Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Akhir Nanti

Nanti akhirnya yang tinggal, diri sendiri yang akan mengubati kesakitan-kesakitan dalam jiwa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Didikan sejak kecil.

Walaupun banyak benda kita belajar semasa makin dewasa, tetap banyak perbuatan yang kita terbiasa sebab diajar sejak kecil. Kadang, hal-hal kecil seperti lepas makan, basuh. Lepas memasak, kemaskan. Lepas makan di kedai, tolong kemaskan apa patut. Sampah, tidak buang ke luar kereta. Banyak lagi... Perkara yang kita lihat di sekeliling, menjadi amalan semasa kita besar. Didikan sejak kecil. Atau belajar semasa kita dalam perjalanan meniti usia. Kita patut biasakan hal-hal kecil yang baik. Jangan sampai kebiasaan kita menyusahkan orang lain. Mudahkan urusan orang dengan mengurus urusan kita baik-baik. #ilahusnabebel

Buku

Jalan-jalan di Bazar Chowrasta, di kedai buku terpakai. Tuan kedai tanya, "suka baca buku motivasi?" Tak sangat. Jawab aku. Ya, aku lebih suka membaca novel, buku yang bercerita kisah hidup orang atau travelog. Mungkin dahulu pernah suka membaca buku motivasi, namun manusia berubah seiring pertambahan usia..

Perbualan dalam kereta.

---Apabila engkau berdua dalam kereta, dan dalam perjalanan jauh. Macam-macam topik keluar termasuk tentang nama, nombor pendaftaran yang lalu lalang, iklan-iklan di kiri kanan jalan, memori-memori silam, dan cerita-cerita lain. Dan membaca status-status di Facebook apabila sudah tidak tahu apa topik untuk dibualkan. Itu kalau bateri si peneman di kerusi sebelah pemandu penuh lah.. ---Dalam perjalanan, antara masa terbaik berbicara tentang perasaan dan perkongsian. Hahaha.

Kawan

Mungkin kerana kami sering dilihat berdua. Masing-masing memakai cermin mata. Ada yang bertanya, "adik beradikkah?" Dan ketika melepasi acik cleaner blok pada suatu hari, ditanya, "kembarkah?" .😅😅 Hahaha. Usia kami pun berbeza. Aishah ZAid, Untuk hampir setahun ini, terima kasih. Semoga kamu dimurahkan rezeki dan diberi yang baik-baik sahaja. Semoga kamu "enjoy" dengan setiap perjalanan hari. Doakan yang baik-baik untuk "kakak" ini juga. Ada yang nampak dua wajah itu seperti saudarakah? Hihihi.

Cerita Ogos 2018

Ogos belum memasuki angka 10 pun. Namun sudah aneka rasa yang mendatangi diri. Dan Ogos ini, banyak menerima berita-berita kematian. Dan ketika hampir dua minggu usiaku bakal memasuki angka 29, badan meminta aku untuk berehat seketika. Meskipun sekarang memang aku sedang berehat lantaran sedang bercuti. Rasa itu datang agak mendadak. Selepas beberapa hari dia berkata, "lama tidak demam." Terujilah dia dengan perkataannya. Badan menanti petanda akan demam, dan perlukan kerehatan yang lebih daripada biasa. Pada ketika ini, aku hanya berbaring meski sudah penat melakukannya untuk seharian. Membiarkan mata terpejam meskipun bukan lagi mengantuk mendatangi diri. Melayan rasa sejuk-panas-bukakipas- tutup dan buka lagi.. Ogos ini, selepas lebih setahun, aku "menyerah" kepada demam... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Memulakan

Bagaimana kita akan tahu kemampuan andai tidak memulakan? Benar. Yang sukar adalah memulakan. Dan untuk mengekalkan itu yang lebih sukar. Semoga kita diberi kekuatan. Untuk hal-hal yang kita baru mulakan, semoga akan berterusan. Walau sedikit, namun berkekalan, bukankah lebih baik? Sebab itu Tuha masih mentakdirkan kita berada dekat. Agar kita belajar untuk memberi dan menerima. Setelah kita menerima pelajaran ini, ada takdir lain yang menanti kita. Dan pasti kita bersedia hari itu, tanpa sesal, sebab kita sudah memulakan sesuatu. Memulakan. Baru kita tahu. Berada dalam situasi, barulah kita tidak akan bercakap kosong. Selepas memulakan, semoga kita diberi kekuatan untuk bertahan.

Harapan.

Aku selalu merasakan yang aku tidak mneyumbang apa-apa kepada sesiapa. Sedangkan aku selalu menerima kebaikan daripada orang lain. Namun kini, aku cuba mengubah pandangan diri sendiri. Cuba berkongsi apa-apa yang ada pada diri, kepada mereka yang ada dekat dengan diri. Mungkin tidak banyak membantu, semoga sedikit meninggalkan kesan. Aku cuba meninggalkan kesan dalam bentuk tulisan dan perbuatan. Perlakuan dan tindakan kecil, yang semoga ada manfaatnya bersama. Berada dekat dengan orang yang dekat dengan diri. Merasakan dan meraikan orang yang dekat dengan diri. Aku memilih untuk tidak memikirkan bagaimana perpisahan akan terjadi. Aku memilih untuk menikmati hari ini, semampu aku. Ya. Banyak sudah perpisahan yang aku rasakan sepanjang kembara 29 tahun ini. Perpisahan dan kehilangan. Akhirnya aku sedar, semuanya mengajar diri untuk menjadi lebih kuat, untuk diri sendiri. Ada kebaikannya untuk diri aku. Aku hidup pada hari ini, berbekal pengalaman semalam dan harapan untuk hari eso