Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Batu-Salju-Bidadari.

Sebongkah Batu Di Kuala Berang –Faisal Tehrani. Saya tidak ‘bernafsu besar’ untuk membeli naskah ini pada mulanya. Melihatnya banyak kali namun menangguhkan pembelian hinggalah saya mendapat tahu buku ini diharamkan. Saya jadi tertarik untuk membacanya. Malang sekali saya tidak ketemu perkataan yang mana dapat dikaitkan hingga ia diharamkan oleh badan itu. Saya membaca hingga tidak dapat melangkau walaupun banyak –seperti biasa- cerita FT padat dengan wacana dan pemikirannya. Seakan-akan ditarik untuk membacanya hingga muka akhir. Ia hebat jika terealisasi seperti cerita ini. Bukan hanya cerita batu. Cerita beliau tidak lepas daripada unsur satira. Tidak dapat hentikan bayangan yang hadir. Titik. Batu-Bata Kehidupan. –Hilal Asyraf. Buku ini menghimpunkan koleksi entri yang pernah termuat dalam blog hilal asyraf –langitilahi.com- . Saya ‘tidak mampu’ menghabiskan semua topik melainkan membaca bab-bab di hadapan dan belakang. Tentang kehidupan dan remaja. Bab-bab tengahnya berkisar t

Travelog, HSKU, dan Diari.

Allah sentiasa mendengar dan menjawab doa, permintaan, harapan, rayuan dan rintihan orang yang meminta. Membaca " Travelog Impian Abadi " yang ditulis Roza Roslan -sambungan travelog cinta abadi, membuatkan saya terhenti sedetik. " Percayalah yang berlaku hari ini, ada ada kaitannya yang pernah kamu lantunkan hari semalam. " Ya. Dalam kehidupan saya sendiri, dalam kehidupan orang lain juga saya pasti ia berlaku. Dahulu, saya pernah ingin menjadi pelajar UIAM, Allah berikan saya tempat di sini. Saya pernah berhasrat mempunyai buku tulisan sendiri, Alhamdulillah, Allah berikan jalan. Maka, nikmat mana satukah yang mahu saya dustakan? Allah. Saya membaca satu demi satu kisah puan Roza. (isteri Prof Kamil) Kisah anak muda di universiti dan kehidupan beliau sehingga berkahwin dengan Prof Kamil. Betapa Allah sentiasa sangkaan hamba-Nya dan memperkenan permintaan sesuai pada tempatnya. Sebab itulah ada perkara yang Allah tangguhkan, ada yang Allah segerakan, ada yang kita

Permulaan

Penyelesaiannya ... kahwin! Sang jejaka tersenyum ceria, Si gadis tersimpul malu, Masing-masing, Menahan gelodak rasa, Perasaan ingin bercinta. Haruskah kita lalaikan, Segala ini terbentang di depan mata, Syaitan bersorak menyaksikan reaksi mereka, Ubah pemikiran kita, Tukar persepsi kita. Kau mahu apa? Kau nak apa? Apa kau mau? Kita lontarkan persoalan ini pada mereka, Kita jelaskan azab Allah yang Maha Dahsyat, Kita bimbing mereka, Kembali ke pangkal jalan. 12/8/05 12:01:34 AM

Cerita Gadis Itu...

Cerita dua hari lalu. Seorang gadis berpakaian serba hitam ter'pitam' dalam train laluan Kelana Jaya. Semuanya terjadi dalam beberapa minit dalam keadaan tidak terduga. Dalam perjalanan pulang ke kampus setelah ke kedai buku. Dalam train, seperti biasa, suka berdiri. Rasa lain. Minta tempat duduk. Tidak sempat duduk. Rasa gelap. Tersedar. Macam mimpi. Kepala sakit. Dengar suara, nampak mata-mata orang. Duduk di kerusi. okey, tidak bermimpi. Tidak angkat muka hingga ke tiba destinasi. Malu.  Buat-buat tanya kakak: "saya tidak jatuh, kan?" "Dah terbaring." Alhamdulillah. Pengalaman kedua. Pertama kali lebih sepuluh tahun lalu di sebuah hentian bas. Pengalaman tu.. mahal. :) peace.. pesanan penaja: -banyakkan minum air kosong dan jaga kesihatan. Ia anugerah paling mahal.

