Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Teringat Pada Hijau

Hijau warna semulajadi, Dedaunan, Rerumput, Pasak bumi... Sedap mata memandang. Hijau warna lambang ketenangan, Bukan merah tanda marah, Lihat hijau sejuk hati, Bukan biru kadang haru. Hijau, Gabungan Biru dan Kuning, Jadinya warna kedamaian, Terang kuning + Sayu biru, Lahir hijau memukau. HIJAU WARNA NEGERI AKU, KEHIDUPAN SAAT AKU TENANG, PENYEJUK SAAT RESAH.

Kau Ilhamku - Man Bai

Mendengar lagu ini mengingatkan aku kali pertama aku cuba menghasilkan cerpen. Sebelum ini jika di sekolah rendah aku membuat karangan bertulisan tangan yang habis cantik itu, hantar pada Rancangan Kak Yong bersama Adik-Adik. Dapat RM50. Bagi budak sekolah rendah seperti aku, siapa yang tak meloncat jika berjaya pegang duit sendiri. Hasil karangan yang tidak seberapa. Aku ingat, tahun 2000, karangan pertama aku bertajuk “hobi saya”, adalah karangan ulung yang menembusi radio. Kemudian aku dengar tentang Kelab Sayang di Sayang di Radio Malaysia Kedah (sekarang Kedah FM). Setiap kali menghantar memang akan dapat sebuah buku. Memang seronok. Buta tentang palgiat atau apa, kadang-kadang, sajak yang aku hantar bukan hasil sendiri. Aku salin bulat-bulat daripada buku-hehe, jahil waktu tu, jangan tiru macam ni-. Tapi bukanlah semua, ada juga yang aku hasilkan sendiri. Catatan pengalaman dan sajak pendek. Cerpen pertama berjaya aku siapkan –sebelum ini semuanya terbengkalai- ketika di bang

Cerpen Pertama Di Majalah

AKHIRNYA-VERSI ASAL TAJUK: AKHIRNYA (tersiar dalam Dewan Siswa Mac 2005: vila igauan) Sebuah kereta betul-betul berhenti di hadapan anak muda itu. Di dalamnya bersandar tenang seorang gadis manis yang masih lengkap berpakaian sekolah. “Mari Zaman, balik bersama Halwa. Rumah kita bukannya jauh pun.” “Tak payahlah, kejap lagi bas sampai. Saya balik naik bas saja.” Aku cuba menolak pelawaannya. “Hai, tak kan tak sudi kot. Ye la kita yang ajak.” Dengan terpaksa aku terpaksa juga menerobos masuk ke dalam BMW Metalic milik Dato’ Mukhtaruddin itu. Malu juga mengenangkan aku sekadar anak kepada orang gaji milik keluarga Halwalwasimah. Anak Dato’ Mukhtaruddin. Tersentak aku mendengar gemersik suaranya meminta aku ke rumahnya malam itu. “Malam ni Zaman datang le rumah. Boleh le ajar Halwa Math Tam yang cikgu ajar tadi. Halwa kurang faham le.” Sebenarnya aku agak keberatan untuk menjejakkan kaki ke villa itu walaupun Ibu bekerja di sana.Aku mula terkenangkan lirikan mata Datin Julian

Bila Kita Akan Mati?

Kematian itu pasti, maut datang tanpa amaran redhakan pemergian mereka... Hari ini, Esok, Semalam, Kematian setia menziarah, Meragut nafas saat tiba saat. Tanpa kasihan, Meski enak makan. Mati... Maktabah, 17/12/2008
...WARKAH BUAT HATI... Assalamualaikum,segumpal darah yang mendiami diri ini. Duhai seketul darah yang bernama hati, bagaimanakah keadaanmu sekarang? Adakah seputih dan sejernih seperti aku dihadirkan di dunia fana ini 19 tahun lalu, atau titik-titik hitam terlalau mewarnai hinggakan putih itu terbenam. Warna apakah kau sekarang? Seingat akal dangkalku, usia kecilku, tak pernah aku rasa resah gelisah, kegembiraan melakar segenap kehidupanku, aku bahagia walaupun aku tak mengerti segala perlakuan manusia di sekelilingku. Aku mampu tersenyum walaupun dicubit, digomol, digigit, aku relakan semuanya. Bila menginjak remaja, mengapa tiada lagi perasaan seperti itu? Mengapa hanya resah yang aku rasa? Mengapa dada ini tak setenang masa jagungku. Seakan-akan ketenangan dulu telah dicabut daripada kehidupanku. Duhai hati, tiba-tiba aku teringat yang sebenarnya aku banyak mengabaikan kau selama ini. Aku tak siramimu dengan bacaan al-Quran. Aku jarang memberi kau makan. Aku teringat kata-kata

Dunia Tulis Jamilah

*Aku mengenali dunia menarik ini sejak di bangku sekolah rendah. Membaca KUNTUM, Dewan Pelajar.. Buku cerita kanak-kanak, aku teringin menghasilkan cerita sendiri. Walaupun tak pandai, aku cuba juga hinggalah aku sampai ke hari ini. Walaupun sering timbul tenggelam akibat terlalu tidak konsisten, aku teruskan minat ini.. Insya ALLAH. Sekadar mahu berkongsi perjalalanan aku selama satu dekad di sini. -Mac 2005- 'Vila Igauan' cerpen pertama aku yang tersiar di Dewan Siswa. Harapnya ia menjadi inspirasi untuk aku lebih berjaya pada masa hadapan. -Mei 2005- dapat tawaran ke Minggu Penulis Remaja di Negeri Sembilan, Tak dapat menghadirkan diri kerana masa yang terlalu suntuk. -Jun 2005- Sajak aku 'pesanan ibu padaku' tersiar. Semoga aku terus berkarya. -catatan- Aku semakin bersemangat mencungkil bakat. Setakat ini telah terhasil 3 cerpen dan beberapa buah sajak... Mungkin belum bermutu. -catatan- aku sedang berusaha mencipta karya-karya aku. Suatu hari nanti aku a

