Ku tanyakan pada diri, Cukupkan muhasabah saban hari, Ataukah hanya menghitung belakang hari, Aku buat-buat tak mengerti. Banyak pula aku kisahkan perihal manusia, Lupa seakan aku tak punya dosa, Sedangkan saban hari berulam noda, Mengata jadi adat biasa. Tuhan berikan aku kekuatan, Aku melihat hidup aku minggu ini di short sem. Contact hour tak banyak, tapi aku langsung tak manfaatkan masa, boleh aku melepak di bilik kawan... Masya ALLAH... Begitulah manusia yang tak sedar akan hakikat penciptaan diri sendiri. Tak cakna tujuan aku diciptakan di muka bumi.. Tujuan manusia dicipta adalah untuk mengabdikan diri dan memakmurkan bumi... Setiap apa yang Tuhan lakuakn ada tujuannya. Dan selaku hamba yang punya akal fikir semestinya kena berusaha untuk membaiki diri sendiri.. bukan hanya pandai berkata dan menulis dengan pena, yang penting praktikkan dalam kehidupan. Tapi tak salah aku mencoret sebagai ingatan pada diri sendiri. aku kata tak cukup masa, sedan

Tip-tip Menjadi Tetamu Allah

Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH. TAJUK: Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH PENGARANG: Ridzwan Bakar (ridzwan-bakar.blogspot.com) PENERBIT: PTS ISLAMIKA (PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.) BILANGAN CETAKAN: Kedua, 2009 Buku ini aku miliki kerana tertarik pada tajuknya. Aku pasti setiap kita muda atau tua, ada perancangandan sangat teringin untuk menunaikan haji. Masalah biasa yang timbul adalah kekurangan sumber kewangan. Terutamanya yang masih bergelar pelajar seperti aku. Istimewanya, melalui buku ini aku mengenali Professor Mohd Kamil Ibrahim yang terkenal dengan buku travelog haji mengubah sempadan iman. Apa kata pengarang?  “Buku ini ditulis bagi mengisi alternatif buku-buku haji yang sedia ada. Ianya adalah pelengkap buku travelog haji: Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Professor Muhd Kamil Ibrahim. Anda sebaik-baiknya terlebih dahulu membaca dan membeli buku itu sebelum mengulang kaji buku ini.”-Daripada pengarang. Tapi aku baca buku i

Tip-tip Menjadi Tetamu Allah

Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH. TAJUK: Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH PENGARANG: Ridzwan Bakar (ridzwan-bakar.blogspot.com) PENERBIT: PTS ISLAMIKA (PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.) BILANGAN CETAKAN: Kedua, 2009 Buku ini aku miliki kerana tertarik pada tajuknya. Aku pasti setiap kita muda atau tua, ada perancangandan sangat teringin untuk menunaikan haji. Masalah biasa yang timbul adalah kekurangan sumber kewangan. Terutamanya yang masih bergelar pelajar seperti aku. Istimewanya, melalui buku ini aku mengenali Professor Mohd Kamil Ibrahim yang terkenal dengan buku travelog haji mengubah sempadan iman. Apa kata pengarang?  “Buku ini ditulis bagi mengisi alternatif buku-buku haji yang sedia ada. Ianya adalah pelengkap buku travelog haji: Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Professor Muhd Kamil Ibrahim. Anda sebaik-baiknya terlebih dahulu membaca dan membeli buku itu sebelum mengulang kaji buku ini.”-Daripada pengarang. Tapi aku baca buku i

diari Seorang Guru

DIARI SEORANG GURU, S.HAWA Assalamualaikum, Kali ini aku mahu berkongsi cerita menarik yang aku baca kali pertama di tingkatan 4. Dan buku inilah antara buku aku yang dirampas oleh pihak sekolah, tapi oleh kerana sangat mempunyai nilai sentimental bagi aku, aku beli yang baru. Tentang buku ini: Tajuk: Diari Seorang Guru  Pengarang: S.Hawa  Bilangan cetakan: 5 kali Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad Kisahnya kisah biasa. Guru yang baru keluar maktab dan dapat bekerja di tempatnya sendiri. Tapi dalam apa jua pembacaan yang penting adalah isinya, bukan terlalu mementingkan watak atau jalan ceritanya. Tentang cikgu Kamaliah. Kelebihannya di sini adalah dari segi cara penyampaian. Diari... Memang seronok dan teruja apabila dapat membaca diari orang lain (bagi akulah, kerana di situlah letaknya suara hati yang tidak disuarakan pada orang lain) Aku seolah sedang membaca diari milik cg Kamaliah dan dapat mengetahui kepayahan dan kesabaran beliau sebagai seorang guru. Menghadapi murid

Sedarlah Duhai Diriku ...

Selalu aku nampak hanya buruk dalam diri, Lupa kemudahan ALLAH beri, Mensyukuri jarang sekali, Selalu aku nikmat dikufur. Bilanglah dengan jari, Berapa banyak nikmat hingga hari ini, Subhanallah, Tak terhitung walau berhari. Semuanya diberi percuma, Bagaimana jika ada yuran perlu diserta? Tuhan yang mencipta kita, Menberi supaya kita sedar hanya kerdil di bumi melata. Aduhai diri, usah terlalu memandang kurangnya diri, Lumrah insani, Kurang dan lebih pelengkap kita di sini. Seandainya masih ragu, Sedarlah selalu, Ramai yang lebih banyak diuji dari kamu, Duka dan sendu... Maktabah, 27 Mac 2009 12:09

Lagu Kematian

 Lagu dari laptop aku biarkan menemani aku petang ini. Detik kematian nyanyian In-Team selalu menjadi peneman aku sejak Lukluah dijemput Ilahi sepekan lalu. Pemergiannya bukan aku tangisi namun mengajak pula diri untuk lebih banyak menyoal jasad ini supaya melakukan persediaan menuju dunia baru. Aku merenung ke luar jendela. Burung berterbagan riang. Pepohon sebaris di laman melenggok lembut dihembus bayu. Semuanya ada cara sendiri bertasbih pada penciptanya. Melihat hari-hari semalam yang telah aku lalui dan membuat percaturan tentang apa yang seharusnya aku lakukan untuk menghadapi kematian. Rintik hujan yang bernyanyi seakan memahami perasaan aku tika ini. Aku reda dengan pemergian dia yang aku sayang. Pasrah aku bahawa hanya DIA yang menciptakan aku dan mengetahui bilakah tarikh kematianku menyusul arwah yang telah pergi dulu.  Kubur dia masih merah, dan aku tak ingin melihat dia sendu di alam sana melihat kesedihan aku.Teringat apa yang Ustazah Rasyidah katakan tempoh hari, s