Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

pesanan buat penulis manuskrip.

awak tahu, yang kita kita katakan 'kelemahan' akan jadi kekuatan. ...teringat peristiwa-peristiwa lepas, ketika terasa sangat tidak kuat, rupa-rupanya, di situlah Allah lontarkan kekuatan dalam diri kita. Allah berikan apa yang kita pinta. Bersama kesusahan itu kemudahan. :) PERCAYA.

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan]: Racunkah yang Sedang Kau Minum?

Membuang takut dalam diri bukan seperti membuang sesuatu yang lekat di kain ketika melalui padang yang penuh pohon kecil bernama kemuncup. Berulang kali mencuba dan berkali-kali masih jatuh di jurang yang sama dan ditertawakan diri sendiri. Sungguhpun tidak dipeduli bicara-kata yang timbul di sekeliling, akhirnya air mata Durrah tumpah tanpa dipinta. " Bukankah kamu yang lari? Mahu disalahkan siapa? ? Tudingkan semua lima jari tidak runcingmu itu ke muka sendiri? " Hati bersuara kepada diri sendiri. Ya, keputusan yang dilakukan kerana mahu lari daripada kenyataan yang bermana REALITI KEHIDUPAN. Akhirnya dia terus betah berada dalam dunia ilusinya. Dunia yang ada khayalan dan tidak berpijak di dunia yang nyata. Tiga tahun melalui hari yang kadang terisi, kadang kosong hanya diiringi suara dalam diri. Dia ketawa mendengar bicara temannya. Ketawakan diri sendiri. "Kamu mahu dengar satu cerita? Saya tonton cerita ini. Kepentingan bersama-sama dengan orang lain bukann

peduli?

"tolong usah dipedulikan semua bisik yang tiba di cuping telingamu. Hiduplah seperti biasa dan menjadi manusia yang sibuk kerana dia akan pergi sekejap lagi." ~ senang melontar kata, seperti mudahnya orang lain berbicara. hakikatnya, betapa banyak yang sudah kau pinta pada Dia untuk semua yang kau lakukan, atau kau hanya ingat Dia ketika dalam kesusahan dan membutuhkan tempat bergantung. Ketika senang, kau terasa apa yang kau lakukan kerana usaha kau sendiri, sedang secebis usahamu dibantu segunung pertolongannya. Tolonglah sedar. Jadilah manusia yang sibuk  membetulkan diri sendiri, wahai diri yang MENULIS di manuskrip bawah meja ini. ~

kecintaanku.

"memiliki cinta itu satu keberuntungan dalam hidup. Penguat diri, pemugar semangat. Bahagialah bersama cinta."

RCP CLASS

Hari ini kelas paling sempoi kerana ada tiga orang pelajar daripada sebelas orang pelajar cuma. Kami, pelajar tertinggal yang belum pulang ke kampung (hari ini hari terakhir kelas sebelum cuti semester) -hm, apakah? Aku sendiri sudah tiga kali ponteng kelas yang bermula jam 8 pagi ini. Ustaz teruskan pengajaran dengan tajuk risalah hazliyah... ibnu zaidun beliau seorang wazir yang meminati anak khalifah Mustakfi bernama Walladah. Seorang penyair pada zaman Andalus (aku belum belajar tentang penyair andalus... Jahili sahaja belum pas) . Jika sastera Inggeris ada Romeo dan Juliet dan sastera Arab ada kisah Majnun dan Laila yang mengatakan kisah cinta, Ibnu Zaidun menulis qasidah bertema kesedihan yang dikatakan pertama dalam penulisan ketika itu.. (kebanyakannya kisah cinta yang suka-suki, ceritakan tentang kekasih mereka). Risalah hazliyah. Sebenarnya surat ini ditulis oleh Ibnu Zaidun kepada buah hati baru Walladah -si puteri khalifah- yang berpaling cinta daripadanya kepada Ib

Awak, saya minta maaf.

berhelai daun gugur, hari-hari, tanpa henti. Segala tersurat, Ada setiap, dalam bait kata terungkap, carilah makna. Andai nafas terakhir terhembus awal, maafkan khilaf diri, Ruang persahabatan, Bermakna, abadi di ingatan. Meski diri, sahabat bukan pereda gundaj, peneman duka. Seorang ananiah, 

mengadu lagi.

