Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Hampir tenggelam.

...terperangkap dengan janji, lemas tanpa perancangan mengisi masa, semuanya salah diri sendiri, tidak pandai mengawal diri, ....bila tersedar yang tiada masa lagi, baru mahu bergerak. Bersunyi itu bukan sesuatu yang baik untuk kesihatan seorang yang normal. ....terkial-kial mencari kata, akhirnya aku mungkir janji itu. Petang ini, Esok, Khamis, Jumaat... ....Semuanya masih kabur. Yang pasti aku yang gagal mengatur. Orang yang merancang akan selamat. Selamat daripada membazirkan waktu. Tahu apa mahu dibuat. okey. saya merapu. Belum siap assignment sepatutnya. belum siap kerja rumah. belum baca buku untuk kuiz petang ini. sungguh di bawah meja sangat tidak seronok. Aku bukan manusia yang boleh berkurung dalam bilik walaupun tidak suka berprogram. Dunia sempit rasa makin sempit tatkala hanya terkurung. aku suka bebas. .....mimpi semalam. macam betul. sungguhlah aku yang banyak menyusahkan orang. " kita hanya tak mahu dia tahu." Gambaran apa yang berlaku aku dah lupa. Tentang ke

syyytttt.... (baca diam-diam)

Sampai suatu ketika, kau akan bosan dengan dunia yang kau cipta, kau rasa apa kau buat tidak kena, kau tidak selesa dengan semua perkara. Ketikamana... hati orang tua kau lukai, hati sahabat tidak kau endahkan, hati sendiri tidak kau peduli. Hidup ini, bukan untuk kau seorang. Perkongsian itu indah, Berkongsi hati? Tiada lagi rahsia dalam diri, Apabila semua sudah kau dedah, Sedang kau sebenarnya yang paling tidak peduli, Perasaan mak ayah, derita sahabat, beban teman... kejamnya diri.... yang pentingkan perut sendiri... Allah, Bila aku mati, Tiada jawapan dapat aku berikan. Masa, Tenaga, Yang Allah pinjamkan, Telah dipersia.

rasa

Berenang di lautan rasa       tak bertepian.               melemaskan. Ingin     cepat sampai ke daratan. Sedarkan diri, Pada sebuah hakikat, Tidak mampu ditidakkan.

RANDOM RANT 4

gambar hiasan dan langsung tiada kaitan "kamu terkejut kalau aku kata aku nak kahwin sebelum 25?" Tersembur air yang diminum aku. Seorang budak pemalu yang tidak suka melontarkan suara mengeluarkan sebaris kata yang bagiku seakan lahar gunung berapi. "Oh, kamu serius?" Belum percaya. Irdina Safiyyah, gadis pemalu a.k.a gadis yang sangat pendiam ini menyatakan sesuatu yang untuk aku ketawa terasa bersalah, untuk tersenyum seperti memerli. Lalu, aku hanya buat wajah biasa. "Really?" Mengulang tanya sekali lagi. Irdina sudah berwajah masam. Mungkin marah dengan respon yang aku lontarkan. Tetapi ia menyambung bicara. Seakan tidak peduli apa yang aku lontarkan kepadanya. "Kiter mahu lelaki yang pandai menulis. Lelaki yang dapat bimbing kiter." Terdiam aku. Benar-benar seriuskah teman aku nan seorang ini. Pandang wajah Irdina Safiyyah sekali lagi. Susah untuk percaya. Namun jodoh sudah Allah tentukan. Ia akan datang. Titik. *** Baik, itu selingan sebel

Tulisan Yang Berbicara...

Tulis tepian muara dalam blognya:  cermatlah dengan ribuan mata terlahir dari celah jemarimu. Ratusan setelah jasadmu pulang ribuan itu tetap kan berkeliaran. dengannya kemanusiaan memandang kehidup a n. jangan mengarang sesuatu yang tidak mesra dengan diri! Jangan mengarang sesuatu yang jauh daripada diri! Jangan cuba mengarang sesuatu yang besar lagi agung, tetapi tidak terjangkau oleh akal budi dan hati nurani diri. Karanglah sesuatu yang dekat dengan diri, meskipun ia hanya tentang seekor cicak atau seorang tua yang sedang menunggu kematian atau sebaliknya -kematianlah yang menunggunya. (shahnon Ahmad: weltanschauung satu perjalanan kreatif: m/s 8)  ...dalam istilah konvensional, penyair dikenal sebagai poet. Penulis cerpen dikenali sebagai cerpenis. Penulis drama sebagai playright. Penulis novel sebagai novelis. Penulis esei sebagai eseis. Pengkritik sebagai critic.  Tetapi... Dalam kerangka keislaman semuanya dengan satu nama: al-Adib (panggilan hormat bagi cendekiawan Islam ya

KAMI: edis konspirasi.

