Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Papadom

Bismillah... Kalian pernah menonton filem Papadom? Semalam, aku menonton filem ini di youtube dan ternyata ceritanya sangat menyentuh perasaan dan memberi pengajaran bagi seorang yang bergelar anak kepada ayah. Baiklah, aku bukannya mahu becerita tentang sinopsis atau tentang filem ini, sekadar berkongsi dapatan setelah menonton filem lakonan Afdlin Shauki ini. Cerita cinta? Cinta seorang ayah kepada anaknya... Kalian pernah bayangkan seorang ayah yang sangat menjaga anaknya hingga anak itu terasa tidak bebas dan terkongkong. Ya, anak remaja sentiasa mahukan kebebasan. Namun ada sebab si ayah berbuat demikian. Aku terkedu dengan dialog sang ayah yang maksudnya hampir begini: " Biasalah kita lelaki tak reti nak tunjuk sangat dengan kata-kata. Jadi Pak Cik buat dengan perbuatan. Pak Cik harap suatu hari dia akan faham. " Sayangnya seorang ayah ini sampaikan sang ayah menunggu anaknya ketika di sekolah.. Sediakan makanan ketika rehat, menunggu setiap hari tanpa JEMU. Hal

JALAN-JALAN: KE MDEC, CYBERJAYA

Hati nekad untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan Ma'ruf Club ke MDEC.Bas mula bertolak pada 2.30 petang dan sampai kembali di UIAM pada 8.30 malam. Delegasi kami diwakili 5 jejaka dan tidak sampai 20 orang kuntuman mawar harum di taman. Alhamdulillah, kerana aku dapat belajar perkara baru hari + jalan-jalan di Multimedia Universiti + sampai Cyberjaya. Walaupun aku tidak faham sepenuhnya apa yang diterangkan, sekurang-kurangnya ada idea kasar dalam kepala. Dunia tanpa sempadan hari ini memerlukan kita menajdi celik IT. Namun sebagai pelajar universiti, bukan hanya perlu tahu, tapi berfikir di luar kepompong. Lihat sahaja sudah ramai yang menghasilkan produk sendiri untuk dipasarkan. Dan tugas MDEC sebenarnya adalah untuk membantu golongan ini samada daripada sudut kewangan, kursus, atau tapak dan sebagainya. Memang IT sememangnya menarik dan memberi faedah yang besar dalam dunia hari ini. Mengapa? Sebab hari ini semua orang mahu cepat. Maka, teknologi yang ada memba

APA YANG AKU CARI SEBENARNYA?

Perjalanan hidup yang panjang ini kadang-kadang terasa seperti banyak yang aku persiakan. Banyak perkara yang patut dicapai aku hanya buat tidka endah. Banyak peluang terbentang depan mata, namun aku hanya buat tidak tahu. Aku. Selalunya ku menjadi aku, hanya ada ketika aku menjadi manusia lain. Aku cuba dan sengaja mahu bertukar karakter dan watak. Hanya mereka yang mendekati dan selalu bersama dapat membezakan mungkin antara aku sendiri dan aku yang menjadi orang lain. Perjalanan hidup aku banyak tercorak oleh pengalaman dan pemerhatian aku. Dia aku kadang tin kosong, namun ada masa aku cuba juga berfikir sejenak hakikat aku dan diri sendiri serta orang sekeliling. Walaupun aku selalu tidak dapat 'masuk' dengan orang lain, aku berusaha untuk menjadi diri sendiri. PERKARA PALING MANIS IALAH MENJADI DIRI SENDIRI. Aku tidak tahu apa yang aku cari. Dahulu aku jelas, sekarang kabur-kabur. Aku hanya takut matlamat itu akan hilang dan aku hidup dalam bayang-bayang. :(

