Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Buat Pemilik Hatiku



Wahai pemilik hatiku, tetapkan langkah dan perjalanan ini atas jalan yang benar dan Kau redha... Sesungguhnya terasa benar gambaran sebuah kematian yang makin menjenguk saban hari... Bencana alam... kemalangan... pembunuhan... mati datang dalam apa jua cara jika telah tiba masa. Sedang hati dan diri belum menyediakan jalan menghadap Allah..

Sering bermain-main dengan kata namun langkah dan gerak tidak seperti apa dikata. Ada ketika aku mahu berhenti berbicara di sini, namun sering terlintas kala aku mati apa harta yang akan aku tinggalkan? Walaupun hanya coretan perasaan, sekurangnya ada kenangan yang aku berikan untuk orang yang aku sayang. Sudahlah mulut ini teramat berat untuk berbicara, adakah kalam juga akan mati bicara? justeru aku mahu terus dan terus menulis walaupun hanya sebuah contengan, luahan perasaan atau cerita sekitar kehidupanku. Sesungguhnya Allah sudah menuliskan kehidupan yang sangat indah buatku yang bernama Durrah Nur Aqilah.

Kisah aku kisah biasa. Tiada istimewa. Tiada yang luar biasa. Namun biarlah jemari ini terus mencoret. Hasratnya hanya ada satu. Inilah harta dan kenangan yang aku tinggalkan jika aku sudah tiada... Kematian itu menjengah tiba-tiba... Benar?


Durrah perlu berhenti bermain tarik tali dengan hati yang cepat benar goyah.

Durrah perlu berpijak di bumi nyata walaupun sering sahaja kaki ini tidak menjejak tanah.. Serasa melayang ke udara...

Aku cuba.

Berusaha untuk menerima dan menelan segala-galanya. Masih belajar dan terus belajar.

Aku bukannya seorang yang baik sangat. Banyak benar kekurangan yang perlu ditampal. Bocor yang perlu dibaiki segera.. Kadang terasa kuat, ada ketika tersungkur jatuh..

Tetapi seratus kali jatuh Durrah perlu bangun kali ke seratus satu.. =)

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك