Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2023

16 Oktober 2023

Hari ini aku belajar berdikari. Belajar di Klinik Kesihatan. Walaupun sedikit 'blur', alhamdulillah, walaupun urusan tidak selesai, sekurangnya aku berjaya melalui hari ini. Selama ini, jika demam selalunya atau perlu bertemu doktor, aku akan ke klinik swasta. Keluarkan wang rawatan dan ubat, sebab mahu cepat.  Suasana berbeza. Aku tahu aku juga perlu berubah. Aku belajar untuk ke klinik kesihatan. Belajar menunggu. Melihat suasana dan belajar. Memerhati dan belajar.  Aku keluar seperti biasa hari ini. Berjalan ke stesen MRT. Kemudiannya menaiki Grab ke klinik kesihatan walaupun dekat. Kerana aku belum biasa dengan tempatnya. Mungkin nanti aku hanya perlu berjalan.Ya. Aku perlu ke sana untuk beberapa kali lagi. Dua kali mungkin.  Kerana aku berhajat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan pada usia 30-an. Walaupun tidak dapat lakukan yang lengkap dan berbayar yang tentunya kita boleh pilih secara menyeluruh, cukuplah tahu yang asas. Semasa sihatlah kita perlu memeriksa kesihatan.