Yang Pertama itu Niat

Bismillah, doaku semoga hari-hari kita yang dilalui ada ilmu baru yang dipelajari.. Diari bersidang hari ini dengan tema hadith, jadi aku mahu nukil dan kongsikan di sini sebuah hadith yang kita sama-sama maklum dan ramai sudah yang mengetahui lafaznya… Hadith pertama dalam hadith 40 karangan Imam Nawawi… hadith berkaitan dengan niat... Menyebut tentang niat, kita tentu ingat kata-kata motivasi, anda adalah apa yang anda fikirkan! Baik dan positif pemikiran kita, baiklah natijahnya, namun jika hanya negatif, keputusannya juga begitu. Setiap amalan yang disertakan niat kerana ALLAH akan mendapat pahala manakala dalam solat dan amalan-amalan teras agama yang lain, jika terlupa niat, maknanya sia-sialah amalan itu. ((عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر ابن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كان هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه)) Dari

VT

TAJUK: VT PENGARANG: HILAL ASYRAF ABD RAZAK Melihat muka suratnya sebanyak 511 muka, aku seakan tak sanggup nak menghabiskan VT. Tapi komen daripada teman-teman, buku ini baik dan meninggalkan kesan dalam diri. Setelah empat bulan berlalu, barulah VT aku miliki. Segan mahu meminjam daripada orang lain. Takut merosakkan buku orang. Buku sendiri buatlah apa sahaja. Memang tabiat suka membeli buku sendiri untuk dibaca. Berbalik pada VT. Kononnya mahu dibaca ketika cuti raya. Bila buku sudah di tangan, hati mula tertarik untuk membaca bab 1. Subhanallah! Menarik buku ini rupanya. Tak sedar sehari sudah aku khatam. (tapi aku baca secara tebuk, belum menghayati perjalanna ceritanya.) Patutlah sahabat dan teman aku begitu asyik mahu membaca. Kisah pasukan bola tampar MATRI, sebuah sekolah agama rakyat kampung di Perlis. Mengisahkan bagaimana seorang coach cuba mengembalikan kegemilangan sukan bola tampar MATRI yang malap sejak 10 tahun lalu. Bagaimana beliau berusaha menaikkan kembal

PERKONGSIAN: BENGKEL TEMUDUGA & MENULIS RESUME

Bismillah... Pagi ini cuaca cerah. Penghulu hari saya mulakan dengan lafaz syukur atas izinnya memberi nafas dan denyut nadi yang belum terhenti.Berapa ramai saudara kita yang menghadap Penciptanya hari ini? Allah berikan pula saya kesempatan dan ruang untuk sama-sama mengikuti bengkel penulisan resume dan temuduga anjuran ICT Society IIUM. Bengkel selama hampir 3 jam setengah  berlangsung lancar dan perasaan saya yang bercampur antara suka, mengantuk, teruja dengan ilmu dan gelisah. Semuanya ada sampai majlis ditutup. PENCERAMAH: Erant Fatiehah & Emysyerna Azlin dari Kelly Services Aku turunkan sahaja di sini isi-isi yang saya dapat pada hari ini. :) Selamat membaca... SEKTOR TUMPUAN MASA KINI. -Engineering -Medik -IT -Sales -Outsourcing -Islamic Banking/financial -Consulting -Call Centre -Telekomunikasi -Education CABARAN MAJIKAN KETIKA MENEMUDUGA CALON PEKERJA -Meminta gaji yang tidak realistik -Tidak tahu atau punya sedikit maklumat tentang syarikat -Mempunyai kemahiran komunik

SEMUA KITA PERLU BERHIBUR

Kedukaan yang bertamu adalah kurniaan Alllah supaya hamba sentiasa ingat DIA. Maklumlah, manusia selalu teringat pada Pencipta dengan amat sangat dalam kesusahan dan kesedihan. Jadi, penyelesaiannya, manusia perlukan hiburan. Namun, "wahai hati, apakah jenis kesukaan yang kamu mahukan." Maka dijawabnya hati: "Aku dambakan zikir yang berterusan meniti di bibir tuanku. Aku mahukan seorang tuan yang sentiasa berdoa dan menyerahkan diri kepada Tuhannya. Aku perlukan seorang tuan yang sentiasa bersolat dan bersabar." Hanya itu! Diri secara fitrah mahukan kebaikan bukannya kerosakan. Hanya desakan syaitan dan dorongan persekitaran mengubah seseorang menjadi tidak baik. Hiburan yang diperlukan sang hati yang bersih bukanlah pesta-pesta hiburan, lagu-lagu yang melalalikan dan hubungan tanpa batas yang membawa kemudaratan. Maka. wahai diri, ingatkah kalian bahawa nabi juga melalui kesedihan? Saat dakwahnya ditolak, baginda menjadi sangat duka. Namun Allah adalah pe

