Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Hari-hari

Ada hari, hidup yang dijalani rasa aneh. Bermula dengan perasaan tidak enak, lambat masuk kelas 45 minit, tergesa-gesa sampai tidak sempat makan, kelas yang sedikit padat setiap Rabu, duit masuk, duit keluar, tugasan yang terlalu pendek, peperiksaan akan datang... Hidup seorang single bernama Jamilah. Tiada lain yang difikirkan melainkan dirinya sendiri. Sampai kadang dia lupa, dia hidup dalam komuniti. Tadi, guru berbicara tentang psikopath, dan berlawak, "tengok kawan-kawan dekat kamu, yang suka bersendiri." Aku ketawa... #ilahusnabebel #contengdalammrt #sajabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Bersembunyi

Kata-kata Menjadi seorang yang lebih bebas menyuarakan semua rasa dengan kata-kata selalu menjadi hal paling menyenangkan untuk seorang dia. Bahasa kata-kata yang lebih lancar daripada buah bicara daripada bibir katanya. Kadang-kadang. Dia sangat selesa untuk menyuarakan dengan kata-kata, bukan dengan bertentang mata. Dia akan buat tidak tahu tentang banyak hal yang berlaku di sekeliling dia. Semacam dia yang paling tidak mengerti akan semua perkara. Kerana, ada ketidakselesaan apabila dia mengetahui hal-hal yang tidak sepatutnya dia tahu, dan mengubah persepsi dia tentang banyak perkara. Mungkin kerana itu, sehingga sekarang, Tuhan menghadirkan tidak ramai orang dalam kehidupan dia, namun setiap orang yang hadir selalu memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang dia. Sebagaimana pada bicara tersimpan banyak makna yang terselindung, demikian kata-kata. Yang menyimpan bicara secara bertulis. Yang menjadi bahan ketawa ketika sang penulis membacanya semula. Bahasa kata-kata se

Perbualan-perbualan Malam Masih Berlangsung

Ada ketika, masa sebelum tidur kami diisi dengan cerita dan perkembangan diri masing-masing. Kadang-kadang, berbual kosong... Semalam, kuota perkataanku banyak. Entah perasaan apa yang merasuk diriku. Selesai sesi belek-belek buku, aku bercerita kepada dia tentang impian-impian dahulu yang sudah tertunaikan. "Saya tak tahu nak buat apa lepas ni. Apa yang saya nak, saya selalu. Saya tak tahu nak buat apa lepas ni." Entah bagaimana dan mengapa, kata-kata itu yang terbit selepas aku membebel tentang perjalanan aku selepas SPM sampai hari ini. Perjalanan dengam cerita sendiri. Bukankah setiap kita punya kisah berbeza? Aku bercerita dengan dia tentang banyak perkara. Dan dia melayan sahaja kata-kata aku. Kadang, aku merasakan dia lebih matang daripada aku yang bakal memasuki angka 30. Perbualan-perbualan malam sebemarnya sebagai terapi aku juga. Sejak aku semakin tidak menulis. Sejak aku ada "roomate." Apabila datang perangai luar alam, berceritalah aku tentang

Dia

Kehilangan arah dan motivasi. Itu yang dirasakannya minggu ini. Kerja bertimbun, satu tidak disentuh. Mata menatap skrin telefon. Otak menerawang. Jasad di bumi. Dia seakan-akan tidak mengenali dirinya minggu ini. Lalu hari itu dia mengalah. Dan dia mengalah lagi pada hari seterusnya. Mengalah dengan perasaan sendiri. Entah apa yang sedang dia rasakan sekarang... Dia tidak kenal dirinya pada minggu ini. Dirinya yang lain daripada kebiasaan... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pasangan Pertemuan Adalah Perpisahan

Entah mengapa aku seakan terbayang-bayang Almarhumah Adiba, junior UIA. Aku tidak mengenalinya dekat, namun aku boleh membayangkan wajahnya yang ceria. Sungguhlah, kematian sebagai peringatan. Apa yang kita miliki di dunia ini, apabila tiba saat yang ditetapkan, kita yang meninggalkan atau kita yang ditinggalkan. Aku harus sedar yang setiap pertemuan akan berkawan dengan perpisahan. Aku menyedari hakikat ini, namun semakin menghampiri hari, aku semakin berdebar. Berdebar untuk "melepaskan" rakan serumahku. Namun pemergiannya demi bersama keluarga tercinta. Sekejap sahaja. Nanti perasaanku akan lekas pulih. Jangan ditanya aku sedih atau tidak. Insya-Allah, demi kebaikan semua, perpisahan ini suatu kemestian. Berjauhan dengan keluarga itu tidak mudah. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Menjual dengan Air Mata

Siapa yang berusaha, dia dapat. Itu sifir kehidupan. Sudah setahun lebih aku tidak mempunyai gaji bulanan. Bergantung harapan kepada keluarga, walaupun sepatutnya dalam usia 30 tahun, masih berharap kepada mereka. Pengajian yang perlu bukan hanya setiap semester, tetapi setiap hari. Dengan air mata. Kadang-kadang, ketika aku bertanya kepada mereka untuk memasukkan wang ke dalam akaun, aku memintanya dengan bekal air mata. Sebab itulah aku hanya akan menghantar mesej, bukannya menelefon. Ah, aku yang tidak berusaha, kan? Berusaha untuk mencari wang sendiri... Hidup di kota, semua perlukan wang. Sedang sebagai pelajar pun, sekurangnya RM800 sebulan diperlukan. Makan, pakai, rumah sewa, tambang, keperluan, kehendak diri.. Pertahanan terakhir aku, buku kesayangan di ruang tamu. Dengan air mata, sedikit demi sedikit berkurang... Menampung perbelanjaan diri. Alasan, kan? Aku boleh sahaja berusaha dengan cara lain...

