Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Terima kasih, guru!

Semasa bertugas sebagai subeditor, aku sering menolak jika diminta menulis atau menyediakan artikel gantian untuk majalah. Rasa tidak yakin untuk 'menghidangkan' tulisan kepada pembaca sentiasa menghantui. Namun ketika awal bertugas, aku diminta menyediakan tulisan segmen Vice Versa, sebanyak separuh muka surat. Hanya tulisan ini yang aku bertahan tulis, sebab aku bebas menulis apa sahaja dengan tema vice versa. Sampai ruangan itu ditamatkan... Dalam tempoh aku bekerja, beberapa kali aku bersetuju menulis. Terima kasih guru-guru yang tidak berhenti memintaku menulis. Akhirnya, tulisan-tulisan inilah yang menjadi bukti penulisan, kerana sudah tersiar si media cetak, bukan hanya berselerak di media sosial aku... Terima kasih, guru-guru. ............. Kita menghargai, apabila kita sudah meninggalkan. Ketika itulah kita sedar betapa berharganya saat yang bernama kesempatan bersama. Ketika itu kita diajar dan belajar banyak perkara. Walaupun aku bukanlah 'pelajar' y

Sabar

Kalaupun bukan bunga yang ada dalam genggaman, jangan sesekali kecewa. Selama mana ada dalam hatimu “rasa”, bunga akan engkau genggam semula. Bisikkan dalam hatimu, “sabar dan bertenang,”. Semuanya akan reda dan kebahagiaan akan jadi milik kamu semula. Jangan terlalu menangisi, cari kekuatan untuk kembali bangkiot. Bangkit melawan raksasa dalam diri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Ilham

Yang bernama ilham atau idea itu, datangnya hanya sekali. Jika tidak dituliskan, jarang dapat diinat kembali. Jika datang semula, bentuknya tidak lagi sama. Jika lebih baik, alhamdulillah. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Benarkanlah

Hati tidak akan pernah berhenti berkata-kata. Ajarilah hati untuk mengucapkan semua keindahakan dan membisikkan kebesaran kerana Allah. Benarkanlah diri meyantuni akal. Benarkanlah iman menyantuni kita, pimpin diri menuju Yang Esa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Perjalanan

Perjalanan mengajar kita banyak perkara. Membuatkan kita tahu perkara-perkara yang kita tidak tahu sebelum ini. Terima kasih rasa yang membawaku pulang. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Panggilan

Allah tidak pernah penat memanggilmu kembali, dengan banyak cara. Engkaulah yang mesti menyedari. 20112015 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Saya Sayang Kamu Kerana Allah

#ilahusnabebel 3 Saya Sayang Kamu Kerana Allah. Ini perbualan aku dan rakanku. Rakanku yang baik. Rakan yang menerima diriku seadanya. Aku rakamkan kembali kisah itu. Latar: Di tepi tasik yang airnya berwarna seiras teh susu. Waktu pagi usai menyedut angin pagi nan nyaman. Aku mengajak dia duduk di astaka yang ada di tepi tasik itu. Lalu terjadilah bicara ini, bicara tepi tasik. [Rakan]: Awak... Saya sayang awak! Uhibbuki fillah. Serius. Awak akan graduasi, saya masih ada dua semester di sini. Sedihnya saya. [Aku] : Buang tabiat. Tanpa angin, tiada ribut cakap kamu sayang saya...Kamu pun akan graduasi...Amin. [Rakan]: Lambat. Nanti awak sudah kerja, ada keluarga, saya di sini lagi. Siapakah yang akan menjadi sahabat saya? [Aku] : Lawak! Ramai kawan lain. Bukan saya seorang kawan kamu. [Rakan]: Semua tidak sama dengan awak. Awak lain. [Aku] : Lain? Adakah saya seperti alien? [Rakan]: Awak baik. Saya suka kawan dengan awak. Bukan sebab awak cantik, bukan sebab awak

Menjengah

Sesi membebel pagi Sabtu. Terima kasih Puan Nurul Amirah yang sudi menadah telinga. Semoga kerjasama berterusan. Dan menerima semula "buku hujan" daripada Wanie Suhaini yang serba merah hari ini. Terima kasih! Dan juga, sudah ada siri SOLUSI ketiga. Terbaiklah Ustaz Luqman. Setiap kali ke Booktique, ada buku baharu. Tidak dilupakan Siti Khodijah Che Mee yang tetap berjasa membawa kawannya pulang.

Gembira

Belon berwarna-warni Yang mengembali senyum Kata-kata yang membuahkan tawa. Aku ria. Tinggalkan tangisan dalam jiwa. 09082015 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Takdir Allah Terindah

Jangan berhenti berdoa, dan jangan putus asa dengan suatu kegagalan. #ilahusnabebel 2 Takdir Allah Terindah “Takdir Allah terindah.” Berulang kali ayat itu bergema dalam diri. Tatkala diri sedang berusaha melawan kata-kata dalam diri sendiri dan menerima kenyataan. Siapakah yang lebih memahami dirinya melainkan diri sendiri? Pecah empangan yang ditahan-tahan sedari tadi. Aku pejamkan mata. Rapat-rapat. Kejadian minggu lalu hadir dalam ingatan. Ketika aku merasakan keberadaan aku di universiti ini bukan lagi keputusan yang terbaik. Dan aku mahu mengisi borang pertukaran universiti. “Awak, saya mahu tukar universiti. Saya tidak tahan berada di sini. Universiti bagus tetapi saya langsung tidak berubah.” “Terpulanglah. Itu keputusan kamu. Siapalah saya untuk membantah apa yang kamu mahu lakukan. Diri kamu yang menanggung akibatnya.” Selesai di situ sahaja perbualan aku dan kawan sepengajianku. Masing-masing angkat kaki untuk pulang ke asrama. Lalu persoalan itu seakan te

Sembunyi

Mencari makna tersembunyi di sebalik kata-kata penuh rahsia tanpa dapat menduga 06052015 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kesabaran itu Belum Teruji

Ikhlaskanlah hati melalui hari.  #ilahusnabebel 1 Kesabaran itu Belum Teruji “Kesabaran kamu belumlah teruji kala kamu memperkatakan tentang kesabaran atau kamu menuliskannya di kertas. Namun kesabaran itu diuji ketika kamu menghadapi situasi.” Entah di mana aku terbaca akan petikan ini. Hanya ingat maknanya, lalu aku kongsikan di sini. Kata-kata ini sering sahaja terlantun dalam diri aku minggu ini. Mengingatkan diri untuk bersabar dan terus bersabar dengan diri sendiri. Aku tahu, ketakutan yang ada dalam diri tidak akan hilang selagi aku tidak menghalaunya. Ketika aku mengikut ketakutan itu dan melayannya, kekuatan diri aku sendiri yang hilang. Selama ini aku lari. Tiga tahun aku di tempat pengajian mengikut kata hati. Peristiwa yang terjadi semester lepas menjadi luka yang sangat dalam, meninggalkan parut dalam hati. Kesan kepada pelajaran hari ini. Kesan kepada diri. Aku masih mencuba. Cuba menghadapi kenyataan walaupun payah. Cuba melawan diri sendiri meski bukan se

SALAM RINDU BUAT YANG DI KEJAUHAN

Dari belakang: Jamilah, Amirah, Wan Nor Zadilah Di kejauhan, aku mendoakan kalian dijaga Tuhan, selalu. Menjadi tulang belakang dan wira belakang tabir setiap majalah yang dihasilkan saban bulan. Semoga selalu kuat. Aku tidak lagi berada di sana, namun mustahil untuk aku melupakan. Setiap ketawa, senyuman, gurauan, makan-makan dan perkongsian selama berada di sana, tetap kekal dalam ingatan. Walaupun mungkin aku tidak mampu ingat secara jelas. Teruskan melangkah dengan gagah, kalian. Kaki aku patah, itu sebab aku melangkah ke belakang, meninggalkan setiap kecintaan yang tertinggal di sana, dan memilih untuk memandang dari jauh. Untuk perubahan, ada yang harus meninggalkan. Kalian mampu dan kuat. Semoga SOLUSI dan AL-USTAZ terus menjadi bahan bacaan pilihan. Terus memberi manfaat kepada masyarakat, terutama diri kita. Rindu. Aku yang memandang di kejauhan. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