DIARI JAMILAH: KISAH SHORT SEM 1

Sudah masuk minggu keempat untuk short sem kali pertama semenjak aku di IIUM Gombak. Alhamdulillah kerana Allah gerakkan hati untuk mengharungi short sem walaupun kerana satu alasan: aku tak mahu lama-lama di rumah. Aku akan bosan dan tidak ketahuan. Walaupun hanya satu subjek, insya Allah, aku akan cuba yang terbaik. Rasa berbaloi kerana ada banyak program yang diadakan dan aku boleh belajar sesuatu. Aku sedang dalam proses mengubah diri. Bukan menjadi orang lain, namun aku cuba menjadi lebih baik. Walaupun tidka kepada orang lain sekurang-kurangnya kepada diri sendiri. Aku jadi takut andai maut datang sebelum aku sempat bertaubat dan bersedia menghadapinya. Naudzubillah... Banyak perkara terjadi. SAku sedar atau tidak, aku sengaja atau buat tidak endah, semuanya ada signifikan dan punya kesan dalam hidup aku. Aku jadi makin kenal dengan perangai sendiri walaupun aku belum berjaya memahami diri orang lain. Kita semua ada potensi hanya kita yang menutup pintu-pintu peluang yang ada. Al

BERPERSATUAN

Aku sudah mendengar tentang perkara ini banyak kali. Tetapi semuanya ibarat mencurah angin ke daun keladi. Macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sememangnya kehidupan sebagi mahasiswa memerlukan diri yang cekal dan berdikari. Jika tidak, tinggallah kamu di belakang, hanya menghabiskan pengajian tanpa dapat mengcungkil bakat atau memperbaiki diri sendiri dan orang lain. Justeru, kehidupan selaku mahasiswa punya cabaran dan mehnah yang dilalui semua mahasiswa, cuma cara dan bilakah seseorang diuji yang membezakan. Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Aku teringat kata-kata seorang alumni UIAM bernama ustaz Hafiz... Beliau berkongsi beberapa cabaran yang dilalui mahasiswa. PERTAMA :Cabaran Kehidupan Setelah Bekerja. Jika kita di unviversiti malas mengambil bahagian dalam aktiviti, hanya kelas dan tidur di katil, maka lahirnya pekerja yang bekerja hanya untuk menunggu gaji hujung bulan. Jika dalam persatuan ada exco dan sekreteriat yang ha

[ entri bergambar] the Power of Ink

Aku di bengkel ini selama 5 jam.. berbaloi dengan bayaran 5 ringgit. Padat dan banyak ilmu dikongsi sis Zabrina.. Aku akan kongsikan. Sis Zabrina tekankan yang kita perlu menulis daripada hati dan menjadi diri kita. Jangan jadi orang lain. Antara para peserta: Brothers kebanyakannya foreigner dan sisters ada juga wajah-wajah melayu. Yang penting penuh Mini Auditorium dengan peserta... ALhamdulillah.. Beliau membentangkan cerita yang dibuat. Sambung ayat menjadi cerita dan dibuat secara berpasangan.. Menarik dan membantu sebagai latihan menulis. :)

