Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Excellent or Success.

"Choose excellence success will follow."   "pilihlah kecemerlangan kejayaan akan mengikut." "Success is often measured by comparison to others. Excellence, on the other hand, is all about being the best we can be and maximizing our gifts, talents and abilities to perform at our highest potential"  Selama ini aku ingatkan kata-kata itu punya makna sama. Tapi bukankah setiap kata yang walaupun beza satu perkataan punya makna yang sama. Tambahan pula dalam bahasa Arab. Berubah bari daripada fathah menjadi dhommah sudah menyebabkan maknanya berubah. baca  di sini ada srtikel tentang apa itu "success and excellent" Nota Sebelum Titik: sekadar ini. nanti nak nonton semula 3 idiots dan nak bercerita tentang itu pula. =]

.hlovate.bicara.

Hlovate. malam ini, dalam sunyi, penaku menari, mencari kata penguat diri, lalu kutemu ini...

titip doa.

menitip doa di malam hari. Kamu mahu tahu apa yang buatkan aku tersenyum? Bila lihat gambar kita bersama. Bila tengok kamu tersenyum. Bila tonton video yang aku curi rakam. Bila ingat yang aku ada sahabat yang baik. Terima kasih ya allah memberikan aku sahabat yang baik. Hadirnya menyenangkan, Perpisahan mohon dilambatkan. nota sebelum titik: mood senget ini malam.

PERIBADI.

Penulis: Prof. Dr. HAMKA Tentang beliau:  Biodata HAMKA, wikipedia. membina diri! 'PERIBADI' aku beli sebagai hadiah untuk diri sendiri sempena menjelangnya usiaku 21 tahun. Lama, baru aku punya 'rasa' untuk membacanya. Buku tertajuk PERIBADI yang ditulis oleh HAMKA, seorang agawan, sasterawan, dan ahli negara politik Indonesia  ini menggunakan bahasa yang mudah difaham oleh aku. Katanya yang lembut dan merendah diri membuatkan tanpa sedar lebih dua jam aku duduk di kerusi untuk menghabiskan buku ini. Sambil membaca, aku turut mencatat perkara utama yang dibincangkan abuya HAMKAN. Ternyata banyak hikmah yang boleh aku dapat dengan membaca buku ini. Aku catatkan perkara yang menjadi isi utama dalam 'PERIBADI'. Keseluruhannya adalah satu seruan untuk kita membina sebuah peribadi yang murni dan berani. Betapa seseorang yang punya wajah cantik tanpa akhlak mulia, apalah maknanya.Kata-kata ini mahu aku abadikan dalam ingatan. " Jika orang lain merasa gembira ker

asyauquki.

Jika rindu, doakan dia bahagia. =] Sudah hampir setengah hujan jam reda. hati masih belum berhenti berkata. Sungguh ketika amukan rasa tiba. Mengikut aku kata dia. Lalu di sini aku terus melintar kata. Bisikkan bicara kepada dia.

.pada jalan sedang dilalui ini.

terus hidup. =] Jika diberikan pilihan tentulah aku mahukan yang ceria-gembira-ria-senang sahaja dalam hidup. Lepaskan segala kesedihan jauh-jauh dan tiada air mata yang mengiringi perjalanan aku meniti hari. Tetapi kanvas kehidupan yang tercoret akan hanya jadi dua warna. Hitam dan putih. Dunia hilang serinya jika hanya ada dua warna itu. Lalu warna pelangi yang menjadi latar hidup kita menjadi saksi bahawa kehidupan hanya memberi erti setelah kita menjalani hari dengan penuh erti. Dalam duka ada makna. Dalam ceria ada cerita. Dalam semuanya ada janji Allah. Menangisi sebuah kegagalan tidak dapat mengubah gagal menjadi mumtaz jika tidak berserta usaha. Takdir Allah bukanlah yang kita mahu sahaja namun sungguh apa yang Allah berikan kepada kita itulah yang terbaik. Dan aku mahu peringatkan kepada diri... Baru aku tersedar akan sesuatu hari ini. Memori hari ini mahu aku pahatkan di sini. Betapa sebenarnya kakak-kakak mengharapkan adik-adik mereka melanjutkan pelajaran

TRAVELOG CINTA ABADI: MASA YANG BERLALU.

