Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita mem

Akan Tiba Masanya...

"Akak la kena kahwin dahulu. Saya masih muda." Lala hanya diam mendengar kata-kata kawan serumahnya. Ada hal yang hanya dia mampu jawab dengan senyuman. Bukan hal belum bersedia, sebab selamanya kita tidak bersedia. Banyak yang perlu difikirkan sebelum memasuki dunia bernama perkahwinan.Bagi orang lain, mungkin perlu meneruskannya, tetapi bagi seorang dia, biarlah dia bersendiri dahulu, sampai masa menentukannya. Agaknya kerana masa untuk dia fikirkan tentang hal pernikahan sudah berlalu. Kini dia hanya fikir untuk meneruskan kehidupan dengan rasa bahagia. Tidak mudah meneruskan kehidupan di kota tanpa ada pendapatan tetap. Duit keluar tetapi tiada duit masuk. Itulah yang terjadi sekarang. Masih melanjutkan pengajian yang entah bila akan berakhir, baru memikirkan untuk kembali mencari wang, penjagaan diri, penjagaan orang lain, dan seribu satu macam persoalan yang sedang bermain dalam diri... Dia akan bernikah apabila masanya tiba. "tulisan inilah mengganti bicar