Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

terima kasih

Aku suka mendengar setiap kali dia berbicara semasa kami dalam perjalanan pulang. Aku pendiam. Aku suka mendengar. Terima kasih untuk setiap kisah yang merefleksi aku. Usia kita yang berkurang, tanggungjawab, sangat mempengaruhi keputusan yang kita lakukan... Sekalipun aku terlupa kisah, semoga aku tidak terlupa ibrah. Ada hal yang kita tidak simpan dalam kepala ketika kita makin tua... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Hari Yang Aneh

21 Februari 2021 Entah mengapa aku menggelar hari ini hari yang aneh. Untuk diri aku sendiri. Perasaanku turun naik daripada gembira menjadi sedih, dan ketawa kemudian mahu menangis. Menuliskannya, cara aku membiarkan perasaan itu berlalu. Itu cara aku berkomunikasi, pada masa sekarang. Menghantar tanda-tanda melalui tulisan, tentang perasaan yang sedang aku rasakan. Menuliskannya, adalah cara aku bercerita.  Bukanlah aku meminta balasan, hanya begitulah cara aku bercerita. Tentang apa yang sedang aku rasakan pada ketika itu... Mengapa aku mengatakan hari ini, hari yang aneh. Sepatutnya hari ini menggembirakan. Kerana aku akan masuk ke bilik baharu. Tetapi rumah kosong itu menimbulkan rasa sedih. Tanpa aku minta ia hadir. Aku terasa mahu menangis ketika mahu meninggalkan rumah kosong itu. Seperti cerpen yang aku tulis, ketika aku datang ke rumah kosong itu, hatiku terasa kosong... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Februari Menuju Hujung

Ada suatu kepuasan saat menuliskan di laman ini berbanding di media sosial. Kepuasan aku meluahkan dengan kata-kata tanpa had.  Februari hampir menuju hujung dan aku akan melalui pengalaman baharu walaupun masih di tempat yang sama. Masih di perumahan yang sama. Hanya berubah blok sahaja. Ada sebab yang menyebabkan aku perlu berubah angin. Dan akhirnya aku ada sebab yang kuat untuk aku berpindah.  Februari sudah sampai ke hujung. Lapa hari sahaja lagi. Dan aku masih seperti aku yang makin tidak tahu apa yang akan jadi dengan aku sepanjang 2021 ini. Aku hanya mengikut hari yang berlalu semakin pantas. Jumaat berganti Jumaat tanpa sedar. Ada 1000 kata yang mahu diluahkan, tetapi tidak dapat aku tuliskan. Mungkin lain kali. 

PERJALANAN INI BELUM TAMAT.

  Sejak 2017 aku berada di Akademi, melanjutkan pengajian. Tempoh tiga tahun, menjadi empat, yang menjadi peluang berharga kerana aku bersama-sama junior, daripada pengajian bersemuka, bertukar menjadi sesi dalam talian.  9.2.2021, tarikh yang mendebarkan itu akhirnya sudah berlalu. Jika diimbas 2017-2021, bukan hanya episod ketawa, ada air mata, episod berdiam diri, melarikan diri, buat hal... sehingga akhirnya 9.2.2021... tarikh itu hanya permulaan, kerana jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh selagi hidup. Meneruskan hari juga suatu perjuangan kini. Aku tidak dapat menahan diri daripada menulis status ini.  Mengenang cerita semalam... 9.2.2021 adalah tarikh seminar projek akhir sebelum tamat pengajian (masih ada latihan industri selepas ini). Yang mana projek akhir dalam bentuk kumpulan cerpen, drama pentas atau novel akan dinilai. Tempoh 14 minggu (lebih sebenarnya sejak seminar awal), yang dirasa lama rupa-rupanya sangat singkat. Aku yang tidak punya banyak kelas, banyak masa

Tiba Masanya Aku Pergi

Aku sayang akan rumah ini. Yang aku duduki sejak 2018 tidak silap. Daripada berdua, sendirian, bertukar-tukar rakan sebilik, aku masih di rumah ini. Tahun lepas, aku lepaskan hak sebagai penyewa dan hanya menyewa bilik kecil dalam rumah ini.  Apabila diberitahu akan ada orang lain masuk, aku tidak kisah. Tetapi apabila diberitahu mereka pasangan suami isteri, atas alasan apa sekalipun aku perlu keluar segera daripada rumah ini. Aku tidak akan selesa.  Semoga aku ditemukan dengan rumah yang lebih baik.  "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

KISAH SEORANG GADIS YANG DUDUK DI RUMAH SEJAK MAC 2020.

Dia tidak kisah duduk di rumah, kerana dia seorang pendiam yang betah di rumah, asalkan ada talian Internet, makanan dan sumber elektrik dan air. Letaklah dia di rumah, atau di dalam bilik, dia akan duduk diam-diam di situ. Ketika arahan berada di rumah dikeluarkan pihak berkuasa, pada mulanya dia rasa gembira kerana boleh duduk di rumah. Tidak perlu bergegas untuk tunggu bas dan tren, berjalan ke tempat pengajian. Dia boleh berjimat dalam hal itu, wang boleh digunakan untuk membeli barangan harian dan barang-barang yang dia teringin beli. Dia gembira untuk beberapa ketika.   Sehinggalah berlalu satu semester, dan semester seterusnya dia tidak punya banyak kelas. Jadual kelasnya tidak banyak dan dia hanya ada kelas petang. Ketika itu jadual hidupnya berubah. Daripada seorang yang suka berpagi-pagi, dia menjadi seorang yang berjaga malam, dan akhirnya pagi barulah dia akan tidur sebelum kelas pada petang hari. Hal yang tidak biasa semasa dia punya rutin ke kelas, berubah. Dan dia mula g

CATATAN PEMBUKA 2021

Sekalipun aku berkata aku mahu berhenti membebel -menulis- sesuka hati, menulis merupakan medium aku melontarkan kata-kata yang tersimpan dalam kepala, walaupun tidak semuanya. 9 Februari 2021, Insya-Allah aku akan bentangkan projek akhir kumpulan cerpen. Cerpen-cerpen kecil yang ditulis untuk menyudahkan tugasan itu, setiap satu ada kisahnya. Aku bersyukur punya guru dan rakan yang membantu aku menaikkan semangat yang lekas merudum setiap kali menulis. Siap sebuah cerpen, kemudiannya rehat panjang sebelum aku mula menulis cerpen seterusnya.  2021,  Semoga aku lebih banyak bercerita di sini. Tulisan di sini lebih kekal untuk aku baca semula. Jika di Istagram, aku suka padam semula jika mood aku tidak kena pada masa-masa tertentu. Hakikatnya aku suka melihat kembali tulisan lepas sebab ia mewakili perasaan ketika aku menulis. Demikian aku menangkap gambar.  2021. aku masih mencari diri. Masih membetulkan diri sendiri yang selalu tersasar.  Berjuanglah kita di atas platform sendiri.  &qu