Skip to main content

{K.A.M.I} = PRA HARI LAHIR NORHABIBAH MANSOR.

Tarikh Peristiwa: 5 Oktober 2010
Masa: 6:15pagi-malam.

Persahabatan yang terukir antara kami membuahkan sayang  walau tidak terungkap  pada dua ulas bibir. Sentuhan cinta itu hangat dalam jiwa. Maka, terbitlah rasa untuk menggembirakan hati sahabatku ini pada hari bahagianya. Maafkan kami meraikannya terlalu awal kerana kekangan peperiksaan pada hari istimewa itu. {kiranya makin awal kita akan raikan hari istimewa buat kalian... Siapakah mangsa seterusnya?}


Maka kisahnya bermula... Coretan kenangan antara kita.. Moga terus terukir dalam jiwa. Biar kata diam tanpa bicara..

Semalaman aku tidak bisa tidur lantaran pengaruh kafein yang aku hirup semalam. Pagi-pagi hari aku sudah memulakan acara gangguan pagi. Mengganggu Ainul dan Kak Husni. Sebenarnya hajatku hari ini adalah untuk membeli tiket. Sangat bimbang jika tidak dibeli awal-awal, maka bajet itu akan aku gunakan untuk hal lain.

Perjalanan kami bermula pada 10:35 pagi untuk ke Stesen KTM Kuala Lumpur (hentian bas Plusliner) untuk mendapatkan tiket pulang ke tanah kelahiran. Tidak sangka, apabila kami -aku & kak Husni- memasuki Kuala Lumpur, terlalu ramai warga asing -lelaki terutamanya- di  bahu jalan. Satu pemandangan yang belum pernah aku lihat. Menggambarkan betapa tanah Kuala Lumpur ini dipenuhi dengan warga asing.. Tidak kiralah negara mana... Memang snagat sesak. Mungkin disebabkan hari cuti Deepavali menyebabkan banjiran manusia ini berlaku.

Dipendekkan cerita, kami terus bergerak dalam arus manusia yang sangat menyesakkan nafas itu menuju destinasi. Maafkan aku bawa kak Husni melawan arus begini. Itulah perjalanan yang aku tempuh untuk pulang ke kampung... =)

Apabila mahu pulang, aku mengajak Kak Husni untuk ke Pasar Seni bagi mengelakkan arus manusia yang ramai itu. Apabila masuk ternampak satu nama: "Kedai Kek King." Terlintas idea dalam kepala untuk meraikan hari Lahir Bib. Maka, kami bergegas ke sana setelah keputusan idea untuk membeli sebarang hadiah  buat Bib.

Melihat kek yang terjual, mahu terus beli sebenarnya. Namun Kak Husni terlupa untuk membawa kad bagi mendapatkan potongan istimewa di kedai kek ini. Maka, kami batalkan hajat. Terus pulang ke UIAM.

Bertandang ke Asma' setelah hajat makan di Evoke Cafe terpaksa dibatalkan kerana kafe ditutup ketika solat Jumaat. :P

Kami masih memikirkan cara untuk mebeli kek bagi acara malam ini. Hendak ke Giant agak mustahil kerana tentu sahaja Batu Caves itu sibuk dengan masyarakat India. Menghabiskan belanja besar pula untuk teksi. Hendak ke JJ tiada kedai kek King. Berfikir dan cari jalan hingga aku terlena.

Idea gila datang. Rancangan perlu diteruskan lantaran semua ada kerja sendiri pada 10 November nanti. Khuatir tidak dapat meraikan.

Sekali lagi kami ke Pasar Seni semata-mata untuk membeli sebiji kek. Pastikan barang yang diperlukan bawa. Maka, 5:30 petang kami memulakan perjalanan kedua.. Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan dan sampai ke UIAM kembali hampir jam 8:00 malam.

Kerja-kerja ini diuruskan oleh Kak Husni dan aku seperti biasa bertindak sebagai pemerhati. :)

... (selebihnya, tidak dapat aku cerita. Hanya takat ini.)


***

Nota buat Norhabibah Mansor:
Maafkan kami meraikan hari lahirmu terlalu awal dan hanya itu yang kami sediakan buatmu.. Saya sentiasa ingat selama kita kenal kamu tidak pernah lupa menghulurkan hadiah buat diri ini.. Sesungguhnya kehadiran kamu dalam kamus hidup saya menghadiahkan momen yang sangat indah.

Terima kasih dengan persahabatan ini.. =)





Nota Kecil Hujung Entri: Malam itu corum tak cukup...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك