Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Mei

April berlalu tanpa aku sedar. Dan Mei menuju hujung, belum aku mempersiap diri untuk hal yang sepatutnya. Kita. Kadang, kekuatan itu dekat dengan diri. Suatu masa lagi, kita sendiri tidak ketahuan dengan apa yang sedang kita lakukan. Hal-hal yang kita suka, tidak kita lakukan. KIta hanya termenung memandang siling, atau menghadap dinding rumah. Kita tidak ke mana-mana. Berhari-hari kita begitu. Sampai, ada seseorang yang cuba membangunkan kita. Membangunkan kita daripada diam yang panjang itu. Dia mahu kita kembali menjadi kita yang dahulu. Kita yang bersemangat menempuh hari. Namun kita tetap kaku. Mereka, aku tahu, atas nama persahabatan mereka mahu aku terus berdiri tegak. Namun dahan aku berpaut terasa mereput. Tidak mudah mempertahankannya daripada jatuh ke bumi. Mereka kata, kisahkan, jangan dipendam. Bincang, jangan diam. Berikan sebab. Mengapa engkau jadi begini. Lalu, aku bercerita... sedikit. Bukan minta dimengerti. Sebab aku sendiri tidak pasti.