Madah

Mudahnya menyusun madah, Tersusun di bibir indah, Bermain sandiwara mewah, Terselit seribu helah. Tersusun di bibir indah, Bicara berpatah-patah, Konon mengubat susah, Hanya menambah gundah. Bermain sandiwara mewah, Material banyak dicurah, Mereka seakan penjarah, Mengangguk mengundang padah. Terselit seribu helah, Aku mengerti metah, Kata bersulam fitnah, Kelak mencanang resah. Bicaranya berpatah-patah, Hilang cabang pada lidah, Pondok istana semua diredah, Asal mereka disambut megah. Material banyak dicurah, Siapa sebenarnya perlu diserah, Jangan pula mengundang parah, Memberi pada si bedebah. Aku mengerti metah, Adat menumpang tanah bertuah, Berdiri, tak boleh membantah, Arahan itu perintah. Konon mengubat susah, Aku diberi rumah, Konon memberi mudah, Aku rasa gelisah. 29/06/2009 20:03:00

Suatu Hari Nanti...

maka, berbicaralah tangan kaki semua anggota apa yang dikota segala dusta tergadah tak terjawab amalan hari ini tiada sembunyi terzahir segala

Mahukah Aku Mungkiri?

"Kamu menjadi seharus kasturi. Menebarkan haruman buat manusia lain. Alangkah. Manisnya hidup memberi. Bertatih dan terus bertatih walau langkah sering letih namun tidak boleh berkalih. Allah sudah sediakan yang terbaik. Maka, mengharaplah yang terbaik. Usah hanya mengharap. Berhenti mengharap. Teruskan langkah menuju sebuah destiansi kerana kamu sedar akan hakikat kehidupan yang bakal tamat. Kehidupan yang bakal menuju ke hujung. Bukanlah masa untuk disesal masa lalu dan hari semalam. Jadikan ia pengajaran kerana Allah jadikan setiap peristiwa untuk diteladani. Kamu masih terjatuh dna terus tersungkur, positiflah bahawa Allah sediakan semuanya kerana mahu melihat kamu bnagun. Untuk terlalu melihat kepada yang jauh, pandanglah yang paling dekat kerana kamu harus yakin yang tersedia depan mata itu buat kamu. Berhenti menangis, berhenti merenung. Sekarang, masanya untuk kamu melangkah bersama dirimu sendiri. Allah sudah sediakan ruang untuk kamu bergerak, haruslah kamu melangkah den

Resah

Hati enggan bicara, lidah Kelu tanpa suara, akal tanpa idea, Di mana yang dekat? Dekatkan kami keranamu..

BUKALAH JENDELAMU

Jendela terpateri, Khali, Tanpa bunyi, Desiran bayu, Terhenti. Jendela berkunci, Dibelenggu ilusi, Bukalah, Telusuri, Terokalah, Perhati jagat, Lihat gelagat. Jendela disingkap, Nampak mayapada, Infiniti. Selakkan jendela hati, Senang ilmu meresapi, Boleh deen menyerapi, Jatuh ke lubuk suci. 3 Julai 2008 28 Jamadil Akhir 1429H 9:26a.m

Sibuk?

Sibuk assignment, Sibuk belajar, Sibuk melakukan benda yang aku suka, Sibuk TIDUR... Sibuk mengelamun. Aku tanyakan pada diri sendiri, Perlukah kita kata: "Aku sibuk"  ulama dulu banyak kerja, komitmen dalam banyak perkara, menuntut banyak ilmu, Belajar sedikit, Mengeluh banyak, Usaha sdikit, Mahukan markah banyak. Benarkah niat aku? Betulkan usaha aku? Barakahkah hidup aku? Sibuk juga malas, Dua alasan beza, Dua virus perosak, Orang kuat.

Lenggang Bagai Sirih Jatuh, Tak Tahu Di Tampak Layu

Apakah rasanya ditarik nikmat beribadah dalam diri? Apabila solat dilakukan hanya ritual harian yang tidak bersama hadirnya hati? Zikir yang bermain di bibir hanya sebutan yang tidak bersama hati? Al-Quran yang dibaca sekadar bacaan yang tidak difaham walau sepatah makna. Apabila diarasakan semuanya dilakukan kerana kita perlu lakukan itu. Kita perlukan usrah bukan usrah perlukan kita. Bersyukurlah kerana punya usrah yang boleh menjadi tempat untuk berkongsi. Tempat untuk menambah ilmu. Tempat untuk saling menguatkan. Tempat untuk mengecas semangat. Setelah sekali daerah ini ditinggalkan, tidak pernah lagi mencari yang baru. Ya, sakit lagi bersendiri daripada bersama orang ramai. Namun, bukankah gemar mengelakkan diri bukan menghadirkan diri? Terimalah keputusan yang telah kamu lakukan ini. ... Allah berikan hidayah kepada sesiapa yang Allah hendak, Allah juga tarik hidayah itu daripada sesiapa yang Allah kehendaki. Sakit. Sakit apabila hati kosong sekosong-kosongnya. Jasad bergerak be

Purnama Sembunyi, Alam Sepi.

Malam itu cuaca terasa lain. Angin berhembus kuat. Bertitis- titis air turun membasahi bumi. Gadis itu masih di tangga merenung langit gelap. Bulan yang tersenyum semalam, bersembunyi di balik awan mendung. Malam Sabtu minggu pertama tahun baru, hujan kembali membasahi bumi. Hujan yang tidak lebat, namun cukup membasahkan seketika bumi, memberi senyum pada pohon, rumput, haiwan di hutan. Gadis yang duduk seorang diri itu tersenyum bersama deraian air yang jatuh di pipi. Senyum lagi apabila air hujan mengena pipi. Gadis itu bukan pencinta hujan. Hujan memberi rasa aneh kepada diri. Segersang langit yang sudah seminggu tidak menumpahkan hujan, sekering itu taman hatinya. Daun-daun kering tanpa siraman air, bunga-bunga layu dibiar berhari-hari. Allah, dengan kasih dan sayang-Nya diturunkan malam itu hujan yang menerbitkan senyum di hati gadis itu. Hujan seiring mata yang basah dek air mata yang tidak mengira masanya luruh mengena pipi. Biarlah, sesekali mata perlu dibiarkan basah biar dic

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.

 Setelah sejam empat puluh lima minit, gadis itu meninggalkan dewan peperiksaan. Jika berbaki lima belas minit, seperti ayam berak kapur pula menanti jarum jam mengunjuk angka sebelas. Cepat-cepat diangkat tangan, memberitahu yang dia sudah tamat menjawab. Adat gadis itu -kecuali terpaksa- akan meninggalkan dewan peperiksaan sementelah dapat dijawab atau tidak kertas peperiksaan itu. Benarlah dia spesis manusia yang menanti datang 'seru' barulah dibuka buku, ditatap aksara dalam buku yang selama ini terbiar di rak kemas terletak tanpa mahu dilihat sedikit pun isinya. Apabila dibaca beberapa jam sebelum peperiksaan, maknya dibaca buku itu untuk menjawab kertas yang bakal diberi pengawas peperiksaan. Sebelum ini hanya tahu makan, tidur, berjalan di dunia maya, berkelintar keliling asrama, beberapa jam akan mulanya peperiksaan barulah terbuka 'hati'nya untuk sedikit melihat pelajaran yang dibelajar sebelum ini. Sungguh sifat pelajar bukan begitu. Pelajar rajin membaca dan

Lagi dan Lagi...

