Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Resensi: Secubit Halwa Penawar Jiwa 100 Kisah kehidupan

Tajuk Buku: Secubit Halwa Penawar Jiwa 100 Kisah kehidupan Pengarang: Zakaria Sungib Penerbit: Galeri Ilmu Tarikh Dibaca: 27-8-2010 TENTANG PENGARANG: (daripada kulit buku) Zakaria Sungib, anak kelahiran Johor Bahru, berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang kewartawanan dan penulisan. Mendapat inspirasi daripada siri buku Chicken Soup for the Soul yang telah membentuk ramai manusia, beliau mengumpulkan kisah-kisah kehidupan yang membawa nafas Islam. Beliau memilih kisah-kisah yang bukan sahaja mengandungi nilai keislaman yang universal tetapi juga membawa nilai Islam yang tinggi. BLURB BUKU: Cerita mempunyai kuasa dan pengaruh tersendiri. Melalui himpunan 100 buah kisah di dalam buku ini, pembaca akan menemui kisah-kisah yang dekat dengan diri masing-masing. Kisah yang terkesan di hati. Kisah yang mencetuskan inspirasi, menjernihkan jiwa, seterusnya memberi motivasi. Pelbagai kisah yang diceritakan oleh ramai penerita ini merupakan koleksi 'halwa jiwa' yang memberi kesan pen

Main-main

Dalam kamus dia tiada perkataan serius. Kalau boleh semuanya mahu santai dan lepas. Kata dia serius hanya menyekat kreativiti dia. Dia mahu sebebas burung. Sedang dia sedar keberadaan dia di dunia ini seketika cuma. Selepas ini, dia akan mati. Jadi, kenapa dia mahu main-main? Adakah dia tidak sengaja mengingkari apa yang pasti akan terjadi. Nak bergurau tidak salah tetapi perlu sedar yang tidak semua perkara boleh dibuat main. p/s: maaf tiada catatan jejak rasul.

PERKEMBANGAN TEKAD: Bergerak Satu Tapak

Alhamdulillah... Pagi Ahad yang nyaman 19 Ramadhan aku mendapat maklum balas tentang manuskrip yang sedang aku hasilkan. Kata Ustaz Editor, beliau sudah emelkan pada aku, 24 Jun yang lalu maklum balasnya.. Mungkin aku yang terlepas pandang... Semalam aku menghantar e-mel setelah tiga bulan berlalu dan mendapat balasannya pagi ini. Alhamdulillah.. Bagi yang belum mengetahui, sebenarnya, aku dalam proses melahirkan anak sulung aku. Hampir setahun menghamilinya, namun sampai sekarang belum matang. Insya Allah "TEKAD" akan menjadi anak sulung aku dalam penulisan novel.. Doakan aku. =) Secara kasar, manuskrip itu sudah siap sepenuhnya namun aku sebagai seorang yang baru pertama kali menghasilkann manuskrip memerlukan editing dan pembaikan sebelum mendapat hasilnya. Aku sangat menghargai jika ada yang sudi menjadi pengkritik untuk novel ini kerana aku tidak dapat menilai karya sendiri dan sangat mentah dalam bidang ini. Doakan agar perjalanan manuskrip ini dapat direntas dan impian

Entri Paling Merapu.. Aku hanya tulis tanpa fikir. Tak Perlu Baca!!!

Ada banyak kata-kata yang mahu aku nukilkan.. Ada banyak cerita yang mahu aku luahkan.. Maka, aku hanya mencatat dan terus mencatat hingga hilang semua perasaan. Sesungguhnya aku hanya manusia kecil... Aku hanya manusia yang tumpang berteduh di bawah lembayung rahmat Ilahi.. Aku bukan manusia sempurna. Seperti orang lain, aku punya banyak kelemahan yang kadang tertonjol, selalu tersembunyi... Aku manusia ego yang susah menegur orang lain. Aku sangat susah untuk melemparkan walau hanya sekuntum senyum kala berpapasan. Aku seolah-olah tidak mengenal orang hinggalah dia sendiri yang menegur..Sebenarnya aku malu.. Aku malu kerana aku manusia kecil.. Adakah aku terpedaya dengan diri sendiri? Aku tahu aku perlu jadi manusia peramah, namun aku tidak.. Aku takut untuk menjadi manusia peramah dan aku tidak suka bercakap. Aku tidak suka melonta bicara.... Tolonglah... Aku sangat takut untuk bercakap banyak kerana aku tahu sepuluh patah aku cakap mungkin hanya tiga yang bermanfaat. Aku takut

Jatuhlah si air mata...

Kadang kita malu untuk menangis.. Biarkan.. Biarkan air mata mengalir membasahi pipi supaya tenang hatimu tanpa nestapa dan duka.. Jadikanlah bahu ini tempat kau bersandar dan melepaskan segala keresahan itu.. Namun ada lagi Yang Lebih Setia Mendengar.. Itulah Allah yang suka mendengar rintihan hamba-Nya.. Bukankah air mata yang mengalir kerana takutkan Allah itu menjadi saksi di Akhirat kelak? Hati yang keras menyebabkan jasad kaku dan air mata juga tidak mahu turun melaju. Aku bukan mahu mengajar kamu menjadi seorang yang asyik mengalun sendu, namun ada ketika jatuhkanlah air mata, supaya basah hatimu.. Agar tenang jiwamu.. Diri.. kadang dalam hidup yang singkat ini kamu melalui fasa yang menyebabkan kamu sentiasa mahu bermain dengan air mata.. Ketika itu tumpahkanlah ia tanpa malu... Biarkan ia menganak sungai.. Biarkan ia bebas mengalir agar turut membasuh matamu... ... (fasa demi fasa.. laluan demi laluan.. manakah akhirnya?)

Cikgu Mat Zaini

Entahlah. hari ini ingatan aku melayang terkenang cikgu Ekonomi aku ini. Aku jadi rindu untuk mendengar suaranya, melihat wajahnya.. Aku rindukan seorang cikgu yang menabur semangat untuk aku terus berada dalam arena penulisan. Beliau cikgu yang sangat istimewa. Dilihat seperti garang namun sangat baiki hati. Cikgu Zaini mengajar Ekonomi Asas, Bahasa Melayu di SMKA Baling ketika aku belajar di sana. Sekarang cikgu di sekolah biasa dan sudah naik jawatan. Lama aku tidak menghubungi cikgu.. Cikgu banyak berjasa dengan aku. Cikgu menghantarkan aku ke Tol untuk aku ke Perkampungan Penulis Muda 2006 Cikgu berikan semangat untuk aku menulis sesuatu. Dalam bicaranya ada ilham. Cikgu kata masa cuti, pergi stesen bas, bersajak di sini.. Yang ini aku tak boleh lupa sangat-sangat. Cikgu pinjamkan komputer makmal bahasa untuk aku menaip esei yang memenangi tempat keempat sempena bertemakan budi bahasa. Ekonomi antara subjek yang aku cinta belajar sebab tertarik dengan cara mengaj

Ujian itu Memang Milik Kita

Ujian + Sabar = Redha Ini sebuah catatan untuk merefleksi diri. Sebuah coretan yang mengikut aliran jemari. Aku mahu berbicara dengan diri sendiri lewat dinihari ini. Bersediakah aku menghadapi ujian Ilahi yang diperuntukkan dengan diri. Ujian. Tribulasi. Mehnah. Semuanya membawa satu erti. Allah tidak memberikan ujian yang tidak terdaya ditanggung diri. Maka, kamu akan tahu jauh atau dekatnya dirimu dengan Allah apabila sedang diuji. Memang! Ketika diujilah kita akan sedar yang Allah sebenarnya sangat dekat dengan diri dan membantu kita menghadapi ujian itu. Bagaimana kita tidak sabar menghadapi ujian? Mungkin ada yang beranggapan jika mereka tidak diuji, maka Allah tidak ingat akan dia. Astagfirullah... Sedarlah yang tidak diuji dengan kesusahan, kesakitan, rasa sibuk hingga tiada masa, itu juga satu ujian. Allah mengujimu tentang masa. Diberinya kelapangan supaya dilihat bagaimana kita memanfaatkan masa. Diberikannya sihat supaya kita kuat untuk beribadat. Dikurniakan kita k

Geng Bilik Bacaan (GBB) SMKAB: Catatan Akak Feliz...

Tadi aku sengaja menggoogle kata 'villa igauan' dan aku bertemu dengan blog akak feliz yang rupa-rupanya bercerita tentang kenangan GBB.. Maafkan akak feliz, lama tak jenguk blog kamu.. Akak Feliz atau nama asalnya Saadiah turut berkongsi pengalaman kami sebagai ahli bilik bacaan.. Masih ingat tentang Geng Bilik Bacaan.Boleh membacanya kembali dengan mengetik di sini.  Catatan Kak Feliz boleh dibaca di sini.. Serius aku jadi makin  rindu dengan mar, mas, Saadiah, Alang, Liyana.. Semuanya.. Seronok sangat andai kita berpeluang bertemu dalam satu liqa' yang sangat manis. Siapakah yang mahu buat nasi minyak dahulu? Kita berkumpul di sana.... Kenangan kami ada kalanya muncul tanpa dipinta satu demi satu. Tingkap kenangan yang terkuak menjadikan aku kerinduan.. Senyum sendiri terkenang memori kita.. Ingin aku nukil, tidak satu kata keluar. Insya Allah, jika ilham itu datang dna mendesak, aku catatkan sedikit demi sedikit kisah kami.. Kenangan GBB.. "HU... baru saha

MEMANDANG MEREKA....

Pemuda perlukan tangan yang menghulur didikan. Dalam kehidupan kita sebagai manusia ada ruang-ruang kosong yang perlu diisi dan dipenuhi. Lapangan kerja, media elektronik, media massa, hiburan dan semua bidang yang ada perlu diisi dengan sesuatu. Betapa peranan orang Barat untuk menakluk penduduk timur bukannya lagi dengan menggunakan kekerasan, tetapi menyucuk jarum-jarum halus termasuklah hiburan. Mereka menyasarkan golongan muda belia untuk disuntik dengan virus hiburan tanpa batas. Lihatlah betapa berjayanya mereka apabila anak muda sekarang dan muzik seakan dua entiti yang tidak dapat dipisahkan. Baik! Kita tidak boleh salahkan muzik kerana muzik itu bermanfaat jika membawa kita dekat dengan Allah. Bagaimana orang dulu menggunakan muzik sebagai cara untuk dekat dengan Allah? Sebagaimana yang boleh dibaca dalam Advencer si Peniup Ney oleh Faisal Teharani... Peranan mereka yang tidak memahami hubungan muzik dan cara mendekatkan diri kepada Allah, menjauhkan jarak muzik den