Sakit

Ketika "otak sakit", badan lekas terasa penat. Rasa penat yang luar biasa. Padahal tidak fikir apa-apa sangat. Entah apalah sebenarnya yang bersarang di minda. Berjurai air mata turun. Di bilik. Di perpustakaan. Di surau. Tanpa mampu ditahan-tahan. Baru separuh perjalanan. Jika fikirkan kerja, rasanya aku belum mulakan kerja. Aku fikir sedikit sahaja. Bercerita sedikit apa yang aku rasa. Namun air mata kali ini berpanjangan. Sudah dua hari. Dua hari berteman air mata tanpa sebab yang jelas. ...Semoga diberi kekuatan, selalu.

Terima Kasih, masa silam!

Semalam, di Citra Seni. Kami mendengar saudara Namron bercerita tentang masa keci kerjaya beliau. Sampai aku membuat kesimpulan. Seorang yang hebat ada kisah yang hebat di belakang. Tragedi. Yang menjadikan dia kuat dan menjadi seseorang pada hari ini. Aku ketawa juga ketika beliau kata tentang anak kura-kura itu lucu. Sebenarnya kisah itu sedih. Sedih sampai jika Namron sambung bercerita, mataku yang bergenang akan basah dengan air mata. Aku yang tidak bersyukur dengan setiap aku dapat untuk perjalanan 30 tahun ini. Aku masih menangis untuk kesakitan yang sedikit. Masih menangis sebab tak cukup duit. Masih menangis sebab kena minta duit dengan kakak sebab duit sudah habis untuk makan dan tambang. Sampai semalam, aku membuat keputusan berat. Ada buku-buku yang akan aku lepaskan sebelum aku peroleh sumber pendapatan lain. Aku percaya, satu pintu tertutup, akan banyak pintu lain akan terbuka. Hanya aku yang tidak mengetuknya atau cuba memasuki pintu yang terbuka. Aku percaya perj
Dia selalu gagal mengurus hal kewangan sendiri. Sejak dahuli. Sejak dia bersekolah. Ketika dia mula pandai mengenal bahan bacaan, setiap minggi ada sahaja duit belanja yanh jadi Akhbar Didik atau Majalah Kuntum. Ya, itulah cara dia membelanja wang yang dibekalkan untuk membeli makanan di sekolah. Masuk sekolah menengah demikian juga. Ada biasiswa, ada duit belanja, jadi buku. Jadi bahan bacaan. Dapat duit karya, akhirya menjadi tua tanpa simpanan dan tiada pekerjaan. Kata orang, tidak usaha manakan dapat. Akulah itu. Yang selalu mengharap ada yang membantu. Bulan ini, kewangan lebih terhad. Aku cuba berjimat sedapat mungkin. Mencatu makanan sendiri. Menyediakan bekalan kurma dan air glukos untuk bekalan semasa lapar sepanjang aku ke kelas. Aku perlu melakukannya. Lantaran sudah terlalu banyak wang kakak-kakak yang aku belanjakan selama hampir dua tahun aku tidak bekerja ini. Dua tahun aku menumpang kewangan orang lain. Aku yang selalu bergantung harap pada orang yang mmbantu. M

Semester Baharu

Selesai sudah percutian dua bulan lebih untuk tahun pertama. Dan kini aku sudah memasuki tahun kedua. Tahun yang tidak lagi boleh ber'honey-moon'. Semester yang ada kelas Isnin-Jumaat. Kelas yang ada banyak praktikal penulisan. Sudah namanya pelajar Penulisan Kreatif... Aku cuma berharap dapat menjalani semester ini baik-baik. Dan emosi aku juga akan baik-baik sahaja. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Sampai Bila?

Ketika melihat kejayaan orang lain, tentunya akan ada suara-suara dalam diri yang mempersoalkan akan kemampuan diri sendiri. Mengapa tidak juga engkau melakukan hal yang serupa? Berusaha untuk membaiki diri dan mencapai impian-impian yang belum terealisasi. Tidak semesti impian besar dan gah. Impian-impian kecil juga perlu ditunaikan. Mengikut kemampuan dan kemahuan diri sendiri untuk mecapainya. Asalkan engkau terus berjalan, engkau tidak perlu gusar akan hasilnya. Ada hasil untuk orang yang berdoa dan berusaha. Bukan yang duduk sahaja dan mengaharapkan akan keajaiban yang berlaku. Sampai bila engkau perlu berusaha untuk memenuhi keperluan diri? Sampai mati. Tentu sekali engkau pernah mendengar, jika ada di tanganmu benih, dan ketika itu akan terjadi kiamat, engkau perlu tanam benih benih itu ke dalam tanah. Sampai demikian perlunya kita berusaha dan melakukan kerja, bukan hanya duduk-duduk dan mengharapkan akan ada kejayaan yang akan mendatangi diri. Penantian yang sia-sia. Pe

Menutup Ogos di Istana Budaya

Ogos selalu menjadi istimewa untuk seorang Jamilah. Bulan yang menyaksikan bilangan angka usia bertambah satu. Yang memberi erti semakin berkurang masa hidup. Selepas melihat iklan Tanah Akhirku dan merasakan aku mampu membayar harga tiket kali ini, aku menyimpan angan untuk ke sana lagi. Sekali untuk tahun 2018. Cukuplah setahun menonton sebuah teater di sana. Bermula dengan cadangan mahu menonton bersama Kak Wanie Suhaini, namun tidak diizinkan rancangan itu terjadi. Aku tekad mahu menonton sendirian, pada sesi petang 31 Ogos. Namun malam 30 Ogos, aku cuba bertanya rakan sebaya, Wanza. Alhamdulillah, dia ada kesempatan masa pada 31 Ogos, malam untuk sama-sama menonton teater ini. Antara kegembiraan aku, membawa rakan-rakan sama-sama menonton teater di Istana Budaya. Dan aku bersyukur, dia gembira menyaksikan teater ini. “Lupa semua hal bila sedang menonton. Hanyut...” Teater sempena merdeka. Seperti tajuknya, Tanah Akhirku. Tentang seorang gadis, adik dan ibunya yang ke Tana

Akhir Nanti

Nanti akhirnya yang tinggal, diri sendiri yang akan mengubati kesakitan-kesakitan dalam jiwa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Didikan sejak kecil.

Walaupun banyak benda kita belajar semasa makin dewasa, tetap banyak perbuatan yang kita terbiasa sebab diajar sejak kecil. Kadang, hal-hal kecil seperti lepas makan, basuh. Lepas memasak, kemaskan. Lepas makan di kedai, tolong kemaskan apa patut. Sampah, tidak buang ke luar kereta. Banyak lagi... Perkara yang kita lihat di sekeliling, menjadi amalan semasa kita besar. Didikan sejak kecil. Atau belajar semasa kita dalam perjalanan meniti usia. Kita patut biasakan hal-hal kecil yang baik. Jangan sampai kebiasaan kita menyusahkan orang lain. Mudahkan urusan orang dengan mengurus urusan kita baik-baik. #ilahusnabebel

Buku

Jalan-jalan di Bazar Chowrasta, di kedai buku terpakai. Tuan kedai tanya, "suka baca buku motivasi?" Tak sangat. Jawab aku. Ya, aku lebih suka membaca novel, buku yang bercerita kisah hidup orang atau travelog. Mungkin dahulu pernah suka membaca buku motivasi, namun manusia berubah seiring pertambahan usia..

Perbualan dalam kereta.

---Apabila engkau berdua dalam kereta, dan dalam perjalanan jauh. Macam-macam topik keluar termasuk tentang nama, nombor pendaftaran yang lalu lalang, iklan-iklan di kiri kanan jalan, memori-memori silam, dan cerita-cerita lain. Dan membaca status-status di Facebook apabila sudah tidak tahu apa topik untuk dibualkan. Itu kalau bateri si peneman di kerusi sebelah pemandu penuh lah.. ---Dalam perjalanan, antara masa terbaik berbicara tentang perasaan dan perkongsian. Hahaha.

Kawan

Mungkin kerana kami sering dilihat berdua. Masing-masing memakai cermin mata. Ada yang bertanya, "adik beradikkah?" Dan ketika melepasi acik cleaner blok pada suatu hari, ditanya, "kembarkah?" .😅😅 Hahaha. Usia kami pun berbeza. Aishah ZAid, Untuk hampir setahun ini, terima kasih. Semoga kamu dimurahkan rezeki dan diberi yang baik-baik sahaja. Semoga kamu "enjoy" dengan setiap perjalanan hari. Doakan yang baik-baik untuk "kakak" ini juga. Ada yang nampak dua wajah itu seperti saudarakah? Hihihi.

Cerita Ogos 2018

Ogos belum memasuki angka 10 pun. Namun sudah aneka rasa yang mendatangi diri. Dan Ogos ini, banyak menerima berita-berita kematian. Dan ketika hampir dua minggu usiaku bakal memasuki angka 29, badan meminta aku untuk berehat seketika. Meskipun sekarang memang aku sedang berehat lantaran sedang bercuti. Rasa itu datang agak mendadak. Selepas beberapa hari dia berkata, "lama tidak demam." Terujilah dia dengan perkataannya. Badan menanti petanda akan demam, dan perlukan kerehatan yang lebih daripada biasa. Pada ketika ini, aku hanya berbaring meski sudah penat melakukannya untuk seharian. Membiarkan mata terpejam meskipun bukan lagi mengantuk mendatangi diri. Melayan rasa sejuk-panas-bukakipas- tutup dan buka lagi.. Ogos ini, selepas lebih setahun, aku "menyerah" kepada demam... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Memulakan

Bagaimana kita akan tahu kemampuan andai tidak memulakan? Benar. Yang sukar adalah memulakan. Dan untuk mengekalkan itu yang lebih sukar. Semoga kita diberi kekuatan. Untuk hal-hal yang kita baru mulakan, semoga akan berterusan. Walau sedikit, namun berkekalan, bukankah lebih baik? Sebab itu Tuha masih mentakdirkan kita berada dekat. Agar kita belajar untuk memberi dan menerima. Setelah kita menerima pelajaran ini, ada takdir lain yang menanti kita. Dan pasti kita bersedia hari itu, tanpa sesal, sebab kita sudah memulakan sesuatu. Memulakan. Baru kita tahu. Berada dalam situasi, barulah kita tidak akan bercakap kosong. Selepas memulakan, semoga kita diberi kekuatan untuk bertahan.

Harapan.

