Sejak dahulu apabila ada rasa mengganggu aku suka menconteng pada kertas yang ada di tangan. Tidak kisahlah cebisan atau buku sekolah, buku latiha, buku catatan, buku terks, kertas soalan peperiksaan.. semuanya... Kalau aku rasakan ada sesuatu perlu aku coret aku akan luahkan dengan menulis. Aku terasa puas dan masalah itu menghilang. Selagi aku tidak lontarkan selagi itulah ia terus membelenggu aku dan aku tidak bisa duduk tenang.
Tetapi sebenarnya apabila aku mula berjinak-jinak dengan blog kegemaran itu makin hilang. Aku akan menulis apa yang aku rasa hendak tulis dalam blog ini. Walaupun aku tahu seluruh dunia boleh mengetahui apa yang aku baca, orang boleh salah anggap dengan apa yang aku tulis namun apa aku peduli? Entahlah.. Bukannya aku tidak sedar akan risiko meluah perasaan dalam blog, namun aku terasa puas dapat melontarkan perasaan aku di sini. Benarlah ia sudah sedikit ditapis namun kebanyakannya aku hanya menulis tanpa peduli apa yang aku tulis.
Kadang sebenarnya dalam malu aku puas apabila aku dapat melontar sesuatu dengan menulis.. Contengan, karya, cerita aku, tentang dia.. Perasaan lega hadir setelah aku usai menulis. Terasa apa yang aku fikir hilang daripada fikiran. Lapang.
Hahaha... Maaf tulisan merapu. Aku tak tahu nak menulis apa sebenarnya namun aku tetap mahu menulis.
Comments
jamilah klu bc ni, mai asma' e 2.5 lps bw apa yg nk bw 2..
k.husni x p..
k.husni canceled dh semua 2...
jamilah...
on kn endset anda...
heheheh...