GAMBAR BERBICARA: TALK BERSAMA DR ABDULLAH MAROUF & PERSEMBAHAN MUADZ

Persembahan Puisi ( sonnete ) oleh Bro Aladdin, seorang pelajar PhD di IIUM   Talk oleh Dr Abdullah Marof, pensyarah jemputan di UM, merupakan rakyat Palestin dan mengkaji tentang ISrael. In Heart mengiringi lagu yang dinyanyikan Muadz .. Dua buah lagu yang aku tak ingat tajuk .. berkisar tentang Palestin Persembahan drama oleh foreigner IIUM ... Kisahnya adalah bagaimana Zionis mula - mula mahu merampas Palestin , namun akhirnya tumbang kerana Islam bersatu .. Itulah janji Allah.. Jika bersatu , kita menang . Walaupun drama ini ada lucunya kerana drama bisu , pengajarannya sarat dan masuk dalam jiwa . * Maaf dengan gambar yang kurang menarik kerana kamera saya punya sedikit masalah ..

Bling! bling!

~ saya minta maaf~ Assalamualaikum... Ada banyak perkara untuk dikongsi di sini, namun beberapa halangan menyebabkan aku tidak dapat mengemaskini blog ini dalam masa yang ditetapkan... Bukannya sibuk, namun aku sengaja tidak mencelah masa yang ada untuk menukil di sini.. Maaf... Komputer riba saya buat hal dan sudah diletak di atas almari tinggi. Kuarantin selama beberapa hari supaya dia kembali normal. My love sudah dimasukkan dalam kotak kerana sakit setelah jatuh usai menonton konsert tempoh hari... Aku tetap akan tuliskan juga peristiwa yang terjadi di sini kerana ada banyak perkara untuk dikongsi, hanya aku memerlukan sedikit ruang masa.. Terima kasih buat yang sudi singgah di sini.. Salam ukhuwah...

CLOSING CEREMONY PALESTINE WEEK

Semalam telah berlangsungnya majlis penutup Palestine Week selama seminggu anjuran Masjid UIAM dan beberapa persatuan di sini. Alhamdulillah, kami diberi penerangan oleh seorang aktivis aqsa as-shariff dan dihidangkan dengan nyanyian nasyid oleh Izzatuna yang didatangkan khas daripada Indonesia. Memang mereka menyampaikan nasyid dengan penuh bersemangat dan panas... Terasa walaupun tanpa iringan muzik rancak namun punya auranya. Ditambah dengan aksi si cilik anak-anak mereka dengan pelbagai aksi... Semoga dengan berakhirnya minggu palestina, tidak bermakna kita lupa... BOIKOT, DOA, SEBARKAN PERKEMBANGAN TERKINI SAUDARA KITA.

TIBA SAAT DAN WAKTU

Kematian adalah janji Allah yang tidak mungkin diinjak walaupun hanya stau detik. Maka aku adalah seorang hamba yang tidak tahu bilakah tarikh dan waktunya. Sudah ada sahabat dan teman yang aku kenali menemui Tuhan sebelum aku. Sudah ramai ahli keluarga yang meninggalkan aku. Mereka pergi kerana janji itu sudah sampai kepada mereka. Sedang aku? Aku pernah beberapa kali terbayang yang maut sudah seperti berada depan mataku. Ketika itulah baru terasa yang diri sangat tidak bersedia untuk menemui sebuah kematian. Adakah kamu belum mahu emngambil pengajaran dengan pemergian mereka yang kau sayang? Andainya waktu itu terlalu hampir, adakah aku sudah ebrsedia untuk menghadapinya? Sednag aku sedar yang kantung amal itu masih sedikit... Dosa pula dilakukan saban hati tanpa teriring solat Taubah. Hamba apakah ini? Aku ada melawat beberapa blog mereka yang sudah meninggal dunia. Semoga tulisan-tulisan mereka yang memberi manfaat dapat disebarkan kepada orang lain supaya sahamnya sampai kep