Ustaz Yunus Ma Zheng

Molek kiranya aku kenalkan dahulu ustaz ini... Ustaz Yunus merupakan seorang ustaz yang berasal daripada negara China, datang ke sini dan mengajar aku BMW (BAsic Method Research) -nama je BI belajar dalam bahasa Arab- Menurut ustaz.... "Ketika mula-mula saya daang ke sini, saya hanya nampak negara ini sebuah negara Islam, tidak terlihat yang negara ini terdapat dalam kalangan penduduknya berbangsa yang pelbagai... China, India, dan bermacam suku di Sabah dan Sarawak. Apabila mula memesrai rakyat di sini, saya mula mengetahui akan adanya perbezaan dan macam-macam perkara yang mula timbul dalam fikiran.. Saya bergaul dengan masyarakat Cina yang tidak menganut agama Islam... Menurut mereka mereka boleh terima semua benda yang Melayu buat... Makan nasi lemak, pakai kain sarung, malahan bagi salam sekalipun, namun hanya satu yang tidak dapat diterima... ISLAM.... Bagi mereka jika memeluk Islam itu masuk melayu... Siapakah yang bersalah??? Saya pergi pula kepada PERKIM dll untuk men

Untungnya Terengganu Sekarang

Dana untuk pelaburan jamin kelangsungan pendapatan apabila minyak habis: Najib KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan dana yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu menjamin kelangsungan pendapatan Terengganu terutama apabila minyak sudah habis. Katanya, Kabinet akan memperhalusi lagi struktur pentadbiran dan perjalanan TIA bila kertas cadangan dana itu siap. "Pada prinsipnya, cadangan ini diluluskan jemaah menteri pada mesyuarat semalam (kelmarin)," katanya selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008 di Stadium Negeri di sini semalam. Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Turu

CCT

Kakiku kakimu seakan enggan tersusun lagi, Langkah pincang, Nafas terhenti sesaat, Jemariku tak henti menari, Mulut bergumam, Gigi bergetar. Antara mahu dan malu, Aku kuatkan hati, Mengatur kata tk teratur, Mengungkap ayat tak tentu. Keranakah mahu markahkah aku? Tidak, Kadang alku perlu bersuara, Biar tak diterima, Mereka aan berbicara juga... Catatan hari ini... Berakhirnya minggu yang mengarut.. Banyak benda yang sepatutnya boleh aku lunaskan aku tunda dengan melakukan kerja-kerja tak berkaitan plajaran. Sangat mengsihankan kerana aku sangat-sangat tak mengendahkan pelajaran yang sepatutnya aku ambil kisah.. Kisah menyedihkan.. Embun pagi ini seakan enggan menitis, Api pula memmercik, Menyemarak insan lena, Membagun insan lalai... Seandainya.... Nak tahu, sekarang aku gila untuk beli buku... Tapi entah bila akan dibaca... Teruja melihat buku yang banyak di kedai dan tak berjay kawal nafsu membeli yang sangat besar.... Hm, adakah jika kita mempunyai minat

Gian atau Gila

Apakah bezanya? Gila dan gian, Kau gian mengumpul buku-buku, Tapi kau tak gila membaca... Benarkah apa yang diluah, <>@() Gian merapu, Tapi gila memendam rasa... Biar dikatakan gila, Asal bahagia... Hahaha, Aku memasuki fasa kedua kegilaan. Assalamualaikum. Jumpa lagi, bila aku kembali waras... ("_")

Jumpa Lagi

Assalamualaikum, sempat lagi aku nak berkongsi cerita setelah hampir seminggu bercuti di kampung. Cuti yang memenat dan agak membosankan kerana tak sempat nak berpuas hati dengan cuti yang terlalu pendek, haha, tidak bersyukur sungguh aku ni... Ada lagi yang langsung tidak pulang ke kampung lagi kasihan.... Macam ustazah selalu cakap... miskin.... Sebenarnya banyak cerita yang bergumpal dalam kepala untuk aku turunkan di sini, namun aku tak pasti sama ada apa yang mahu aku kongsikan penting ataupun tidak... Aku menulis menurut rasa aku.... Hati yang mahu berbicara. Balik tempoh hari, aku berjaya menukar arah perjalanan untuk aku kembali ke pusat pengajian tercinta aku... Selama ini aku hanya tahu jalan ini, yang memenatkan dan memakan masa yang panjang + sakit jiwa kerana terlalu sesak.. 1. Pudu - Naik STAR ke Bandar Tasik Selatan - Tunggu dan berebut KTM untuk balik... 2. Pudu- bayar RM1 untuk ke KL Central menggunakan bas No 12 - Berebut untuk ke NIlai menaiki KTM.. Kini

Rabu ...

Assalamualaikum, Jangan sayangkan sesuatu belebihan, takut kamu membencinya suatu hari nanti, Jangan benci sesuatu teramat sangat, nanti kau pasti menyesal.. Ini sahaja untuk hari ini.. Nak pergi buat kerja yang bertangguh....

Pena Kehabisan Dakwat

Pena yang berlari, terhenti-henti, Hilang suara dari hati, Tak mampu memberi erti. Seandainya... Sekiranya... Sememangnya... Gemar benar diri mengaju saranan, Tak punya tindakan, Andainya tak mahu laksanakan, Diam, usah suarakan. Jangan dibina alasan, Yang menyesak perasaan, Ikhlaskan dalam perbuatan, Andai kau punya keinsanan. Maktabah 4 Zulhijah 1429 10:12a.m

Selasa Yang Tak Selesa

Assalamualaikum... Dahulu, aku sering terfikir, apa tujuan aku sebenarnya mahu libatkan diri dalam dunia penulisan? Benarkh kerana bakat? Aku tak punya bakat yang besar.. Adakah kerana duit? Aku tak dijanjikan dengan kekayaan bila melibatkan diri dalam dunia penulisan.. Adakah kerana dakwah? Aku terfikir, apa penulisan yang aku sumbangkan untuk dakwah Islami.. Kerana apa aku menulis??? Aku menulis kerana aku lemah mengeluarkan pendapat melalui lisan... Aku benci untuk bercakap!!! Sangat tidak wajar, aku mengerti, tapi, biarlah pena aku terus bersuara, Menyuara resah gundah di jiwa... Maktabah 2 Disember 2008 20:1op.m

Jangan Cemburu!!!