Aku selalu merasakan yang aku tidak mneyumbang apa-apa kepada sesiapa. Sedangkan aku selalu menerima kebaikan daripada orang lain. Namun kini, aku cuba mengubah pandangan diri sendiri. Cuba berkongsi apa-apa yang ada pada diri, kepada mereka yang ada dekat dengan diri. Mungkin tidak banyak membantu, semoga sedikit meninggalkan kesan. Aku cuba meninggalkan kesan dalam bentuk tulisan dan perbuatan. Perlakuan dan tindakan kecil, yang semoga ada manfaatnya bersama. Berada dekat dengan orang yang dekat dengan diri. Merasakan dan meraikan orang yang dekat dengan diri. Aku memilih untuk tidak memikirkan bagaimana perpisahan akan terjadi. Aku memilih untuk menikmati hari ini, semampu aku. Ya. Banyak sudah perpisahan yang aku rasakan sepanjang kembara 29 tahun ini. Perpisahan dan kehilangan. Akhirnya aku sedar, semuanya mengajar diri untuk menjadi lebih kuat, untuk diri sendiri. Ada kebaikannya untuk diri aku. Aku hidup pada hari ini, berbekal pengalaman semalam dan harapan untuk hari eso

Masa Sekarang

Tuhan memberikan kesempatan; masa sekarang. Untuk kita mengubah diri ke arah yang lebih baik. Untuk baiki mana yang silap. Untuk gantikan mana yang luput. Puasa, solat yang tidak ditunaikan pada masanya, perlu diganti. Tuhan memberi kesempatan, menjentik kesedaran pada hati yang selama ini melalaikan hak yang perlu ditunaikan. Main-main dalam menunaikan kewajipan. Kadang terlupa berdoa usai bersolat, sekalipun. Kemudian, resah dengan masalah yanh terasa tidak diselesaikan, perasaan yang tidak mampu diurus... Terima kasih Tuhan, untuk kesempatan masa sekarang yang Engkau berikan. Memulakan. Mujahadah seterusnya adalah bertahan dan meneruskan sampai selesai..

Belajar Tiada Istilah Terlewat

Kami pernah berjanji untuk membaca al-Quran bersama-sama. Lebih setahun yang lalu. Dan memulakannya, seketika. Kemudian, masing-masing sibuk dengan urusan yang tidak berkesudahan. "Awak ingat tak, awak cakap nak belajar membaca al-Quran? Nak mula semula?" Lalu, malam itu kami memulakannya kembali. Terlewat, belum terlepas, bukan? Selesai mengaji malam itu, dia mengejutkan aku dengan kata-kata, "Banyak lagi saya nak kena belajar. Baca dengan betul, tajwid, terjemahan...."  Aku terdiam. Tersentak sekejap, melihat diri sendiri. Membaca, ada makna yang faham, ada yang sekadar baca. Jarang melihat terjemahan apatah lagi tafsir ayat. "Okey, kita baca 1 halaman. Kemudian kita baca terjemahannya." . Nota: ketika kita mengejar untuk khatam al-Quran, semoga tidak kita lupa melihat terjemahan ayat juga. Al-Quran, bicara Allah buat kita, hamba-Nya. Bagaimana nak tahu apa Allah kata, jika tidak faham apa yang disampaikan. . Allah, semoga al-Quran jadi

Perbualan Malam III

Sebelum masing-masing hanyut bersama mimpi masing-masing, aku membuka ruang untuk kami berbicara seketika. Entahlah, sehari dua ini, banyak pula yang mahu aku bicarakan setelah melalui minggu-minggu yang enggan diceritakan. Biasalah, budak sekolah, penat sedikit, banyak emosi tergugat. Sudah bercuti panjang, banyak masa untuk berfikir, banyaklah pula yang hendak diperkatakan. “Kamu, saya nak cakap ini.” Dia memandang aku. Sudah, dia mulalah tu. Buat sesi luah masa sebelum tidur. Entah. Aku rasa ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengatakan semua yang ingin aku luahkan. Tanpa aku simpan. Sebab aku makin sedar, makin menyimpan makin sakit, cakaplah apa-apa yang sepatutnya aku cakapkan. Agar tidak membuahkan penyesalan. “Kamu tahu apa yang saya belajar daripada kamu? Belajar yang Allah sediakan perjalanan yang cantik untuk setiap orang. Perjalanan kita yang berbeza, diri kita yang berbeza watak, menyedarkan aku hari ini yang saya banyak belajar daripada insan-insan yang hadir di

Perbualan Malam II

Ketika kami mengadakan sesi bicara atau lebih kepada luahan rasa, dia berkata kepadaku, "Akak buatlah apa yang akak suka selagi ada masa. Selagi ada kesempatan." Pada masa itu, aku menerimanya sebagai kata-kata biasa. Sampailah kata-kata itu terdengar-dengar sampai hari ini. Betapa, selalu kita mengenang hal-hal yang tidak dapat kita lakukan, ketika masa itu sudah lepas. Kadang kita tidak manfaatkan masa sekarang yang ada. Semoga kita memanfaatkan MASA SEKARANG agar tidak timbul penyesalan. Yang berlaku, jadi pengajaran. Masih belum terlewat selagi ada MASA SEKARANG. Untuk hari esok. :) Masa. Ruang yang Tuhan beri untuk menjadi yang lebih baik. 💌 Nota: terima kasih, untuk nasihat ini.

Kata

Kata-kata. Menjadi doa, setiap yang terbit daripada dua bibir kita. Jaga, Dan halusi setiap kata, Agar tidak menyakiti, dan berubah kata-kata yang tidak baik menjadi realiti. Kata-kata, Cermin peribadi. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Ketika Mereka Sudah "Dimiliki"

Seseorang pernah bertanya kepadaku, "apa perasaan anda melihat teman anda sudah berkahwin?" Ketika itu, kami di dalam kereta. Baru beberapa minggu selepas menghadiri pernikahan seorang teman. Aku membuang pandang ke luar, "entah. Awkward. Rasa janggal. Hahaha." Aku menjawab ringkas, yang mewakili seluruh jawapan aku. Perasaan aneh, yang aku rasa jarak antara kami akan jadi jauh. Kami seakan-akan dipisahkan satu dinding tinggi, yang tidak dapat aku tembusi. Perasaan sementara, yang berakhir dengan penerimaan dan perasaan kembali pulih. Kawanku tidak ramai. Ada yang sudah bernikah, dan ada yang belum. Ada pernikahan mereka aku hadiri, ada yang tidak. Perasaan melihat rakan bertemu "belahan hati", tentunya gembira, syukur, dan sedikit sedih. Tipu sangat jika langsung tiada rasa itu. Bersyukur kerana mereka memasuki fasa seterusnya dan seterusnya, pastinya kita gembira. Sedih kerana, aku akan kehilangan masa bersama mereka lagi. Itulah hakikatnya. Mema

Perbualan Malam

Semakin meningkat usia, aku cuba untuk menjadi lebih terbuka. Terbuka tentang perasaan dan sangkaan-sangkaan yang ada dalam diriku. Tidak mudah untuk memecahkannya, namun akhirnya aku sedar yang masa bergerak terlalu pantas untuk aku terlalu melayan setiap perasaan besar dan kecil yang menghantui diri. Beberapa kali aku memilih untuk berbicara dengan dia, rakan sebilikku. Rakan yang aku pilih untuk dia bersama-sama denganku sejak setahun yang lalu. Terima kasih, menerima baik dan buruk aku selama setahun ini. Berada dalam sebuah bilik yang sama, yang mana tidak dapat tidak seorang gadis -Jamilah- akan menampakkan sisi sebenar yang tidak terlihat di dunia sebenar. Sisi yang cuba dia sembunyikan di luar, namun terserlah ketika berada dalam bilik itu. Dahulu, dia memilih bersendirian, sampai akhirnya dia membuka diri untuk boleh berkongsi bilik dengan rakan lain. Perasaan yang dia syukur sebenarnya, kerana sekurangnya dia tidak terlalu menunjukkan pemberontakan dan sedikit mengawal

0229

1 Mata masih terbuka luas. Lena sebentar selepas Maghrib, terjaga dan mata enggan lelap kembali. Malam yang terasa hangat. Dia beralih ke ruang tamu. Membuka kipas pada kadar maksimum. Terlelap sebentar, dan dia kembali terjaga. Terkebil-kebil sendirian dalam gelap. 2 Petang 21Julai 2018. Kawan-kawan, terima kasih datang ke rumah petang tadi. Anda tahu siapa anda. Dan makan masakan oleh teman serumahku. Memang agak peliklah kalau si Jamilah yang masak, kan? Hahaha.. Aku memang jauh daripada dapur. Memilih mengemas daripada memasak kecuali untuk dimakan aku sendiri. Aku tidak pandai masak. 3 Membaca "memories" di Facebook, ternyata pada tarikh ini tahun lepas-lepas juga, aku banyak membebel di Facebook. Agaknya ini sindrom memasuki Ogos, yang mana tempoh setahun lagi berkurang bilangan usia, bertambah angka. Ketika inilah macam-macam fikiran dan keinginan, namun apa makna jika tidak direalisasi oleh tindakan. 4 Maaf, untuk semuanya! #ilahusnabebel

BUATMU YANG BAKAL MEMASUKI ANGKA 30-CATATAN 1

Buat seorang gadis yang bakal memasuki angka 29, dan insya-Allah, panjang usia, memasuki angka 30 tahun hadapan. Adakah engkau belum memikirkan hal-hal yang sepatutnya menjadi keutamaan? Engkau masih mengesat air mata untuk hal-hal kecil, yang kadang engkau hanya perlu diam dan bertenang. Engkau menampakkan kemarahan dengan segera. Engkau berkata ya untuk banyak perkara, walaupun hal yang engkau tidak lakukannya dengan sepenuh jiwa. Jiwa. Di manakah jiwa dan cinta untuk semua yang sedang engkau lakukan, wahai gadis yang bakal memasuki usia 30? Berpura-pura tenang, sedang gelora dalam jiwa semakin meronta mahu membebaskan segala rasa. Rasa yang kadang membuatkan engkau mahu menjerit, menangis puas-puas, ketawa tanpa hujung... Semakin meningkat usia, manusia jadi semakin sensitif. Sedang engkau, masih sama seperti engkau pada tahun-tahun lalu. Membaca tulisan engkau, dan melihat realiti kini, yang seakan-akan mengulang apa yang berlaku. Sama. Berulang. Kisah sama dengan cara yan

Menuliskannya

Soalan-soalan seperti bila akan ada buku baharu, bila nak menulis lagi dan apa-apa yang berkaitan dengan penulisan, selalu membuatkan aku jawab dengan senyum kelat atau ketawa palsu. Lantaran aku tidak punya jawapan untuk itu. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Membaca Kembali

Membaca tulisan-tulisan di ...blogspot.com Mereka-mereka yang masih menulis di sana, sesekali. Tulisan-tulisan lama yang masih belum aku baca. Sesekali, aku rindu zaman itu. Zaman berblogging.. Zaman "bersosial" dengan tulisan-tulisan. Ah, terlalu jauh masa meninggalkan! Hanya aku seakan masih terperangkap pada masa yang sama. Melihat perubahan-perubahan sekeliling, kadang aku terfikir, hanya akukah yang tidak berubah-ubah? Masih merindu yang jauh, tidak menghargai yang ada. Melihat masa lalu, kadang terlupa menikmati masa kini. Melayan ketakutan dan rasa-rasa aneh. Sedang manusia semua bergerak ke depan. Dan berubah. Status dan hidup. Perangai dan peribadi. Sedang hakikat, aku semakin tua! Dan mereka yang dahulu anak-anak kecil, kini makin dewasa. Seorang aku, yang menghampiri angka 30. 11072018

Dua Hari

Dua hari yang mengingatkan aku tentang banyak hal. Dua hari perjalanan kereta, bas, feri, bas, dan jalan bersama kakak. Dua hari melawat ayah di hospital, dan aku si bongsu berusia 29 tahun yang masih kaku, tidak membantu apa-apa. Hanya berdiri seolah tanpa rasa, di sudut. Dua hari, yang selepasnya, aku memilih untuk kembali ke kota walaupun berhajat untuk bercuti panjang. Dua hari yang mengingatkan betapa kakak-kakak banyak berkorban, dan aku, si bongsu tanpa perasaan. Dua hari, melihat manusia keluar masuk, pergi dan pulang, disorong, berbaring, berjalan... Dua hari yang mengajar betapa berharga nikmat sihat. Terima kasih, untuk dua hari pada Julai Dua Ribu Lapan. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pada Julai Tahun Itu....

Julai 2018 membawa suatu khabar yang entah bagaimana untuk dia terima. Tumbuh juga sedikit sesal di hati dia, namun akhirnya dia sedar yang Allah mengaturkan segalanya cantik. Kisah beberapa tahun lepas tidak dapat tidak masih anda dalam minda. Bagaimana akan dibuang daripada minda dia. Kisah itu jadi memori. Dan insan yang terlibat dalam kisah itu sudah meninggal dunia, Julai itu. Kesudahan kisah. Begini akhirnya. Selamat berehat, kawan. ...Kisah itu akan tetap ada dalam simpanan memori dia. Setahun tanpa berita, dan akhirnya menerima khabar ini, siapa yang tidak terkejut... Tuhan tahu apa yang terbaik! "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Hujung Semester

Memasuki minggu akhir semester. Yang entah bagaimana rasa. Entah dilalui dengan sempurna. Dengan rencam rasa yang tidak tercerita. Dan cerita-cerita yang disembunyi dan hanya dirinya yang tahu. Dia berpura. Seakan-akan tiada yang tidak kena. Semua baik-baik sahaja. Dia bakal "bermain" dengan harapan lagi. Semua sudah tahu apa yang sedang dia lakukan kini. Dia perlu lakukan sesuatu. Namun dia tidak tahu mahu melakukan apa. Dia BLUR. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kisah Ramadan Jamilah I

Lokasi: Dalam KTM menghala ke Tanjung Malim. KTM tidak terlalu padat, namun tiada tempat untuk diduduki seperti biasa. Perasaan dia biasa, tiada rasa tidak sedap badan atau apa. KTM bergerak, dan entah mengapa ingatan tentang cerita-cerita Ramadan hadir dalam ingatan dia... Tragedi dan kisah Ramadan tahun-tahun lalu. ....Melepasi stesen Segambut, dia terasa badannya tidak stabil. Pergolakan apakah yang sedang berlaku dalam badannya? Dia bersandar di dinding, sebelum kepala terasa pusing dan bayangan hitam semacam akan menerpa. Perlu duduk. Dia perlu elak daripada terpitam sekali lagi dalam KTM. Reaksi spontan selamatkan diri. Dari berdiri, dia terus mencangkung di lantai KTM. Gelap sesaat. Dan semua yang di depan nampak samar-samar kemudiannya. "Cik, duduklah." Gadis itu menawarkan tempat duduk. Mahu dia jual mahal lagi, sebab hanya tinggal satu stesen. "Duduklah sekejap." Dia mengalah. Duduk dan pejamkan mata. Sekejap, sebelum pengumuman KTM sudah s

Takdir

May 23, 2018 11:51pm "Susunan takdir kita sudah cantik. Tetap, kena doa dan usaha.💕 Perjalanan kita, tidak perlu difahami orang lain. Cukup kita yang teguh berdiri, berjalan dengan yakin. Ketika kadang kita suka, cemburu, ingin jadi seperti orang lain, lihat kembali yang sudah Allah beri kepada diri kita. Selalu, Allah beri yang terbaik. Perjalanan kita, nikmati!" 23052018 Daripada status FB "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Aswara

21 Mei 2018. Takdir melorongku ke Aswara. Semester kedua kini. Kutinggalkan dunia pekerjaan, demi sebuah perjalanan. Daripada status FB "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Luka

Luka di jari. Boleh sahaja kerana terkena kaca atau helaian buku yang sedang engkau baca. Bukan hanya ketika "bermain" dengan pisau. ----Luka di hati? 20052018 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Buku Yang Marah

Buku-buku yang belum dia baca 'marah' lalu menghempap belakang dia yang sekadar bersandar pada buku-buku yang disusun tinggi. "Aku untuk dibaca bukan hanya jadi tempat kau berehat atau bersandar." (Agaknya itu yang buku-buku itu akan katakan kepada dia.) ... Bukankalipertama.susunanbukujatuhmenimpadiri... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Suara

Tulisan juga punya suara. Bahkan boleh sahaja lebih lantang daripada bicara. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Kawan, terima kasih untuk pertemuan semalam. Sungguh Dia yang melorongmu mesej petang itu, lalu kita bertemu di sini. Kawan, walau beberapa bulan sudah tidak ketemu, mesramu masih sama. Perbualan kita, cerita tentang semalam, hari ini, dan esok kita simpan dalam diri kita. Kawan, semoga bertemu lagi, pada pertemuan lain, yang diizin Dia. 13052018 KL ----Terima kasih, kawan untuk gambar ini. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

PBAKL 2018

PBAKL 2018 sudah melabuhkan tirainya... Apakah rasanya? Lapan hari bersama orang dalam dunia penerbitan... Lapan hari berlegar dari tingkat ke tingkat. Lima hari bersama-sama kawan-kawan lama di kaunter, membantu di kaunter bayaran... Terima kasih untuk kesempatan berharga ini. Bertemu teman-teman yang pernah bekerja satu bumbung dahulu, bertemu muka dengan rakan se-UIA dahulu, rakan penulis, penulis yang aku hanya pandang dari jauh dari kaunter tempat aku berdiri, berselisih dengan ramai orang yang kenal di dunia maya, namun tidak yakin menyapa di dunia nyata... Terima kasih untuk pertemuan jarak jauh dan jarak dekat. Sememangnya setahun sekali, rutin inilah antara yang menghadirkan bahagia. Melihat masih ada yang mengeluarkan duit untuk membeli bahan bacaan. Bahagia. Kalimah itu yang mewakili perasaan aku selama dua minggu ini, sampai terlupa sebentar status pelajar. 😅 Esok, kembali ke kehidupan sebagai pelajar, untuk beberapa minggu kelas dan tugasan yang belum selesai.

PBAKL 2018

Benar-benar lupa diri #pbakl2018 kali ini. Baru sehari tidak ke sana. Ada hari pusing-pusing, ada yang membeli. Terima kasih sahabat, guru, rakan penulisan yang bertemu di PBAKL kali ini. Ya, aku masih akan ke sana sehingga hari akhir. Ada yang aku nampak, namun segan mahu menegur. Rata-rata yang bersahabat dan aku ikut perkembangan mereka di alam maya. Tulisan sebagai perantara. Ustaz Azlan, En. Imaen, kak Aina Dayana, Bonda Nor, antara yang sempat menyapa dan disapa sepanjang enam hari ini. Ah, PBAKL kali ini memang berbeza. Rasa dan suasana. Namun yang sama, kehangatan ketika bertemu. Meski aku pemalu, ada yang menghulur sapaan dahulu.. 😅 Terima kasih, PBAKL. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

PBAKL 2018

Hari kedua #pbakl2018. ----Lepak di Baca World, sebab di reruai lain ramaiiiii orang. Sini tenang sahaja. Daftar, siap menang hadiah. Dapat baucer starbuks. 😅😅 okey, memang nak i merasa starbuks ni. ----Suka lihat suasana hari ini. Baru pesta. 😅😅 Petang ini lepak di kaunter sampai malam. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Angguk

Yang engkau angguk macam faham dalam kelas tu, engkau akan tahu benar-benar faham atau tidak semasa engkau akan buat assignment atau nanti masa jawab soalan peperiksaan. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Belajar

Seharusnya belajar menjadi hal yang menggembirakan dan membuatkan engkau mahu tahu lebih banyak. Bukan setakat yang diajar sang guru. ----Ini, berulang guru bercerita tentang novel-novel dan lain-lain bahan bacaan, belum juga engkau bergerak untuk membaca. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Siapa Pernah Menulis?

"Siapa pernah menulis?" Diam. Bagaimana nak jawab ya, jika semuanya bertahun-tahun yang lalu. Apa karya terbaharu? Tak kanlah nak jawab, saya bebel di media sosial saja selalu. Pensyarah berpesan, "Berkarya saja dahulu. Tapi jangan simpan karya tu terlalu lama." -------Dah nak dua semester ni, belum juga si Jamilah insaf dan menulis karya baharu. Haru! Yang ada karya tidak siap. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Titas

Kelas Titas Sem II, 2017/2018. Aswara. Bersama-sama rakan sekumpulan dan pensyarah, Puan Maizira. ---Rezekilah dapat isu novel Interlok dan keharmonian kaum di Malaysia. Jika tidak, entah bila lagi nak baca novel Interlok. 😅😅 Save the memory. Biar nanti naik lagi di Wall sendiri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Telaga Biru

11 April 2018. Hajat awal mahu jumpa Kak Amirah saja, sebab dah lama berjanji.. Lepas jumpa terus baliklah. Tipu. Sampai Booktique, terjebak sampai ke unit majalah, siap bergambar. Hahaha. Macam tak boleh nak tinggal sangat, kan walaupun dah lebih setahun aku tak lagi di Unit Majalah. Daripada hajat mahu duduk beberapa minit sahaja, jadi hampir dua jam di sana. Sedut aura orang bekerja. ....Rasanya April tahun lepas aku ke Telaga Biru juga atas urusan mahu bekerja Part Time di PBAKL 2017. Dan tahun ini? Tetap aku mendatangimu, PBAKL. Dan sebab sudah beberapa bulan tidak beli buku, dan menahan poket daripada keluar duit beli buku yang aku nak, hari ini bocor juga poket dengan empat buku baharu dan satu buku percuma. Yeay! Dah dapat buku #listen tinggal nak baca ja.. Bila tu nak baca? "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Semester Berganti

Adakah benar aku faham, buat-buat faham, atau aku sebenarnya tidak faham langsung? Isnin. bermula minggu ketiga aku meneruskan semester kedua pegajian. Pergi kelas, tulis semua yang pensyarah cakap dalam buku, habis kelas, balik, entah buat apa di rumah, kemudian esok mengulang rutin yang sama lagi. Apa yang aku inginkan sebenarnya? Bukankah aku ada sebab aku meneruskan pengajian ini? Bukankah aku ada misi yang perlu diselesaikan sebelum semuanya berakhir? Menghampiri angka 30, sebenarnya, bukan suatu fasa aku boleh meminta kakak-kakak menyediakan semua keperluanku. Entah bila diri akan sedar akan hakikat ini dan mula mencari sumber pendapatan sendiri. Empat tahun dalam duni pekerjaan dan aku tidak menabung. Apatah lagi dalam keadaan sekarang. Duit keluar sepertinya melebihi duit yang masuk. Namun kata orang, ketika diuji beginilah kita tahu adakah sebenarnya kita mampu menghadapi, atau kita memilih untuk berhenti. Tidak ada apa yang akan berubah. Selagi aku memilih untuk te

Tentang Apa yang Diinginkan

https://www.deviantart.com/art/Coffee-85839132 Mustahil untuk memperoleh semua yang diinginkan. Namun yang harus engkau percaya, Dia memberi cukup untuk keperluan engkau. Bukan semua kehendak dan keinginan. Engkau tidak percaya. Sukar untuk percaya. Lalu engkau memilih untuk berhenti. Berpatah semula ke belakang. Dan memulakan kembali suatu perjalanan yang orang lain sudah mengakhirinya lama dulu. Perjalanan yang sebenarnya sedang dilalui oleh orang lain. Dan engkau tidak perlu lagi berada di situ. Sebentar. Perjalanan setiap orang tidak mungkin sama. Setiap kita menjalani kehidupan masing-masing. Dan perjalanan yang sedang kita harungi adalah yang terbaik. Meski bagaimana coraknya. Tahukah engkau, selama mana engkau memilih untuk tidak berputus asa, engkau menang. Menang dengan diri sendiri. Lantaran sebenarnya, perlawanan kita adalah untuk melawan diri kita sendiri. Bukankah engkau selalu diberitahu, musuhmu sebenar diri kamu sendiri. Bukan orang lain. Jika mahu menang
Menjadi seorang gadis yang sebenarnya tidak berubah langsung daripada sikap lama. Selepas banyak bulan, dia menyedari itu. Banyak kali dia cuba sedar diri, namun dia kembali menjadi diri dia yang lama. Kamu tidak akan tahu selagi kamu belum berada di jalan ini. Ah, jalan setiap orang tidak sama. Masing-masing ada perjuangan. Kalah lagi dan lagi. :( Mungkinkah yang aku perlu, pergi ke tempat yang tidak ada sesiapa mengenali aku? Ah, selepas tiga bulan, aku masih sama! Sama Sama! https://www.deviantart.com/art/Blue-Tulip-32503257

Menuliskannya

Tulisan aku selalu lebih jelas menerangkan tentang sesuatu berbanding bicaraku sendiri. Ada hal-hal yang sangat aku senang menuliskannya. Aku menuliskan sesuatu untuk diri aku sendiri. Itu asas utama. Aku menulis perkara yang tidak mampu aku ceritakan. Apa yang aku tulis, interpretasinya mungkin berbeza dengan apa yang pembaca baca dan sebab sebenar aku menulis. Menulis adalah cara untuk aku melepaskan... semuanya. Awak tahu kan, yang menyimpan,tidak selamanya kita akan dapat simpan. Harus diluahkan agar tidak tersimpan sahaja dalam diri. Nanti menjadi semakin teruk. Justeru, aku akan menuliskannya. Kadang menggunakan bahasa terus terang, kadang berselindung di sebalik watak-watak yang dicipta. Menuliskannya, aku bercerita tentang aku dan tentang dunia fiksyen yang tiada kaitan dengan aku. Sampai sekarang, aku masih belum temui semangat dahulu ketika mula-mula aku menulis. Ketika diriku penuh keberanian untuk menembusi pasaran. Kini, aku hanya sebagai aku yang sekarang. Yang me

Selepas Tiga Bulan...

https://www.deviantart.com/art/Roses-322967446 Tiga bulan berlalu tanpa sedar. Kadang-kadang okey, terkadang menurut juga dia akan perasaannya yang selalu tidak menentu. Tiga bulan dia berjaya harungi, walaupun tidak selancar mana. Ada yang bakal tersungkur, ada yang atas pagar, ada yang dia tercari-cari apa sebenarnya yang dia belajar dalam tempoh tiga bulan itu. Namun dia tidak boleh mengalah. Itu sahaja senjata yang dia ada untuk meneruskan perjuangan kali kedua ini. Kalau jatuh lagi dan lagi sekalipun, dia perlu bangkit kembali dan tidak sekadar menyerah diri. Dia harus ingat sebab dia kembali ke daerah pengajian. Dia sudah dapat apa yang dia inginkan selama ini. Belajar penulisan secara serius. Meski, setelah tiga bulan, dia seakan terasa perlu berfikir-fikir kembali tentang keputusannya ini. Namun sudah banyak wang keluarga yang dia habiskan untuk menyudahkan semester ini. Wang kakak-kakak yang sepatutnnya mereka guna untuk belanja diri dan keluarga sendiri, diserahkan ke