ISTIMEWA: TERIMA KASIH ATAS INGATAN KALIAN>>>

Buat yang menghantar mesej di Facebook, sms, dan menghantar pesanan di blog ini, terima kasih saya ucapkan.. Semoga Allah merahmati kalian dengan doa-doa yang disampaikan. Jua semoga doa itu termakbuk untuk diri kalian juga.. Dimurahkan rezeki, dilanjutkan usia dalam iman, Islam dan teguh pada jalan yang Satu..  Hari lahir yang manis dengan pertemuan berulang dengan Marziah.. Allah , Engkau Maha Mengetahui.. =) Terima kasih buat semua yang ingat.. Terharu sangat-sangat.. Sesungguhnya hadiah yang paling berharga ialah persahabatan kita. Semoga Allah redha. =) Hadiah yang bernilai seumur usia. Terima kasih Ainul dengan pemberian yang manis.. =) Ainul memang cool! Tersenyum aku melihat kekreatifan Ainul Salasiah ini.. Dilekatkan ucapan-ucapan yang membuatkan aku senyum sendiri. =) Malam yang manis: Ramadhan, malam Jumaat, sebelum hujan, terima kasih kak husni, Habibah dan Rokiah menanti 12 tengah malam dan menyediakan tiramisu yang sedap itu.. =) Buku biru dan hijau untuk diri sendiri. Be

Durrah Nur Aqilah: Ketakutan-ketakutan Aku

Ada masa aku terlalu asyik dengan gumpalan awan cita yang aku bina dalam kepala hinggakan aku terlupa yang aku masih berpijak di bumi hijau. Aku melihat awan biru itu sangat cantik dan bermacam-macam corak hingga aku tidak teringat yang rumput itu mendamaikan hati  jika aku pandang di pagi hari.. Adakah aku yang terlalu memandang awan yang jauh itu??? Kalau disebut tentang mimpi aku juara. Bercakap tentang cita-cita aku boleh masuk sama. Namun apabila diminta untuk dikota apa yang dikata aku hanya mampu mendiam seribu bahasa tanpa satu suara yang hadir dalam diri.. Aku terkelu sendiri.... Bagaimana aku mahu memperkatakan sesuatu yang aku tidak lakukan? Mungkin di sinilah letaknya ketakutan aku kerana aku sebenarnya takut apabila aku sering berbicara tentang sesuatu yang tidak aku lakukan.. Pastinya Allah akan menguji dengan apa yang kita lakukan.. Supaya kita dapat rasakan apa yang kita lakukan, Biar dapat kita letakkan kaki kita dalam sesuatu situasi itu. Hanya bercakap sahaja, kanak-

Pelajaran Tentang Cinta

Aku tidak berhasrat untuk bercerita panjang tentang cinta namun terasa rugi apabila tidak berkongsi ilmu yang aku dapat pada hari ini.. Memang hati sudah terpaut pada pelajaran yang disampaikan yang biarpun  tiada dalam silibus, ia berguna dalam kehidupan sehari-hari.. Ada baiknya juga saya berkongsi kisah begini daripada asyik mencoret kisah peribadi. Titik. Kembali kepada tajuk. Ustaz berkongsi kata-kata yang mahu aku tampal di sini. "Beautiful in the eyes of the holder." "Cinta itu buta." Mungkin kita akan tersenyum mendengar perkataan cinta. Ya, cinta boleh menggerakkan seseorang untuk berusaha hingga berjaya. Berkorban apa sahaja dan bersemangat melakukan apa sahaja. Aku tidak pernah menafikan kuasa cinta yang mana mereka yang mengalaminya akan tahu manisnya cinta. Jangan sempitkan pemikiran dengan cinta muluk lelaki dan wanita yang bercinta tanpa batas. Namun luaskanlah pandangan hingga nampak betapa cinta meliputi rasa kasih kita kepada Allah, Rasulullah, par

TAK TAHAN

Aku tidak dapat menahan nafsu untuk memiliki buku-buku baru lagi. bukannya tidak sedar yang yuran belum dilunasi, namun degil apabila wang ada di tangan hari ini.. Dua hari.. Ada lima buku aku tangkap di booth DAWAMA. Belum termasuk esok. hmmm.. Tidak dapat puasa buku..Walaupun tidak tahu bila nak dibaca... Aku tak dapat melawan keinginan diri yang suka membeli buku. sob! sob! sob! Aku spesis manusia yang suka beli buku untuk dibaca berbanding pinjam.. Puas walaupun baca hanya sekali. Kerana aku sedar ini dapat aku tinggalkan apabila aku mati kelak.. Bukan kereta, bukan rumah, bukan wang, bukan harta.. Buku yang aku beli untuk kita semua... Hm.. bilalah buku akan melepasi

AIR SOYA + NASI KERABU

Ini cerita yang tiada motif, Cerita seorang manusia yang makan ikut suka diri, Padahnya.... **** Tarikh Kejadian: 23-8-2010 Masa Kejadian: Maghrib-Lepas solat Tarawih SERIK! Selepas ini aku akan setia membeli makanan di CAFE SAFIYYAH dan bukannya di Bazar Ramadhan.Kejadian yang terjadi ini terasa menginsafkan diri. Sob! Sob! Salah sendiri yang suka-suki iftor dengan sesuatu yang aku tidak biasa, maka natijah... Tanggunglah sepanjang malam... Aku dan diri sendiri ke bazar semalam untuk mencari juadah iftor dan memilih sebungkus soya panas dan sebungkus nasi kerabu. Terasa sedap dan teringin untuk makan. Maka, aku hanya minum air terlebih dahulu dan solat Maghrib.. sebelum menjamah makanan yang dibeli. Minum air dahulu. Habiskan sebungkus soya panas yang sudah sejuk. Kemudian mula memakan nasi kerabu. Makan sesuap. Rasa lain di tekak. Suap kedua, ketiga, ketiga.. aku paksakan diri untuk menyudahkan hingga suapan terakhir. Ketika berjalan untuk ke bilik air untuk membasuh tangan, tekak te

Jika Terakhir Buatku~Saujana~

Jika Terakhir Buatku Artis: Saujana Album: Nota Cinta oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan sukar mencari jalan yang benar kerna dipaut hasut dunia mencintai yang lain lebih dariMu *Inilah kadang-kadang realiti kita. Kerana terlalu asyik dengan nikmat yang Allah beri, kita lupa menyerahkan cinta kepada yang sepatutnya. Diberikan rasa cinta itu kepada yang bukan miliknya. Layakkah kita bergelar hamba? Apakah yang sudah kita lakukan dengan status kita sebagai khalifah. Sekadar duduk sahajakah? Hanya memerhati di celah-celah dinding? Allahurabbi.. Kamu terlalu mencintai yang bukan sepatutnya.Kita mahu mencari kebenaran namun tidak kita temukan jalan pulang. Sedih di hati padamkanlah dengan rasa rindu untuk beribadah kepadanya.. Ketahuilah yang kehidupan seorang Muslim itu ibadah selagi benar niatnya. oh Tuhan hidayahMu pernah hadir hingga kering air mataku menitis namun terkadang aku berpaling kerna mengejar nikmat dunia sementara Kala hidayah menyapa, kita enak sujud di tikar sejadah bersama d

Durrah Nur Aqilah: Suatu Masa Bernama Hari Konvokesyen

Dapatkah kita melalui hari konvokesyen bersama-sama???? " Hari itu kamu semua segak dalam jubah konvokesyen. Kamu sama-sama beratur dalam CAC untuk menerima skrol yang menandakan tamatnya ijazah kamu dalam bidang masing-masing. Kemudian kamu bergambar bersama-sama. Bersama bunga di tangan... Dengan jemari yang sudah bersalut cincin permata.. Ah,kamu dapat graduasi bersama-sama hari itu. Itulah saat terindah dalam hidup kalian. Kamu bersenda gurau, saling mengusik yang menambah bahagia. Kamu jadi terlupa, ada seseorang yang tiada di tepi kamu semua. Ketawa terhenti. Senyuman tak jadi. Kamu teringat pada dia yang tiada. Rancangan untuk bergambar di tangga besar kamu batalkan...Rupanya hari itu aku sudah tiada di sisi kamu.. Aku terbang terbang jauh.... JAUHHHH....." *** Aku percaya bagi yang bernama pelajar menantikan saat indah bernama hari konvokesyen ini. Siapakah yang hanya mahu belajar tanpa melalui hari ini? Mungkin ini semester terakhir, mungkin juga ini semester pertama

Cerpen: Graduasi

Mira terduduk. Khabar apakah lagi yang dibawa sahabatnya ini. Berulang kali mengulang perkara yang sama. Mira jadi sesak dada. Bagaimana akan dipujuk sahabatnya yang seorang ini. Mira mahu Sumayyah graduasi bersama-samanya tiga tahun lagi. Namun mengapa khabar itu lagi yang didengarnya. "Mira, aku nak berhenti belajar. Muktamad." Terkelu. Mira mengucap dalam hati. Perasaan apakah yang sedang bermain dalam jiwa Sumayyah. Manakah Sumayyah yang dia kenal dahulu? Sumayyah yang tidak mengenal erti putus asa dan hanya tahu erti berusaha walaupun berulang kali gagal mendatangi diri. Di manakah Sumayyah yang tekal melalui segala masalah yang datang bagaikan air yang mengalir dari bukit tinggi tanpa henti. Inikah Sumayyah yang dahulu. "Tetapi atas alasan apa?" Mira bertanya soalan yang terfikir di minda, Hanya itu yang mahu dia tahu. Sumayyah! Sumayyah! Badai apakah yang melanda jiwanya hinggakan keputusan yang sangat tidak bijak itulah yang mahu diambil. "Aku cuma bosa

Tidak Boleh Berhenti..

Lagi rancak aku kata aku mahu menutup blog a.k.a diari ini makin banyak kata yang mahu aku luahkan. Makin aku brsemangat untuk mengemaskini cerita-cerita baru, terasa kosong diri dan hanya terkaku di depan lappy, kadang tanpa walau sebaris kata. Yang, penting aku tidak dapat berhenti daripada meluah kata pada blog ini... Benarlah blog ini kisah peribadi, namun aku tetap mahu menukil supaya dapat aku baca suatu hari nanti. Semoga perkongsian aku di sini ada juga yang akan dijadikan perkongsian bagi yang membaca.. Memang berkali-kali aku tutup,tukar url, namun aku tetap kembali.. Blog ini ada makna sendiri.. Ada cerita yan terluah yang tidak mampu aku ucap dengan mulut sendiri.. Blog ini tempat latihan aku menulis supaya tangan tidak kaku... Kisah-kisah aku mungkin hanya biasa.. Tiada tazkirah menyentuh hati, tiada kata semangat meningkat motivasi, hanya kisah seorang yang bernama Jamilah.. Apa yang aku tulis itulah yang aku maksudkan.. Apa yang aku nukil, itulah perasaan.. Walau k

BANGKITLAH WAHAI DIRI!!!

Manusia boleh memotivasikan diri sendiri kerana dialah yang paling dekat selain Allah yang sentiasa memerhati. Jamilah, bersyukurkah kamu jika kamu sekadar membiarkan sedikit pinjaman ilham kepadamu sekadar terapung-apung di udara tanpa kamu bebaskan ia terbang dan hinggap di hati-hati manusia yang membaca. Kamu jangan asyik berkata. "Ah, aku tak pandai berkata-kata." "Em... aku ini manusia kecil cuma." Jamilah, ketahuilah yang mana kehadiranmu ke dunia ini akan dipersoalkan segala apa yang kamu lakukan termasuklah akan hal ilham yang Allah pinjamkan itu? Mengapakah kamu tidak sebarkan kepada orang lain? Adakah kamu sudah lakukan bahagian kamu? Kata kamu mahu jadi penulis, Jamilah. Sedang aku hanya pandai mengatur kata menjadi puisi yang kadang hanya luahan hati dan mungkin tidak jadi. Ketahuilah kamu perlu rasa beruntung kerana Allah pinjamkan ilham itu. Berpa ramai yang berkata mereka tidak mampu menulis walaupun pandai berbicara. Berapa ramai yang mahu ja

Ditembak di Hati.

Masa Kejadian: 1141-12.00 Tempat: e-mel yahoo, dalam hati. Tarikh: 21-08-2010 Aku petik perbualan aku dengan Sayyidah Muizzah Ahmad syukri a.k.a kak eja yang merupakan pelajar Law IIUM dan seorang penulis yang sudah menghasilkan novel ketika berusia 21 tahun.. Terasa ditembak di kepala.. Pedih dan kena.. Sekadar berkongsi dengan kalian.. Kak Eja : penulisan kamu bagaimana? Aku : dah lama tidak menulis le akak..dan lama tidak menghantar ke mana.. kak eja:menulislah dik...walaupun sedikit..ilmu yang ada harus disebarkan biar memanfaatkan masyarakat.. kasihan masyarakat kita dik... Aku : Akak... terima kasih atas nasihat yang sangat-sangat-sangat bermakna tu.. sekarang hanya menulis di blog sahaja. untuk menghasilkan sebuah cerpen pun tidak lepas.. kak eja :Kalau sebuah cerpen tidak lepas, puisi pasti lepas. menulis di blog juga bagus.tapi jika boleh diperluaskan skopnya lebih baik.akak yakin kamu boleh buat... Aku: Sudah hilang kekuatan nak menembusi majalah seperti d

Tentang 20 Ogos...

Mati makin menjengah... 20 Ogos  yang hadir saban tahun aku biarkan berlalu seperti hari-hari lain.. Ia sama seperti tarikh yang lain, namun tanggal ini bertambah satu angka dalam jumlah tahun aku dihadirkan atas muka bumi ini... Aku tidak menyambut kelahiran dan ia bukan tradisi dalam keluarga aku untuk meraikan hari lahir sesiapa sahaja. Mungkin juga tidak ingat... Namun insya Allah aku ingat tarikh keramat ahli keluargaku ini... Aku juga seronok jika hari ini seperti hari-hari lain, namun aku suka apabila mendapat tahu aku ada sahabat yang mana tarikh hari lahirnya juga 20 ogos.. Kemudian aku tahu seorang blogger yang sangat suka membaca, Kak Welma juga lahir tanggal 20 Ogos. Kemudian semalam aku terbaca dalam satu blog, tarikh lahir kawannya 20-ogos. Aku jadi seperti mahu kenal dengan mereka yang berkongsi tarikh pada 20 Ogos.. Apakah ada persamaan? Haha.. Berapa ramai orang yang dilahirkan pada 20-Ogos... Sekolah rendah seingat aku aku tidak mengenal sambutan hari lahir atau apa-

Cakap-Cakap Pagi Tentang Buku...

Aku suka membeli buku atau majalah. Walaupun aku hanya baca satu muka, saya puas apabil buku makin bertambah. Namun saya susah mahu membaca buku melainkan novel. Saya suka uslub bercerita walaupun saya tidak pandai bercerita. Saya suka melihat pengalaman orang untuk merefleks. diri sendiri. Saya sedikit tidak pandai membaca buku-buku serius... Tetapi ustaz Adli menanam rasa mahu untuk menelaah karya-karya HAMKA. Seorang ulama' Nusantara yang turut menulis novel.. Kata ustaz, pada pandangan beliau, sasterawan sekarang belum menandingi keperibadian HAMKA. Syahsiah itu terbina seluruh hayat... Ingat itu.. Da HAMKA seorang sosok hebat.. Aku cuba untuk menelan ayat-ayat yang ditulis HAMKA walaupun baru baca satu muka, aku yang lena... Untuk kerja Adab Arabi, aku memilih Ahmad Syauqi untuk dibuat kajian tentang syairnya.. Buku banyak namun belum mulakan apa lagi... Ah. mahu buat last minute jugakah? Adab islami pula perlu buat perbandingan novel Faridah Hanum dan Zainab... Novel pun belu

GBB SMKAB: Pertemuan tanpa dirancang

Aku masih ingat tahun lalu kita bertemu tanpa dirancang di Mydin Masjid Jamek. Lalu kamu serahkan kepada saya sehelai jubah yang sangat cantik.. Lalu, hari ini saya ingat kamu. Saya rindu kamu. Saya ke Masjid Jamek menemani Kak Husni.. Tanpa diduga kamu menegur.. Ah, rindunya kepada kamu.. Saya memakai baju yang kamu berikan hari ini.. Alhamdulillah, Allah temukan kita.. Terima kasih Allah... p/s: terima kasih kak Husni dengan hadiah yang sangat bermakna itu. =)

Ainul, syukran Jazilan!!!

Tarikh berlaku: 19-8-2010 Masa: Selepas solat Asar Lokasi berlakunya kejadian: Masjid SHAS, tingkat 3 Kamu mesej saya tanyakan masa terakhir kelas saya.. Katamu mahu bertemu saya sebentar... Saya membuat andaian sendiri, tetapi saya setuju sahaja apabila kamu kata mahu bertemu saya usai solat Asar... Sampai di masjid, kamu ter'kantoi' dengan saya.. Saya lihat kamu seperti sedang membalut sesuatu... Hihihi... Saya berlalu seperti tidak nampak, Macam tidak tahu. Solat Asar.. Okey.. Kamu hulurkan bungkusan.. Berbalut putih. Warna yang menggambarkan kesucian isinya.. Saya seperti dapat agak apa dia.. Kamu peluk saya.. Hati saya merenyai.. Kamu ucap selamat hari lahir.. Kamu doakan saya.. karya saya... terima kasih sahabat... Balik bilik saya tidak sabar mahu buka... Lihat apa kau beri... Allahuakbar!!! Kamu beri sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Sesuatu yang tidak tertanding seisi dunia.. Kamu berikan aku senaskah al-Quran.. Subhanallah... Semanis madu pemberian itu.. Seindah pe

KAMI: {TERHARU HINGGA TERSENDU...}

Tarikh: 20-08-2010 Masa Ditulis: 0246 Tempat Kejadian: Dalam Hati. Emosi: Terima kasih atas doa dan kejutan kalian... =) *Entri ke-200 pada 20 Ogos 2010 bersamaan hari lahir ke 21, malam Jumaat dan malam Ramadhan ke-10.. Hari terakhir fasa pertama Ramadhan..  Bagaimana aku mahu mulakan penulisan ini? Kalimah Alhamdulillah adalah yang paling wajar. Keduanya, terima kasih dengan sesuatu yang manis malam ini dan ketiga, terima kasih juga atas doa-doa dan kata-kata kalian... Saya tidak tahu bagaimana mahu mencoret perasaan itu. Cuma mahu melahirkan rasa terharu. Meluahkan rasa syukur yang tidak mampu saya lafazkan dengan kata-kata... Dengan pemberian Ainul yang membuatkan hati merenyai tanpa dipinta dan tersenyum dalam hujan, Kek Tiramisu yang sangat sedap. Kak Husni, Rokiah, Bib yang meluangkan masa hingga jam 12 dan menyediakan kek dan pemberian yang sangat manis... Maafkan saya tidak pandai menyusun kata memberi bicara, Hanya sebaris kata yang lahir daripada jiwa.. =) Ah, hilang kata! K

Cerpen: Warkah Buat Segumpal Darah dalam DIri

WARKAH BUAT SEKEPING QALB Assalamualaikum, segumpal darah yang mendiami diri ini. Duhai seketul darah yang bernama hati, bagaimanakah keadaanmu sekarang? Tenangkah kamu mendiami batang tubuh ini? Adakah seputih dan sejernih seperti aku dihadirkan di dunia fana ini 19 tahun lalu, atau titik-titik hitam terlalu mewarnai hinggakan putih itu terbenam. Warna apakah kau sekarang? Seingat akal dangkalku, usia kecilku, tak pernah aku rasa resah gelisah, kegembiraan melakar segenap kehidupanku, aku bahagia walaupun aku tak mengerti segala perlakuan manusia di sekelilingku. Aku mampu tersenyum walaupun dicubit, digomol, digigit, aku relakan semuanya. Menginjak remaja, mengapa tiada lagi perasaan seperti itu? Mengapa hanya resah yang aku rasa? Mengapa dada ini tak setenang masa jagungku. Seakan-akan ketenangan dulu telah dicabut daripada kehidupanku. Duhai hati, tiba-tiba aku teringat yang sebenarnya aku banyak mengabaikan kau selama ini. Aku tak siramimu dengan bacaan al-Quran. Bonda pernah mena

Durrah Nur Aqilah: ^Secubit Rasa yang Hampir Mati^

Jangan suka memandang sesuatu dengan pandangan buruk. Lihat yang positif. Bersikap optimis. Melalui kehidupan dengan senyum dan penuh kegembiraan. Walaupun tahu apa yang berlaku tidak menyenangkan hati, laluinya dengan rasa lapang dada. Rasa seperti diri ini pesimistik. Mungkin kerana diri ini suka memandang sesuatu tanpa mengambil 'ibrah. Membiarkan orang hebat di sekeliling tanpa cuba dekati. Menjauhi guru yang sepatutnya menjadi murabbi... Khilaf diri kadang menghambat sampai dalam mimpi. Namun aku sekadar berkata di sini. Tiada apa-apa yang aku lakukan.. Seperti tidak tahu untuk bertindak. Aku tahu tidak wajar aku terus membuang semua kenangan. Namun itulah yang aku lakukan. Seakan-akan aku tidak mengenali semua itu dan aku suka jika mereka melupakan aku... Kata ustaz Adli, sahabat maya kamu itu bukannya dapat menolong ketika kamu susah. Tetapi saya suka bersahabat tanpa berjumpa, kenal hati walaupun jauh daripada pandangan... Aku bukan manusia pelik!!! Aku bukannya baik sangat

KAMI: {IFTOR CUKA}

Tarikh: 17-08-2010 Masa: 7.30-8.00 malam Lokasi Kejadian: Cafe Zakiah, hati Jamilah. Situasi: Kenapa aku jadi air sejuk? Ini cerita semalam. Ini kisah seorang manusia si pemain emosi. Meski dia rindukan pertemuan itu, dia tega membiarkan liqa' itu sesuatu yang sangat hambar. Mengapa? Dia si pemain emosi yang ditarik nikmat senyum semalam. Mengapa aku tidak senyum semalam? Mengapa hati merenyai semalanm walaupun aku sangat rindukan pertemuan seperti itu? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Entahlah, aku tidak punya jawapan. Yang pasti aku suka apabila kami dapat iftor bersama-sama. Kak Husni, Bib, Rokiah. Maafkan aku dalam bulan Ramadhan yang mulia, ketika kita sepatutnya gembira dapat iftor bersama-sama, aku menarik muka masam. Sangat masam aku rasa.... Aku tidak terasa. Aku tidak marahkan sesiapa. Aku sendiri tidak faham mainan emosi apakah yang berlagu dalam diri. Aku suka Allah aturkan pertemuan kita, tetapi aku... Kak Husni, terima kasih atas undangan iftor bersama-sama. Maaf aku bersif

Tiada Zuuq

Ramadhan sudah masuk hari ketujuh namun diri ini masih sama. Bekalan yang tidak dikumpul ketika bulan-bulan lain menjadikan Ramadhan saya biasa. Sangat biasa. Mungkin lebih biasa daripada tahun lalu. Saya suka melihat mereka yang sangat bersemangat menyambut Ramadhan. Pesta amal yang datang disambut kesyukuran dan dipenuhi rantaian ibadah tanpa henti. Sedangkan saya? Saya tiada zuuq menyambut Ramadhan kali ini. Lebih suka saya melayan perasaan sendiri daripada menghabiskan masa dengan menatap ayat-ayat cinta. Lebih rela saya berjaga depan lappy daripada mengalirkan air mata untuk Allah.. Tersentuh dengan perkongsian ustaz Adli hari ini. Allah bergerak ke arah kita sebagaimana kita bergerak ke arah. Kita berjalan Dia berlari. Kita merangkak Dia berjalan.. Allah, bagaimana saya??? Saya terasa masih lagha yang saya lakukan dalam Ramdhan ini.. Saya benar tidak terasa zuuq Ramadhan. Benar saya tidak kisah juadah berbuka tetapi sehari dua saya mula kisah. Benar ketika belum datang Ramadhan s

Qamar Jamilah ~CFS ke IIUM Gombak.

PJ Nilai Sem 1 IIUM Buku-buku di rak saya Sem 2 IIUM

Geng Bilik Bacaan SMKAB: [Marziah, Mastura, Saadiah, Liyana,Alang]

Mereka adalah sahabat-sahabat yang masih berhubung dengan saya sampai hari ini. Rakan yang punya tempat istimewa dalam hati seorang manusia bernama Jamilah Mohd Norddin. Mereka adalah nama-nama yang ada bersama-sama saya suatu masa dahulu. Mereka sahabat-sahabat saya -ahli bilik bacaan- yang sama-sama berkongsi suka duka. Saya dedikasikan entri ini buat mereka sebelum saya pergi... Marziah Mohamad Saad, Lima tahun kan kita bersama. Tiga tahun dalam kelas yang sama, dan kemudiannya berpisah setelah Mar ke kelas Sains. Namun persahabatan kita bukanlah noktah walaupun ada koma sebelum bersambung kembali. Saya mungkin cemburu dengan kamu yang punya ramai kawan, tapi kita berbaik semula kan? Mar, kamu antara sahabat yang saya pernah bermalam di rumah mereka selain Mas. Saya hargai pengalaman itu. Mak Mar sangat baik... Mar, saya sayangkan kamu... Kamu ada di sisi saya dahulu sampai hari ini. Kamu setia mendengar masalah saya.. Saya ingat ketika satu hari saya dan Mas diserang demam yang ter

Cerita Ustaz Wan Fadzli

Tadi siang ustaz Wan Fadzli -ustaz Tilawah- bercerita pengalaman beliau belajar di Bumi Kinanah... Kagum dengan kesungguhan beliau yang mampu menyimpan duit pinjaman yang kemudiannya menjadi biasiswa untuk pergi haji. Ustaz buat bajet setiap bulan dan bakinya jika terlebih bajet ustaz akan puasa. Hingga akhirnya beliau ke Makkah dengan duit sendiri.. Subhanallah... Kesungguhan ustaz menyimpan duit  mengagumkan aku. Jika aku belum separuh semester duit sudah lesap. Ustaz pula siap boleh beli buku yang sampai boleh jadi perpustakaan mini di rumah beliau.. Kata ustaz beliau sebenarnya meminjam wang namun menjadi biasiswa kerana tamat belajar dalam tempoh. -tentu ustaz berjaya- Aku teringat lagi ustaz kata kalau nak hafal al-Quran, nak uji kelancaran, uji dengan dua perkara ini. Tulis atau baca dalam solat.. Kalau berjaya maknanya kamu ingat... titik. hm.. malu benar dengan ustaz, surah an-Naba' pun tak dapat tulis dengan lancar. =(

Tetamu Istimewa

Masa Kejadian: 11pagi-1 tengahari Lokasi berlakunya perkara ini: CAC dan Dalam Diri Jamilah Perasaan: Wah, seronoknya! Pagi ini terasa malas untuk bergerak ke mana-mana. Surah An-Naba' tidak sempurna dihafal sedangkan petang ini perlu menulis surah ini.. Hm.. Tangan masih pada kekunci laptop... Layan! Pukul 11 lebih kurang, ada panggilan masuk. Opss.. Kak Dayah MPR. Tidak pernah pula dia menelefon aku. Katanya ada di UIAM. Maka kami bolehlah kalau nak jumpa.. Rindunya aku dengna dia.. Dengan semua keluarga MPR 2007 walaupun ramai yang aku tak berhubung dengan mereka... Seminggu bersama sehayat terasa.. ALhamdulillah.. Alkisahnya aku ambil masa yang panjang untuk cari Kak Dayah. Dari Azman Hashim Complex hingga ke CAC barulah jumpa.. Nasib baik, ada juga jodoh aku dengan kak Dayah hari ini. Alhamdulillah... Kak Dayah dengan Kak Fas dan Kak Di. Aku tak kenal pun, rakan UITM dia. Kami jalan-jakan di sekitar masjid sebentar kerana kebetulan mereka mahu menjemput seseorang untuk ke UITM

Lu'luah>Jamilah: La Tahzan.

Buatmu Jamilah, Jangan terlalu sensitif... La Tahzan.. Datangaya sedih, risau, malas, hidup dalam hutang, Sebab kau lupakan tanggungjawab.. Tak ingat hubungan dengan Allah Ukhuwah dengan manusia... Gembirakan hati orang supaya kamu gembira, Jangan cepat tarik muka.. Nanti cepat tua. huh... Jamilah, Kamu sedang menuju alam baru, Jadi perlu banyak sabar Kena yakin dengan ketentuan Allah. Kamu sabar kamu berjaya. Jangan simpan kesedihan dan terlalu sensitif.. Pesan Lu'luah buat Jamilah.. =)

Random Rant 7

 Tarikh Terfikir: 15-08-2010 Masa: 1904 Lokasi kejadian: dalam fikiran kenapa ye aku suka blogging? sebab aku boleh tulis apa aku nak tulis tak kiralah betul atau tak. Aku main hentam nak post berapa entri sehati. Nak cuti berapa lama.. ikut suka hati aku. Aku suka tulis blog sebab aku suka baca tulisan orang. Tulisan yang boleh buat aku senyum, aku sedih, aku ketawa, aku ceria.. Aku suka baca blog orang lain.. Aku tahu benda aku tak tahu.. Tapi aku suka baca blog yang guna bahasa bersopan... tak best baca blog yang ada bahasa kesat walaupun aku baca, tapi aku sangat takut terpengaruh dengan penulisan begitu.. Aku layan je sebanarnya.. Bib ajar aku kenal blogger luar negara. Sebelum ini aku layan blogger tempatan je. Sekarang dah international le kiranya... Umairah Shafei ajar aku baca blog langit Ilahi. Dulu, aku tak kenal pun sapa dia.. Lani, suma buku dia aku simpan. Azimah Rupilen ada saham kenalkan aku dengan Azmah Nordin. Siapkan satu manuskrip kemudian aku senyap...

MISI BERJAYA: Tiket Sudah Di Tangan

Hari ini aku, Bib dan Kak Ema berbincang lagi tentang An-Naqd At-Tarikhi yang menjadi tajuk perbentangan kami pada minggu depan. Ya, walaupun sedikit punya makna. Bukan senang untuk faham satu demi satu aksara yang tertulis... huh.. Habis berbincang aku sempat tercongok depan tivi menonton cerita Melayu.. Ah, cerita budak sekolah memang aku suka.. Kemudian balik bilik terus bersiap dan pergi ke KTM lama KL. Dalam perjalanan aku snap sedikit gambar dari tingkap bas. 5 hari puasa macam dah nak dekat raya. Para peniaga mula kira untung hari-hari. Hmmm... Sampai di sana terus beli tiket dan balik.. Snap gambar grafitti yang bagi aku sangat kreatif.. Aku suka.. Titik.. Jalanseorangpunjadilah! Adaakukisah.

BLING! BLING 5

Macamana ek nak konsisten membaca. Aku sejak sekolah rendah suka gunakan duit untuk beli buku, tapin sangat susah nak baca. Kalau novel aku boleh baca. Tapi kalau buku ilmiah atau sedikit berat aku sedikit payah.. Baca sikit, pastu benti, tak reti nak sambung dah.. Jeles tengok orang banyak ilmu. Suka dengar ilmu. suka pi majlis ilmu. Aku ni? seminggu kali pun payah.. Aku memilih kan?? Udahlah malas, suka pulak tidor je dalam bilik.. Bib, maaf ye, semalam.. Ada krisis dalaman, tu yang malas tu.. semalam dua kali kami mungkir janji dengan ang. Udahlah kerja tu tak siap lagi.. sangat-sangat minta maaf dengan khilaf. huh! senang sangat nak ucap maaf. Semalam aku memang lena memanjang, jadi satu kerja tak buat.Tapi blog sempat update lagi. Heh.. =) Entahlah, selalu aku selalu update nanti datang le rasa cemuih.. aku benti jap sebelum sambung lagi. Yang penting aku tulis apa yang aku nak tulis je.. Aku tak harap orang baca, sebab kadang aku tak faham apa yang aku tulis, asal aku menulis-men

Random Rant 6

Macamana ek nak konsisten membaca. Aku sejak sekolah rendah suka gunakan duit untuk beli buku, tapin sangat susah nak baca. Kalau novel aku boleh baca. Tapi kalau buku ilmiah atau sedikit berat aku sedikit payah.. Baca sikit, pastu benti, tak reti nak sambung dah.. Jeles tengok orang banyak ilmu. Suka dengar ilmu. suka pi majlis ilmu. Aku ni? seminggu kali pun payah.. Aku memilih kan?? Udahlah malas, suka pulak tidor je dalam bilik.. Bib, maaf ye, semalam.. Ada krisis dalaman, tu yang malas tu.. semalam dua kali kami mungkir janji dengan ang. Udahlah kerja tu tak siap lagi.. sangat-sangat minta maaf dengan khilaf. huh! senang sangat nak ucap maaf. Semalam aku memang lena memanjang, jadi satu kerja tak buat.Tapi blog sempat update lagi. Heh.. =) Entahlah, selalu aku selalu update nanti datang le rasa cemuih.. aku benti jap sebelum sambung lagi. Yang penting aku tulis apa yang aku nak tulis je.. Aku tak harap orang baca, sebab kadang aku tak faham apa yang aku tulis, asal aku menulis-men