Assalamualaikum... RAFEST akhirnya melabuhkan tirai... dan aku menghabiskan duit dalam poket.... Macam biasa, aku spesis pantang tengok buku yang kau suka, pasti nak sambar... alkisahnya aku berjaya menyambar 5 buah buku + sebuah aku beli di Seremban... Melayanglah RM100 yang kakak aku masukkan dalam bank.. HAha, jangan pula diceritakan, nanti kewangan aku disekat, merana... Sejak hari pertama, aku merayap di ekdai buku, nak beli, poket ha,pir kosong.. Sabar... Hari kedua, aku sebuah... dan hari terakhir... Dapatlah empat buah yang lain... Tak kisahlah berhabis, dah memang hobi... Bukan itu nak aku ceritakan... Petang Ahad, hari terakhir... Aku lapankan masa melawat lagi gerai RAFEST... Nak tahu apa aku nampak??? KAK SURAYA.... HAhaha, tangan aku terus terketar, lutut bergoyang, macam orang nampak buah hati... Almaklumlah penulis yang aku minat, aku pula spesisi sombong nak tegur orang. Ingatnya tengok dari jauh pun cukuplah.. Tapi tak puas hati!!! "Sarah, nak pinjam duit.

Teruja

Teruja aku bila melawat lman yang ustaz cakapkan.. http://islamweb.net. Di sini aku boleh dapat macam-macam berkaitan arab, ada nasyid, khutbah, macam-macam lagi yang belum sempat aku terokai... Selamat mengembara.. Jom blajar arab, pasti menarik.

Isu Semasa

Salam, hari ini kelas adab dan nusus dibatalkan.Dah dua kali... Agak menyedihkan.. Minggu ni minggu yang agak sibuk dan kel;am kabut, sibuk dengan tidur dan nak melangsaikan buku dan kerja-kerja wajib yang mula mengisi hari-hari aku... Gerun aku bila tengok akhbar sekarang. hari-hari ada sahaja berita orang nak bunuh diri, terjun bangunan sana, panjat bangunan sini... kematian seakan suatu yang biasa pula. Kemalangan jika tak melibatkan kematian seakan tidak sah jika tidak mengisi kantung berita... YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA FITNAH INI... Sekarang aku semakin jelek untuk mengikuti isu-isu yang dipaparkan itu... Segalanya kerana kita jauh daripada ALLAH yang jadikan kita.... Namun sebagai seorang pelajar perlu juga aku teliti akhbar, agar tak jadi jakun... Pelajar Universiti yang buta isu semasa....

SUATU PAGI DI HARI ISNIN

Assalamualaikum, Zulkaedah kian ke penghujung, menandakan Zulhijjah akan memunculkan diri. Gembiranya para jemaah di tanah suci, menunaikan ibadat haji. Menjadi tetamu ALLAH, Ya ALLAH, semoga aku dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk menjadi sebahagian tetamumu… Semoga tiba saat yang aku nantikan itu. Cuti sekolah sudah hampir seminggu, semoga adik-adik yang bercuti tak hanya bercuti hingga tinggalkan buku pelajaran... Belajar bukan untuk periksa Cuma, namun ada matlamat yang hendak kita capai. Ada kekosongan dalam hati yang perlu diisi.. Kantung ilmu. Dan aku menempuh sem 2 bersama-sama subjek yang menarik untuk ditelaah, Cuma tinggal aku yang perlu gerakkan diri yang suka bertangguh ini. Pensyarah sudah sampaikan dan bermacam ilmu dicurah, hanya tinggal lekatkah ia dalam hati, berkesankah untuk aku? Aku nak kongsi apa Ustaz BMW perkatakan tempoh hari... Tidak dapat tidak kita sebagai pelajar BAHASA perlu mempraktikkan apa bahasa yang kita pelajari saban hari. Tambahan p

22 November 2012

APA ENTAH AKU TULIS??? Assalamualaikum, apa nak tulis pagi-pagi Sabtu ni? Akal tersengkak, bukan banyak berfikir, tapi tak diajar berfikir... Semalam, jumpa kawan-kawan lama, buat aku berfikir sejenak, aku sangat tak mengenali kawan-kawan, mereka suka bertanya aku akan latar belakang sedangkan aku tak mengenali mereka. Aku suka dengar mereka bercerita, dari satu kisah ke satu kisah.. walaupun aku tak banyak mencelah, aku suka menjadi pendengar... Sekilas memandang wajah sahabat, dalam suka berselindung duka yang dikaburi kegembiraan. Mereka tabah hadapi warna hidup, bukan seperti aku yang suka mengeluh... SUARA HATI... Aku nak kongsi cerita semalam, betapa Tuhan mampu lakukan apa sahaja.. Sejak azali, dah maklum aku memang pelupa. Aku ke kedai runcit untuk membeli sedikit barang.. terbaca di situ tertulis, jaga telefon bimbit anda, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan... Usai membayar pada sangkaanku, tentulah telefon bimibit aku letakkan dalam poket beg yang aku

Sajak Ediri Rabu

Seandainya bait-bait puisi mamapu menafsir tingkahku, Lebih aku relakan, Jika bukan lisan aku lebih mudah dimengerti, Biarkan mereka faham sendiri. Aku tak mampu menafsir peribadi, Tak bisa menilai seluruh diri, Enggan merujuk empunya diri. Diri yang berselaput karat dosa, Bicaranya tiada isi, Tingkahnya bukan lahir dari hati... 20/11/2008 8:41 pagi Maktabah CFS IIUM Nilai

Nak Cari Duir

Assalamualaikum,esok Insya Allah aku akan mulakan kerja aku sebagai pembantu kedai. ("_") Nak cari pengalaman + tambah duit poket. Awal sem sekalipun poket aku menunjukkan tanda-tanda akan kering, jadi aku cari cara baru, lihat di kiosk, ada iklan untuk jawatan pembantu kedai, hehe, aku nak cuba... Kerjanya pukul 9 pagi-12.00 tengahari, dan akan dibayar tunai... bayarannya? Rahsia...Hehe, esok akan mula operasi. Seronoknya. duit tak akan datang kalau tidak dicari, aku tak sanggup lagi seperti sem-sem lepas. terpaksa meminjam untuk beli makanan sekalipun, aku perlu belajar berdikari, aku malu nak meminta lagi pada kakak-kakak yang baik hati dan menyusahkan kawan-kawan yang sangat kaya... pemurah.. Buat semua sahabat, terima kasih banayk emmbantu aku yang suka emmbazir ni, pantang ada duit dalam tangan, suka aku belanjakan... Ada duit, boleh tambah koleksi buku... hehe, belum mula dah fikir pasal duit... Alahai Jamilah...

