Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

PEMIMPIN???

 Adakah seronok menjadi seorang pemimpin? Aku suka melihat pemimpin, namun aku suka mengelak jika disuruh menjadi pemimpin kerana aku tidak suka menjadi orang yang dipimpin. Aku tiada kredibiliti dan sangat mahu mengelak jika disuruh menjadi walau hanya menjadi pemimpin dalam sebuah kumpulan yang kecil. Keputusan sudah diambil demi kemaslahatan bersama. Aku mengundur kerana  aku tidak layak untuk berada dalam posisi itu. Aku benci untuk berada dalam situasi serba salah dan tidak kena. Aku teerasa seperti orang b****. Seandainya dapat aku lari aku akan larikan diri sejauhnya. Bagaimana aku mahu menghalang kenangan lama daripada bertandang setiap kali memandang wajah nan satu itu. Aku tidak diajar menjadi pendendam namun kenangan yang tercatat dalam diari aku terus lekat dalam jiwa dan akal aku. Bukan mudah untuk aku lupakan... Tidak sakit dan pedih namun lukanya terasa berdarah semula. PERIT. Namun aku percaya Allah sudah mentakdirkan yang terbaik untuk aku. Mungkin aku terlalu memandan

Manusia di Kerusi Belakang ...

MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI JUGA PERLU! LOKASI: Dalam kelas survey, baris belakang sekali HARI: Selasa dan Khamis. Ada seorang budak yang namanya terpaksa dirahsiakan dan suka duduk di bahagian belakang dalam kelas SURVEY suka main-main ketika ustaz Ghassan Taha Yaseen mengajar. Dia langsung tidak tumpukan perhatin malah boleh pula dia main-main. Buku teks dia tak pernah (dulu awal-awal dia skema, bawa buku), suka kacau kawan sebelah dia yang bernama Habibah dan Ema Noor Jihan.. Hari itu -Selasa: 28 September 2010- dia main-main lagi. Nak tahu apa yang dia buat? Dia melukis kartun dalam buku panjang SURVEY yang sepatutnya ada nota berkaitan SURVEY. Tetapi ketika Ustaz Ghassan Taha Yaseen sedang berikan penerangan tentang tamadun Islam di depan, dia melukis kartun yang sememangnya tidak cantik. Ustaz cakap, tangannya merayap dalam buku latihan. Entah sajak apa lagi yang dia tulis entahlah. Entah rapuan apa lagi yang dia conteng aku pun tak tahulah. Yang pastinya dia tidak tu

basikal baharu

Bukan basikal sebenar Langit yang cerah seperti memberi harapan baru untuk dia. Jendela dibiarkan luas, membiarkan angin menderu menyejukkan batang tubuh yang terasa hangat. Beberapa kali sudah dia mengelap mata, mungkin ada habuk yang melekat. Sedang di  tangan tidak lepas memegang tisu. Sungguh dia tidak menjangka kenangan lama kembali menjengah. Dia ternampak seorang anak kecil yang girang. Ini kisah suatu petang ketika dia berada di tahun dua sekolah rendah. Walaupun berada di kelas nombor dua, dia seronok apabila setiap kali peperiksaan dia mendapat nombor satu. Itulah anak kecil berusia lapan tahun yang namanya Jamilah. Ketika tahun satu, ayah dan mak tidak menjanjikan apa-apa setelah dia mendapat nombor satu. Dan dia tidak pernah mahu meminta, walaupun dia merupakan anak bongsu. Bagi Jamilah, dia hanya pelajar kelas nombor dua. Sekolah petang juga nombor satu milik dia. Sekolah pagi milik dia. Dia seronok apabila dapat naik pentas walaupun hadiahnya bukannya pingat

29-9-2010

Sekarang satu demi satu keadaan berubah dan aku perlu bersedia menghadapi apa-apa yang berlaku.. Hanya berharap aku dapat menghadapinya dengan sabar.. Kadang aku rasa tidak kuat, namun aku tidak sanggup melepaskan orang yang aku sayang.. Aku sayang mereka semua.. Aku mahu lihat mereka senyum dan aku tidak kisah diri aku.. Biar terbengkalai hidup, biar terbuang, aku mahu lihat senyuman mereka yang aku sayang.. Benar.. Aku tidak mahu lebih daripada itu...

CORETAN DI PAGI HARI!!!

