Skip to main content

PALSU.

Mawar Berduri?
Dalam dunia ini banyak benda yang palsu.. Ada yang sengaja dipalsukan untuk melindngi sebuah kebenaran. Adakah semua yang palsu itu membawa kepada KEBURUKAN atau dalam sebuah kepalsuan itu sebenarnya ada yang bernama KEJUJURAN.

Dalam melindungi diri, kadang manusia itu berpura bagi melindung perasaan sendiri. Ekspresi. Langkah. Kata-kata. Semuanya terkandung makna yang difahami oleh pemiliknya. Haha.. Mungkinkah apa yang dilakukan oleh pemiliknya itu adalah sebuah kepura-puraan bagi melindung sebuah HAKIKAT.

Haha. Aku sudah makin merapu dalam blog ini. Ingatkan apabila ditukar url, tiada lagi yang menjumpai manuskrp bawah meja ini.. Haha..

Kemudian nanti, setelah aku sudah tiada selera dengan apa yang aku tulis maka aku akan terus memadam segala khazanah yang ada dalam blog ini. Kemudian terus dan terus merapu...

 ...scopophobia..

Hm, pertama kali aku mendengar perkataan itu. Terima kasih buat yang memperkenalkannya. Insya Allah.. Perasaan aku itu bukanlah seteruk itu.. Hanya mainan dalam diri.. Diri ini.. Permainan diri yang akan ada pengakhirannya. Aku menulis apa yang aku rasa yang bukan semunya ada kaitan dengan aku. Aku merapu-rapu dan menulis apa yang terlintas.. Memang dengarnya seperti sebuah luahan rasa namun fiksyen itu bukankah bukan direka?

Hm...

Tata.. Aku berundur dulu merapu. Nanti bila aku terasa mahu menconteng aku terus dan terus menconteng..

=]

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...