WARKAH UNTUK KAMU 1

Kalau sudah aku katakan yang kamu perlu berhati-hati dengan diri sendiri, kamu hanya memandang sepi. Kalaulah kamu tahu apakah sebenarnya yang terjadi antara kita, kamu akan menyesal dengan perlakuan kamu pada suatu hari itu. Kamu hanya perasan faham perasaan kawan kamu namun apakah sebenarnya kamu memahami dirinya. Kamu bukannya budak yang baik yang dapat mengukir senyum pada bibir sahabat kamu. Mungkin kamlah manusia yang telah emngukir duka pada sekujur wajah mereka. Kamu hanya tahu mehusahkan mereka dan menggunakan mereka saat kamu perlukan mereka. Namun adakah kamu sedar yang perlakuan itu memakan diri kamu? Kalau kamu orang baik dengan kamu,  kamu perlu berbuat baik dengan semua orang. Sifir kehidupan begini. Kamu dapat apa yang kamu beri. Adakah kamu hanya mahu menjadi seseorang yang menjadi perindu apabila semuanya sudah tiada lagi? kamu tahu tak yang kamu sebenarnya orang yang sangat tidak ebrhati perut. Kamu sanggup seksa perasaan dia yang tidak bersalah. Kamu calarka

Beringat Wahai Empunya Diri

Kalau sudah aku katakan yang kamu perlu berhati-hati dengan diri sendiri, kamu hanya memandang sepi. Kalaulah kamu tahu apakah sebenarnya yang terjadi antara kita, kamu akan menyesal dengan perlakuan kamu pada suatu hari itu. Kamu hanya perasan faham perasaan kawan kamu namun apakah sebenarnya kamu memahami dirinya. Kamu bukannya budak yang baik yang dapat mengukir senyum pada bibir sahabat kamu. Mungkin kamlah manusia yang telah emngukir duka pada sekujur wajah mereka. Kamu hanya tahu mehusahkan mereka dan menggunakan mereka saat kamu perlukan mereka. Namun adakah kamu sedar yang perlakuan itu memakan diri kamu? Kalau kamu orang baik dengan kamu,  kamu perlu berbuat baik dengan semua orang. Sifir kehidupan begini. Kamu dapat apa yang kamu beri. Adakah kamu hanya mahu menjadi seseorang yang menjadi perindu apabila semuanya sudah tiada lagi? kamu tahu tak yang kamu sebenarnya orang yang sangat tidak ebrhati perut. Kamu sanggup seksa perasaan dia yang tidak bersalah. Kamu calarka

SAYA.SAYANG.CIKGU.

Bismillah... Saya sayang cikgu. Saya sayang semua cikgu yang pernah dan sedang mengajar. Mereka adalah insan-insan yang banayk berkorban untuk saya sehingga saya menjadi hari ini. Semua cikgu saya baik dan tidak pernah berbuat tidak baik kepada saya. Semua cikgu baik dan tiada cikgu yang tidak baik. Cikgu mendenda kerana kita salah. Cikgu rotan kerana kita nakal. Cikgu menegur kerana mahu kita jadi pandai. MAK. Selama lebih lapan tahun saya menjadi anak murid Mak. Mak mengajara saya solat, mengajak saya ke masjid, didik saya jadi anak yang baik. Mak insan paling berjasa dalam hidup saya. Semoga Allah tempatkan Mak bersama dengan kalangan para solehah... " Mak, terima kasih ajarkan adik jadi seorang anak.. Nasihat mak akan adik simpan. Walaupun adik pernah sampai tidak ingat wajah mak, namun adik tidak akan lupa berdoa untuk mak. Semoga mak aman di dunia sana... Adik sayang mak. " CIKGU TADIKA Cikgu Sarimah. Di sini aku belajar tulis  dan baca. Menjadi anak nakal yang sedang m

AKU.BENGKEL.PENULISAN.

