Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Sorotan 2011

Biru langit awal pagi. SEMESTER 2 2010/2011 Pengakhiran semester yang kalut dengan masalah-masalah yang dicipta. Kepontengan yang melampau, dibarred daripada peperiksaan, mahu menukar kursus lain, akhirnya mendapat kaunseling percuma yang memadamkan hasrat.  Semester yang menguji dan memperlihatkan teman sejati.  SEMESTER PENDEK –semester 3 2010/2011. Semester pendek termanis. Berpetang-petang di Sungai Pisang Pengalaman manis di Hutan Lipur Khancing. Bersantai di Taman Tasik Titiwangsa. Ke rumah Ainul di Butterworth buat kali ketiga... Temanku –Rokiah- menjadi isteri orang. Kakakku keempat menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah. SEMESTER 1 2011/2012. Allah, Segala pujian dikembalikan kepada-Mu atas segala kemudahan. Tahun ketiga di Taman Ilmu dan Budi, masih level 2. Perlahan-lahan kayuh perahu untuk sampai seberang. Paling kurang pulang ke kampung. Pulang hanya ketika cuti panjang.. Sehingga kawan berkata: “Bukankah Jamilah selalu balik kampung. Sem

Impian

Dapatkah dikejar pelangi? Mengejar pelangi, Bertemu ilusi. Henti. Paling seketika, Mula langkah baru.

Contengan 40 Jamilah: Contengan 12

Hujan bawa rezeki Allah turunkan hujan untuk memberi rezeki Hujan renyai atau lebat, pasti akan berhenti. Doa ketika hujan turun. terima kasih hanis zikri.

Gelas Peribadi

Gelas perlu baik, tidak sumbing ketika diminum. Retak gelas budi,  Rosak peribadi, Tercalar maruah diri, Agama disisih tepi, Apakah akhirnya nanti? lu'luah nur jamilah. 30 Disember 2011. 

Bohonglah!

Tulis yang baik sahaja, wahai diri! Tulisan  berbicara,  terpejam mata, Hilang suara, pekak telinga.  riuh sunyi, Padanya ada bicara. Membangkit rasa di jiwa Tulisan terlahir di hati, Menusuk qalbi.  ************** Satu pembohongan yang dibuat akan membawa kepada pembohongan yang seterusnya. (angguk kepala) Betul! Setuju 180 peratus. Saya terbaca status ini dalam fb Aisyah Yazid.  Sekali berbohong, walaupun kepada diri sendiri, mudah sekali untuk membuat pembohongan kedua dan seterusnya. Boleh berkata begini sebab pernah lakukan! Sekali saya bohong dengan diri, saya tidak teragak-agak untuk bohong dan bohong lagi. Tidak kiralah dalam apa jua hal. Mungkin perlu berbohong untuk beri semangat pada diri, untuk mengelakkan rasa hati.  Rasulullah yang tidak pernah sekali berbohong! Seorang sahabat yang berjanji untuk bercakap benar akhirnya berubah menjadi baik! Bohong! Sekali buat pasti buat lagi. Begitu juga dalam tulisan. Apabila m

Contengan 40 Jamilah: Contengan 11

Terbang bebaslah... Capai awan cita-citamu...

Contengan 40 Jamilah: Contengan 10

Terangi hati kami, ya Allah. "Ya Allah, terangi hati kami dengan cahayamu.  Jangan dipalingkan hati ini setelah diluruskan ia ke jalan yang benar.  Temukanlah hati-hati ini dalam keadaan yang lebih baik.  Satukanlah hati-hati kami dengan nama-Mu... Berikan yang terbaik buat insan yang saya sayangi..  Lindungi mereka, jagalah mereka... Amin."

Penulis Wanita .. Nisah Haron.

Pena boleh setajam mata pedang, membunuh kebatilan! Dalam negara kita, penulis wanita yang serius menulis tidak seramai kelibat penulis lelaki. Nassury Ibrahim, seorang penulis yang ditemui ketika Perhimpunan Penulis Muda yang lalu berkata kepada saya, penulis wanita jarang yang terus menulis secara konsisten. Tidak dapat ditidakkan ramai lagi penulis wanita yang tekal menulis walaupun  sudah berumahtangga dan terikat dengan tanggungjawab.. Wanita sekarang serba boleh! Biar saya kenalkan penulis yang saya kenal secara peribadi (walaupun mungkin tidak pernah bertemu, tetapi yang saya tahu mereka tekal menulis.) Nisah Haron. Beliau penulis pertama yang saya jumpa di alam realiti ketika mengikuti perkampungan penulis muda 2005 anjuran Kementerian Pelajaran. Blog beliau, Nisah Haron Online memaparkan bukan hanya karya beliau, namun motivasi buat para penulis, kembara beliau di tanah UK dan banyak lagi yang boleh dikutip. Antara buku, kumpulan cerpen dan buku bukan fiksyen yang ditulis ole

Singgah Menukil Kata...