AKU Apabila aku terasa tidak tahu apa yang mahu ditulis, aku biarkan sahaja jemari mengetik mana-mana kekunci yang dia mahu. Aku biarkan apa sahaja kata terluah di sini, walaupun kadang hanya coretan kosong. Menulis adalah terapi untuk aku? Ha, benarkah??? Hanya berbaki lima minggu sebelum final exam. Dan jika dikira semester -termasuk short sem- sudah empat semester aku di sini. Namun apa yang aku sudah buat? Apa yang aku lakukan perubahan? Apa yang aku lakukan pembaikan? Adakah aku betulkan hati yang serapuh kaca itu? Bagaimana aku tatang sang hati?Adakah aku baiki hubungan dengan Pemilik Cinta yang sentiasa memberikan kita rezeki. Adakah?? Adakah?? Adakah??? Kadang tidak semua persoalan terjawab dengan mudah. Ada ketikanya aku tidak mampu menjawab persoalan yang ditanya oleh diri sendiri. SIfir mudah kehidupan aku lupa.. "Kita tersenyum apabila membuatkan orang tersenyum, Kita menangis apabila melukakan" Maka, bagaimanakah untuk mengelakkan hal itu? Kadang tanpa sedar ia t

SEMINAR PENULISAN: PERKONGSIAN NISAH HARON

 Tarikh: 25-9-2010 Lokasi: Sekolah Menengah Islam Al-Amin Aku suka dengan perkongsian oleh Kak Nisah Haron. Beliau merupakan salah seorang mentor aku ketika mengikuti Minggu Penulis Remaja Tiga tahun lalu. Salah seorang penulis yang boleh dikatakan lebih tiga aku bertemu sejak kali pertama dipertemukan di Perkampungan Penulis Muda di NUBE Negeri Sembilan. Baik, kita masuk kepada topik. Saya sekadar mahu menggaris hitamkan perkara penting yang dinyatakan oleh puan Nisah kerana hakikatnya banyak ilmu yang dikutip pada perkongsiannya.. Kita menulis kerana ada sesuatu yang bergolak dalam perasaan. Kerana ada ketidak puasan hati dalam jiwa, maka kita menulis. Kejayaan dalam bidang akademik hanyalah catatan atas kertas, bagaimanakah kita manfaatkan ilmu yang kita dapat? Yang penting ada minat, semua boleh tulis. Ada keberanian untuk menulis dan menembus majalah dan akhbar. (Ada tiga tembok yang perlu kita tembusi, pertama kalau menulis diari dikira lepas tembok pertama, kerana kita menulis

SEMINAR PENULISAN: PERKONGSIAN HILAL ASYRAF

Pemilik langitilahi.com  Aku mahu catatkan semula apa yang aku dapat berseminar selama beberapa jam sebagai perkongsian untuk semua dan ingatan untuk diri sendiri supaya tidak lupa. Maka, aku nukilkan semula di sini.. Pada lembaran yang setia mendengar aku berbicara ini.. Aku hanya mahu berkongsi isi utama yang diperkatakan oleh saudara Hilal Asyraf dalam seminar tersebut. Beliau mulakan dengan menyentuh persoalan penulisan itu sendiri dan dakwah sebelum memotivasikan peserta dengan kelebihan menulis.Sememangnya menulis itu  merupakan suatu amal jariah yang berantai sekiranya ada yang membaca apa yang kita tulis. Tidak kiralah dalam media cetak atau blog, facebook, hatta pada cebisan kertas kecil.. Selagi kita tulis perkara yang baik dan ada yang membaca, ada saham untuk kita. Kedua, penulis itu terus hidup walaupun walaupun jasadnya sudah terkubur. Lihatnya bagaimana kita masih mengenali Imam Ghazali, Imam Syafei dan ulama' silam keranan mereka meninggalkan tulisan,, Tulisan yang

MENGAPA BEGINI?????

BENARKAH???  Sesuatu yang terjadi hingga mengejutkan seluruh urat nadi. Adakah aku sekadar memerhati, Melihat dari sisi? Sebuah persoalan yang membuatkan akal tersentak, Adakah benar ini akhirnya? Apa yang dapat aku kata, Apa yang mampu aku hurai, Sungguh aku TIDAK RELA.... Beginikah akhirnya? Sungguh hati enggan menerima walaupun seribu kali diberita. Sungguh aku tidak dapat menerima.... Jamilah ~ITD~ 27-9-2010 Nota Kecil Hujung Entri: Mungkin kita sayangkan sesuatu berlebihan, dan mungkin tidak tidak menyukai sesuatu berlebihan.. Sediakan diri dengan sebarang kejutan...

SEMINAR PENULISAN ISLAMI BERSAMA TIGA PENULIS.

TArikh: 25 September 2010 Lokasi: SM Islam Al-Amin Alhamdulillah. Akhirnya hari yang dinanti berakhir sudah. Walaupun tidak berpeluang bertemu Faisal Tehrani, aku suka dengan penyampaian Kak Nisah yang penuh motivasi. Aku ceritakan pengalaman ini daripada mula hingga akhir... Semalam entah apa yang aku lakukan hingga melelapkan mata hanya pada pukul 4.30 pagi. Bangun solat Subuh sudah lambat dan sangat mengantuk. Aku baring atas kati dengan hajat untuk lena seketika. Aku berjanji dengan Umairah untuk bertemu pada pukul 8 suku di Bus Stand Safiyyah. Malang sekali apabila ketika aku terjaga dan melihat jam sudah lapan lima minit. Masya Allah... Mujur sahaja baju sudah diseterika dan aku sudah mandi. Jika tidak memang kalut. Sudah ada mesej daripada Umairah menanti yang tidak aku sedari.. Akhirnya aku hanya sampai ke bus stand Safiyyah pada jam 8 setengah.. Lewat lima belas minit... Terus mengambil teksi dan menuju ke Sekolah Menengah Islam al-Amin.. Alhamdulillah, hanya RM3.40 daripada M