Kosong. Kanvas kembali kosong apabila saya padamkan kembali aksara yang pernah tertulis. Belum dapat bertahan dengan apa yang pernah tertulis membuatkan keputusan ini diambil. Terisi lagi kanvas ini dengan perkataan bakal mengganti. Tetap contengan... Begitulah kitarannya penulisan saya yang mengikut cuaca. Musim panas, Musim sejuk, Musim banjir, Musim ... [gambar dikreditkan kepada: carian google ]

Nota Buatmu

Buatmu yang bernama teman, sahabat, kawan, Terima kasih tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat diriku. Terima kasih mendoakan agar aku berubah. Terima kasih mendoakan kekuatan aku. Terima kasih setia melayan setiap kerenah tidak boleh diterima aku. Terima kasih menjadi sahabatku. Aku tiada kata untuk diungkap atas pertemuan yang Allah aturkan ini. Allah sudah susun yang terbaik. Dahulu aku tidak mengenal apa itu erti memberi, Aku cuba memberi apa aku mampu... Dahulu aku tidak pandai senyum, Aku cuba ukir senyum walau kadang tidak jadi. Allah temukan kita bukan sengaja, kan? Hanya aku yang tidak belajar dan berubah. Masih diri yang pentingkan hal sendiri. Malu aku dengan kalian, Yang banyak menolong dan membantu... Allah, Terima kasih temukan aku dengan sahabat yang baik. .....Jika mahu lihat dirimu, lihatlah dengan siapa kamu bersahabat... Allah. Ajari aku untuk sayangi diri sendiri, Agar dapat aku menyayangi orang lain.

beri

..bagi mereka-mereka yang terus berbagi apa sahaja pada orang lain, bukankah itu satu kebaikan. Disebarkan bahagia buat semua, Diberikan gembira seantero dunia, Walau diri apa adanya. Bukan itu yang dikira... Melihat daripada jendela terbuka, Dunia luas tanpa hujungnya, Sedang terperuk dijeruk rasa. Usah! Bangkitlah! Sedarlah! Yang mimpi sudah realiti jadinya. Igau itulah yang sedang kau laluinya, Bayangan bukan ilusi cuma. *Imtiyaz Huda*

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan]: Pelindung

Berpaut pada dahan nan satu, Pinta segala yang kau mahu. Dikabulkan pada masa dan tikanya. Ditangguhkan hingga masa terbaik, Dicepatkan yang perlu, Disekat yang bawa keburukan. Allah, Sungguh tidak terjadi melainkan sudah tercatat di Atas Sana, Bukan semua yang kamu mahu, Yang terbaik buat kamu. Lantas, Kesat matamu nan basah, Berdirilah atas nama Allah. Allah. Allah. Allah. Seru, "Cukuplah Allah sebagai pelindung." Apa daya bernama manusia, perlu bahu melepas lelah, Satu, Hanya Dia disandar harap, Diluah beban, Tahu Yang Terbaik, Tiadalah lebih mendalam tahunya tentang kita selain Allah. Allahu Allah. Qamar Durrah. 4.11.2011

aku, kita.

manusia boleh berubah dengan suasana kehidupannya. apatah lagi seseorang yang rapuh dan mudah untuk berpaling. Tiadalah yang dapat menguatkan selain pertolongan Allah dan doa yang tertumpah buat diri. Siapakah yang tahu bilakah dan bagaimana dia diuji. senang aku menulis, tidak senang membumikan. betapa aku cemburu, namun harus dihapus semua cemburu.  Allah, jagalah hati kami. Mahu dijaga, sudahkah berusaha menjaga? terdiam.. :(

Exam?

"kata-kata itu sedang menghentammu daripada semua sudut. Kata-kata itu akan menuntut haknya suatu ketika kelak. Kamu harus tahu apa kamu tulis itu saham yang akan dipersoalkan. Jadi, tulislah dengan hati jernih, wahai diri!" ....................................................................................................

Friends Forever: Kenali Watak-watak Ini.

Lukisan Zakiah yang oleh pelukis Galeri Ilmu “Sesungguhnya, kekuatan rohani yang dibina mampu menjadi penebat segala cabaran, akan mengecas mentol semangat supaya sentiasa menyala tanpa terpadam walau sesaat. Hati yang bersih daripada dosa memudahkan minda menerima ilmu dan pengajaran. Jika obor semangat itu ada, ketika susah atau senang, dapat kamu harungi dengan iman dan sabar.” -zakiah, Friends Forever. Mary Santiago/ Maryam Abdullah. “Kekayaan harta tidak dapat membeli bahagia.” Balqis Zakiah, kesabaran kamu membuatkan aku malu. Malu dengan kebaikan kamu selama ini. Kamu seperti matahari yang sentiasa tersenyum walaupun aku selalu membuat jahat. Kamu tidak berdendam seperti aku. Kini, aku mahu menjadi sahabatmu Syazana. “Kamu sahabat saya, Zakiah. Mata kamu tidak dapat berbohong. Masih ada kesedihan, cuma kamu kuatkan diri. Kamu lawan sekuat hati rasa sedih itu. Saya mahu temankan kamu sampai cuti berakhir. Mak dan ayah saya sudah izinkan. Marziah Mereka lima sahabat yang bertemu d

Anak Buah.

  Panggilan lewat petang semalam menguntum senyum panjang di bibir. " Fiqah sudah ke sekolah. " Aku di sini mengukir senyum lebar. Terbayang wajah anak kecil berusia empat tahun yang setahun lalu belum mahu berenggang dengan ayahnya. Wah, tahun ini sudah mahu ke PASTI dengan rianya.. Alhamdulillah. Kata kakak, hanya ada empat orang murid enam tahun dan anak saudaraku, Syauqi itu satu-satunya murid lelaki yang tinggal di PASTI tempat dia belajar. Tiga orang lainnya perempuan. Tidak mengapalah, teruskan belajar di situ, dapat dua dalam satu. Saya membalas. Sungguh saya teruja dengan perkhabaran ini. Ya, anak-anak zaman sekarang cepat belajar, dan perlu diajar dengan betul. Esok, genaplah anak itu -Nor Aina Syafiqah- empat tahun. Semoga jadi anak solehah, anak buahku... Rindunya anak kecil molek itu.. Tinggallah si kecil di rumah.. Abang kakak sudah semuanya ke sekolah.. Anak--anak saudaraku, kalian permata!

Tunggu hujan

Tunggu berhari, Langit biru, terik sehari, Bumi kering, di dunia sini, Hujan tidak temani hari, Aku menanti. lu'luah nur jamilah

Senyum Selamanya

Nikmat apakah yang mahu kamu dustakan? "nti muktamad dgn pilihan nti ni?.." "Ya setelah beberapa bulan memikir.. Ini keputusan yang diambil... Muktamad!" Maafkan Aku... Menyelak ceritera lama dua tahun dahulu, ada rindu menggamit hati. Aku perlu meneruskan semua yang telah aku mulai tanpa memandang belakang. Hari depan menanti untuk aku lalui walau apa sekalipun cerita pernah terjadi kepada diri. Allah sudah memberikan aku yang terbaik, perjalanan yang baik. Hanya diri belum mampu menilai semua kebaikan yang terbentang depan mata. Mengapa harus sesal? Mengapa terus berendam air mata? Yakin dan percaya suratan kehidupan dan cerita yang terjadi bersamanya ribuan hikmah yang menanti untuk dipetik. Diri, carilah hikmah itu walau saat menghadapinya penuh air mata. Lupakanlah! Melupakan tidak semesti hilang semua cerita daripada ingatan.  [kesat mata] Friends Forever yang akhirnya menjadi nyata bermula dengan sebuah mimpi pada 2006. Aku nukilkan dalam

Wajah Kerinduan.

Lukis wajah rindu, Tampal di dinding hati.  Maafkan diri, Terima semua terjadi, Hikmah di hujung hari.

Pencinta Tulip

  Mata terpaku pada kuntum tulip, Kiriman jauh bumi keukenhof,  Cinta bersambut pada kelopak tulip, Indah warnanya. Ringkas ciptaannya.

Gelas Kosong.

***  Begitu senang saya menulis itu ini walaupun dunia realiti saya banyak kali tersasar... Mungkin tulisan yang ditulis itu menjadi batu yang menghentak kepala ketika saya memerlukan. Kata-kata itu senjata. Kata-kata seperti pisau... Ya, jika digunakan untuk kebaikan, ia jadi baik. Jika digunakan untuk memfitnah, maka jawapannya... Diam lebih baik daripada menulis sesuatu yang tidak beri manfaat, Namun entah mengapa diam membuatkan saya tidak senang duduk dengan tidak menulis.. Biar ia hanya tulisan tentang aktiviti harian, selesai menulis, barulah perasaan itu kembali tenang. Mengenali saya di dunia nyata berbeza mengenali saya dalam tulisan. Saya sering kematian kata, kala dalam ramai dan lebih gemar melihat di sisi.. 2012... Sudah 23 tahun saya.. Ya, mengikut tahu Islam sudah lebih sebulan saya berusia 23 tahun.. Sudah tua... 23 tahun dengan perangai kebudak-budakan saya tdidak terasa yang diri makin matang.. Bezanya.. sekarang buku saya sudah diterbit

Rindu.

Rindu itu adalah, anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani, punyai rasa rindu Nasyid nyanyian Hijjaz ini evergreen dan tidak jemu-jemu didengar dahulu hingga kini. Rindunya pada sebuah nama. Ayah. Insan terbaik yang membesarkan aku dengan melakukan pelbagai kerja hingga anaknya besar kini. Ayah yang baik dan berkorban demi anaknya. Ayah yang tidak pernah marahkan anaknya. Ayah yang sentiasa merelakan anaknya melakukan perkara yang disukai anaknya. Ayah yang bersabar dengan kerenah anak bongsunya yang tidak mesra alam. Kenangan mendapat basikal ketika darjah dua paling lekat dalam ingatan. Terima kasih, ayah. :) Rindunya pada seorang ibu yang melahirkan aku. Lapan tahun hidup bersama beliau mungkin tidak meninggalkan banyak kenangan namun masih lekat sedikit memori itu kemas dalam ingatan. Anak bongsu yang suka mengikut ke mana ibunya pergi. Anak bongsu manja (..mungkin?) anak bongsu yang setiap Isnin berselang dua minggu dijemput ibunya untuk bertemu doktor gigi. Anak bongsu yang

Selamat Tahun Baru..

Katakan kepada diri, walau gagal berkali-kali, walau jatuh payah berdiri, walau sedih memagar diri, teguh berdiri di sini, menahan diri, menerus legasi ini. Tahu takut, kenapa tidak berubah? Tahu akan gagal, mengapa tidak belajar? Belajar gantungkan diri kepada Allah. Pasti Allah berikan yang terbaik. Setiap batu halangan, kegagalan untuk terus bertahan, kesedihan tidak tersimpan, mengajarmu menjadi intan. Biar ketika kegembiraan, kejayaan, senyuman... kamu tidak lupa masa lepas yang mengajar. Pencarian tidak akan tamat, selagi usia bukan di garis penamat. Di manakah tekad? Ya Allah, jiwa yang dahagakan hidayah, perlukan petunjuk menerus langkah... Ingatlah dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang. Sometimes I want to quit, but I hate loneliness. Sometimes I want to cry, but I learn to smile. Sometimes I want to go far away, but... Without my leg. Without my hand. Without my sight. Allah. The only one give the strength! Face it! Bukan aku merelakan, perpisahan t