Gambar yang menjadi mangsa. alkisahnya... Jamilah menyelongkar gambar milik kawannya di mukabuku dan ini terjadi. hihi. :) simpanan peribadi biar boleh lagi dilihat nanti. Kepada pemilik gambar ini, sila baca.. =)

Rojak (2)

Kesakitan jangan dibiar terzahir. kesakitan yang manis, derita pemberi bahagia, Biar aku terseksa di sini, Kelak senyuman itu terukir Di langit cita, Sebuah khabar memberi makna, Terjalin hubungan cinta aku dan dia, Bersatu pada satu nama, Biar derita jadi gantinya. Kelak, pasti bahagia akan aku rasa. kredit gambar: deviantart

Memulakan Langkah, Itukah yang Paling Resah?

Step by step to achieve a dream. Sweet dream. Keresahan yang mendamaikan. Berteman secawan kopi pahit yang dibancuh tadi dan sebuah buku di sisi, jemari meneruskan larian pada papan kekunci. Angin malam sepi. Jendela yang terbuka menghidangkan irama alam yang menjadi peneman malam. Sesungguhnya, kedamaian yang dicari mendatangi diri malam ini. Alhamdulillah. Walaupun hanya dia bertemankan buku-buku. Buku-buku yang bisu namun apabila ditatap tidak jemu membalas persoalan di jiwa. Sesungguhnya kerinduan hanya akan terubat apabila kita menemui dan mencari apakah erti rindu itu. Nilai sebuah rindu yang akan layu jika hanya dibiar menjadi daun kering yang luruh apabila sudah kekuningan. Semuanya bermula apabila dia menyertai sebuah bengkel penulisan anjuran syarikat Penerbitan Islami tanah air. Sendirian meredah perjalanan Gombak-Nilai dalam bulan Ramadhan kerana sebuah cinta yang mahu dimaknakan. Impian untuk melihat buku sendiri terpamer di kedai buku masih ada walaupun lama tidak menghan

Kitab Baru

Open new book. Jumaat bersamaan hujung minggu yang perlu diisi.  Menunggu hari Selasa sebelum kelas kembali bermula. Mahu merehat diri seketika, mencari makna yang tertinggal... Bulya Iswandi, Terima kasih atas teguran itu. Penulis ini tidak tahu apa yang ditulisnya sehinggalah ada yang memberitahu bahawa dia yang selalu hanyut dalam lautan rasa.  Buat kalian yang terbaca semua catatan, contengan, tulisan, rapuan dan seumpama dengannya,  terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Kerehatan ini untuk mencari kembali erti sekujur diri yang berdiri di sini. Sesungguhnya, manusia yang hidup hanya bersandarkan perasaan itu sering hanyut dalam lautan emosi -macam aku. Maafkan aku, kalian. Terima kasih kerana membaca. Nanti aku kembali di sini, menukil sesuatu bersama pelangi dan mentari. Tidak lagi hanya hujan dan mendung mewarnai.. Doakan kembara ini... Mencari makna hidup... Jauh perjalanan yang aku bazirkan... =) Don't let me fall again!

Bicara Hening Penghulu Hari

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: Yang Terbaik Untukku.

Lakaran terindah Bukan hanya biasan kata. Madah indah, susunan puitis, Bertahun aku mencari maknanya. Pada setiap helaian kata yang bisa aku cerna Masih juga jauh.... Makin kelam dan suram.... Pada bicara yang tidak bisa aku suarakan, Biarkan ia mengganti menjadi makna tidak terluah, pada seribu perkataan yang aku simpan, Tidak semua dalam bentuk kata, Pada gambar yang bisa berbicara, Berjuta makna dan kata, teman kala aku perlukan kekuatan, untuk tersenyum... mengikut kata hati, kadang aku lemas sendiri, Berusaha betulkan diri, Bekal meniti hari... Sesungguhnya Ya Allah... Tiadalah dayaku melainkan ia kehendak-Mu... Ketemukan aku dengan insan yang dapat membimbingku.. kembali ke jalan benar. Jauhkan aku cinta palsu, Hindarkan aku hubungan tidak Engkau redhai... Sesungguhnya, janganlah kau biarkan aku lemas dalam sebuah perasaan, Hanyut sebagaimana h

Mastura Mohd Ibrahim

"  Salam. Mastura baru lepas operation apendiks. Doakan dia cepat sembuh." 26 Mei 2011, 15:25:30 Dalam kelas General Lingustics. Rasa mengantuk lalu membelek-belek telefon genggam dalam beg. Terlihat ada satu pesanan ringkas -seperti di atas- Baru teringat yang aku lama tidak hubungi beliau. Aku lama tidak mesej beliau. Doakan beliau cepat sembuh.. Syafahallah.. Mastura, Si comel yang banyak membantu, Si kecil yang manis dan mesra.. Cepat sihat.. =)

Melupus Ingatan

Tidak ingin aku lupuskan semua kenangan Tersimpul rapi dalam ingatan. Tulisan tentang persahabatan Momen terindah kita lakarkan. Suatu petang yang kita raikan Kau tinggalkan aku sendirian dalam kegelapan. Sampai aku membuang sebuah kisah perjalanan. Sendirian sepi tanpa teman. Hanya karya ini jadi pengubat sedan. Memori itu, biar aku padamkan..

Ceritera Cinta?

L.o.v.e Ingin aku menukil sesuatu yang bersarang dalam fikiran. Tentang ceritera cinta yang ada dalam setiap insan normal. Perasaan cinta anugerah Ilahi buat setiap kita. Ke manakah kita lorongkan rasa cinta itu? Ke jalan yang benar atau membiarkan syaitan menguasai? (MAAF, INI TULISAN YANG TIADA HALUAN DAN BERCAMPUR-CAMPUR.) Jujur, aku takut pada cinta sebelum pernikahan. Aku teringat beberapa pesan yang pernah aku terbaca dan menjengah telinga:  untuk menghasilkan zuriat yang terbaik, perlulah cari pasangan yang terbaik . Pembentukan zuriat solehah qurratun a'yun tidak bermula setelah kita mendapat anak, namun bagaimana pasangan kita peroleh? Perhubungan yang halal? Atau kita sudah calarkan perhubungan yang belum sah dengan perbuatan yang tidak sewajarnya. Perlu pukul rata tidak kira kepada siapa. Malah diri sendiri juga. kalau mahu dan inginkan hubungan yang suci, maka diri sendirilah dahulu yang perlu sucikan terlebih dahulu. Bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik

Short Sem's Story: Minngu Ketiga

Kini di minggu ketiga Alkisah semester pendek suka untuk aku terus kongsikan di sini. Bermula daripada aku yang enggan mengambil semester pendek ini hinggalah kini akhirnya sudah di minggu ketiga. Alhamdulillah, ya Allah. *** Satu subjek. Madah General Lingustics yang diajar Dr. Asem aku pelajari hanya pada setiap Selasa dan Khamis jam 2-5 petang. Terdetik rasa sesal mengambil satu subjek, namun ini tentunya terbaik buat diriku. Siapakah yang lebih tahu yang terbaik untuk aku? Tersengguk-sengguk juga semasa dalam kelas apabila hanya ustaz yang bercakap seorang diri di depan. Bagaimana mahu menyampuk kerana ustaz sedang bercerita tentang fakta. Tentang bahasa. Alhamdulillah. Seronok. Sudah belajar tentang asal usul bahasa di dunia dan akan menyusul tentang beberapa tokoh barat yang terlibat dalam bahasa secara umumnya seperti Ferdinand de Saussure, Edward Sapir, Zallim Sabbetai Harris dan Noam Abraham Chomsky. :) Terbelit lidah mahu membaca tulisan nama mereka yang ditulis dalam bahasa

rojak

 Kredit to: Deviantart. Rumah padi tinggalan opah, Dimamah usia, dimakan anai, Siapakah yang peduli. Menanti hari, Rebah ke bumi. Tiada lagi. Kepedulian hilang, Tinggal sombong diri, Hapuskan segera jangan dibiar meraja dalam sanubari, Hilang barakah meniti hari, Di manakah kebahagiaan akan bertamu lagi? Jangan dibiar rosak jasad kerana rosaknya hati, Lantaran, Jiwa kotor, Terzahir pada peribadi. 1457@ITD

RANDOM RANT 3

Bismillahirrahmanirrahim. Pagi cerah. Sebiru langit terang, begitulah hati kala dan saat ini. Terasa ingin tersenyum dan terus tersenyum, namun masih ada gusar andai senyuman itu mati di tengah hari. Ingin sekali terus tersenyum hingga mata kembali terpejam bertemu alam mimpi. Sendirian bukan satu dunia indah. Apatah lagi andai ada perkara-perkara yang perlu dikongsi dan dicerita. Tetapi harusnya aku sendiri sedar yang aku hanya akan dapat apa yang aku mahu dan ianya baik untuk aku. Suka duka, susah senang, diri sendiri yang memilih untuk bereaksi bagaimana. " kenapa adik menangis malam sebelum kenduri kak Ina?' Sengaja aku memilih untuk tidak menjawab soalan itu kerana aku tidak punya jawapan. Apa yang aku tahu perasaan aku malam itu di luar kawalan. Lalu, untuk tidak merosakkan lagi perasaan sendiri aku memilih untuk diam dan terus mendiamkan diri. Tidak semua soalan perlu dijawab namun aku sedar tidak selamanya diam itu baik. Aku jadi lemas sendiri jika aku yang mendiamkan