Aku teringat kelas adab Islami tempoh hari yang membincangkan tentang mazhab dalam sastera. Memang sebelum ini aku pernah belajar sedikit mengenainya daripada Faisal tehrani ketika Minggu Penulis Remaja 2007 yang lalu, namun manusia itu sifatnya mudah lupa jika tidak diingatkan.. Maka aku mahu menconteng sedikit yang aku masih ingat tentang mazhab dalam sastera.. Ulangan buat diri sendiri yang sudah mengetahui, perkongsian buat yang pertama kali mendengar. Mungkin aku akan menulis semula di lain masa dengan merujuk nota..Catatan ini hanya mengikut gerak jemari sendiri.
Aliran pemikiran manusia yang beredar mengikut perubahan masa menyaksikan perubahan dalam aliran sastera yang dipelopori oleh para sasterawan Barat. Aliran ini berubah dari masa ke masa mengikut situasi ketika itu.
Bermula dengan mazhab klasik yang mementingkan teks sahaja, kemudiannya beralih kepada mazhab romantisme yang mementingkan perasaan. Apabila sains makin berkembang mereka beralih kepada kepada mazhab/aliran realisme, seni untuk seni, surealisme, simbolisme dan ... (maaf, aku tak ingat aliran dan notanya.. akan aku tuliskan semula setelah merujuk nota)
Kalau kita cuba amati, antara semua aliran ini sebenarnya punya kaitan dan terdapat dalam penulisan termasuk dalam dunia sastera di sini. Hanya mungkin para penulis itu sedar atau mereka sekadar menulis mengikut apa yang mereka tahu tanpa mengetahui aliran manakah yang mereka ikuti. Sebenarnya itu bukanlah masalah utama kerana yang penting penulisan itu sampai kepada pembaca.
Dalam semua ini, mazhab / aliran pemikiran Islamlah sebenarnya yang mencakupi semua aliran di atas. Islam mementingkan sebuah karya yang dapat membina masyarakat dan mendidik masyarakat melalui karya yang disampaikan. Karya itu mestilah tidak hanya terawang-awang namun berpijak di bumi nyata dan mudah diterima kerana pemikiran masyarakat yang berbeza-beza.
Apabila ustaz menyentuh tentang aliran seni untuk seni yang mana mereka mementingkan makna dalam karya mereka, aku teringat aku sendiri yang kurang suka membaca karya begini kerana susah diterjemah. Namun bagi yang mengikuti aliran simbolisme, semakin susah sesebuah karya untuk diterjemah, makin berjaya karya itu. Contohnya, lukisan Monalisa oleh Leonardo da Vinci yang mana melukis seorang wanita Eropah hingga tidka dapat diterjemah... Mereka inilah yang sanggup menghabiskan duit untuk membeli lukisan beratus-ratus ribu.. Hanya kerana sebuah hasil seni....
Inilah sedikit perkongsian aku.. Nanti akan aku kongsikan lagi di laman ini, Insya ALlah.
Nota Kecil Hujung Entri: Terus mencedok ilmu sastera untuk mendidik masyarakat. Manusia dilahirkan dengan bakat. Ingat tu!

Comments