#Tidak wajar menjadikan kekurangan alasan melangkah ke belakang. Dalam sedar tidak sedar semalam, terdengar bicara Dr Muhaya, antara maksudnya kitalah apa yang mahu kita jadi. #Sebaik-baik tempat pengaduan adalah Allah. Teringat cerita suatu masa semester lepas, terasa tidak ada duit... tiba-tiba datang seorang teman yang tidak terlalu rapat, hulurkan RM120, katanya diberi ibunya. Allah. Smeoga Allah berkati hidupmu. #Percaya ada jalan keluar untuk semua masalah. Bersama kepedihan itu senyum. #Allah tahu semua yang aku sembunyi dan zahir.  #Mulakan langkah pertama, ada langkah seterusnya. #Doakan semua mendapat yang terbaik dan tidak tertekan dalam fatrah peperiksaan ini. Selamat bertemu keluarga tersayang. Aku? Jawapan skema, tak tahu lagi nak balik bila.   ***dikemaskini.  

sakit

Fikirkan apa yang akan terjadi hasil perbuatanmu hari ini. Langkah pendek dan pemikiran singkat sering menjadikan aku tenggelam punca. Kadang cuba mencari solusi sendiri, gagal untuk aku temui. Ketikanya, punca ada depan mata, tidak aku hiraukan hingga hilang semuanya menjadi debu-debu berterbangan. Tidak faham. Semalam pemikiranku lain, hari ini berubah menjadi lain. Esoknya, aku berubah lain. Aku semakin sukar untuk fokus kepada perkara yang dilakukan. Akhirnya aku tenggelam dalam mimpi jauh. Tidak berfaedah, namun aku tidak betah berada dalam dunia realiti. hati yang sakit itu, carilah solusinya. tiba-tiba, datang rasa rindu kepada zaman kanak-kanak ribena yang riang tanpa memikirkan masalah diri sendiri. Semuanya dilakukan dengan gembira. Ayah, maafkan adik. Anakmu yang tidak menjadi anak yang baik ini. Kejayaan semalam tidak menjamin kejayaan hari ini. tentu ayah menantikan kejayaan anakmu, sedangkan diriku sendiri  seakan mahu melupakan kalimah KEJAYAAN.

mengadu

Dengan rasminya tiada PTPTN untuk semester ini dengan tibanya surat di rumah semalam. (senyum lebar) Saya sudah menjangka sejak awal semester. keputusan yang demikian teruk setiap semester tidak memungkinkan pinjaman diteruskan. Ah, lambat lagi untuk mendapat bayaran buku. :) Kakak aku kata, dalam surat itu ditulis: " rancang perbelanjaan anda " Baik,. Saya ketawa. Saya masih makan dengan senang lenang dan banyak masa berehat. Apabila hati tidak diisi ilmu, ada perkara lain mengisi. Manfaatkan apa yang kamu ada sekarang. Alhamdulillah. Apa yang kamu buat itulah yang kamu dapat. Belajar tidak merungut apatah lagi mengeluh. Ada yang tersembunyi, akan terzahir suatu hari nanti. Apa yang penting, carilah jalan untuk melunaskan hutang-hutangmu sebelum mati. :) Apa yang penting juga, teruskan belajar walaupun kita kamu grad selepas orang lain sudah bergraduasi. Apa yang penting, teruskan melangkah wahai diri. Kecilkan perkara yang besar tetapi jangan besarkan perkara

Cerita Dia Kepada Seorang Aku.

Kegundahan yang bertamu sudah seminggu menjadi teman diri, tetapi tidak meminggir lagi. Bahana hati yang makin kotor oleh maksiat yang sekali dibuat, akan ada rantai maksiat yang mengikutinya. Tersakah cara menyelesai kekusutan, makin karut benang keamanan dalam diri. Terasa semakin hari makin tidak tenang, makin hari makin diri mahu menjerit dan menjerit ke awan lepas. Semuanya mungkin hanya ilusi, namun semakin menghantui diri. Haunted my daily routine. Ketawa. Senyum. Berdiri dia walaupun hanya jasad yang ada di situ. Ada ketika sengaja dia mengelak, sengaja dia menghindar. Sengaja dia ketawa besar walaupun bukan pada perkara tidak lawak hingga terjadi perbalahan kerana salah faham. Sebab itu dia tidak boleh banyak bicara kerana dalam bicaranya, ada bahagian yang dianggap sinikal, ejekan, mengata walaupun dia tidak terniat begitu. Kerana kurangnya pergaulan dia dengan alam manusia di alam sebenar, dia menjadi beban kepada butir bicara sendiri. Tidak mudah menjadi pendiam. P

Khalil Gibran menziarahiku malam ini lalu berkata ...