Bilik yang berselerak. :p Kamar ini saksi, kebangkitan, Kejatuhan seorang diri, Tempang capiknya meniti hari. Usang sudah kini, Anai-anai menjamah saban hari,  Dlihat pada dinding dan kekisi, Petanda pemilik kamar menghampiri mati, kamar  tempat bersendiri,  ilham bermain dengan diri, Lalu terlontar kata demi kata, Lalu berubah menjadi bicara, Dikongsi bersama.   kamar pencatat seribu cerita, Seorang anak desa.  *** Saya salin daripada Suara Hati , tulisan pendek koleksi buat diri sendiri. Rindunya untuk kembali ke kamar itu... Walau makin dimakan anai-anai, itulah tempatnya 22 tahun saya hidup. Di situlah menyaksikan jatuh bangun, rajin malas, tangis ketawa seorang Jamilah.. Tempat kami adik-beradik melepaskan lelah... Bilik yang makin sunyi dan hanya digunakan ketika saya pulang ke kampung. Suram...  Rindunya untuk pulang.. Ada sembilan hari cuti setelah peperiksaan kertas pertama Jumaat ini.. Sembilan hari yang boleh jadi lama dan b

Contengan 40 Jamilah: Contengan 9

stop crying! "Allah Lebih Tahu yang paling baik. Allah Maha Tahu yang terbaik! Kuat dan tidak boleh menangis!"

Kini Saya Tahu.

He always give the best! Diri, harus percaya bahawa setiap yang terjadi pada kamu adalah yang terbaik. Allah akan memberi yang terbaik kepada hamba-Nya. Hanya hamba itu yang sering tidak ingat untuk bersyukur dengan segala kurniaan yang Allah berikan. Daripada jauh memerhati, belum ada kekuatan untuk saya mendekat. Saya membiarkan semuanya. Saya diam, dan kami saling diam. Terima kasih atas semua perkhabaran yang sampai kepada saya. Saya terasa makin kerdil lagi kecil. Saya tidak pernah merasa kesakitan dan kesusahan melebihi yang dirasa orang lain. Mungkin kerana sering senang, saya terlupa yang ada titik hitam dalam kehidupan seorang hamba. Ketika perasaan itu datang, saya jadi kaku. Kaku. Diam. Saya biarkan semuanya berlalu. Allah, saya tahu dan sedar semua yang terjadi itulah yang terbaik. Terima kasih ya Allah.... Saya malu dengan kebaikan semua orang... :(

Contengan 40 Jamilah: Contengan 8

Hati kotor itu sucikanlah. " Allah. Kata hati diuji, hanya Engkau memberi suka di hati. Tenangkan hati ini ya Allah. Berikan kekuatan kepada aku ya Allah. Hati ini rapuh benar. Cepat pecah. Berikan aku ketenangan hati, ya Allah, agar mudah menerima semuanya."

Rojak

main hujan Kosong. Pandang, Tulis, Padam. Kosong. Lihat, Diam. Diam. Kosong. Selerakan kertas merata. Kosong. Carilah Allah. Tataplah al-Quran.

Saat Akhir.

Minggu ini bermulanya peperiksaan bagi pelajar taman ilmu dan budi. Fenomena menjelang peperiksaan: ke mana-mana dengan buku, maktabah dibanjiri pelajar, keadaan kampus makin terasa sunyi... Kali pertama peperiksaan akan berakhir pada hari akhir peperiksaan. Sebahagian markah yang akan dibawa ke peperiksaan akhir sudah diketahui namun saya hanya melihat tanpa sebarang rasa. Kata orang ketika hatimu sudah terlalu gelap, payah sangat ilmu mahu meresap dalam diri. Mahu baca buku terasa malas. Beruntung mereka yang punya hati yang jernih dan sentiasa membersihkan hatinya... Senang faham belajar. Saya tidak berhajat melakukan apa-apa setelah tamat peperiksaan kelak. Hanya mahu pulang ke kampung memandangkan semester ini saya menghadkan kepulangan saya. Hanya beberapa kali saya pulang sedangkan sebelum ini, saya agak kerap pulang walaupun hanya untuk dua hari. Saya tidak sabar mahu pulang! Almari di ruang tamu menanti saya ! Saat akhir begini sebenarnya selalu mengundang resah da