Aku mula berjinak-jinak dengan penulisan fiksyen sejak di sekolah menengah. Mungkin disebabkan aku suka membaca buku-buku kakak yang ada di rumah, maka aku menyimpan hasrat untuk menulis. Maka, aku cuba menghasilkan sajak dan cerpen eceran yang dihantar ke majalah tempatan seperti Dewan Siswa dan Fokus SPM yang sesuai dibaca pelajar sekolah menengah. Ketika itu aku belum pernah menyertai mana-mana bengkel penulisan yang ada. Sekadar bergantung kepada pengalaman membaca novel orang lain, kemudian menulisnya kembali mengikut cara sendiri. Aku terus kepada praktikal bukan teori. Tetapi, sekarang setelah aku menyertai beberapa siri bengkel penulisan, terasa aura menulis makin menurun. Benar, sesiapa sahaja boleh mencipta alasan. Alasan untuk tidak menulis. Apakan tidak, ramai yang boleh menulis dengan baik kerana usahaa yang berterusan dan tidak mengenal penat. Baiklah, aku sekadar mahu berkongsi beberapa bengkel penulisan yang pernha disertai. Mungkin selepas ini kalian juga boleh mengiku

PALESTINE WEEK

Gabungan beberapa persatuan di UIAM sedang mengadakan Palestine Week bagi mengumpul dana dan satu cara yang menunjukkan rasa peduli kita kepada saudara seagama kita di Gaza. Maka, semalam, bertempat di Main Auditorium IIUM telah berlangsung majlis perasmiannya yang telah disempurnakan oleh Dr Jamal Badi'. Aku memetik sedikit kata-kata Dr Jamal Badi' sebagai perkongsian buat sahabat yang tidak berkesempatan ke sana semalam: " Masjid al-Aqsa bukannya milik bangsa Palestin sahaja tetapi umat Islam seluruh dunia.  Palestin bukan isu penduduk Gaza sahaja tetapi semua umat Islam. INTI PERCAKAPAN DR JAMAL BADI' -Yahudi sentiasa membenci orang Islam sejak dahulu hingga kini. -Kita mesti kuasai ilmu. Sebagaimana Yahudi menguasai ilmu untuk menakluk dunia. Tanda kepedulian kita kepada saudara kita adalah dengan menguasai ilmu. Belajar untuk peperiksaan sahaja itu tidak wajar. Salah satu cara untuk membantu ummah adalah dengan menguasai ilmu. -Bagaimana mahu tolong saudara kita d

AKU.CINTA ISLAMI.LOVE.

Aku pernah terdengar seseorang berkata yang usia baya aku adalah masa yang mana pemikirannya selalu berfikir untuk berkahwin dan mencari pasangan hidup. Namun ia akan berubah apabila usia kita menjengah 23 tahun. Sejauh mana kebenarannya, allhu 'alam. Aku? Kadang-kadang aku naik rimas juga apabila topik ini dibuka... Biasalah, budak belum matang. Baik. Sebut tentang cari pasangan, maka kita akan berkenalan. DAlam ISlam, kita ada cara bermuamalat antara lelaki dan perempuan. Ajnabi dan Mahram. IA berbeza mengikut keadaan dan keperluan. Jadi, bagaimana jika kita melanggar fitrah itu? Wujudkah sebenarnya yang dinamakan islamic couple? Sebagaimana yang kita lihat dalam realiti seharian? Wajarkah kita menggunakan alasan kami akan berkahwin untuk menjalin perhubungan? Ya, jika sudah bertunang memang kita perlu bertemu dengan pasangan untuk berbincang dan saling mengenali. Tidaklah bermakna aku terllau syadid dalam hal ini, namun secara peribadi, aku inginkan sebuah cinta seusai ber

Pengalaman: Konvoi Untuk Gaza

Ada suatu malam, Kak Husni menghubungi aku mengajak untuk ke Stadium Melawati dan aku menolak. Namun pagi esoknya nama aku tetap sampai kepada urusetia... Alhamdulillah, Allah yang menggerakkan hati-hati kita untuk ke sana. BERKONVOI. Perjalanan kami dimulakan sejak awal pagi sampai hujung malam... Bagi aku ini satu momen manis yang hadir dalam diari hidup lantaran aku seorang yang jarang menyertai program.. Allah jualah yang menggerakkan hati dan langkahku. Alhamdulillah. Malamnya ada konsert, namun sebelah siangnya kami singgah di sebuah flat perumahan di kawasan Subang dan perkampungan di situ yang aku lupa namanya... Tujuan kami adalah untuk mengutip derma untuk Gaza. Aku hanya mengikut kak Husni mengutip derma dan beliau yang menjadi jurucakap. Alhamdulillah, dapat juga sejumlah wang... Semoga Allah berkati mereka yang memberi.. Petangnya, kami singgah di sebuah taman perumahan di Shah Alam sebelum singgah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk program seterusnya dan so

Durrah Nur Aqilah: Dia Itu Aku?