Kelas Hari Ini

Assalamualaikum semua, hari ini tangan ini masih gatal untuk memasukkan entri baru, berkongsi apa yang aku belajar hari ini. BaLaGhAh Al-ArAbiYaH Ustazah cuma sentuh pengenalan kepada balaghah, apa sebenarnya balaghah dan kenapa kita perlu belajar balaghah. Masih hangat dalam kepala walaupun ada yang sudah terbang entah ke mana, walaupun baru belajar pagi tadi... Kita sedar atau tidak sebenarnya kita gunakan perkataan balaghah ini dalam kehidupan seharian. Tak kiralah dalam bahasa apa sekalipun. Aku turunkan contoh; "Hang, awat yang macam singa hari ni?" Ini contoh paling mudah. Perktaan ini mengibaratkan seseorang itu bagai singa, untuk menjaga hatinya, agar tidak tersinggung. Menarik kan? Penerangan ustazah agak ringkas, menyentuh sedikit cuma.. Sebelum belajar balaghah, perlulah dahulu mempelajari nahw wan sorf... untuk mengetahui keadaan perkataan dan kedudukan ayat. Tapi sebenarnya ketiga-tiga cabang arab ini punya kaitannya. Tak sabar nak tunggu apa yang diplajari se

Warkah Pendek Dari Aku

Tuhanku, Tangan mencatat ini adakah dalam redamu? usah biarkan murkamu mengiringi hariku. Tuhanku, andai ada salah yang tak aku lunasi, pasti banyak janji aku tak penuhi, betapa susah aku diri sahabat aku hampiri, doaku tetp tulus buat kalian, penerus prjuangan, Sahabat, kitalah yang mengaku mahu memakmurkan bumi, menyuburkan alam, namun, lihat sekeliling.... APA YANG ANDA LIHAT??? APA YANG AKU BUAT???

Aku Terima Nikahnya

Aku agak terlambat memiliki buku Ustaz Hasrizal, “Aku Terima Nikahnya”, dan alhamdulillah, berjaya juga mengunyahnya walaupun pada pembacaan pertama aku tak lancar, berhenti di tengah jalan. Aku ulang baca, baru terasa aura buku tersebut. Melihat tajuknya seakan sebuah buku santai yang mungkin memuatkan kisah-kisah pengalaman orang berkahwin. Namun aku salah. Mengulatinya baru aku dapat inti sebenar buku ini. Permulaannya menceritakan pengalaman Ustaz Rizal perkahwinan beliau dengan isterinya. Tak pernah kenal, berkahwin, sekarang sangat bahagia. Falsafah hidup beliau, Erti Hidup Pada Memberi benar-benar membahagiakannya. Beliau sanggup berkorban apa sahaja untuk kehidupan perkahwinan mereka, kerana bagi beliau perkahwinan bukan aku kau, tapi kami kita. Perlu saling memahami. Nak tahu antara sebab kes penceraian makin bercambah? Alasannya JEMU. Namun diterjemahkan dengan ayat yang pelbagai, pandai benar berdolak-dalik. Ada satu istilah yang beliau gunakan amat menyentuh rasa. “Dosa

RINTIH SEORANG AKU BILA MENCECAH JAM 12

Di celah-celah daun buku, Ku temui semangat menerus langkah lesu, Mendaki puncak jaya, Sama macam dia. Di balik batang-batang kata tersusun rapi, Aku cari bekal penerus hari, Agar langkah tak pincang lagi, Ditemani bekal di hati. Bukan ulat buku aku mahu jadi, Gila baca pun belum aku kecapi, Sedikit ilmu dikongsi kini, Temanku, tegurlah jika sudi. Takut aku bermain kata-kata, Pincang lidah tiada ubatnya, Mampukah aku menahan derita, Sepanjang usia. 16/11/2008 0:48:56 A-3-12 MUSA, BANDAR BARU NILAI N9.

Coret-coret Pagi Minggu

Assalamualaikum, Alhamdulillah di awal sem begini aku punya banyak ruang untuk menyentuh papan kekunci, mereka ayat-ayat, menyusun kata, mahu muatkan sesuatu di blog yang terbiar setiap kali aku bercuti di kampung. Seminggu di sini, aku dapat rasakan aura lain berbanding sem lepas yang berjaya juga aku lalui walaupun tidak sepenuhnya cemerlang. Ada kegagalan ingin tumpang berteduh, mahu beri aku peluang koreksi diri, alhamdulillah. Bagi aku yang sering main-main, kegagalan itu amat bermakna, yang aku anggap sebagai turning point yang ALLAH berikan agar aku sedar siapa aku sebenarnya. Sebenarnya banyak turning point yang ALLAH bagi, namun mungkin aku terlalu lalai hingga abaikan ia. Diriku, Usah ditangisi sekali gagal menjengah, beri ia peluang, sebagai ingatan, sebagai tazkirah buat diri yang leka, namun baik juga jika aku berjaya mengawal diri dan kejayaan sentiasa menjadi milik aku, dengan izin ALLAH... Hanya orang gagal yang tahu manisnya kejayaan. Hanya orang jatuh yang tahu nikm

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

Kendi Ilmu

Bertahun menadah kitab, Takat manakah kendi ilmumu? Masih seperti dulu, Hamper separuh penuh, Kering? Kendi itu tidak terisi, Andai qalb tak diikhlasi, Hanya A diperolehi, Berkat tak menyertai. Awal awal itu niat, Busuk niat, Rosak amal, Bertul niat, Harum, dapat apa dihajat. Isilah kendi ilmumu, Selagi roh belum tercerai, Nadi belum terputus, Bekal hari depan, Menjawab di depan Tuhan. Kendi jangan hanya disimpan airnya, Kongsikan, Tak akan kontang, Malah makin bertambah, 14/11/2008 7:42:16

Hikmat Kegagalan

Lihat si anak kecil, Tidak mengenal putus asa, Bertatih, Jatuh tersungkur, Tak menangis, bangun kembali, Kembali bertatih, Sampai berlari Tapi mengapa duhai remaja? Sekali gagal menumpang lalu, Busuk mulut menyeranah, Langsung tak dilihat pada diri, Disalah sekeliling. Kitalah dulu si anak kecil itu, duhai remaja, Tapi kita lupa sejarah diri, Kita anggap hanya kejayaan milik kita, Usah gagal hinggap. Tanpa kegagalan, Apan erti sebuah kejayaan, Kejayaan sesudah kegagalan adalah, Keyaan termanis. Duhai remajaku sayang, Langkah terus ke depan, Hari lalu itu sejarah, Tapi, Sejarah usah dilupakan, Takut merana di hari depan. 12 Nov. 08 A-3-12

Catatan Ringkas

Assalamualaikum sahabat semua, terima kasih kerana menjenguk blog aku. Harapnya kalian tak bosan melihat entri yang hanya memuatkan sajak-sajak ini. Aku lebih selesa menulis dalam bentuk sajak -walaupun bahasanya yang biasa-biasa cuma, kurang puitis- aku puas dapat meluah apa yang aku rasa. Bagi aku ini lebih menarik berbanding menulis panjang-panjang, tentu mengambil masa untu menekuninya... Tapi terpulanglah, panjang bermanfaat bagus daripada pendek tak ada apa-apa. Hari ini merupakan peperiksaan kertas terakhir bagi aku dan Insya Allah esok aku akan berangkat pulang. Doakan keselamatn aku. ... Balik Kedah tentunya..

Kejutan Sulung Buatku

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang diingati fillah... Terima kasih atas kejutan semalam. Aku memang tak menjangka kerana hari lahir aku sudah hampir dua bulan berlalu. Aku tak mengharap sebarang sambutan dan hampir tak pernah menyambutnya selama hayatku... Kecuali ucapan... dan pemberian hadiah... Aku segan bila orang sambut atau menyambut... Terasa akan diri yang menginjak tua dan masa MATI itu terlalu hampir. (Bukankah kita memang kena ingat mati???) Segalanya bermula pagi semalam.... Kawan aku tersilap hantar mesej, nak diberi kepada sahabat lain, terhantar pada aku... kata nak sambut hari lahir aku... Dengar pun aku dah jadi tak keruan. Pandai pula dibuat helah, katanya tak jadi nak sambut, kononnya tak ada duit... Aku menarik nafas lega, kerana aku sedikit rimas jika diberi kejutan, yang menyebabkan aku seperti insan yang tak punya reaksi... Petang itu aku ajak dua daripada mereka ke bilik, menyiapkan sedikit kerja. Katanya lepas Isyak mereka sampai... Okey, aku tunggu

Siapa Tajam?

Mana satu lebih tajam? Pedang? Tulisan? Lisan? Katanya, Pedanglah paling tajam, Mencantas kepala-kepala tanpa amaran, Memotong kebatilan, Menegak kebenaran. Tapi, Kataku, Mulut itu lebih tajam, Helahnya membuat musuh terlena, Kawan cabut, Mulut tak terdidik, Anggota jadi gedik. Tulisan itu lebih tajam, Tanpa suara, Barisan kata, Membenamkan kepalsuan, Tulisan bukan insani, Yang sering bertopeng, Tulisan itu kebenaran Mesti ada yang cuba selewengkan. MAKTABAH 15 Syawal 1429

Muhasabah Usai Imtihan

Assalamualaikum, Apa yang paling menggembirakan aku? Dah tamat imtihan? Apa yang menyedihkan? Nak tunggu keputusan. Kutanya pada diri, Untuk apa belajar setiap hari, Kataku KERANA ILAHI, Tapi hati kata bukan, Aku belajar esok periksan sampai hari, Aku belajar kerana Periksa??? Aku kata aku belajar kerana ALLAH, tapi aku tak amal apa yang aku belajar, Aku nak lulus cuma, Betul tak niat aku, Diriku, Matlamat tak menghalalkan cara, Niat belum cukup, Pelaksanaan perlu mantap, Bekalan kena cukup, Belajar kena hari-hari. Cubba fikir, Apa jadi belajar hari ini, Esok periksa meniti, Melekat tak ilmu di hati? Tanyalah diri sendiri, Yang punya jawapan.... Lantas kerana persoalan ini, Ku pujuk hati, Biar apa aku dapat, Reda meniti bibir, Semak persediaan sebelum ke dewan peperiksaan, Di mana niatku sebenar, ILMU??? IMTIHAN??? Jangan matlamat lain, Tingkahnya lain....

Mencari Cinta

Ingat Cinta, Ramai yang tahu menyebut, Tapi, Sebut cinta, berapa ramai yang tahu apa disebut. Apa itu CINTA? Cintakan Ilahi Nanti Tenteram Akhirat sana. Tapi kini, Siapa hirau rasa cinta, Katanya cinta lesen bersama, Cinta boleh makan, duduk bersama, Kasihan, Menangis cinta disalah guna. Sesuci cinta, Moga aku dapat hayati maknanya, Tak ingin ku khianati cinta, Bimbang tak dikenali di sana. Moga cinta mendekatkan aku dengan kekasih, Kekasih yang dirindu saban ketika, Kekasih belahan jiwa, Allahumma solli 'ala Muhammad, Semoga ada syafaat bertemu denganmu, Kekasih kita semua. Maktabah, 14 Syawal 1429 02:11p.m Di manakah cintaku???

Tulis-tulis Pagi Ahad

Assalamualaikum... hari-hari minggu, walaupun dalam minggu peperiksaan, tangan ini tetap gatal mahu melakarkan sesuatu untuk meluah rasa... Alhamdulillah, dah berlalu tiga peperiksaan, hanya dua... KITABAH dan Intro 2 HS... Yang paling tak sabar menanti peperiksaan intro 2 HS kerana ini adalah kertas terakhir untuk sem ini... Bukan rindu namun aku tak mahu mengingati sem ini... Jangan ditanya mengapa dan berharap apa-apa yang berlaku dalam sem ini banyak yang akan terpadam daripada memori aku... Bunyi seperti orang yang putus asa... Bukan... banyak benda yang aku tak mahu kenang dan aku tak akan nyatakan... Tuhan, benarkan pena ini terus menari di dada kajang, Ingin aku ungkap segala luahan rasa, yang tak bisa terluah bicara.. Tuhan, tetapkan kami di atas jalan perjuangn ini, Teguhkan hati ini, teguhkan anggota kami, teguhkan perjalanan hari-hari kami, Tuhan, Berikan kami kami hidayah, Berikan kami kebenaran, Berikan kami jalan keluar segala masalah. Tuhan, Engkau se
Assalmualaikum... Cepat benar masa itu berlalu meninggalkan aku......... MInggu depan nak balik kampung... sangat tidak sabar.. cuti selama seminggu.

APA YANG DITUNGGU???

Tunggu nak raya? Tak Sabar nak balik? Nak habiskan cepat exam final? Ramadan dah nak habis.. Dah muhasabah? Cukup tak tarawih? berkesan tak puasa? Ada tak perubahan? Hm, ini soalan yang kita sendiri sahaja boleh jawab.. Salam mujahadah di akhir Ramadan... Datangnya belum tentu kita brsama tahun hadapan, tak siapa tahu rahsia Tuhan...

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba Menakung sebak airmata Namun tak pernah pun setitis Gugur berderai di pipi Tidak ditempah hidup sengsara Suratan nasib yang melanda Menongkah badai bergelora Diredah bersendirian Bagaikan camar pulang senja Patah sayapnya tetap terbang jua Sekadar secicip rezeki Buat yang sedang rindu menanti Segenggam tabah dipertahankan Buat bekalan di perjalanan Kau bebat luka yang berdarah Kau balut hati yang calar Telah tertulis suratan nasibmu Derita buatmu ada hikmahnya Terlukis senyum di bibir lesu Tak siapa tahu hatimu Biarpun keruh air di hulu Mungkinkah jernih di muara Biarpun jenuh hidup dipalu Pasti bertemu tenangnya Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud * Lagu yang sesuai dengan mood aku sekarang.. Boleh mendatangkan semangat jika dihayati maknanya...

Cubaan

Cuti seperti ini, aku ambil peluang mengemaskini yang agak lama terbiar tanpa entri terbaru... Bukan sibuk sangat namun, aku tak dapat mencari ruang yang sesuai kerana maktabah di sini dipenuhi pengunjung... Aku mahu mencuba sesuatu yang baru.. memblogging menggunakan wordpress.com. Mahu membandingkan mana lebih menarik... melawatlah... http://hadiqahjamilah.wordpress.com

PERSONAL NOTE- 20 RAMADAN 1429

Kesihatan yang agak kelam kabut minggu ni. Penyakit yang bersarang seakan turut mahu meraikan aku dalam bulan Ramadan ni. Alhamdulillah, segalanya kmbali seperti biasa. Gusi yang telah bertahun sakit ni(menyerang pada masa tertentu) menjadikan aku sedikit kurangt selesa. SMS pada sahabat, temankan ke klinik... Apa doktor boleh buat, aku ke klinik biasa, bukan doktor gigi, diberi ubat bengkak dan tahan sakit. Akak nurse siap tanya bila nak makan ubatnya kalau dah puasa.. Tak jadi masalah kan, tak semestinya kena ikut je arahan ubat tu. Bisa diatur... Mental juga yang tiada persediaan yang cukup menghadapi minggu ini, agak berserabut... Mungkin kerana gusi yang sakit itu, kepala tak berhenti berdenyut... bukan sakit, malangnya ku jadikan itu alasan untuk bermalas. Astaghfirullah.... Hari Khamis aku berpernag dengan diri sendiri. Mahu ke kelas atau tidak.. Bukan sakit sebenarnya rasa kebas je... Akhirnya melangkah juga kaki ke kelas, walaupun mental bukan sepenuhnya di situ... Jumaat, h

MINGGU AKHIR RAMADAN

Ramadan melangkah ke minggu-minggu terakhir. Sibuk buat kuihkah kita? Tukar langsir baru, sarung kusyen, perabut... Sampai kita lupa... Minggu ini untuk rebut janji Tuhan.. Lailatul Qadr yang ALLAH rahsiakan bila.. Tak siapa tahu, Yang mengalami tahu rasanya. "Ku mengharap kan Ramadan kali ini penuh makna, Agar dapat ku lalui dengan sem,purna, Ku memohon pada Tuhan, Diterima amalan..." Benarkah Ramadan ini membawa erti, Jujur kataku, Ramadan ini sangat bermakna... Rumah dekat dengan masjid... Aku takut, Ramadan tahun depan bagaimanakah? Ya ALLAH panjangkan usia kami dalam keimanan...