Contengan 40 Jamilah: Contengan 7

luv Allah " Allah. Dia mengetahui segala isi hati. Dia memakbulkan semua doa. Dia pemilik setiap hati. Allah pemilik hatiku, tetapkanlah ia di atas jalan lurus dan benar." -lu'luah nur jamilah

Di Sebalik Ila Husna.

Gambar Hiasan. :("_____________________") "Mengapa letakkan nama Ila Husna?" "Oh, ambil sempena nama kakak ya." Beberapa malam lepas, seseorang bertanya apakah di sebalik nama Ila Husna yang tertera di kulit Friends Forever.  Kata saya: " Saya minat dengan watak Ayatul Husna dalam Ketika Cinta Bertasbih. " Tidak jujur. Ia bukan jawapan sebenar, hanya sebab sampingan daripada sebab sebenar saya memilih nama tersebut. Saya mahu tuliskan sebab sebenar saya memilih Ila Husna.  " Kawan, sebenarnya nama Ila Husna itu gabungan nama Jamilah dan Zulhusni. Seorang sahabat yang saya temukan satu dan beratus orang yang saya kenal. Seorang yang banyak bersabar dengan sikap saya. Saya hargai dan rindu persahabatan yang pernah mekar. Saya mendoakan semuanya akan kembali tenang suatu hari nanti. Menyebut Ila Husna mengingatkan saya kepadanya. Saya abadikan namanya di sini. :) " Kak Husni, maafkan saya tidak memaklumkan yang

Contengan 40 Jamilah: Contengan 6

Jangan sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran semuanya. " Apakah yang dikejar sebenarnya? Kesenangan nan sementara? Permudahkanlah urusanku mendekati-Mu, ya Allah... Selalu diri melupakan kalam-Mu yang setia berbicara kala resah dan menjawab persoalan. Peneman ketika sunyi. Allah. Tunjukkan aku jalan pulang!" -Lu'luah Nur Jamilah

Perbualan 23 Disember.

A, malam itu kita berkongsi kisah. Malam ini bertempat di Edu Square diadakan jamuan makan malam bersama-sama ustaz Adli dan keluarga dan pelajar yang mengambil subjek Rhetoric dan History of Arabic. Mulanya saya sudah sampai ke tempat kejadian namun melencong ke arah lain. Akhirnya saya kembali ke tempat kejadian dan mendengar beberapa buah syair dibacakan oleh pelajar dan taujihat daripada ustaz. Ustaz turut membacakan dua buah syair. Acara tamat dengan sesi menangkap gambar. Perjalanan pulang, seseorang menegur saya di hadapan bilik tivi 2 Safiyyah. Seorang teman sekelas Jahili. “bla. bla. bla.” Dia yang saya namakan sebagai A bertanya soalan kepada saya. Lalu berlanjutan perbualan pertama kami hingga melewati jam satu pagi setelah berbulan-bulan bersama dalam kelas yang sama. Menyorot kembali ingatan ke semester lepas ketika saya mengambil keputusan untuk menukar jurusan lain hingga akhirnya saya menarik semula keputusan itu. Ya Allah, sesungguhnya bukan hanya saya ya

Contengan 40 Jamilah: Contengan 5

Kata ustaz Adli: hanya orang ada semangat boleh berjaya! "Pugarkan semangat yang pudar. Segarkan jasad nan layu. Suburkan rohani yang mati. Perlu kamu tahu, harus kamu sedar, Tiada istilah terlambat, tiada kata terlewat. Hanya terus melangkah, satu demi satu, jihatmu... ALLAH. Jatuh, tersungkur, luka, derita... Biar semuanya jadi cerita. Asal matinya kamu kala tiba masa. ALLAH, lorongkanlah diri ke jalan yang benar." Lu'luah Nur Jamilah

