Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

2022

Hari ini, 15 Mac 2022.  Semakin jarang aku berbicara di sini. Membiarkan lemabran-lembaran kosong tidak terisi. Atau aku sebenarnya semakin hilang seni bercerita dengan tulisan. Juga perbualan-perbualan yang makin berkurang.  Semestinya ada banyak cerita yang aku tulis, ada yang kembali aku padam atau aku tulis dalam buku catatan untuk diri sendiri. Masih, aku mahu menulis di sini, ketika perasaan mahu mengeluarkan apa yang terbuku dalam kepala.  Cerita 1 Terima kasih mereka yang datang, membawa aku keluar seketika melihat dunia luar yang luas. Dunia aku semakin kecil, di dunia maya, di dalam bilik, memandang ke luar. Sesekali apabila awak ajak keluar atau menemani awak di kedai, memang tidak aku tolak. Aku masih mencari sebab untuk keluar sendirian, atau jika tidak aku akan selesa berada di rumah. Keluar untuk beli barang, dan kembali ke bilik.  Mereka tidak ramai, tetapi mereka ada. Itu mereka yang ada dalam lingkungan aku sekarang. Yang berinteraksi secara maya atau langsung. Yang m