Penulis: Roza Roslan @ Raudzah Roslan. Blog: http://rozaroslan.blogspot.com/ Travelog yanng menggamit ingatan. Travelog setebal 272 aku baca tanpa henti. Sebelum ini, di kampus pernah beberapa kali mahu menghadam cerita-cerita yang terkandung dalam travelog ini namun tidak dapat juga sampai ke muka hujung. Kemahuan yang memuncak kala ini untuk membaca sesuatu menjadikan aku duduk diam sambil membaca aksara demi aksara yang pengarang tuliskan. kata pengarang, Puan Roza... " Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu secara terbatas, mengajak khalayak supaya berfikir, sekecil mana peristiwa kehidupan yang dihadapi oleh manusia, ia adalah kepunyaan Allah. Kita hanyalah insan kerdil yang pasti menghadapnya, lalu kekal selamanya dalam satu kehidupan baru. -[m/s xxxi] Lalu aku menyusur satu demi satu kisah yang pengarang paparkan. Membaca sambil dialun perasaan yang dirasa pengarang. Tersenyum apabila terkenang kenangan yang pernah aku lalui, terimbau segera ingatan-ingatan untuk dalam jem

Kalamullah.

al Quran bisa jadi saksi. Dr Sofiah menyampaikan kuliah, merdu suaranya menceritakan tentang sejarah penurunan al-Quran. Dan aku mahu memanjangkan pengajaran beliau dalam diari ini supaya ilmu yang beliau sampaikan tidak terhenti hanya takat ini. Penurunan al-Quran sekaligus Dalil Naqli: 1. Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-pernjelasan bagi petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)… (al-Baqarah:185) 2. Ha miim. Demi kita (al-Quran) yang jelas. Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam yang diberkahi. Sungguh, kamilah yang member peringatan. (ad-Dukhan:1-3) 3. Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Qadar. (al-Qadr:1) Berdasarkan dalil-dalil naqli ini, ketiga-tiganya menunjukkan al-Quran diturunkan pada satu malam –lailah mubarak (ad-Dukhan:3) merupakan malam al-Qadr (al-Qadr: 1) pada bulan Ramadan (al-Baqarah:185) -. Dalil ini adalah yang menceritakan bila ALLAH menurunk

Tertulis.

Tulislah selagi Allah pinjamkan 'deria' dan 'ilham'. Nikmat boleh ditarik bila-bila. Masih ada aksara  yang mahu mahu dibebaskan dari sarang rasa. Lalu, jemari terus bergerak atas papan kekunci.  Senggang cuti inilah saya dapat mencari dan berkongsi lebih banyak perkara hasil kelana aku dalam dunia maya. Lama aku tidak menjengah blog ibnu ahmad al kurauwi, penulis 'Rindu Cinta Ramadhan' ini. Malam, ini aku menaip nama ibnu ahmad al kurauwi pada laman google hingga menemukan aku kembali dengan blog beliau. Aku terjumpa kalimah ini dalam artikel beliau bertajuk menulis tanpa tangan? "Saya sering ditanya oleh rakan-rakan; “Bagaimana mahu menulis?” Secara seloroh saya menjawab; “Tulislah dengan tangan!” Mereka tersengih disindir. Pembaca yang membeli novel-novel saya kemudian meminta menurunkan tanda tangan, tentu biasa membaca tulisan saya dengan kata-kata; “Andai menulis, tulislah dengan hati. Agar dari hati turunnya juga ke hati!” .  Ya, pada hemat saya, Ni

Durrah Nur Aqilah:dia enggan ke usrah.