#ilahusnabebel? ...Bermula Kisah

Sebuah catatan pencari cinta Ilahi, punya cita-cita melangit tinggi, namun hakikatnya diri rapuh meniti hari, dia mahu kuat meniti hari, bergelar seorang penghuni bumi Ilahi, yang ingat hakikat penciptaan diri. Aku menulis kisah-kisah ini-yang aku katakan sebagai #ilahusnabebel- kerana aku harus menulis. Apabila aku menulis, aku lega. Semacam terlepas isi dalam kepala yang menjadikannya ringan. Tulisanku banyaknya hanyalah kata-kata yang boleh dikatakan sebagai contengan. Namun padanya ada pengajaran. Aku masih tidak menulis secara serius walaupun setiap tahun aku ke bengkel penulisan. Aku hanya melihat seorang demi seorang kawan dan kenalan menghasilkan buku. Aku tidak lagi menulis dengan erti kata menulis sebenarnya. Aku menulis perkara yang aku terfikir ketika itu. Ada yang aku reka, ada cerita benar yang mahu aku abadikan. Aku tidak tahu minat menulis itu bermulanya saat mana, namun aku hanya tahu yang aku rasa bahagia saat jemari melarikan satu demi sa

Cantik

Kecantikan sebenar lahir daripada keindahan budi, kesantunan akhlak, juga kehalusan bahasa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

REUNIC; Kenangan Apri 2017

Ini cerita malam itu. Entah bagaimana saya boleh terjebak. Mungkin kerana ingin mengenang lagu-lagu yang dulu jadi mainan bibir. Dulu.. 15 tahun yang lalu, saya masih bersekolah menengah. Dan tentu sahaja 'membesar' dengan lagu-lagu mereka. UNIC. Dalam banyak lagu yang kita dengar, tentu sahaja kita ada lagu-lagu yang kita suka, dan masih bermain dalam kepala. Lirik lagu selalu "menambat" saya sebelum terpesona dengan lagu. Dan malam itu, nama Ustaz Pahrol diingati sebagai penulis lirik, dan Ito Lara, penulis lirik yang selalu bikin saya terpesona dengan lagu. Juga penulis lirik lain, komposer dan seluruh warga kerja yang bekerjasama  sehingga lagu boleh kita dengar, terima kasih. Yang saya mahu ingat tentang malam itu, tentulah yang manis-manis sahaja. Seniman, mereka ketawa dan bergurau di depan penonton, hati mereka siapa yang tahu? Ketika lagu "Bintang Syurga" dinyanyikan, dan melihat penyanyinya tak tertahan sebak, saya yang di keru

Tuliskan Rasa-rasa Yang Berselerak

Aku selalu ingat pesan ustaz kepadaku pada suatu hari, “Tuliskan semua rasa dalam sebuah buku.” (Walaupun aku akhirnya tulis berselerak dalam banyak buku). Benar. Saat aku banyak bercerita dengan manusia, aku lupa bercerita dengan Dia dan tinta. Aku lupa menulis rasa yang boleh aku ulang baca dan ingat. Sebab tidak semua rasa aku mampu simpan dan imbas semula. Menggerakkan mata pena itu mudah. Mencurahkan kata-kata indah itu tidak payah, selagi jiwa belum lupa kepada Allah. Engkau harus ingat itu. Seribu kata-kata yang kau tuliskan, hanya bermakna ketika kau zahirkan semuanya jadi amalan. Selama engkau mampu menulis, lakarkanlah semua jadi kata-kata. Biar lega semua rasa, biar pergi semua rasa, yang tingga lega. Bukan sebab engkau mahu lari daripada masalah, hanya cuba melerai gelora jiwa dengan memindahkannya jadi kata-kata. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Catatan Usai Cuti Panjang

1 Sudah beberapa tahun aku menjadikan rumah sewa ini seperti rumah sendiri. Dan Syawal ini, aku menerima perkhabaran yang tuan rumah ini mahu menjual rumah ini sebab tiada anak-anaknya yang mahu mengurus rumah ini. Bermakna aku perlu bersedia untuk berpindah. 2 Konon-konon aku mahu menyambung pengajian di ASWARA. Namun aku tidak menghantar sijil yang sepatutnya aku hantar. Bermakna, permohonan aku ditolak secara automatik. 3 Terserempak kawan lama yang berkata, "Bahagianya lihat kehidupan awak." Alhamdulillah jika itu yang terlihat pada pandangan orang lain. Yang sedih-sedih kita simpan dalam hati. (Banyak juga terluah dalam tulisan) 4 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Catatan Pendek

I Semakin meningkat usiaku, semakin banyak hal yang menjadikan aku jadi makin pendiam. Lebih banyak dan makin mendiamkan diri. Sesekali aku cuba beramah, akhirnya aku memilih untuk kembali diam. . II Soalan yang ditanya semasa cuti lepas, kerja apa sekarang? Bila nak terbit buku baharu?