Skip to main content

ESOK.




Bittaufiq untuk sahabat yang akan imtihan Adab esok. Chaiyok!  

Esok bertempat di Seminar Room CAC merupakan kertas kedua bagi peperiksaan semester ini. "Sejarah Sastera Arab" merupakan subjek kedua yang aku akan aku duduki selepas Tilawah 1.

Nampak seperti mudah. Ada lima fasa perkembangan sastera Arab yang perlu dihadam. Malang, ribuan katanya membuatkan aku mengalah untuk membaca semua. Aku hanya memilih tajuk yang aku rasakan perlu aku baca dan cuba untuk memahami kerana  aku sedikit lemah jika menghafal. Aku mengambil masa yang lama dan jika mahu mengingat sesuatu. Kerana itulah aku lebih suka untuk FAHAM daripada HAFAL yang ada dalam buku. Sedang hakikatnya, dalam peperiksaan kita tidak dibenarkan menulis sesuatu yang ditanya. Tetapi aku selalu akan cari fasal dan menulis apa yang aku rasakan perlu untuk ditulis. Kadang merapu menggunakan ayat sendiri dengan perbendaharaan kata dalam bahasa Arab yang terbatas. Sebab itulah aku lebih sukakan soalan esei berbanding objektif atau true false. Kita hanya boleh memilih tanpa punya pilihan lain. =)

Memang subjek Adab lebih mesra dengan aku berbanding Nahw dan Sorf. Subjek yang memerlukan tadbiq. Faham formula dan jawab soalan dengan betul. Ah.  Subjek yang tidak boleh kita terpesong daripada apa yang sudah dipelajari. Sedang dalam subjek Adab, boleh juga kita mereka-reka ayat jika 'blur' sekalipun dengan apa yang perlu aku jawab. Sungguh! Aku cuba menjadikan subjek adab sahabat walaupun sampai hari ini subjek ini belum mesra dengan aku terutamanya syair. Aku payah untuk memahami maksud di sebalik sesebuah syair. Agak teruk!

Belajar memerlukan kehadiran hati dalam apa yang kita baca. Bukan sekadar menatap baris tulisan dan ayat yang tertera. Bila hati tidak lagi jernih, payah baginya untuk menerima ILMU. Susah untuk menghadam terutamanya ilmu agama.. Hati yang kotor boleh menjadi hijab daripada ilmu sampai dalam diri seseorang. Ya. Aku katakan ini kepada diri yang jarang cuba membersihkan yang bernama hati. Jika hubungan dengan manusia tidak selesai, bagaimana dengan yang Mencipta Manusia?

Titik!

Esok exam!
Qamar  Cinta 1-1 IIUM
2 November 2010
07:49 p.m

Nota Kecil Hujung Entri:

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...