HATI-HATILAH

 Suatu ketika dahulu aku langsung tidak mengenal siapa itu Toha Hussein, siapa penulis dalam dunia sastera arab.. Walaupun pernah belajar sedikit tentang dunia sastera Arab ketika di CFS IIUM dua tahun lalu, tidak banyak yang aku tahu.. Hanya aku suka mendegar sajak Ustaz Majid yang terasa segar dengan riman belakangnya yang terjaga.. Masuk IIUM dan belajar Adab Arabi dan Adab Islami barulah saya mula tahu sedikit sebanyak.. Siapakah Taha Hussein? Apa itu orientalis? Apakah mazhab sastera? Apakah bezanya Adab dan Manhaj sastera? Sedikit akal terbuka dan membuatkan diri lebih waspada untuk melihat karya sastera. Walaupun kadang aku tidak faham apa diterang ustaz, tidak tahu apa yang dibaca.. ada juga satu dua perkataan yang aku faham... Belum tertulis lagi tentang mazhab sastera yang aku belajar baru-baru ini.. Sekarang sudah masuk tentang manhaj sastera: Manhaj As-Syak Ad-De Carte yang dipopularkan oleh Taha Hussein.. Susah juga untuk faham.. Kata-kata dalam manhaj ini yang popular ial

CALON SUAMI???

Maaflah jika tajuk seperti sedikit kontroversi.. sekadar catatan kecil.. =) 21 tahun usia ranum kala ini menyaksikan ada sudah sahabat seusia yang diikat dengan tali pertunangan, disunting menjadi suami, menjadi ibu kepada anak yang comel.. 21 tahun bagi aku adalah usia yang masih muda... Muda untuk berfikir tentang itu. Pemikiranku belum sampai di situ. Mengapa aku mencoret tentang ini? Kisahnya aku dan Humaira satu hari ditakdirkan untuk bertemu di ITD setelah lama tidak bersua. Maka, aku mengikutnya ke Nusaybah –sekali lagi memanjat tangga cerun itu- Alhamdulillah, kami sempat iftor bersama-sama di sana.. Sedang menunggu makanan yang ditempah, Humaira mengajukan satu soalan maut yang membuatkan aku terkedu dan kaku. “Jamilah dah fikir tentang calon suami?” *Sengih macam kopi terlebih gula* “Belum terfikir tentang itu.” Aku tergamam sendiri. Huh, bagaimana mahu dijawab soalan yang lebih susah daripada soalan mid-term survey ini? Terasa sukar untuk menjawabnya kerana aku bukan tidak p

Tampal Gigi

 Tarikh: 24 September 2010 Lokasi: Dental IIUM Pagi yang tenang sambil melayan Maher Zain.. Berjaya untuk tidak lena lepas Subuh setelah seminggu itu rutinnya.. haha.. Tekad. Hari ini perlu ke klinik gigi sebelum gigi ini bertambah rosak dan perlu dicabut. TIDAK... (walaupun seronok cabut gigi, dapat MC.. =) ) Ini cabut gigikah??? Alhamdulillah, hari ini aku menyempurnakan rawatan gigi. Ke Dental Gigi kali ketiga untuk semester ini. Doktor pun sudah ingat aku. Doktor kata sudah tidak ada lagi kan gigi yang rosak? Semua sudah dihapuskan. *senyum* Mujur sahaja aku sedikit awal, jika tidak parah juga mahu menunggu lama-lama untuk bertemu doktor gigi.. Adalah setengah jam menunggu sebelum dipanggil.. Selesai juga akhirnya.. Semoga ini yang terakhir. Itulah sudah tua baru mahu jaga gigi.. Payahlah begitu. Dulu mak tiap-tiap minggu bawa ke Klinik Gigi, sudah besar, tak pandai jaga juga.. huhu.. Nota Kecil Hujung Entri: contang pagi jumaat.. Sekadar rekod diri sendiri.

Redha.

 Redha, Aku terus berjuang, Jatuh Bangun Gagal Bertahan. Seorang Jamilah tidak harus mengalah, Jangan kata penat atau susah Bergerak apa perlu kau kerjakan Kelak kau dapat apa kamu mahukan. Jangan terlalu melihat belakang.. Sunyi, JAMILAH MOHD NORDDIN ~ kembara mencari makna diri!~ Nota Kecil Hujung Entri: Menulis apabila terasa mahu menulis/

Tekad.

aku nekad untuk ke bengkel Hilal n faisal tehrani dan meninggalkan kelas.. -Alhamdulillah, aku doakan kak husni sihat-sihat n bahagia selalu.. Aku tak boleh selalu ada di sampingmu, tetapi sedia membantu apabila kak husni perlukan.. Aku takut mengganggu.. itu sebenarnya.. -Aku rasa lemah sekarang. Cuba kuatlan diri dengan zikir.. assignment banyak sebenarnya.. -nak susun jadual.. -leader leadership... aku tak mampu.. benar sangat tidak mampu. -ya Allah, bantulah aku.. =)

JANGAN BACA !!!

Mahu bebas terbang di udara Aku membiarkan pena berbicara mengikut kehendaknya.. Sudah berapa banyak entri yang aku tulis bertarikh 23-9-2010. Sungguh aku menulis ini sebagai terapi dan sekadar mengungkap suara harti. Tidak ada yang penting. Usai Subuh, sambung lena disebabkan semalam kurang berjaya menjadi seorang yang suka tidur. Ya, ada kalanya aku menjadi burung hantu yang berjaga malam hari dan siangnya tidur.. Alhamdulillah, sudah dapat markah mid-term untuk Survey dan SOCA. Sungguh aku tidak peduli apa yang aku dapat.. Kecewa dengan perangai diri sendiri yang main-main dalam kelas Survey.. Sangat mengantuk dan tidak tumpu. aku hanya main-main... Sedih sangat dengan apa berlaku... =( Ya, aku sekadar mencatat apa yang mahu digerak jemari.. Sudah selesai satu minggu yang masih kosong walaupun orang lain sibuk dengan assignment.. Aku masih begitu.. Ya, masih begitu.. Tulis motivasi untuk diri sendiri namun tidak bergerak.. Baca buku itu ini, kemudian habis... Entahlah.... Minggu ini

Habiskan Juga!!!

Tarikh Kejadian: 22-9-2010 Lokasi: Kelas Adab Arabi, HS LR11 Semalam terasa kelas sangat ceria dengan perkongsian bermacam-macam cerita oleh ustaz Adli. Cerita yang cuba untuk menyuntik perasaan yang akhirnya membuatkan aku terasa seperti ada bom meletup atas kepala. Tepat kena sasaran dengan apa yang bermain-main dalam fikiran aku minggu lepas. Syukurlah perkara itu sudah aku singkirkan daripada agenda hidup. "Kesusahan itu lebih baik dirasa ketika muda. Kalau kamu jatuh ketika muda kamu boleh bangun semula. Yang penting kamu nak!!! Habiskan BA. Nak ulang semula amat payah! Nilai manusia yang ada BA dan tiada BA tidak sama. Jika dengan BA boleh menjadi pegawai, tanpa BA hanya kerani." - ustaz Adli, kelas adab arabi, 22-9-2010 Terasa benar dengan kata-kata ustaz kali ini. Cerita ustaz tentang bagaimana ada seorang pelajarnya yang berkahwin dan bercerai ketika masih belajar menyentuh ulu hati. Seorang pelajar ini yang berkahwin ketika tahun pertama namun bercerai ketika tahun

Memuja Seni?

Tentu kalian pernah terdengar mereka yang menjadi hamba seni. Sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli sebuah lukisan yang kita lihat hanya seperti contengan yang tidak terkandung sebarang makna. Jika seorang biasa melihat, mereka akan menganggap gilakah orang itu menghabiskan sejumlah wang hanya untuk sebuah lukisan begitu. Kemudian kita tentu akan ditempelak sebagai seorang yang buta seni. Betapa jika kita cintakan sesuatu mana kita kira wang dilaburkan untuk itu. Contoh ustaz membuatkan saya tersenyum: "Lihat sahaja seorang yang sanggup memberli seekor ayam serama yang bernilai RM50,000 (contoh) dan menjaganya lagak menjaga seorang anak. Sedangkan ayam tersebut jika disembelih dagingnya hanya boleh dimakan seorang, itupun mungkin tidak kenyang." Betapa cinta yang membuta tuli akan menyebabkan gelap pandangan pada kebenaran. Bayangkan kita melihat lukisan Monalisa yang sangat dipuja barat itu... seorang wanita yang duduk atas kerusi Yahudi Kita hanya melihat g

BLING! BLING! 8

Lokasi: ITD Tarikh: 21-9-2010 Masa: 08:58p.m Baik! Aku rasa nak menconteng lagi. Sepertinya aku sudah tiada kerja lain untuk dilakukan. Aku hanya mahu meluah kata, jadi aku menggerakkan jemari yang ramah bersuara... 2013. Tarikh sepatutnya aku graduasi. Dapatkah aku menamatkan pengajian pada tahun itu? Insya Allah... Dengan izin Dia.. 2013. Tarikh sepatutnya aku bergelar graduan bahasa Arab pengkhususan sastera arab... Adakah aku graduasi dengan gelaran itu? Atau pelajar jurusan lain.. Jauhkan aku daripada bisikan nakal itu Ya Allah.. Aku aku berjuang hingga akhirnya walau mungkin sedikit lewat.. 2010. Aku belum mulakan subjek asas.. Nahw. Sorf. Aku galak untuk belajar Adab... walaupun aku main-main. Aku suka mendengar ustaz bicara kemudian kata-kata itu hilang. Benar. Adakah aku menamatkan tahun ini dengan air mata? Mungkin... 2011. ??? >>> .......... (Aku tidak tahu) Kadang kita tidak menduga apa yang akan berlaku. contengan, JAMILAH.

