Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

PBAKL sesi 2

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. kali kedua ke PBAKL Senyum lebar bahu senget. wang dalam kocek kosong! Tidak merancang,  membeli karya rakan penulis, membeli dan baca tanda sokongan! semuanya menanti dihadam dan  BUKU BAHARU! :)

KTM, temuduga dan borong buku

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna 27 April 2013 gadis itu ke ASWARA untuk temu duga kecilnya dunia bertemu adik kepada kak Nabiha Mashut, MPR 2006 sebelumnya di KL Sentral didenda RM30 terlebih destinasi train teksi RM15 ke ASWARA. denda yang ada hikmah jadi bahan cerita untuk ujian bertulis ke pesta buku bersama Suhada dua tempat: lebih dua ratus beli mahu. bacanya sering tangguh nampaknya gaji bulan ini, hanya untuk pesta buku lepas ini makan maggi hari ini mahu ke sana lagi ketemu penulis GISB :)

entri cuka i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. perempan yang pergi shopping dengan nafsunya berhabis beli itu-ini. aku. perempuan yang rindu bau cukup cukup  menghidu baunya. jangan bawa duit lebih. itu diri aku. perempuan yang suka naik train sekarang hatinya makin berubah. perempuan yang mahu megisi hatinya dengan seseorang. itu bukan lagi dia. perempuan yang tahu beli buku berangan mahu tulis buku pernah dan belum menyambung tulisannya. Ah, berangan tidak ke mana-mana impian yang ada bersamanya kerjakuat dan doa, Allah beri jalan. Sedang jalan kita  berbeza. Senyum kita sama. Aku rindu.

entri senyum iv

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. membiasakan diri dengan dunia baharu siapakah yang menunjukkan jalan selain Dia Apakah nikmat yang mahu kamu dustakan Sabtu ini, temu duga untuk menjadi pelajar ASWARA. :) doakan yang terbaik Apa-apa yang terjadi, dia masih JAMILAH. :)

entri senyum iii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. nikmat yang ditarik satu kesannya pada semua 'si bongsu' yang dilepaskan sebatang seluruh badan menerima kesannya. "satu nikmat dah ditarik. nikmat makan." pandang makanan tanpa rasa walau perut memberontak "si bongsu" segeralah sembuh biar makanan boleh ditelan seperti biasa. Klinik Pergigian Azlina OTK jadi saksi "si bongsu ku lepaskan ia pergi biar hilang kesakitan selama ini walau perginya tanpa ganti. Yang asal, tidak berganti "si bongsu" bernilai kurang sepuluh daripada seratus. untuk kamu yang memerhati aku sentiasa berselimut walau selama ini aku menolak dihulur gebar merah itu, beginilah wajah melayan diri, yang tertayang pada kamu... menelan pil oren yang setelah ditelan baharu dilihat kesan sampingannya tidak mengapa memang membantu lena walau lena sering terjaga. merancang-rancang bukan seperti itu

Entri Senyum ii

Perjalanan hari ini bercampur trauma terlepas train situasi hampir sama hanya aku di landasan yang betul terasa dipermudah semuanya ATM train siapkan kerja-walaupun tidak siap sepenuhnya- tersenyum selepas terlalu kekenyangan ah, tolonglah hanya harapan aku akan aku terus tersenyum Eh, awak belilah ... dan .... "oh, itu ada terfikir hanya belum kuat untuk lakukan." Akhirnya aku beli buku lagi. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

entri senyum i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. tidak perlu diragu perjuangan makin menuju dunia baharu yang lama bukan aku yang dahulu bergerak tidak memandang belakang. orang melihat hari ini bukan kisah silamku yang sudah jadi kenangan dan memori

:)

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. rindu yang mengasak aku tahankan sampai tiba masanya nanti. kemarahan yang terpendam aku buang jauh-jauh dalam suram wajah bersuara aku pada diriku sendiri "eh, bukankah kau sentiasa cool" suatu hari terasa mahu berlari lagi teringat pula janji sendiri "aku akan berdiri tidak pandang belakang lagi" yang berlaku sejarah, akan datang aku harus pandang.

Cerita Selasa

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Gadis itu Tergesa-gesa meninggalkan kamar teman menuju tempat kerja, dalam hati ada rasa tidak selesa. Train sampai di platfom ada train menanti, bersyukur awal sampainya hari ini, tidak perlu menunggu. "Sentul" eh, aku tersalah train. Kakak Terima kasih kak Atiqah menjemput gadis itu di stesen Batu Caves banyak teksi menanti namun gadis itu khuatir naik teksi di tempat tidak dikenali. Botol air biru sudah aku tinggalkan bersama kenangan KTM Batu Caves. Perut sakit tiba-tiba mungkin serabut tersalah naik train meragam dia alhamdulillah sampai di pejabat tidak perlu berjalan kaki. :D kisah selasa 9 April 2013

Rindu Memanggil Aku Untuk Menelefonnya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Aku lebih suka mesej daripada menelefon orang lain. Sebabnya,   selalu tidak dengar yang orang lain bualkan atau aku salah faham. Bila mesej, boleh fikir sebelum tulis. Cakap mengajar diri aktif dan makin aktif. Siapakah yang jumpa aku tidak kata aku pendiam? ..... Terima kasih Ina melayan akak membebel. :D

Untuk Awak II

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Suatu hari awak tanya saya. Bagaimana kalau awak yang dahulu muncul. Dan saya seakan-akan memberi jawapan yang mengelirukan. Saya kata yang awak dan dahulu saya sahaja.Entah, saya beri jawapan yang terlintas di fikiran pada waktu itu. Awak tanya semula, mengapa sama. Orang lain cakap tak sama. Aku kaku tanpa jawapan. Mesej itu terbiar tidak berbalas. Memang aku rindukan awak yang lama. Tetapi saya suka juga awak yang baharu. Semoga apa-apa sahaja terbaik untuk awak. Asal awak kembali sihat. Saya rindu mendengar celoteh dan bicara awak setiap kali kita berpeluang berborak-borak. Awak suka cerita macam-macam perkara. Tentang keluarga, kawan-kawan, cita-cita, nasyid yang awak suka sekarang... dan macam-macam. Saya masih ingat ketika saya buka booth seminggu di HS bersama Ainul. Awak selalu datang tolong. Awak yang tolong lariskan jualan ORLA. Awak beri saya nasihat tentang pernia

contengan pendek

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Kini aku menjadi warga Sri Damansara untuk sementara waktu. Semoga hajat menyambung pengajian yang 'terbengkalai' tertunai selepas ini. Dunia kerjaya 'indah'. Banyak kejutan-kejutan demi kejutan berlaku. Rindunya mahu menulis. Rindu wajah-wajah kesayangan hamba. Mahu pulang ke Kedah. Lebih sebulan menjadi warga Telaga Biru. Kaku, diam, aku masih begitu. Sukar untuk berubah sebab hati yang gelap. Apa warna hati aku sekarang. Aku banyak susahkan orang dengan diri aku sendiri. Dalam aku kata mahu berdikari, aku tetap bergantung dengna orang lain. Mula pegang duit sendiri. Kawal diri itu tidak mudah. Aku suka berbelanja. Miss her! Takutnya aku menyesal dengan keputusan yang aku ambil. Dah mula tidak menulis,