Berbaki tiga lagi! |
Aku belum bergerak untuk ke dewan peperiksaan. Sedangkan sejak 7:30 pagi siap berpakaian. Terasa berat kaki mahu melangkah. Terasa debaran di dada makin menghentam. Aku kalut dengan situasi ini. Tanda-tanda apa yang dibaca lain yang ditanya. =)
8:50pagi.
"Panggilan terakhir untuk ARAB 1222."
Barulah aku melangkah malas menuju ke tempat duduk. Subhanallah... Kedua daripada depan. Setelah dibenarkan menjawab, aku menyemak soalan... Alhamdulillah. Semua yang aku baca tidak masuk, sedangkan yang aku tinggalkan itu yang ditanya. Maka, keluarlah segala ayat yang direka. Ayat yang aku tidak tahu kena mengena dengan soalan atau tidak.
Serius.
Aku menjawab menggunakan deria hati. Menulis menggunakan ilham yang Allah pinjamkan buat aku. Sesungguhnya terasa perit juga, namun natijahnya hanya Allah yang tentukan.
Alhamdulillah.. Berakhir juga imtuhan untuk hari ini. Aku tutup kertas soalan.
10.35 pagi bertempat di Seminar Room 2 & 3 CAC IIUM.
Aku sudah tidak tahan untuk keluar daripada dewan peperiksaan. Dada berdegup kencang entah irama apa yang dialunkan. Sedang jemari sudah berhenti menulis pada dada kajang yang terdampar di hadapanku. Memerhati sekeliling, semua masih khusyuk menulis. Sedang aku sudah kehabisan dakwat dan idea. Hendak keluar aku melihat ustaz di depan dengan perasaan yang pelbagai. Terasa segan pada ustaz. Seketika, ustaz keluar untuk menjawab panggilan telefon...
10:38pagi.
Ternampak ada seorang pegawai peperiksaan sedang berlegar di sekeliling. Angkat tangan.
"Sudah siap." Aku bersuara perlahan.
"Okey." Dia juga bersuara perlahan. Setelah kertas diangkat, aku bergegas keluar.
Destinasinya ITD sebelum menjejak lantai bilik.
Menukil cerita imtihan hari ini...
Nota Kecil Hujung Entri: Sesungguhnya Allah tahu apa aku perlu bukan apa yang aku mahu. Tentu aku akan terima natijahnya dengan hati terbuka. Semoga apa yang aku baca walaupun tidak masuk imtihan lekat dalam dada. Bekal sebagai pelajar literature.. Insya Allah... Bukan belajar hanya untuk imtihan, tetapi niatkan kerana Allah... Tetapi betulkah niatmu jika kamu tidak belajar bersungguh-sungguh? Alhamdulillah!!!
Comments