Kehidupan merupakan sebuah pulau di lautan kesepian, dan bagi pulau itu bukti karang yang timbul merupakan harapan, pohon merupakan impian, bunga merupakan keheningan perasaan, dan sungai merupakan damba kehausan. Hidupmu, wahai saudara-saudaraku, laksana pulau yang terpisah dari pulau dan daerah lain. Entah berapa banyak kapal yang bertolak dari pantaimu menuju wilayah lain, entah berapa banyak armada yang berlabuh di pesisirmu, namun engkau tetap pulau yang sunyi, menderita kerana pedihnya sepi dan dambaan terhadap kebahagiaan. Engkau tak dikenal oleh sesama insan, lagi pula terpencil dari keakraban dan perhatian. Saudaraku, kulihat engkau duduk di atas bukit emas serta menikmati kekayaanmu -bangga akan hartamu, dan yakin bahawa setiap genggam emas yang kau kumpulkan merupakan mata rantai yang menghubungkan hasrat dan fikiran orang lain dengan dirimu. Di mata hatiku engkau kelihatan bagaikan panglima besar yang memimpin bala tentara, hendak menggempur benteng musuh. Tapi setela

semoga

perasaan, segera sembuh. hati, segera sihat. tulisan, segera datang...   Rindu. Saat tulis baca itu rutin.   Siapakah menggerakkan selain dirimu?   ~lu'luah nur jamilah

Dia Punya Air Mata

Mengapa masih membazirkan air mata untuk perkara remeh? Mengapa masih seperti dulu? Mengapa masih tetap diam? Mengapa makin keras hati? Mengapa makin nakal? Mengapa tidak diendah nasihat? Mengapa, mengapa dan mengapa. Akhirnya  lena dengan soalan tanpa jawapan. Soalan yang hanya boleh dijawab oleh diriku sendiri. Ketika satu saat aku perlu menjauhkan diri daripada semua orang dan masuk ke dalam gua. Ketika itu air mata akan menganak sungai tanpa endahkan apa sahaja. Bukan tidak pernah menangis di tengah ramai, namun lebih kerap menangis seorang diri, kerana mata sendiri degil apabila di depan orang. Kadang, dapat bertahan, kadang semuanya terhambur menjadi hujan yang lebat. Ketika itu, tidak akan dihirau apa yang datang, yang ada hanya diri sendiri. Air mata satu anugerah. Diri, di manakah Allah di hatimu? Sedarkan dirimu dengan mimpi yang hadir saban malam itu.Adakah ia sekadar mainan tidur atau petanda akan sesuatu? Semoga ianya hanya mainan yang hadir dan dilupakan aku setelah

tulis vs cakap

Aku tidak selalu puas dengan tulisan, sebagaimana aku sering kehilangan bicara. Apabila di tengah ramai, spontan mulut terkunci. Walaupun aku sedar perbuatan itu sangat tidak baik, hinggakan ditegur pemandu teksi pada suatu hari: " Dah tuhan beri kita mulut kenalah bercakap. Bukannya b*** (tidak baik pula mahu disebut bisu, nampak kasar.)" Memang kena hempuk sebiji atas jemala, tetapi mulut nan satu tetap terkunci, tidak sama apabila berada berbicara dengan tulisan. Itu tanda seorang penakut yang sangat tidak wajar dicontohi. Paling wajar, gunakan mulut untuk beramah mesra. Dalam kelas RCP, ustaz Badri menyalurkan nasihat secara tidak langsung lewat bicaranya... " Salah ketika belajar itu biasa. Kena keluarkan apa yang dalam kepala walaupun tidak betul. Saya bukannya tahu apa yang ada dalam kepala kamu. Apabila saya minta kamu syarahkan khutbah, cari maknanya dalam kamus. Jika ada lebih makna tulis semua makna tersebut supaya kelak ketika saya terangkan kamu nampak

dari kota kata.

membaca suara dari kota kata, tersesat mencari makna tenggelam ke dasar bicara lemas kematian suku kata.   tersesat mencari makna, tanpa redha Pencipta Mana mungkin berakhir kembara Tidak dimula jejak pertama.   Edu LR-7, kelas AAP. 13.3.2012

Tinggalkan si Hitam

Tatkala sedikit masa berbaki, sedang keserabutan kerana diri sendiri, Bangun pandang alam ciptaan Ilahi, Ada jawapan tersedia, hanya kamu tidak mengerti. Usah hanya diperhati hari-hari hitam, Hari putih menunggu untuk kamu nikmati, Tinggalkan warna hitam kawanmu itu.. Tinggalkan dunia hitam kegemaranmu itu. Tinggalkan pakaian hitam dalam dirimu. Nescaya, Putih akan terserlah. Alasan demi alasan terus menjadi rekaan, Sedang masa bergerak ke depan, Makin pantas tidak tersedar usia bertambah. ~~~~~~~~~~~~~~~~ # Ada ketika dunia hitam terlalu menyelubungi diri, hingga terasa semuanya seakan tiada erti. Ingin pergi membawa diri, dunia putih menanti untuk dinikmati. Justeru, wahai diriku, dengarkan suara hatimu paling dalam, bukannya bisikan-bisikan halus yang inginkan kamu terus lena dan lena. Setahun tidak lama. Ayuh... Cikgu Zaini sudah menyambung pengajiannya ke peringkat PhD, kamu ijazah belum habis lagi.
"Berikan peluang kepada diri sendiri. Segalanya tidak mustahil, wahai Jamilah." Yang berlalu itu sudah lepas, banyak lagi yang perlu difikirkan selain hanya fikirkan benda yang sudah lepas. Jika kamu tidak percaya, bagaiama ia akan jadi seperti yang kamu pinta?

bebel

Tulisan  menggambarkan perasaan? kadang sebenarnya tulisan seseorang itu hanya rekaan dan terjemahan sebuah keinginan, harapan dan imaginasi si penulis. ada ketika, penulis seakan terperangkap dalam tulisannya sendiri apabila pembaca -termasuk aku- sering menilai tulisan yang dibaca secara zahir. Apabila membaca sesuatu yang sedih, aku secara automatik akan menyoal diri sendiri, adakah penulis sedang melalui apa yang beliau tulis, sedangkan mungkin dia menulis daripada pemerhatian, bacaan atau coretan daripada kisah orang lain. ada ketika seakan lebih seronok mengenali tulisan tanpa tahu siapakah penulisnya. aku tidak akan menilai tulisan dengan peribadinya. seperti zaman sekolah yang mana aku membaca sesuatu karya tanpa mengetahui siapa penulisnya... Terasa aman dan selesa membacanya.  Seperti Hlovate yang aku hanya kenal tulisannya, macam Hilal asyraf sebelum aku bertemu dengannya... Aku tahu, tidak layak menilai seseorang tanpa kenal dekat, namun manusia seperti aku sering sah

Pinjaman

Gadis syurga itu kembali ke sisi pencipta-Nya, Dipinjamkan beberapa purnama bertemu ayah, ibu, kakak, abang, dan saudaranya. Ketentuan Allah tiada penghalang, Tertulis tarikh kematian di atas Sana, apa yang terjadi adalah asbabnya... Gadis syurga itu kekal tersenyum selamanya.. Tenanglah wahai "Kesabaran Kami..." Sabrina... Seketika Allah pinjamkan, Memberi senyum ayah dan ibu, Membuah ria kakak dan abang... Allah lebih menyayangimu.. Sayang Allah kepadamu melebihi sayang ibu dan kami di dunia. Al-Fatihah. *1 Mac 2012, Allah menjemput anak saudaraku yang dilahirkan lima bulan lalu. Betapa Allah menyayanginya, menjemputnya ketika masih suci tanpa calitan dosa... Kakaknya yang berusia empat tahun sudah mengerti, adiknya sudah dijemput Ilahi...