Skip to main content

CONTENGAN: edisi khamis.

Gambar tiada kaitan dengan contengan!
 Peperiksaan tamatlah sudah secara rasminya semalam. Justeru untuk semester ini aku sudah bebas daripada bebanan belajar. Benarkah? Bukankah seorang muslim itu proses belajarnya sepanjang hayat? Sedarlah wahai Jamilah yang hidup ini terlalu singkat untuk kamu persiakan. Bagaimana dengan manuskrip kamu?

Tadi peringatan sampai buat diri. Tanda yang perlukan Jamilah untuk kembali bangun dan berpijak di bumi nyata. Alarm sudah berbunyi sedangkan jemari belum bergerak.. Sempatkah dikejar Ogos 2011..

Kadang terasa seperti yang diri ini yang terlalu banyak berangan-angan bukannya menyulam cita-cita.Sesungguhnya aku teringin sekali merasai pengalaman seperti yang pernah aku nukilkan dalam cerpen "Azimat Seorang Ayah" namun bagaimana untuk aku rasakan pengalaman itu jika diri aku belum bersedia untuk itu?

Tiada persediaan yang aku lakukan untuk itu. Semangat untuk menulis sendiri tidak konsisten. Sekejap merapu, sekejap menconteng, kemudiannya serius, ada masanya kosong tanpa menulis...

Penulis perlu terus menulis. Penat menulis, membacalah.. kemudian terus menulis kembali...

...


UIAM sudah makin sunyi......

Nota Kecil Hujung Entri: Entah apalah aku merpu. Tiada kata untuk dinukil. Benar! Kosong itu datang lagi dan lagi! Walaupun dipinta pergi, ia tetap rapat dengan diri....

Comments

Anonymous said…
k.husni ckp gmbr 2 comel...\
hehe

mcm pernah tgk la gmbr 2...
Jamilah said…
Rasalah macam pernah tengok..

Sangat comel termasuklah insan yang meng'snap' gambar ni..

haha.

lolipop dalam kenangan..
Anonymous said…
k.husni ckp:

comel ek org yg 'snap' gmbr 2?

dia ckp tQ..
hehe..

lolipop dalam kenangan yg terindah
Jamilah said…
Haha...

tiada lagikah lolipop kini?

(pagi tadi menghisap lolipop, seba itulah teringatkan gambar tu..)
Anonymous said…
k.husni ckp:

jamilah dh kene virus k.husni..
hehehe
Anonymous said…
????

~jamilah~

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...