Semalam aku terfikirkan sesuatu. Tentang diri sendiri. Maka, aku cuba turunkan di sini,dalam diari ini. Adakah aku punya apa yang dinamakan ‘inferiority complex’? Ketika merujuk kepada kamus, ia membawa maksud satu perasaan yang mana kamu rasakan kamu tidak bagus berbanding orang lain. Aku dapat merasakan jelmaan itu wujud dalam diri ini. Aku adalah manusia yang suka menjadi aku dan bukan orang lain. Malah, yang tidak bagusnya aku sukar untuk berpartisipasi dengan orang lain. Ada bisikan halus dan peperangan dengan diri sendiri yang menghalang aku untuk menonjolkan diri. Jadi aku diam. Bagi mereka yang mengenal aku secara lebih dekat, aku seorang yang punya ‘split personality.’ Aku seorang yang pendiam, dalam masa suatu masa lain boleh menjadi mulut murai, mulut laser, tidak tahu malu.. Aku boleh juga menjadi seseorang yang sukar untuk difahami kerana tingkah aku banyak berubah-ubah dan aku tidak punya karakter yang menu njukkan personaliti aku. Aku diam. Aku perhati. Aku analisis. Per

BACALAH HATI MEREKA JUGA

Ada dua hati yang perlu sangat-sangat kita jaga hatinya. Ada dua jiwa yang mengharap kita menjadi seorang soleh dan solehah. Mereka mengharapkan kita menjadi seseorang yang berbakti kepada agama dan bangsa. Mereka mahu kita jadi orang berjaya di Dunia dan Akhirat. Itulah dua hati Mak dan Ayah. Mereka tidak akan menceritakan gelodak rasa yang ditanggung. Jarang sekali bercerita tentang kesusahan membesarkan kita. Mana ada ibu yang asyik menyalahkan anak tanpa sebab. Tiada ayah yang akan menyalahkan anaknya jika dia ditimpa kesusahan ketika mencari rezeki. Ada orang kata apabila kita menjadi ayah dan ibu barulah kita sedar berharganya seorang ibu dan ayah.. Usahlah kau biarkan diri kamu hanya menyesal ketika melihat mereka dibungkus kain kafan, lalu kamu meratap kerana kehilangan mereka. Jagalah hati mereka. Ingatlah, walaupun mereka ibu angkatmu, ayah angkatmu, ibu tirimu, ayah tirimu, mereka tetap ada kedudukan di sisi kamu selaku anak. Jika kamu tidak menunaikan tanggungjawa

TEKAD: PERKEMBANGAN

Hm, tiada perkataan untuk dicoretkan sebenarnya. Hanya mahu bercerita tentang perkembangan manuskrip yang sedang dihasilkan, Insya Allah. Pagi tadi alhamdulillah aku dapat aura untuk menulis. Maka, usai Subuh sampai jam 11 aku tercatuk depan komputer riba sambil cuba membetulkan manuskrip yang sedang disiapkan. Secara kasarnya sudah hampir selesai cuma tiga bab yang belum diselesaikan. Mungkin aku jenis yang tidak mengikut aturan. Mulakan daripada awal, pengakhiran cerita, dan sekarang tergantung di tengah-tengah. Almaklumlah sekarang dalam fasa mengedit, maka, aku mulakan dengan yang aku dapat selesaikan dahulu, baru berpindah ke bab lain.. Doakan semoga impian aku mahu melihat buku sendiri tercapai.. Nantikan kemunculan TEKAD jika tiada  rintangan.. Haha, rumah belum siap, pahat sudah berbunyi.. Hanya mohon doa kalian semoga dipermudah segala... Jom menulis!!!