Catatan Redup Jumaat Akhir Disember

... Berdiri di daerah ini. Biar tertoreh jasad berulang kali, Biar kering air mata bertangki-tangki Biar darah kering pucat lesi. Daerah ini mengajarkan aku erti persahabatan Makna pemberian Jangan kau percaya pada bisikan syaitan Yang membisikkan pada kamu, Jatuhlah! Putus asalah! Kerana Aku ada Allah.... Sesungguhnya perancangan Allah terbaik. Hanya tinggal aku usahakan! 15-10-2010 Qamar Cinta 1-1 IIUM. *** Tulisan ini saya tuliskan tahun lalu. Apabila dibaca kembali hari ini, ia seakan mentertawakan kembali penulisnya. Saya tahu menulis, sedangkan hakikatnya pengecut yang tidak berani bertindak di alam nyata. Tulisan kekuatan bagi saya yang gagal saya jelmakan dengan perbuatan. Apabila membaca kembali tulisan lepas, saya sering ketawa sendiri. Kadang menangis dan air mata berjurai tanpa sedar dengan apa yang sebenarnya pernah saya katakan dan berulang saya tuliskan namun akhirnya ia sebuah kata-kata dan tulisan kosong. Mungk

Contengan 40 Jamilah: Contengan 4

Hidup tidak hanya hitam putih. "Ya Allah, berikan aku ketetapan hati melalui seluruh kehidupan tenang dan damai. Percayalah setiap sela kehidupan ada rantaian ujian, ribuan halangan. Laluilah ia dengan satu kepercayaan: “Allah memberi kamu kekuatan.” Lantas, terus melangkah ke hadapan, tidak berpaling belakang. Sesungguhnya dirimu milik Allah." -lu'luah nur jamilah kredit gambar: deviantart

Siap,

Dapatkan di pasaran. Menrima e-mel petang tadi. Akhirnya penantian berakhir. Kawan-kawan, jangan lupa dapatkan 'anak sulung' saya, Friends Forever. (saya jadi ralat dengan tajuknya dalam bahasa Inggeris.) "ff siap cetak=) mahu datang ofis ambil atau bagaimana ya? wassalam" -Amir Hamzah. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa semua...

Contengan 40 Jamilah: Contengan 3

Berdirilah tegak di situ. "Berdirinya di sini, ada semangat yang Kau beri, Teguh aku berdiri, Biar rebah berkali, Sesungguhnya ia satu anugerah." - lu'luah nur jamilah

Aksara berbicara...

Hati yang tertinggal jauh. Prosedur. Saya tidak tahu tepat atau tidak perkataan yang terfikir kala ini. Ketika mahu menggosok baju untuk ke kelas pagi tadi, saya terfikir bahawa untuk mencapai apa sahaja kita perlu membuat langkah demi langkah. Bergerak daripada satu takah ke takah lain. Pencapaian tidak hadir sendiri tanpa ada usaha yang digerakkan bersama.Contohnya untuk lulus peperiksaan perlu baca buku. Ada perasaan berat membaca buku (baca: buku pelajaran dan bukannya buku fiksyen yang tiada kaitan langsug dengan pelajaran) yang banyak dalam diri. Apabila tidak faham apa yang dibaca, saya hanya membaca aksara arab yang tercatat dalam buku dan tidak mencapai zuuq yang sepatutnya ada pada seseorang yang sedang menelaah. Bagaimanakah agaknya ulama zaman silam belajar dan membaca hingga akhirnya mereka menghasilkan banyak pengetahuan yang dikongsi pula lewat penulisan mereka. Sedangkan saya, masih berlegar tulisan pada perkara yang sama. Setiap subjek punya kaedah (cara) yang te

Contengan 40 Jamilah: Contengan 2

Mencari kunci yang dapat membuka hati. :) " Sampai bilakah ingin hidup begini? Ingatlah wahai diri, kunci syurgamu pada ketaatan kepada ibu dan ayah. Menyanjung guru, membuat yang wajib, meninggal yang mungkar. Tahulah kamu bahawa kehidupan akan fana, mausuk tanah meninggalkan semua. Diri, berusahalah untuk KUAT dan tidak menyerah atau mengalah. Lihat saat diri berada di atas, berusahalah untuk berada di situ." -lu'luah Nur jamilah *gambar ehsan encik google. 

Tinta Terpilih

Makin hari makin rindu! Catatan  tertumpah dan  terpateri. Kisah aku, Cerita  cinta dan rindu Ceritera suka bercampur sendu. Apa ternukil   biarkan ia berada di sini. Mereka yang membaca tahu inilah kisahku, Sebahagian kisah kecilku, Yang aku mahu mereka tahu Walau bukan pengalaman beribu Aku  memilih kata yang tertulis di sini, Agar aku tahu, Dalam hidup aku melakukan sesuatu Walau banyak lagi masanya aku membatu. Maka, Aku mencatat apa aku mahu. Lu'luah Nur Jamilah 1-10-2010 Qamar Cinta 1-1 ******************* Peperiksaan akhir makin hampir. Buku yang tersedia di rak belum disentuh. Jari makin rancak pula mengetik pada papan kekunci dan godaan aroma buku entah mengapa terasa makin kuat di hidung. Terhidu-hidu bau buku daripada jauh meski saya bukannya seorang yang senang bertapa dalam maktabah empat tingkat itu. Syair yang perlu ditanam dalam kepala hanya berada di luar kepala, dalam tulisan. Belum masuk dengan nyaman

Awak II

Awak, terima kasih ajarkan saya menajamkan mata pena dalam diam. Sebelum kenal awak, Saya gagal senyum, Sebelum kenal awak, Saya jahil perihal ceria. Awak datang dalam hidup, Mentari, bulan dan bintang bagi saya, Saya belajar ketawa, Saya kesat duka. Zaap... Sesuatu tidak terduga, Awak menghilang tanpa berita. Awak. Bilakah kita akan bersama kembali? ~lu'luah nur jamilah 2011

Contengan 40 Jamilah: Contengan 1

Segala yang dipinjam pasti dituntut. "Sesungguhnya jasad ini pinjaman, perlu dibayar saat menghadap Tuhan, Bersediakah diri melalui sebuah kematian? Rebutlah peluang tersedia di depan, Ingatlah Lima sebelum hadirnya Lima." -Lu'luah Nur Jamilah.

MEREKA BERKATA...

  Ummu Hani, “penulis perlu selalu muhasabah.” Apakah yang mahu ditulis? kak Nisah Haron, “kita menulis kerana kesedaran bukan kerana institusi.” Berapa ramai yang belajar penulisan kreatif namun tidak menulis . (insaf saya...) & “Jika kamu tiada apa untuk dicakap, jangan bercakap.” SM. Zakir “hidup bukan hanya berada di tepian tetapi berada di gelombang, kerana itulah hidup.” Kesimpulan Dr. Awang Azman Awang Pawi, “balik kepada ilmu.” Kata pembentang yang mewakili Dr Kamariah Kamarudin, “apabila berdakwah, gunakan bahasa yang sesuai dengan khalayaknya.” Kesimpulan saya kepada kata-kata Zarif Hassan, “Tulislah perkara yang kamu faham akan hal itu.” Kesimpulan Lutfi Ishak, “Apa sahaja yang kamu lakukan mesti ikhlas-al-Ghazali.” Kesimpulan Rebecca Ilham dalam pembentangan kertas kerja III: “Konklusinya, penulis itu perlu memajukan diri. Terus belajar dan membetulkan kebobrokan dan menegakkan panji dakwah.” Kata Shahnon Ahmad: “proses kreatif dakwah adalah proses penciptaan ka

PPMN III 2011: Perjalanan yang Dibantu.

Perhimpunan selama tiga hari yang menemukan kami kembali setelah empat  tahun. 16 Disember 2011. Berjanji untuk ke Perhimpunan Penulis Muda Nasional kali ke-3 2011, yang dianjurkan PENA. Sebelum ini ada mendengar tentang perhimpunan penulis muda kali ke-2 yang diadakan di Melaka. Cemburu membaca cerita mereka yang berkesempatan untuk hadir ke sana, kali ini saya mengatur rancangan bersama Ina Nailofar. Setelah beberapa tahun (setelah MPR 2011) inilah kali kedua bertemu walaupun sebenarnya kami berada dalam negeri yang sama. Saat akhir sebenarnya saya mahu menarik diri, alhamdulillah, saya dapat ke sana dengan ribuan kenangan yang saya rakam dalam ingatan... Ini sekadar sebuah catatan seseorang yang hadir sebagai peserta dan bukannya seorang penulis yang sedang mencipta nama. :) Memang malu apabila melihat wajah-wajah yang selama ini dikenal di fb, karya mereka saya baca. Akhirnya saya melihat daripada jauh tanpa menegur. Hanya berbalas senyum dan mengunci bibir tanpa bicar