Catatan Yang Sengaja Ditulis...

BANGUN!!!  Ini coretan mengikut arus jemari tetap mahu menukil satu dua kata walaupun hakikatnya hanya contengan biasa... Minggu yang banyak dihabiskan dengan lena. Entah apalah yang saya cari dengan banyak tidur itu. Adakah dengan tidur saya dapat menyelesaikan masalah. Adakah kerana dengan  lena saya sering kerana senang, maka, saya suka lena.. Allah.. Buruknya perangai seorang yang suka lena selepas Subuh.. Manakan tidak, lagi sejam untuk ke kelas barulah bersiap untuk bangun, seterika baju, mandi, bergerak ke kelas.. Hidup kosong... Aku suka melihat orang yang bekerja. Sedang aku hanya duduk goyang kaki dan online sepanjang masa.. Aku tersentuh melihat seseorang semalam.. Ya Allah... Sukanya aku melihat dia.. Terharu.. Okey, saya tahu sekarang semua masuk fasa sibuk dan saya dapati banyak program menarik untuk saya hadiri minggu ini... Ya.. Tidak sabar untuk ke bengkel penulisan bersama Hilal Asyraf dan Faisal Tehrani.. Talk... Konsert.. Haha, assignment masih terperuk dalam locker

SAJA???

Every step have goal!!!  Aku sering memberi jawapan 'saja' pada setiap persoalan yang dilemparkan orang kepada aku. Benar. "Kenapa datang awal?" Tanya ustaz Wan Fadzli dalam kelas Tilawah petang tadi. "Sengaja saja datang awal." (jawapan lain untuk saja). Jawab aku. Dalam kelas Tarikh adab Islami pula ustaz Adli katakan tentang ini. Orang Muslim tidak lakukan sesuatu tanpa tujuan. Semuanya ada sebab kita melakukan. Kemudian aku terfikir sendiri dengan apa yang aku lakukan sehari-hari. Banyak benda lagha.. Sia-sia.. Main-main.. Mereka harapkan kamu jadi insan berguna kamu masih main-main.. Fikirkanlah, Jamilah. pesanan untuk Jamilah Mohd Norddin. 20-09-2010 ITD Nota Kecil Hujung Entri:

Dedikasi: Hari Istimewa Kak Husni

Tiada kata berjela. Tiada madah berbunga Tiada blanket party Tiada sambutan segala.. Hanya sebaris kata Bermakna... Selamat Hari Lahir Happy birthday.. Doaku,  Allah berikan Kak Husni senyuman paling manis.. Kejayaan Hakiki... Harapanku, Kak Husni bahagia.. Pintaku, fighto!!! Moga-moga, Kak Husni dapat gapai segala impian dan harapan.. Dedikasi, Jamilah Mohd Norddin

Hidup Atas Garis Linear...

Allah uji manusia dalam banyak bentuk. Kadan kita sedar yang kita diuji kadang kita tak tahu yang sebenarnya Allah sedang menguji kita. Keadaan ini mungkin berlaku dalam kehidupan dan ya.. berlaku dalam kehidupan saya.. Saya tidak bila bilakah saya terfikir tentang ini.. Mungkin semalam.. Saya terasa yang saya berada dalam sebuah garis lurus kehidupan. Saya tidak melalui ujian yang dilalui orang lain. Saya melalui hidup sehari-hari dengan senang.  Tanpa diduga, tanpa sedih, tanpa ragu-ragu.. tanpa perasaan.. Saya meneruskan langkah sehari-hari kerana saya masih punya nyawa. Ya, Allah mungkinkah diri ini sedang diuji sebenarnya apabila berfikiran begitu??? Orang lain sibuk, saya rileks.. Orang kelek buku, saya belek novel Orang buat assignment, saya update blog.. Orang buat itu.. saya tengok tepi.. Saya sedar dengan apa yang saya buat kadang-kadang saya tidak dapat kawal perlakuan saya sehari-hari... Saya diam namun boleh bertukar menjadi loyar buruk.. Saya jarang senyum kadang boleh ge

Cerita Bercerita: Kak Husni...

 Jumaat. 17 September 2010. Lagi tiga hari 20 September 2010. Hari lahir Kak Husni... Allah tahu yang lebih baik. Sambutan yang sepatutnya malam 20 September 2010 menjadi hari ini.. Alhamdulillah... Ini sekdar catatan perjalanan aku hari ini.. Jumaat yang sama seperti jumaat yang lain.. Hanya catatan supaya aku ingat apabila aku menyelak lembaran blog ini.. Pagi. Bangun pagi, layan laptop sampai tengahari.. Makan maggi sambil layan blog.. Ah, permulaan hari dengan benda yang tidak berkhasiat.. Tahu tapi masih tetap teruskan juga amalan itu.. Maafkan aku Kak Husni tidak melayan dengan baik sepanjang Kak Husni bersama-sama saya di Qamar Cinta 1-1 Safiyyah.. Sungguh aku tidak membuat yang terbaik untuk orang lain. Petang. Pukul tiga. Makan di cafe (tengahari) kemudian pergi maktabah untuk hantar buku.. Maka di sinilah kisah bermula.. Aku tetap mahu bercerita.. hihi... Alkisah maka aku, Masthura dan Bib ke kedai fotostat untuk mem print beberapa gambar untuk assignmentnya.. Selesai, Bib ma

Untuk Bib...

Assalamualaikum, Bib... Kenapa Bib delete blog? Ha? Hehe, sengaja aku mulakan entri untuk  hang dengan pertanyaan itu. Memang itu tujuan kami tulis entri ni pun. Kami nak hang tahu yang  kami sangat tidak suka dan puas hati apabila  hang delete blog semalam. Tak puas hati sangat sebab dekat mana pula kami nak baca tulisan hang nanti. Ish. *muka masam* Bib, nanti hang akan rasa nak menulis. Percayalah! Tak patutlah hang tutup blog. Kami akan rindukan tulisan, kata-kata lontaran seorang Bib... *senyum sedikit* Bib, nanti kamu buka ye semula blog tu... Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......... Saya akan rasa nak baca tulisan kamu. Nak lihat apa yang kamu tulis. Kamu boleh menhulis dengan baik dan punya makna. Kenapa kamu padam blog? *marah* haha, bib... inti entri ni nak suruh kamu buka semula blog kamu..... Tak kisahlah update jarang-jarang... Jangan padam blog tu... Winduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... Nak baca........................................... Hambik kau, bib.. Jamilah dah tulis entri

...Tidak Dapat Menulis...

Beberapa kali menulis entri baru namun tidak dipanjangkan lagi. Memang hari ini rasa tak dapat nak menulis walau hanya satu entri. Pagi tadi semangat bercerita tentang versus. Hanya itu, kemudian aku sudah hilang kata. Haha, kalau betul aku nak tukar universiti macam best. Tapi aku masih sayangkan universiti ini.. Masjidnya, ITD, library... kelas.. mahallah.. selesa bagi aku. Aku dapat teruskan belajar di sini sudah satu rahmat yang besar bagi aku. Selalu, perang perasaan itu selalu bertarung dalam diri. Memilih yang terbaik untuk diri namun tidak punya daya untuk meneruskan. Aku sering tertanya-tanya, adakah aku akan graduasi sebagai pelajar bahasa Arab??? Mungkin ya, mungkin tidak... Ada beberapa kemungkinan yang bermain dalam fikiran namun aku tidak dapat cerita... Haha.. Sengaja aku buka sedikit jendela kata, namun tidak mahu teruskan... Kita tak tahu kan esok lusa bagaimana???? Tentang novel juga aku mula tak sentuh... Sedikit demi sedikit aku kikis semangat yang ada dalam diri. A

Balik.

Aku dah balik UIA Tapi rasa macam sama gak.. buku tak sentuh. main tenet lagi/. Sedih sangat.rasa nak nangis. si ri us. Rasa nak nangis sangat-sangat ni.;. sejak semalam. mungkin penat tak habis lagi, so emosi kurang betul. Hm... YA Allah bantulah aku buat perubahan Aku hanya mahu jadi diri sendiri. orang baik. tapi dengan keluarga pun kau tak boleh baik. dalam keluarga aku dah jadi macam perosak pun... Ya Allah... aku tahu,,,, aku tak tahu berusaha/ aku tak reti menghargai,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, sooooooooooo deeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Bukan Senang Nak Jadi Baik...

Alhamdulillah, kembali sudah aku ke bumi IIUM. Tempat belajar kesayangan hamba.. Sayang? Benarkah aku menghargai kehadiran aku ke bumi bertuah ini? Balik rumah, satu habuk assignment aku tak sentuh. Okey, aku sentuh buku. Baca novel dan mengemas ruang bacaan aku, Itu sahaja dan yang lain masa aku habiskan dengan tidur di siang hari dan menyelusur alam maya pada malamnya.. Duduk rumah aku terasa macam au habiskan masa dengan lebih tidak efisyen berbanding jika aku berada di IIUM. Serius. Makanya aku pulang awal sebab ada assignment tunggu (huh, tak mula lagi, sangat rileks... Assignmnet adab islami memang tak jumpa lagi novel Faridah Hanom... haha) Aku kan memang manusia yang rileks.. Sejak dalam perjalanan ke rumah kaka tempoh hari, aku mengulang baca versus by Hlovate. Entahlah, terasa nak baca.. Rasa nak ulang dan ulang baca. Ada bab yang akan aku skip dan ada bahagian yang aku baca berulang. Buku tu aku dah lipat sana sini, dah mula conteng.. Hm, have something hidden in the story t

Sebelum Ku Langkahkan Kaki...

 Aku percaya kalian mesti perasan macam-macam isu yang berputar sekeliling kita. Itu... Ini... Begitu... Begini... Sampai kadang-kadang jadi takut nak keluar daripada rumah sendiri... Tetapi yang belih penting nak keluar rumah sebutlah dahulu nama Allah.. بسم الله توكلت على الله Kita keluarlah daripada pintu rumah dan bergerak atas nama allah.. Semoga allah lindungi perjalanan kita, pekerjaan sehari-hari kita,.. Sesungguhnya Allah dekat dengan hamba yang dekat dan menghampiri-Nya... Nota Kecil Hujung Entri: Akan kembali kepada kehidupan lama

..Sepanjang Perjalanan...

 Alhamdulillah, walaupun pagi aku dihabiskan dengan melenakan diri, hari ini sampai juga ke rumah kakak sulung aku di Parit Buntar Perak.. Bukan itu yang aku mahu tuliskan sangat, namun ketika mahu pulang, aku dan ahli rombongan ditunjukkan dengan pantai Tanjung Piandang.. Sangat suka meghala lensa ke sana ke mari walaupun bukannya terer untuk menangkap gambar.. Bukannya pantai sangat tapi laut yang terbentang saujana mata memandang.. Matahari, laut, batu-batu yang banyak.. Subhanallah.. membuatkan aku tersenyum sendiri.. Subhanallah, Pada alam yang kau ciptakan terbentang pada mataku Pada tumbuhan yang kau ciptakan dan aku pandang hari-hari, Semuanya terkandung rahsia penciptaan Yang menceritakan kebesaranmu... Sejauh mana aku lari, Engkau sentiasa dekat. Memang rasa sangat seronok.. sentuh air laut.. rasa angin laut,... Kalau malam-malam tentunya lagi menarik. Hanya dalam setengah jam kami berada di situ sebab perlu pulang ke Mahang pula.. Namun cukuplah untuk membuatkan aku tersenyu

Geng Bilik Bacaan: Reunion Tiga Orang

 Hm, aku tak retilah nak tulis skema. Maka, aku kena tulis menggunakan bahasa sendiri semula.. Ini cerita reunion Geng Bilik Bacaan yang berlangsung semalam. Sepatutnya ada enam orang ahli yang akan bertemu. Destinasinya rumah Aci Mas di Charok Nau Baling.. Namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan lagi, hanya kami bertiga -aku, Saadiah dan Aci Mas- yang melepak bersama-sama di rumahnya hingga petang. Mujur sempat kejar bas terakhir untuk kembali ke kampung,, Hm... Untuk rekod ini tambang terkini untuk ke Baling. Aku kan penyokong kenderaan awam, jadi terpaksalah menerima tambang yang sudah naik 40% daripada zaman aku sekolah dulu-dulu.. Mahang-Kulim: RM4.00 Kulim-Baling: RM7.40 (Ketika zaman sekolah 2002-2006: Kulim-Batu 42 = RM4.70) Tiga jam juga aku berada dalam bas untuk sampai ke Baling. Demi bertemu teman yang dirindui, maka aku teruskan perjalanan.. Balik semalam terus pengsan.. zzz... Sampai Pulai, Saadiah juga menggunakan bas yang sama dengan aku.. Memang sebab bas y

Geng Bilik Bacaan: Reunion

 Pagi yang tenang ditemani alunan album nota cinta oleh Saujana. AH, rindunya untuk bertemu mereka yang sama-sama melepak dalam bilik bacaan suatu ketika dahulu. Terasa ada bunga-bunga mawar sedang berkembang dalam diri sekarang.. =) Seingat saya belum pernah kami bertemu ketika Syawal, kalau ada pun pertemuan yang dihadiri oleh seorang dua daripada kami, dan tentunya saya yang perlu turun ke Baling disebabkan mereka berada di Baling dan agak susah untuk datang ke Kulim. Saya tidak kisah akan hal itu, asal sahaja saya dapat bertemu mereka. Saya sengaja mahu bertemu mereka kerana desakan rindu yang melanda jiwa. Walaupun saya tahu bukan saya yang akan bercakap banyak, cukuplah ada pertemuan antaara kami supaya ikatan hati yang bersatu tidak terputus. Indahnya ukhuwah bilik bacaan suatu ketika dahulu.. Tetapi pertemuan ini juga mungkin tidak dihadiri semua ahli disebabkan Alang tidak dapat saya hubungi. Saya tidak punya nombor telefon untuk menghubungi beliau. Marziah pula belum tentu ak