kalau kita sayang sahabat kita, kita akan tarik kalau dia tergelincir, kan? [ gambar koleksi penulis] Aku pandang muka dia, mahu kepastian. Sekarang aku lihat kegembiraan dia luar biasa, namun pandangan matanya kosong. Sinar pada matanya sudah hilang. Spirit dalaman dia pudar kerana dia terasing sekarang. Dia menjauhkan diri dan hidup sendiri. Dunia dia. Aku mulakan bicara kami dengan pertanyaan yang bermain di minda sejak melihat dia makin mendiamkan diri.. " Mengapa kamu tiada dalam usrah seperti selalu ?" Semalam dia bercerita pada yang dia enggan menyertai usrah. Perkumpulan untuk kembali mengecas hati-hati kami dan membina diri. Dahulu, walau jarang dia akan sama-sama ada dalam usrah. Sekarang tidak lagi. Dan tiada yang menyoal dia hingga dia terus menyepi. Aku tidak senang dengan keadaan ini. Dia mahu hidup bersendiri. Doaku: "Kuatkan dia untuk hidup bersendiri sedang manusia itu dicipta dengan kemahuan untuk bermasyarakat. Sifir kehidupan perlukan

Percikan kenangan: kawin kawin.

Majlis kahwin.  Majlis perkahwinan yang berlangsung kiranya menjadi medan terbaik untuk sanak saudara berkumpul. Ketika inilah ibu saudara yang jauh bertandang. Sepupu sebaya dapat mengenal setelah jarang bersua. Malah, majlis perkahwinan mengumpulkan semula teman-teman dan riuh sekampung berhari-hari menyediakan persiapan perkahwinan. Baru pulang majlis perkahwinan Nakhaie, jiran sekampung. Terkenang nostalgia majlis perkahwinan. Lalu, aku mula menaip diiring Maher Zain dengan lagunya , barakallahulak. Aku masih ingat pengalaman dua kali diadakan majlis perkahwinan di rumah pada tahun 1999 [kakak sulung] dan 2002 [kakak kedua]. Meriah ketika itu dengan penduduk kampung berkumpul untuk sama-sama buat kerja dan meraikan majlis perkahwinan itu. Khidmat yang digunakan adalah penduduk kampung yang menjadi mentara [tukang angkat hidangan] berbanding sekarang banyak yang selesa menggunakan khidmat catering. Ketika majlis kenduri, ada tempat makan yang dipanggil balai. Tetamu akan

.suatu ketika. & detik ini.

kenangan. Bismillahirrahmanirrahim... Catatan ini aku nukilkan sebagai coretan buat diri sendiri yang makin jauh daripada dunia yang sepatutnya tidak aku tinggalkan. Sungguhlah, sekali kamu melarikan diri daripada daerah kecintaan itu, payah untuk berpatah dan mendapatkan semangat yang tercicir itu.Payah mahu bangkit. Kekuatan perlu dijana semula. Keberanian! ya... Aku masih ingat dulu. Ketika itu di rumah tiada komputer apatah lagi komputer riba. Lalu, kegemaran aku membaca majalah kakak + novel yang dicuri-curi baca + dorongan hati yang mahu menulis membuatkan aku suka menconteng. Ketika belum bersekolah menconteng diri seperti kebanyakan kanak-kanak. Kemudiannya menconteng buku latihan sekolah dan pernah sekarang atas kertas peperiksaan. Ah, rontaan kata yang mahu dibicara manakan bisa dipaksa untuk mengalir. Datangnya tidak kira masa. Tulisanku ketika itu hanya main-main. Menulis untuk kepuasan sendiri sebenarnya. Kadang-kadang rasa benci, rasa tidak suka yang tidak te

.suatu ketika. & detik ini.

kenangan. Bismillahirrahmanirrahim... Catatan ini aku nukilkan sebagai coretan buat diri sendiri yang makin jauh daripada dunia yang sepatutnya tidak aku tinggalkan. Sungguhlah, sekali kamu melarikan diri daripada daerah kecintaan itu, payah untuk berpatah dan mendapatkan semangat yang tercicir itu.Payah mahu bangkit. Kekuatan perlu dijana semula. Keberanian! ya... Aku masih ingat dulu. Ketika itu di rumah tiada komputer apatah lagi komputer riba. Lalu, kegemaran aku membaca majalah kakak + novel yang dicuri-curi baca + dorongan hati yang mahu menulis membuatkan aku suka menconteng. Ketika belum bersekolah menconteng diri seperti kebanyakan kanak-kanak. Kemudiannya menconteng buku latihan sekolah dan pernah sekarang atas kertas peperiksaan. Ah, rontaan kata yang mahu dibicara manakan bisa dipaksa untuk mengalir. Datangnya tidak kira masa. Tulisanku ketika itu hanya main-main. Menulis untuk kepuasan sendiri sebenarnya. Kadang-kadang rasa benci, rasa tidak suka yang tidak terluah, aku su

KANTAN.

Kantan depan rumah. "anak, ini bunga kantan." Hah! ketika itu mungkin anak aku tidak pun mengenal tumbuhan kampung sebagaimana aku yang generasi kini payah untuk mengenal pokok kampung. Hari ini aku mahu bercerita tentang bunga kantan. Aku terjumpa laman ini, :Segalanya Tentang Tumbuhan: .   berkaitan pokok-pokok, aku merjuk ke sana. Sangat bagus untuk mencari tentang tumbuhan. Macam-macam  ada termasuklah tulip. =] Jangan tidak tahu yang kantan bukan hanya nama tumbuhan namun nama tempat yang letaknya di Kajang. Sungai Kantan. Malah ada sekolah di situ namanya sekolah Agama Sungai Kantan. Setelah melihat di google map, aku tampalkan di sini sebagai bukti. ^ nanti aku cari daun mahang pula. ^ Kantan dikatakan asalnya dari Malaysia dan tumbuh meliar terutamanya di tanah lembap. Benar, tanamnya mudah dan tidak perlu penjagaan rapi. Aku pernah mendengar bapa saudara aku mengatakan yang perniagaan bungan kantan juga ada tempat dalam pasaran. Sebatang bungan kantan

KANTAN.

Kantan depan rumah. "anak, ini bunga kantan." Hah! ketika itu mungkin anak aku tidak pun mengenal tumbuhan kampung sebagaimana aku yang generasi kini payah untuk mengenal pokok kampung. Hari ini aku mahu bercerita tentang bunga kantan. Aku terjumpa laman ini, :Segalanya Tentang Tumbuhan: .   berkaitan pokok-pokok, aku merjuk ke sana. Sangat bagus untuk mencari tentang tumbuhan. Macam-macam  ada termasuklah tulip. =] Jangan tidak tahu yang kantan bukan hanya nama tumbuhan namun nama tempat yang letaknya di Kajang. Sungai Kantan. Malah ada sekolah di situ namanya sekolah Agama Sungai Kantan. Setelah melihat di google map, aku tampalkan di sini sebagai bukti. ^ nanti aku cari daun mahang pula. ^ Kantan dikatakan asalnya dari Malaysia dan tumbuh meliar terutamanya di tanah lembap. Benar, tanamnya mudah dan tidak perlu penjagaan rapi. Aku pernah mendengar bapa saudara aku mengatakan yang perniagaan bungan kantan juga ada tempat dalam pasaran. Sebatang bungan kantan dijual secara p

Mengenang.

Setiap anak istimewa. [kredit gambar: http://www.taarezameenpar.com/ ] Jemari terus menari.... selagi 'rasa' itu ada baiklah saya mencatat apa yang mahu dibicara... Sedari siang tadi memikirkan tajuk ini.Saya jadi teringat filem yang saya tonton berulang kali itu. "Taare zameen par". Bukan saya mahu mengulas atau menjadi pengkritik kepada filem ini, sekadar bercerita... Anak. Saya tidak punya pengalaman menjaga  adik, lalu apabila melihat anak saudara sulung melayan adik-adiknya, saya terfikir sendiri. "Anak sulung dan anak bongsu beza benar." Rasa tanggungjawab dan perasaan itu beda. Itu saya pasti. kerana perbezaan yang adalah anak tidak boleh dilayan sama semuanya. Mungkin anak sulung suka warna biru, anak kedua minat warna hijau, anak ketiga suka warna merah. Jika semuanya diberi warna yang sama merajuklah ia. Seni menjaga zuriat itu juga penting. ^ apakah aku membebel, belum sampai maksud. ^   Cuba tulis lagi... Saya suka melihat jik

Mengenang.

Setiap anak istimewa. [kredit gambar: http://www.taarezameenpar.com/ ] Jemari terus menari.... selagi 'rasa' itu ada baiklah saya mencatat apa yang mahu dibicara... Sedari siang tadi memikirkan tajuk ini.Saya jadi teringat filem yang saya tonton berulang kali itu. "Taare zameen par". Bukan saya mahu mengulas atau menjadi pengkritik kepada filem ini, sekadar bercerita... Anak. Saya tidak punya pengalaman menjaga  adik, lalu apabila melihat anak saudara sulung melayan adik-adiknya, saya terfikir sendiri. "Anak sulung dan anak bongsu beza benar." Rasa tanggungjawab dan perasaan itu beda. Itu saya pasti. kerana perbezaan yang adalah anak tidak boleh dilayan sama semuanya. Mungkin anak sulung suka warna biru, anak kedua minat warna hijau, anak ketiga suka warna merah. Jika semuanya diberi warna yang sama merajuklah ia. Seni menjaga zuriat itu juga penting. ^ apakah aku membebel, belum sampai maksud. ^   Cuba tulis lagi... Saya suka melihat jika keadaan di sekolah

[Kataku Tidak Bebas]

Aksara, terbanglah! [gambar koleksi] Sejak bercuti, kataku seakan tidak bebas berlari. Ada sahaja rasa-rasa tidak enak membantutkan kehendak hati yang mahu menulis setulusnya. Berulang kali dipadam-tulis apa yang mahu dikata. Sedang aku lebih suka membiarkan segala yang ingin dibicara bagaikan air sungai yang mengalir tanpa halangan. Aku menulis sedikit, ada rasa tidak percaya dengan tulisan sendiri datang. Lalu, aku padam segala manuskrip yang pernah aku nukilkan sebelum ini. Mudah sahaja aku menampalkan ia di tempat lain pula. Tidak lama, rasa sayang kembali, lalu aku mengutipnya kembali. Ah, mana bisa aku biarkan sahaja kalimah-kalimah itu terpadam daripada memori ingatan. Bukankah kataku, manuskrip ini adalah harta yang aku tinggalkan untuk kenangan aku dan yang tersayang? Biarkan sahaja apa yang aku tulis ini cerita aku, contengan aku, luahan aku... Apabila aku bacakan semula, bukankah ia menjadi satu jalan untuk memandang dan muhasabah diri sendiri? Memandang kepada kele

[Kataku Tidak Bebas]

Aksara, terbanglah! [gambar koleksi] Sejak bercuti, kataku seakan tidak bebas berlari. Ada sahaja rasa-rasa tidak enak membantutkan kehendak hati yang mahu menulis setulusnya. Berulang kali dipadam-tulis apa yang mahu dikata. Sedang aku lebih suka membiarkan segala yang ingin dibicara bagaikan air sungai yang mengalir tanpa halangan. Aku menulis sedikit, ada rasa tidak percaya dengan tulisan sendiri datang. Lalu, aku padam segala manuskrip yang pernah aku nukilkan sebelum ini. Mudah sahaja aku menampalkan ia di tempat lain pula. Tidak lama, rasa sayang kembali, lalu aku mengutipnya kembali. Ah, mana bisa aku biarkan sahaja kalimah-kalimah itu terpadam daripada memori ingatan. Bukankah kataku, manuskrip ini adalah harta yang aku tinggalkan untuk kenangan aku dan yang tersayang? Biarkan sahaja apa yang aku tulis ini cerita aku, contengan aku, luahan aku... Apabila aku bacakan semula, bukankah ia menjadi satu jalan untuk memandang dan muhasabah diri sendiri? Memandang kepada kelebihan ora

Hlovate.

Disember Hlovate ada buku baru? baca sini [blog hlovate yang diupdate] versus [sumber gambar sini. ] Dulu ketika orang lain membicarakan karya Hlovate yang ada dalam softcopy, saya tidak mengendahkan fenomena itu. Walaupun saya pernah terbaca cerita itu, saya hanya pandang sepi kerana bahasanya yang sempoi itu. Segalanya berubah setelah saya bersahabat dengan habibah. Beliaulah yang memperkenalkan saya dengan nama ini. Maka, jadilah saya seorang 'peminat karya hlovate'. "Oh, saya sudah jatuh hati dengan gaya cerita beliau." Saya tidak mahu nukilkan kisah siapa beliau. Memang Hlovate seorang yang sangat low profile kerana tidak penting siapakah hlovate, namun karya beliau memang menyentap jiwa. Terutamanya anak remaja yang sangat gemarkan bacaan yang tidak memberatkan fikiran mereka. Tidak terkejut saya lihat lelaki juga ' layan' cerita Hlovate. Di situlah letaknya kekuatan cerita Hlovate. Apabila sudah minat dengan karya penulis, saya suka mengumpul koleksi d

Hlovate.

Disember Hlovate ada buku baru? baca sini [blog hlovate yang diupdate] versus [sumber gambar sini. ] Dulu ketika orang lain membicarakan karya Hlovate yang ada dalam softcopy, saya tidak mengendahkan fenomena itu. Walaupun saya pernah terbaca cerita itu, saya hanya pandang sepi kerana bahasanya yang sempoi itu. Segalanya berubah setelah saya bersahabat dengan habibah. Beliaulah yang memperkenalkan saya dengan nama ini. Maka, jadilah saya seorang 'peminat karya hlovate'. "Oh, saya sudah jatuh hati dengan gaya cerita beliau." Saya tidak mahu nukilkan kisah siapa beliau. Memang Hlovate seorang yang sangat low profile kerana tidak penting siapakah hlovate, namun karya beliau memang menyentap jiwa. Terutamanya anak remaja yang sangat gemarkan bacaan yang tidak memberatkan fikiran mereka. Tidak terkejut saya lihat lelaki juga ' layan' cerita Hlovate. Di situlah letaknya kekuatan cerita Hlovate. Apabila sudah minat dengan karya penulis, saya suka mengumpul koleksi d

PEMALU.

Belajar daripada pohon semalu. Jemari  mahu meneruskan kata. Jika sebelum ini aku bicara tentang senduduk, kali ini aku mahu belajar tentang tumbuhan yang bernama semalu ini. " kamu, tangkap gambar ni. Kak nak buat kajian. Sebelum dan selepas." Petang itu aku mengikut kakak dan tiga anak ciliknya ke kebun. Dalam perjalanan pulang, kakak aku ternampak pohon semalu yang meliar di tepi jalan. Lalu dimintanya untuk aku  menangkap gambar pohon semalu itu sebelum dan selepas disentuh oleh jemari kami. Lalu aku terfikir akan apa pentingnya tumbuhan yang bernama semalu ini. Bukankah hadirnya hanya menghalang perjalanan kita meredah jalan. Boleh calar betis jika meranduk pohon semalu ini. Tetapi ketika membaca "Murabbi Cinta" karangan ustaz Hasrizal a.k.a Saiful Islam aku tersentak. Pohon semalu ada ceritanya. Boleh baca artikel itu di blog beliau...  Aku salin sedikit di sini... “Betul. Pokok semalu ini pokok perempuan.  Orang perempuan yang pakai t

PEMALU.

Belajar daripada pohon semalu. Jemari  mahu meneruskan kata. Jika sebelum ini aku bicara tentang senduduk, kali ini aku mahu belajar tentang tumbuhan yang bernama semalu ini. " kamu, tangkap gambar ni. Kak nak buat kajian. Sebelum dan selepas." Petang itu aku mengikut kakak dan tiga anak ciliknya ke kebun. Dalam perjalanan pulang, kakak aku ternampak pohon semalu yang meliar di tepi jalan. Lalu dimintanya untuk aku  menangkap gambar pohon semalu itu sebelum dan selepas disentuh oleh jemari kami. Lalu aku terfikir akan apa pentingnya tumbuhan yang bernama semalu ini. Bukankah hadirnya hanya menghalang perjalanan kita meredah jalan. Boleh calar betis jika meranduk pohon semalu ini. Tetapi ketika membaca "Murabbi Cinta" karangan ustaz Hasrizal a.k.a Saiful Islam aku tersentak. Pohon semalu ada ceritanya. Boleh baca artikel itu di blog beliau...  Aku salin sedikit di sini... “Betul. Pokok semalu ini pokok perempuan.  Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu