Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

BALIKKKKK

Esok aku akan pulang ke kampung dan blog ini akan bersawang lagi..  Sepi ia sendiri tanpa ada tulisan yang menemani. Jika ada kelapangan aku akan isikan ia dengan tulisan yang dapat dibaca oleh diri sendiri.. Doakan aku selamat di kampung..

...CONTENG-CONTENG SIRI 4...

Assalamualaikum, Hampir seminggu jemari ini tidak diketik di sini. Rindu pada blog, rindu untuk menulis sesuatu.. Dan hari ini aku mendapat peluang itu... 5 hari aku mencuba sebagai penjual dan bagi diri aku, aku katakan ia kegagalan kedua aku untuk menjadi penjual. Kali pertama aku sebagai pembantu di kiosk, hanya seminggu kemudian aku jemu dan lari.. Kali ini aku hanya memberi peluang sebanyak lima hari pada diri untuk mencuba.. Cukup duit sebagai tambang untuk pulang ke kampung, aku cabut... Kesian kawan-kawan aku yang lain. Kawan dan sahabat yang banyak membantu aku.. Sayu ketika mahu meninggalkan mereka tadi.. Dan mataku sedikit basah ketika membaca balasan mesejnya dalam KTM... Terharu dengan kebaikan dia... Tapi pengalaman kali ini mengajar aku banyak benda. Betapa bezanya dunia luar dengan dunia teori di kelas. Betapa parahnya jika seorang pendiam mahu menjual... Bercampur perasaan... Perasaan mahu menangis, tak dapat membuat kerja, tak pandai berkomunikasi, dan seribu s

...CONTENG-CONTENG...SIRI 4

Assalamualaikum buat sesiapa yang sudi menatap blog kecil ini, Aku mulakan entri ini dengan satu pertanyaan yang sering akak di sekolah ungkapkan dulu. Apa khabar iman anda hari ini? Ya, iman letaknya nun jauh di lubuk hati. Namun hati yang bersih akan terlihat pada mata yang jernih dan wajah yang berseri-seri serta senyuman yang manis. Benarkah? Bukankah manusia senang berdusta. Berduka, namun dilemparkan senyuman yang amat lebar. Kali ini aku mahu bercerita tentang kampung. Aku anak kampung yang dibesarkan di kampung dan disekolahkan di kampung. Hanya apabila aku dewasa mula mengenal kota yang malamnya seakan bayangan maut yang akan menyambar aku bila-bila masa. Jauh benarlah jurang antara kampung dan bandar. Dan aku bolehlah dikatakan anak kampung tak sedar diri. Bila orang tanyakan asalku, mereka tak dapat menelah kerana gaya percakapan yang agak mengada tak menggambarkan asalku. Entahlah, aku sudah terbiasa cakap begitu. Sejak masih di sekolah menengah. Terpengaruh dengan n

...CONTENG-CONTENG...SIRI 3

Minggu peperiksaan, Banyak pula yang menanti untuk diberesakan, Tapi buku jangan dilupakan, Nanti meyesal satu badan. Balik kampung memang dinantikan, Tapi mungkin diisi kebosanan. Hari Ibu, Hari Guru.. Semoga semuanya di bawah rahmat Ilahi.. Al-Fatihah buat yang pergi, Di bawah lembayung Ilahi bagi yang masih di sini... Wallhu'alam.

catatan tujuh mei

..PESANAN BUAT DIRI SENDIRI.. Aduhai sebatang tubuh yang dipinjamkan sebelum bertemu Yang Maha Satu, Di manakah kau letakkan selayaknya dirimu? Menjahanamkan ia ke lembah maksiat penuh kedustaan, Atau membimbingnya menuju jalan Tuhan. Hampir dua dekad kau menumpang, berteduh, bermain, Tidak Tuhan ciptakan hidup sekadar pura-pura dan main-main, Relesiasikan matlamat, Berjaya di dunia, cemerlang di AKhirat. Usah kau mimpikan jaya, Andai iman kontang di jiwa, Jangan kau igaukan kekayaan, Jika hati setandus tanah rata. Selalu, Bukan sesekali, Bukan kau selak dalam diri, Ikhlaskah sujud saban hari, Fahamkah kita makna kalam ilahi, Atau baca tanpa memahami. Aku menasihati diri, Kau sering mimpi di siang hari.. 7 Mei 2009 MAktabah level 2, CFS IIUM. ***** Assalamualaikum... Alhamdulillah, aku berada di minggu-minggu terakhir di Nilai, Insya ALLAH... Short sem yang pada awalnya aku hadiri kerana menurut kata hati meninggalkan m

CONTENG-CONTENG-SIRI 2

Assalamualaikum.. Lama aku tak mencoret.. Mood untuk blogging sedang di tahap minimum, ditambah tak ke maktabah... Jadi lesu seketika entri di laman ini.. Aku pun tak tahu kenapa. Minggu depan final.. 13, 14, 15.. kemudia hooreey.. balik kampung. Apa nak buat?? Ada banyak novel yang aku beli hari tu berbaris untuk dihabiskan.. Jumpa anak saudara yang comel itu... Okey, tak ada modal nak menulis sebenarnya.. Wassalam.