Seputar Aktiviti

Assalamuaikum, hari ini aku nak berkongsi beberapa peristiwa yang berlaku seputar hidup aku minggu lalu. Bengkel penulisan Kak Fatimah Syarha Hari Ahad, aku bersama seorang sahabat yang punya minat sama ke IIUM Gombak menghadiri satu bengkel penulisan novel, bersama Kak Ha (Kak Fatimah Syarha Noordin) Sesaat ternampak wajahnya, subhanallah, cantik ciptaanmu, betapa dia suka tersenyum dan sangat manis. Aku terpaku sebentar, akhirnya setelah membaca novelnya : “tautan hati” aku dipertemukan dengan penulisannya, untuk berkongsi ilmu..Kak Ha banyak menekankan motivasi dan persediaan kita sebagai dai’ ilallah. Antara mereka yang terpilih dan mereka yang diberi bakat untuk dimanfaatkan pada jalan ALLAH. Bakat itu bukan untuk disimpan tapi fikirkan bagaimana untuk menarik orang-orang di sekeliling kita. Jika kita baik, tentu kita nak mak kita juga baik, tapi bagaimana nak mennarik orang tua supaya beliau tak terasa dengan kita? Itulah adanya kreativiti. Cuba bayangkan seandainya kita m

IFTAR ^ IFTAR & IFTAR

Di mana nak iftar hari ini? Soalan cpu mas di bulan Ramadn ini, Masjid, Restoran makanan segera, Hotel, Kedai mamak, Tepi jalan. Macam-macam. Di CFS aku, Saban hari, Atur masa, Hari ni iftar ini, Esok di situ, Lusa persatuan ini, Tulat ada lagi. Berbayar @ tidak, Itu yang membezakan, Hakikatnya, Iftar amat meriah, bila bersama berjamaah, NAMUN, Jangan sampai makanan tak terjamah. Mulakan iftar dengan doa, Kurma, Maghrib, Zikir, Makan sedikit, Isyak, Tarawih, Makan, Tidur, Qiamullail, Sahur... Jadual mula iftar hingga sahur, Tuhan memberi rezeki... Syukur ya Tuahn.

kekesalan tak beerti

Assalamualaikum, tergerak hati aku untuk berkongsi seuatu dengan rakan-rakan sekalian, sesuatu yang amat menyentuh rasa aku... Yang menjadi kesalahan yang aku kesali selama hayat aku. Sahabat, aku mengerti rasamuu, malam kejam itu, Aku membatu bila kau bersuara, Aku endah tak endah, Kau tahu tak??? Aku sendiri tak sedar apa yang aku lakukan. Sahabatku ini, Ada kala kita melakukan tanpa sedar, Tapi masa tak berulang, Perbuatanku tak dapat ditarik semula. Aku bukan manusia baik.... *Aku dah lukakan hati seorang sahabat yang baik... Yang sanggup meninggu dan tak berkira dengan aku, tapi malam itu.... Perasaan aku terbang entah ke mana. Nak kata aku sibuk, aku tak uka menyebut perkataan sibuk, sebab ramai lagi orang yang lebih sibuk, tapi malam itu... Ah, maafkan aku sahabat.

fasa kedua dah...

Ramadan, fasa kedua melepasi yang pertama, Bagaimana energimu? Makin meningkat atau tubuh bertambah lesu dan kontang... Jangan jadikan puasa alasan, Iftarnya makanan sekeliling meja, Maghribnya di akhir waktu, Subuhnya lena... Ramadan, Ramadan, Ramadan, Nikmatnya mereka yang menghayatinya penuh insaf, Malang yang menadikannya pesa mkan.. Ramadan, Terima kasih, Kehadiranmu memberi kerehatan Ketenangan Kegembiraan. Pantas amat 12 jam itu, Manfaatkan, Bukankah kala itu doa teramat mkbul, jaga mulut, jaga hati... Ramadan, Jagalah ia, Maka Ramadan akan memelihramu pada 11 bulan lain.

Sibuk Sangatkah Kita?

Bolehkah aku nak kata aku sibuk, sibuk assignment, sibuk belajar, sibuk melakukan benda yang aku suka, Sibuk TIDUR... sibuk mengelamun. Aku tanyakan pada diri sendiri, Perlukah kita kata "Aku sibuk" Mengapa ulama dulu boleh melakukan banyak kerja, Boleh berkomitmen dalam banyak perkara, Boleh menuntut banyak ilmu, SEDANGKAN AKU??? Belajar sedikit, mengeluh banyak, Usaha sdikit, Mahukan marklah banyak. Benarkah niat aku? Betulkan usaha aku? Barakahkah hidup aku? Sibuk juga malas, Dua alasan beza, Dua virus perosak, Orang kuat. Tak kata dia sibuk, Tapi kerja berjalan lancar. Orang malas, buat-buat sibuk.

adik yang suka nonton

Masuk je Ramadan, Salah, Belum masuk Ramadan, Tivi dah iklan rancangan raya, Terlongo adik tengok, Adik buat jadual, Cerita menarik bulan puasa. Adik suka nonton tivi, kata adik, Bulan puasa ada macm-macam drama menarik, drama islamik, Adik suka, Adik aku minat nonoton tivi, aku ajak tarawih, Kata adik, cerita menarik, nak nonton tivi, Adik lupa, Itu tanda adik diperalat, Media gunakan adik.. ADIK< JOM SOLAT TARAWIH, JOM MUHASABAH, TINGGALKAN TIVI DIK, Kita manfaatka Ramadan. Adik, tivi tu tk bawa adik ke mana, Kita hitung amalan kita dik, Akak pun suka nonton, Tapi ini bulan Ramadan dik, Kita jangan ikut cakap Tivi tu.

CATATAN 30 OGOS

 Assalamualaikum... Nampaknya sehari dua ni banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita... Esok dah nak sambut merdeka... yang ke-51... Merdekakah kita sebenarnya? Kemerdekaan kita bermakna jika kita berjaya melempiaskan hasutan syaitan dalam diri kita... Tentu merdeka tahun ini amat bermakna jika berjaya memasuki madrasah Ramadan dengan hati yang bersih.. Esok juga tengok anak bulan..Minta-minta lusa puasa... maknanya malam esok tarawih pertama kita untuk 1429H.. Bersediakah diri menempuh madrasah ramadan... atau bahasa orang sekarang bole dikatakan sebagai akademi Ramadan... Hdirnya setahun sekali... Namun yang istimewa, kita semu muslim menyertainya... Hadiahnya amat lumayan. ALLAH menyediakan ganjaran yang amat lumayan... Kita tak dapat bayangkan. Menanti setiap peserta yang berjaya melaluinya dengan jaya. Semalam ada perbentangan beanjawan 2009.. Aku tak sempat mengikutinya,  namun ada juga aku belek- belek beberap laman berita... Hm, apa-apa pun sebagai pelajar aku

KITA NI MEMANG PELIK

Kita boleh pergi konsert tapi susah benar nak ke majlis ilmu… sedangkan kita tahu malaikat mendoakan mereka-mereka di dalam majlis ilmu. Kita kata tak cukup ilmu, tapi kita suka suka buang masa kita tanpa menimba ilmu yang ada… sedangkan kita tahu kunci untuk membuka pengetauan itu belajar dan membaca serta bertanya untuk kita tahu, Kita cukup makan, tapi kita selalu komen makanan yang kita makan tak sedap, kurang itu ini, sedangkan kita tahu kawan-kawan di Negara lain menderita tak makan dan makan apa sahaja yang ada tanpa keluhan untuk mengikat perut, dan kadangkala tak makan. Kita suka marah bila ibu atau ayah melarang kita melakukan sesuatu yang kita suka… contohnya bercouple… sedangkan kita tahu, Tuhan cakap JANGAN HAMPIRI ZINA… kita kata itu mengikat kebebasan… tapi bila jadi sesuatu yang tak diingini, kita malukan mak ayah, kita baru rasa bersalah, dan hati mereka sudah remuk… Bagaimana ini? Kita kata tak pandai cakap, sedangkan bila diajak berbual tentang artis, kosme

BELAJAR KHAYAL 2

Bila membelek-belek post yang lalu, teringat nak sambung pasal topik yang aku suka ni "الوصف". Memang aku tersenyum setiap kali kelas ni, mengantuk pun akan ditahan... Ini kelas hari khamis yang lalu. Hari ni ustaz hanya tunjukkan contoh maqalat(petikan) yang menggunakan imaginasi ni... Ditulis oleh ustaz Maad sendiri dan beberapa contoh syair dan qasidah arab... Walaupun tak faham semua cukup menyentuh rasa.. Petikan yang ustaz tulis: menceritakan tentang tiga orang sahaba dalm biliknya. Tentulah bukan kisah yang benar kerana ustaz hanya menggambarkan kemingkinan itu.. kisah daripada fikiran Usatz sendiri. Ada tiga kawan dan digambarkan setiap seorang.. Mereka tinggal dalam bilik yang agak sempit dan pengudaraan yang tidak mencukupi.. Faham sendirilah keadaannya. 1. yang pertama: sangat tinggi, hinggakan setiap kali nak tidur kakinya yang terlunjur akan melepasi katilnya sendiri... Adalah gambaran yang diberikan, memang menarik, tapi dalam bahasa Arab. Ada masa aku aka

WANITA ACUAN AL-QURAN

(WANITA YANG ALLAH RAKAMKAM NAMA MEREKA DALAM SURAH AT-TAHRIM) Inilah antara wanita yang namanya tercatat dalam al-Quran, sebagai panduan buat aku dan semua yang membacanya. Harap dapat diperbetulkan jika tersilap dan dan berkongsi maklumat lain yang kalian tahu. Syukran. ("o") Isteri nabi Nuh dan Nabi Luth: (surah at-tahrim: 66:10) mereka berdua mendapat keistimewaan oleh ALLAH, menjadi isteri kepada pesuruh-NYA, namun kerana menderhaka kepada suami masing-masing mereka akan bersama orang-orang yang masuk neraka. Teringat lagu Raihan: Iman mutiara.. antara liriknya.. "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa, ia tak dapat di jual beli, ia tiada di tepian pantai." isteri nabi Luth-   memberitahu kepada penduduk negeri kedatangan malaikat yang menyamar sebagai lelaki kacak di rumah nabi Luth. Pada zaman itu hubungan sejenis adalah satu ketagihan. Mendengar perkhabaran itu, mereka menyerbu rumah nabi LUTH.  isteri nabi Nuh- tak mengiku

Luahan Lu'luah

20 Ogos 2008 Seandainya kaki dan tangan ini, mampu berkata-kata, apakah yang akan mereka bicarakan tentang aku? Aku yang sudah kehilangan sealanya kini. Dalam suka aku semakin dicengkam kesunyian, mungkin salah aku tak pandai menjaga semua yang sepatutnya aku endahkan. Jauh semuanya daripada hidup aku kini, Tiada lagi kegemaran dulu. Kegersangan, Ketegangan, Mengisi wajah suramku... Tiada senyuman terukir, Aku tahu salah ku ini, Maafkan aku sahabat, Tak mampu menjadi kawan yang baik, pedulikan perangaiku ini, Walaupun nampak kaku, Aku masih mencari diri. Seandainya kau temui celanya aku, Tegurlah, aku amat menghargai, Aku suka dikeji, dikutuk, Bukan dipuji, Aku benci pada pujian... Catatan buat sahabat yang aku sayangi, kalian banyak membantu aku dalam segala segi... Semangat, kewangan, nmacam-macam yang tak tercatat oleh aku... Aku malu dengan kebaikan itu... Doakan aku tetap di jalan kebenaran... Mengapa hari ini perasaan ini seakan terbang bersama diri

MERAPU BETUL

Bukan hasrat aku untuk memenuhkan entri ini dengan luahan yang tak sepatutnya, tapi bila akal aku sedikit serabut kerana berfikir entah apa-apa. walaupun hakikatnya otak ini jarang berfungsi pun, aku jadi tak keruan, cakap aku jadi lain, apa yang aku tulis berdasarkan perasaan... Jadilah macam hari ini... Jemari ini mengatur satu-satu kata tanpa aku pedulikan isinya lagi... Aku tak pasti apa sudah jadi pada aku hari ini.... Tolong aku, Tuhan... Ketahuilah kebahagiaan yang aku damba tak mungkin hadir jika aku sendiri tidak mencarinya.... Sesingguhnya aku yang perlu berusaha, bukan membiarkan akal yang tak sihat itu menguasai diri sendiri.... Tak pernah sebelum ini aku rasa begini.... Nak luahkan, tapi tak ada apa untuk diluahkan... Apa dah jadi sebenarnya ni??? Aku tak punya jawapan pada soalan yang aku tanyakan pada diri..... Keserabutan... "Berzikirlah, dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang."