Skip to main content

Posts

Showing posts with the label |short sem's story|

berakhir sudah kelas nahu

tamatlah kelas nahu dengan pembentangan dan taujihat daripada ustaz Baqir hari ini. menanti hari peperiksaan Kumpulan pertama: power point mereka power! Ada ilustrasi, ada warna warni. Saya suka! Kumpulan ketiga yang membentangkan video yang istimewa. :)  Aku suka taujihat daripada ustaz Baqir lewat kelas terakhir nahu 1 semalam. Usai pembentangan, usai bertanya kepada pelajar lelaki yang merupakan 'pendengar' dalam kelas kami. Bagaimana pembentangan? Kata mereka: menarik, tetapi isinya sedikit. Apa kata ustaz? Kamu sudah berada di tempat tinggi. Kita perlu raikan orang yang belajar. Saya suka kata-kata ustaz itu. Mengajar mengikut tahap pelajar bukannya melebihi tahap pelajar itu sendiri. Sekarang, orang boleh belajar dengan hanya duduk dalam bilik dan belajar secara maya. Permbentangan yang kamu buat hari ini, berguna ketika menjadi guru. Ya. Anak-anak perlu diajar dengan kaedah interaktif. Aku kagum dengan semua kumpulan yang hadir dengan software-softwar...

jangan sesekali kalian baca entri paling tidak berfaedah ini!

jangan sedih-sedih ya sayang Allah bersamamu Dia paling dekat dan paling tahu perihal dirimu. dalam dunia yang hidup bukan hanya dirimu sendiri. ada wajah-wajah lainnnn tidak kisahlah kamu pelik dan tidak sama Allah tahu hatimu. "hati yang kotor tidak dapat tembusi hati yang bersih." _____________ esok dan lusa kelas terakhir nahu dan sorof, mesrailah diriku. aduhai, kata cinta, kekallah bersemadi dalam diri. aku banyak kurangnya tetapi aku percaya ada sisinya Allah beri sesuatu __________________________________ minggu hadapan peperiksaan akhir. Nahu. Serius-tidak-tahu-apa-yang-aku-belajar. Sorof nampaklah satu dua benda. ________________________________________ mengapa aku selalu gagal sebelum ini? tidak hadir kelas. tidak buat kerja yang disuruh. tidak ulangkaji. ________________________________ jadi apa yang perlu kamu lakukan? Duduk sahaja? perabih boreh...

14. suatu petang aku mencatat ikut jemari ...

catatan sebelum ini:  [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] ,  [6] ,  [7] ,  [8] ,  [9] ,  [10] ,  [11] ,  [12] ,  [13] ,  [14] ,  [15]   [16] ...... ...... .................................. ..... ...... Ada ketika aku hanya dapat memandang kosong skrin komputer tanpa sepatah kata. Sungguhnya ilham hanya pinjaman Allah yang diberi pada masanya.  Ada ketika ia tidak hadir, Pintalah pada Dia memberikan ilham terbaik buatmu. ________________________ tenggelam timbul, turun naik, tidur bangun, sudah aku di hujung semester tiga. Apakah sebenarnya yang aku belajar?  Seseorang tidak dapat ilmu melainkan padanya hati bersih dan niat yang betul. Sekian terima kasih. tulisanku juga. selalu tidak bersamanya hati bersih, hanya jemari yang mengetik dan tidak mahu berhenti mengetik. Ampunkan kami, ya Allah. Yang utama, berusaha ke arah yang lebih baik. ...

15. Kerehatan Yang Abadi

Catatan sebelum ini: [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] , [6] , [7] , [8] , [9] , [10] , [11] , [12] , [13] , [14] , [15] Berpisah sudah segalanya Yang tinggal hanyalah kenangan Diiring doa dan air mata Yang pergi takkan kembali lagi (Rabbani) Kematian  antara rahsia yang Allah simpan dan tidak siapa tahu. "Saya tidak nampak tanda apa-apa yang pelik. Dia meninggal dalam tidur." "Patutlah sehari dua ini saya nampak dia pelik. Tidak sangka itu pertemuan terakhir kami." saat kematian menjengah tidak kira saudara, teman, atau orang yang kita kenali, sering kita bicarakan tentang tanda sebelum dia 'pergi'. Hakikatnya, mungkin 'dia' yang pergi tidak tahu bahawa dunia ini akan dia tinggalkan. Kematian suatu rahsia. Adakah kubur -rumah mewah yang kita semua akan huni- akan jadi mahligai tempat merehatkan diri atau rumah yang mana kita terseksa dalamnya. Rumah nan sempit dan meranapkan jasad kita. Allah. Kata Prof Muhaya pada banyak so...

16. Pendek Yang Bermakna

Terus melangkah. Ya, aku MESTI terus melangkah! Catatan-catatan sebelum ini:   [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] ,  [6] ,  [7] ,  [8] ,  [9] ,  [10] ,  [11] ,  [12] ,  [13] ,  [14] "Jejak-jejak yang kita tinggalkan  akan jadi kenangan. Kehidupan hari ini adalah ingatan pada hari hadapan. Bagaimana kehidupan hari ini, itulah ingatan yang akan ada dalam kotak fikir pada masa hadapan."  |2012| *** Semester pendek tidak sampai kiraan sepuluh jari sebelum melabuhkan tirainya. Semester pendek selama tujuh minggu yang bersamaan 14 minggu semester biasa.  Kali ini aku mengambil dua subjek teras : nahu dan sorof. Subjek yang sepatutnya telah dilunaskan pada tahun-tahun awal pengajian. Disebabkan aku suka -ambil-subjek-ikut-sedap-hati ditambah pernah masuk kelas sorof hanya dua minggu dan gagal bagi subjek nahu, aku ambil kembali semester ini. Kali pertama aku mengambil semester pendek pa...

17. kecintaan-kecintaan kecil

catatan sebelum ini:  [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] ,  [6] ,  [7] ,  [8] ,  [9] ,  [10] ,  [11] ,  [12] ,  [13]   Pen berwarna-warni, highlighter, pen magik, krayon, pensel, pen gel - pendek kata yang dipanggil pen dan seangkatan dengannya -alat tulis- saya suka. Jika ke kedai buku, walau sebatang pasti akan dibeli jua. Saya perasan sejak sekolah rendah suka membeli pen berwarna warni, pemadam, pengasah pensil, buku catatan kecil dan alat tulis di kedai buku. Tugas menjaga kedai buku saya gunakan juga untuk membeli alat tulis. Sangat gembiran melihat warna warni pen. Ceria. Dan sekarang anak saudaraku sendiri menyukai perkara sama. Belikan pemadam untuk adik-adik, beli alat tulis ...  Langit. Sky. Pandang langit nan biru tidak meresahkan. Suatu masa saya ada kegilaan merakam langit dan awan yang sentiasa berubah bentuknya. ada masalah, lihat langit, terasa masih jauh kembara yang akan kita tempuh, jan...

18. Positif. Positive. Positip.

catatan sebelum ini:   [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] ,  [6] ,  [7] ,  [8] ,  [9] ,  [10] ,  [11] ,  [12] Semalam, malam yang panjang terisi dengan perkongsian Prof Muhaya. Siaran ulangan Islam Itu Indah di IKIM fm. Topiknya berkenaan reset minda –pesakit. Bukanlah saya mahu berkongsi semua yang prof katakan, sekadar menampal mana yang melekat dalam minda. Ada perkara yang perlu dipadam daripada minda : takut, benci, dendam, tamak, tahyul, marah. Apabila ditimpa sakit. Kita mesti redha dan bukan sekadar sabar. Sabar di luar nampak tenang, hati dalam sakit. Redha, riang gembira, dalam menerima. Belajar untuk redha bukan hanya SABAR. Dalam banyak-banyak kata prof, sebaris ayat ini jauh jatuhnya dalam hati saya. “ilmu tawar kalau tak amal.” Akhirnya, Prof berkata, orang yang berjaya adalah mereka yang tahu kenapa. Kenapa dia belajar. Kenapa dia ada di dunia. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Dia ada semua jawapan untu...

19. hadirnya mereka bukan sementara

Sudah hampir lima tahun kelanaku di bumi Kuala Lumpur. Petaling Jaya - Nilai - Gombak. Sedikit sebanyak warna kota ini terakam dalam minda. Menjadi pemerhati perlukan dua mata -mata zahir, dan mata hadir- untuk melihat setiap yang dipandang mata. Benar. Tidak perlu kamera canggih untuk merakam catatan perjalanan dalam diri sendir. Cukuplah punya sekeping hati yang masih hidup, dan kita mampu melihat sesuatu dengan pandangan tersendiri.  Sela perjalanan selama lima tahun, Allah temukan aku sahabat-sahabat yang sekali mereka sentuh hati ini, ikatan itu melekat di hati. Perpisahan yang terjadi, tidak bermakna nama mereka hilang di hati. Hanya sekali mereka menyentuh hati dengan baik akhlah dan budi, aku malu pada kejahilan diri sendiri. Aku tidak pernah memberi apa-apa kepada orang lain. Terlalu beza rasa orang yang banyak menerima dan mereka yang banyak memberi. Bahagia itu pada yang suka memberi. sedang aku gembira menerima. Ya Allah, peliharalah mereka yang pern...

20. projek 2012

cinta atau sebab mesti buat! setiap tahun ada dalam kalendar harian mahu kembali tembusi majalah. Akhirnya catatan tinggal catatan. Mahu menjadi penulis mesti berani. Berani menunjukkan karya kepada pihak editorial. Jika tidak jangan perasan sendiri ada karya akan tersiar. Tahun-tahun mula aku di bidang penulisan, semuanya masih panas. Zaman itu belum ada blog, dan aku berani tonjolkan tulisan aku. Makin tahun nampaknya aktiviti itu makin mengendur hingga 2011 berakhir dengan hanya satu sajak di Varsiti. Aku tahu, bukan kuantiti yang perlu diperkata, tetapi sudah akhirnya karya yang ditulis tinggal berkarat dalam blog yang tidak berani diterbit dan sudah tidak boleh dihantar ke majalah, apa mahu buat. 2012. aku menyimpan angan sama.  mahu kembali tembusi pasaran, akhirnya sekali aku hantar dan aku senyap. usaha tahap ciput tidak usah berangan ada hasilnya. Senang berangan, mahu realisasikan perlukan pengorbanan dan kesungguhan. (hm, perlu kamu aplikasi seman...

21. Suara dalam kata dan gambar yang berbicara.

"Pada puisi yang mengganti suaramu Pada gambar kaku yang mengganti lunak bicaramu Benarkan ia terus bicara, Menggantti hadir dirimu. Tidak semua kata dapat diterjemah pada kata." “sekeping gambar dapat membicara seribu makna. ” Sering  kalimah itu membuncah dalam kepala. Spontan bibir mengukir senyum menatap gambar-gambar kenangan. Manis tersenyum aku dan dia. Gelak manja kami bersama. Indah. Terakam memori itu kekal ditatap saat diingati. Pernah aku bicara suatu ketika, “orang lain diberi kelebihan berkata dengan fasih dan teratur. Sedang aku sering gagal melontar makna dalam kata. Hati itu. Hati sering tidak sampai pada erti sebenar kata yang mahu aku luahkan. Lalu, sering tulisan mengganti semua perktaan. Aku bahagia begini. Aku percaya, setiap kelahiran bersama kelebihan. Allah Maha Adil. Tidak perlu aku cemburu, tidak pantas aku menanam iri pada sesiapa. Aku mahu menjadi insan sederhana yang mengenal erti syukur. ” “pada puisi, aku ...

22. kesakitan nikmat tidak terbayar.

Dalam banyak-banyak nikmat yang Allah berikan, ada pesanan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW tentang lima perkara. 5 Perkara yang sudah terhafal sejak sekolah. Lima perkara yang sebenarnya ada dalam kepala, cuma adakah diri menyelam maknanya. Kumpulan Raihan ada mendendangkan: ingat lima perkara, sebelum lima perkara sihat sebelum sakit  muda sebelum tua kaya sebelum miskin lapang sebelum sempit. hidup ... sebelum mati. saat sihat, diri sering lupa akan hadirnya kesakitan. Seakan badan yang dipinjam akan sihat selama-lamanya.Digunakan jasad nan satu itu  melakukan pekerjaan sehingga terlupa menyebut "alhamdulillah, Allah berikan aku kesihatan yang baik hari ini." Suatu hari, organ bernama perut meragam tidak berhenti. Semalaman kita tidak dapat tidur. Semalaman kita hanya berbaring ke kiri dan ke kanan, mata tidak juga terpejam. Saat itu, barulah kita terfikir. Indahnya saat sihat dan kita dapat lena tidur. Indah sihat mulut dapat menjamah hidangan dengn bai...

23. tulisan dan bicara cerminan empunya diri

Bicaraku pada tulisan adalah refleksi kehidupan sebenar walau sekeras mana aku membantah. Tulisan tidak dapat menipu, sebagaimana pancaindera akan tetap bereaksi walaupun bibir berkata lain, hati maksudnya lain. Tulisan itu cerminan penulisnya. kata-kata refleks diri penuturnya. Usah dinafi. Jangan dikata tidak. Macam aku. Sering aku tulis begini. : tulisan ini tiada kaitan penulisnya. Hakikat sebenar, pembaca dapat membaca diri penulis hanya pada baris kata... Maka, wahai penulis, tulislah yang baik-baik sahaja.

25. ...dan kehidupan adalah rentetan ketentuan dan kemahuan

Minat dan perlu buat bezanya besar. Sanggup dia berjaga kerana menyudahkan sesuatu yang dia minat. Tega dia meninggalkan sesuatu yang perlu dia buat. Buatlah apa-apa sahaja, tanpa hadirnya hati dan niat seiring perbuatan, sia-sialah amalan. kecil atau besar. Penting atau tidak. Jadilah semuanya hanya ilmu yang lekat dalam buku dan tiada keberkatan. Bukan tidak tahu, tetapi 'keberkatan' itu tiada. Ilmu itu cahaya yang tidak menerjah jiwa yang dipenuhi maksiat. Lalu, cucilah hati itu sementara Allah hadirkan Ramadhan yang belum tentu kamu bersamanya tahun hadapan. Ramadhan ini, jadikan ia paling baik! Allah mentakdir, tetapi kita diberi pilihan, mana satukah yang lebih baik? banyak perkara merosak jasad dan hati andai dituruti, ada laku baik ditinggal. kerana itu ada dosa pahala baik buruk. aduhai, diri yang sudah ketuaan, sedarlah panggilan Izrail menjengah saban hari, meski rahsianya pada  rabbi. menjelang 23, jamilah mohd norddin uiam...

26. cebisan-cebisan catatan ...

"... pagi tadi aku kena denda ngan ustazah ummul coz tak dapat siapkan homework yang diberikan. Didenda berdiri, namun kejap aje. satu pengajaran buat aku le tu... -8.7.2003 "  " ...aku tahu aku ada bakat cuma mungkin dah berkarat. Tak digilap. Hantar manuskrip ke syarikat-syarikat penerbitan dan kedai buku tu diteruskan ... " -17.12.2004 "...kalau boleh tiap-tiap bulan aku nak beli at least a book a month..."   -24.12.2004. " Bila kita hilang baru kita ingat. -27.9.2010 "  " Benar sekali! Aku hidup dikelilingi manusia hebat sedangkan aku masih berada dalam lingkungan dunia sendiri. Terasa juga rendahnya diri, namun apa beza manusia? Takwanya dan bukan perkara lain-lain.-30.1.2011. "  " Jamilah kena terus menulis! Fighthing! A book a year dah kena jadi target. Setiap bulan masuk majalah kena buat. Banyak membaca itu perlu. Cari bahan sebelum adanya cerita, harus. Insya Allah. -13.7.2011 "  " Ya Allah, beta...

27. Catatan Buat Yang Bernama Norhabibah Mansor.

Dua puluh hari menjelang 20 Ogos, dan saya mahu moncoret kata demi kata buat diri menjelang hari tuaku... Ya, mengikut tahun Hijri, saya sudah berusia 23 tahun kerana dilahirkan pada bulan Muharam 1410H. Alhamdulillah... *** Semalam, maafkan saya teman atas kesalah fahaman pada reaksi saya. Saya gagal mengawal emosi sendiri. Kamu sendiri faham, kan ... manusia bernama Jamilah yang penuh emosi tidak terkawal. Saya tidak ingat tarikh sebenar perkenalan kita ... Saya tidak lupa apa yang pernah awak beri, jasa awak yang tidak terbalas buat saya, awak mendengar saya berkata-kata, saya menahan air mata... Awak, saya jadi malu dengan diri sendiri. Kadang saya sengaja menyusahkan awak dengan ulah saya. Saya tahu awak tentu risau dengan kawan awak ini, awak tidak perlu risau ya, dengan apa yang dia lakukan ... awak, saya mohon maaf sebab tidak pernah ambil berat tentang awak. saya selalu anggap awak okey sentiasa. Saya sudah lama tidak mendengar cerita awak, dan sebenarnya...

28. Yang Dia Perlu

Suatu hari, dia duduk diam-diam dalam kamar, bersama pena dan kertas kosong mencatat impian harapan keinginan keburukan kedegilan kejahatan Yang dia perlu, satu hari yang mana dia diam-diam kembali mengayam impian terbang lebih tinggi. semuanya bermula dengan MIMPI. pintalah walau sesuatu yang mustahil, DIA yang Maha Tahu  apa yang terbaik buat hamba. Jika ia terbaik akan diberi, jika ia membawa keburukan akan terhindar diri. mungkin diri merasakan ia baik. namun hakikatnya ia jelek buat diri dia. dia tidak tahu, DIA Maha Tahu. Tiada masa lagi untuk bermenung menjelang angka 23, selambat mana dia berjalan, dia harus teruskan perjalanan. Seperlahan mana dia membaca, dia mesti terus membaca, semalas mana dia, dia mesti rajin buka buku pelajaran. "seburuk mana karya, terus menulis. Ia latihan buat diri sendiri." Baik, kata-kata itu sedang melantun pada diri dia sendiri.  Baris yang pernah dia lantun...

29. Mimpi Hadir Ketika Rindu Bertandang

suatu kenangan menjelang hari peperiksaan: 11.4.2011 Semalam dia bermimpikan kawan yang lama tidak berbalas berita. ketawa dan ceria bersama. Cukuplah mimpi mengubat rindu di jiwa. saat rindu bertandang banyakkan doa kebaikan pada yang dirindu, jangan biar rindu merosak jiwa rindu mendekatkan kita. kawan dia seorang berjasa padanya manakan bisa dilupa, apakah khabarnya di sana? kawan dia banyak mengajar dia perkara hubungan sesama manusia yang dia leka hubungan dengan Pencipta yang kadang dia lupa. Dia yang suka menghulur tangan saat susah melanda. apakah yang dia buat pada kawannya? kesalahan dia, semoga sudah termaafkan. dia manusia khilaf yang banyak salah. tersalah kerana dosa menambun. peluang untuk berubah sentiasa terbuka. menjelang 23 tahun usia dia, yang entah dapat dirasa atau tidak, dia mahu kata satu perkara... dia mungkin manusia jahat, dia mungkin manusia yang banyak dosa dan khilaf... dia manusia biasa, yang mahu bergerak ke de...

30. berdoa. usaha. yakin.

Tiga puluh hari menjelang keberangkatan dia meninggalkan ranum usia 22, biarlah papan kekunci mengetik cebisan-cebisan kenangan menghuni hati. Kisah-kisah kecil manusia kecil yang mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Dia manusia kecil. Manusia kecil yang pernah sarat dengan cita-cita dalam diamnya dia dalam suasana. Dia manusia kecil yang pernah berjaya, dan pernah gagal. Dia berusaha membangunkan rasa percaya pada diri sendiri. Percaya Allah sentiasa memberi yang terbaik. Susah senang pahit manis. Ia pengalaman. Dia belajar semuanya terjadi kerana diri sendiri. Kedegilan, rasa mahu memberontak yang ada dalam diri, ketidaksabaran, ia penghalang kepada kejayaan. Perasaan juga. Apabila tidak disedia hati putih menempuh hari-hari sebagai seorang mahasiswa, cepat sekali tenggelam. Lautan perasaan kecamuk yang dibantu bisik syaitan pada telinga. Paling utama, apabila jauh daripada Allah, semuanya kecamuk. Remuk. teruk. Pesanan buat dia, dekatkan diri dengan Allah adalah ...

cakap-cakap tentang bahasa Arab II.

Keluar daripada kelas Sorof hari ini, saya menyedari satu perkara. Saya tidak perlu takut dengan nahu dan sorof. selama ini, tiga tahun saya menyimpan rasa TIDAK SUKA itu dan menzahirkannya. Semester pendek adalah hari-hari indah pengajian saya. Selalu begitu. Semester pendek kali ini saya belajar mendekati sorof dan nahu. Menyemai cinta pada sorof dan nahu. PADAM PERKATAAN TAKUT. BAHASA ARAB MENGHIDUPKAN AKAL FIKIR, BUKAN SESUATU YANG MENAKUTKAN! Nahu dan sorof mengajar bacaan yang betul.Baris salah membawa kepada bacaan yang salah. Aku selalu dan masih menganggap nahu dan sorof bak matematik! Ustaz membetulkan sangkaan saya hari ini. "bahasa bukannya seperti matematik yang semua boleh ikut formula. Kira dapat jawapan. Bahasa lebih dalam daripada itu. Indahnya bahasa." Bebaskan dirimu daripada kata tidak suka. Ya. Saya cinta Nahu dan Sorof. :) belajar mencintai nahu dan sorof. apa yang kita fikir itulah yang kita dapat. Ya, semester ini saya bersama-sam...