Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Catatan Ringkas

Assalamualaikum sahabat semua, terima kasih kerana menjenguk blog aku. Harapnya kalian tak bosan melihat entri yang hanya memuatkan sajak-sajak ini. Aku lebih selesa menulis dalam bentuk sajak -walaupun bahasanya yang biasa-biasa cuma, kurang puitis- aku puas dapat meluah apa yang aku rasa. Bagi aku ini lebih menarik berbanding menulis panjang-panjang, tentu mengambil masa untu menekuninya... Tapi terpulanglah, panjang bermanfaat bagus daripada pendek tak ada apa-apa. Hari ini merupakan peperiksaan kertas terakhir bagi aku dan Insya Allah esok aku akan berangkat pulang. Doakan keselamatn aku. ... Balik Kedah tentunya..

Kejutan Sulung Buatku

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang diingati fillah... Terima kasih atas kejutan semalam. Aku memang tak menjangka kerana hari lahir aku sudah hampir dua bulan berlalu. Aku tak mengharap sebarang sambutan dan hampir tak pernah menyambutnya selama hayatku... Kecuali ucapan... dan pemberian hadiah... Aku segan bila orang sambut atau menyambut... Terasa akan diri yang menginjak tua dan masa MATI itu terlalu hampir. (Bukankah kita memang kena ingat mati???) Segalanya bermula pagi semalam.... Kawan aku tersilap hantar mesej, nak diberi kepada sahabat lain, terhantar pada aku... kata nak sambut hari lahir aku... Dengar pun aku dah jadi tak keruan. Pandai pula dibuat helah, katanya tak jadi nak sambut, kononnya tak ada duit... Aku menarik nafas lega, kerana aku sedikit rimas jika diberi kejutan, yang menyebabkan aku seperti insan yang tak punya reaksi... Petang itu aku ajak dua daripada mereka ke bilik, menyiapkan sedikit kerja. Katanya lepas Isyak mereka sampai... Okey, aku tunggu

Siapa Tajam?

Mana satu lebih tajam? Pedang? Tulisan? Lisan? Katanya, Pedanglah paling tajam, Mencantas kepala-kepala tanpa amaran, Memotong kebatilan, Menegak kebenaran. Tapi, Kataku, Mulut itu lebih tajam, Helahnya membuat musuh terlena, Kawan cabut, Mulut tak terdidik, Anggota jadi gedik. Tulisan itu lebih tajam, Tanpa suara, Barisan kata, Membenamkan kepalsuan, Tulisan bukan insani, Yang sering bertopeng, Tulisan itu kebenaran Mesti ada yang cuba selewengkan. MAKTABAH 15 Syawal 1429

Muhasabah Usai Imtihan

Assalamualaikum, Apa yang paling menggembirakan aku? Dah tamat imtihan? Apa yang menyedihkan? Nak tunggu keputusan. Kutanya pada diri, Untuk apa belajar setiap hari, Kataku KERANA ILAHI, Tapi hati kata bukan, Aku belajar esok periksan sampai hari, Aku belajar kerana Periksa??? Aku kata aku belajar kerana ALLAH, tapi aku tak amal apa yang aku belajar, Aku nak lulus cuma, Betul tak niat aku, Diriku, Matlamat tak menghalalkan cara, Niat belum cukup, Pelaksanaan perlu mantap, Bekalan kena cukup, Belajar kena hari-hari. Cubba fikir, Apa jadi belajar hari ini, Esok periksa meniti, Melekat tak ilmu di hati? Tanyalah diri sendiri, Yang punya jawapan.... Lantas kerana persoalan ini, Ku pujuk hati, Biar apa aku dapat, Reda meniti bibir, Semak persediaan sebelum ke dewan peperiksaan, Di mana niatku sebenar, ILMU??? IMTIHAN??? Jangan matlamat lain, Tingkahnya lain....

Mencari Cinta

Ingat Cinta, Ramai yang tahu menyebut, Tapi, Sebut cinta, berapa ramai yang tahu apa disebut. Apa itu CINTA? Cintakan Ilahi Nanti Tenteram Akhirat sana. Tapi kini, Siapa hirau rasa cinta, Katanya cinta lesen bersama, Cinta boleh makan, duduk bersama, Kasihan, Menangis cinta disalah guna. Sesuci cinta, Moga aku dapat hayati maknanya, Tak ingin ku khianati cinta, Bimbang tak dikenali di sana. Moga cinta mendekatkan aku dengan kekasih, Kekasih yang dirindu saban ketika, Kekasih belahan jiwa, Allahumma solli 'ala Muhammad, Semoga ada syafaat bertemu denganmu, Kekasih kita semua. Maktabah, 14 Syawal 1429 02:11p.m Di manakah cintaku???

Tulis-tulis Pagi Ahad

Assalamualaikum... hari-hari minggu, walaupun dalam minggu peperiksaan, tangan ini tetap gatal mahu melakarkan sesuatu untuk meluah rasa... Alhamdulillah, dah berlalu tiga peperiksaan, hanya dua... KITABAH dan Intro 2 HS... Yang paling tak sabar menanti peperiksaan intro 2 HS kerana ini adalah kertas terakhir untuk sem ini... Bukan rindu namun aku tak mahu mengingati sem ini... Jangan ditanya mengapa dan berharap apa-apa yang berlaku dalam sem ini banyak yang akan terpadam daripada memori aku... Bunyi seperti orang yang putus asa... Bukan... banyak benda yang aku tak mahu kenang dan aku tak akan nyatakan... Tuhan, benarkan pena ini terus menari di dada kajang, Ingin aku ungkap segala luahan rasa, yang tak bisa terluah bicara.. Tuhan, tetapkan kami di atas jalan perjuangn ini, Teguhkan hati ini, teguhkan anggota kami, teguhkan perjalanan hari-hari kami, Tuhan, Berikan kami kami hidayah, Berikan kami kebenaran, Berikan kami jalan keluar segala masalah. Tuhan, Engkau se