RESENSI: Curahan Cinta di Niagara

Petang semalam macam tak ada kerja nak buat. Dah bosan tahap gaban main internet, jadi aku carilah novel untuk baca.. Hm, curahan cinta di Niagara belum pernah aku sentuh walau dah lama beli. Sengaja aku simpan untuk baca di rumah.. Aku mula baca . Si ri us tak boleh hentikan bacaan hingga ayat terakhir.. Nak tahu ke cerita seterusnya.. Jujur aku kata, jalan cerita dan ayatnya biasa sahaja. Namun aku suka sebab ini cerita orang yang sudah berkahwin. Memang seronok baca banding kalau baca orang bercinta sebelum ikatan sah. Berbeza sih.. Betul! Kata-kata Mira (watak utama) yang sering diulang-ulang terasa dekat dengan diri... "Allah datangkan ujian dalam berbagai bentuk" Itu kata-kata kak Fisa kepada Wira, heroin cerita ini... Berlatar belakangkan Amerika pada awal cerita memang aku suka. Jika luar negara yang menjadi latar, aku tidak berfikir dua kali untuk mendapatkan buku itu.. suka kot... Baik, ia cerita Mira yang sambung belajar di Amerika. Bagaimana dia seorang yang bertu

Mengisi Gelas Kehidupan

Kalau saya tiada, tulisan saya di blog-bloglah yang saya tinggalkan buat semua. Coretan dan catatan yang kadangkala sangat biasa, ada ketika cuba mencetus motivasi gaya saya sendiri. Pertanyaan untuk diri dan sesiapa yang membaca: "Sudah mulakan puasa enam? Puasa yang ditinggal sudah mula ganti? jangan tunggu Rejab yang akan datang pula." Baik, sebenarnya, manuskrip seterusnya saya mahu kongsikan tentang "Gelas Kehidupan" Bukan idea saya sebenarnya namun saya kongsikan tazkirah yang diberikan saudara Hilal Asyraf ketika beliau berkunjung ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru-baru ini. Saya ceritakan semula dalam versi saya dengan olahan sendiri. wahai diri, Ketahuilah bahawa kehidupan yang sedang kita jalani boleh diibaratkan dengan macam-macam perkara maujud yang ada dalam kehidupan sekeliling. Ada ketika seperti roda, pelangi, rel keretapi.. macam-macamlah yang orang umpamakan dengan kehidupan ini. Mari kita umpakan kehidupan ini seperti sebuah gelas pul

Peluang Kedua

Tadahkan tanganmu Rendahkan hatimu Pohon pada Yang Satu Pasti diberinya apa kamu perlu. Kerana kita sentiasa diberi peluang kedua Selagi nafas masih di dada... Teguhkan diri pada jalan yang satu Wahai kamu.... Kembali merajut cinta Dalam untaian tasbih yang sentiasa bermain di jemari...

Aku mahu terus menulis

aku tahu yang aku tak patut delete semua entri dalam jamilahnorddin.blogspot.com tu.. Tapi tak tahulah aku rasa macam puas pulak bila tengok blog tu dah kosong dan aku akan penuhkan semula dengan entri baru. Mungkin itu satu transformasi aku untuk berusaha menulis dengan lebih konsisten. memang aku tiada halangan untuk update blog setiap hari.. Insya allah.. kalau mahu kan semuanya jadi.. Aku nak usaha tulis dengan baik. Menulis menggunakan indera yang Allah berikan pada aku. Menulis untuk diri sendiri. Menulis supaya diri nampak apa yang perlu aku lakukan. Ya, aku macam di awangan kalau aku hanya cakap tanpa lakukan apa-apa. Sirius.. Hm.. Titik Henti membebel sekejap.

Menatang Kasih Seorang Ibu

 Masa: 20:32-21:24 Tarikh: 3 Syawal 1431 Lokasi: kamar Peraduan, Kedah Tangan ibu menyapu kepala sang anak yang kelihatannya seperti mahu demam. Saya memerhati ralit. Sang anak dalam keadaan terbaring memandang wajah ibu dengan wajah sayu. Namun tersenyum dalam kepucatan wajah kerana ibu menemaninya.  Kala ibu terlepas kata memarahi adik yang sibuk menyepahkan barang mainan, api marahnya cepat padam. Cepat dipujuknya sang anak. "adik budak pandai. lepas main kemaskan semula." Adik kembali senyum dan menyusun barang mainannya dalam kotak. Ibu peluk adik penuh kasih sayang. Cinta ibu mana yang tidak tertumpah pada zuriat yang dibawanya selama sembilan bulan, kemudian dengan segala kesukaran melahirkan pula anak itu ke dunia. Subhanallah.. Ibulah yang bersama-sama menyaksikan anak itu membesar depan mata tanpa sedikit rasa jemu. Marahnya kerana sayang, leterannya kerana mahukan anaknya jadi yang terbaik, rajuknya kerana salah sang anak... Ibu.. Sedalam mana kata-k