Skip to main content

Tertulis.




Tulislah selagi Allah pinjamkan 'deria' dan 'ilham'. Nikmat boleh ditarik bila-bila.

Masih ada aksara  yang mahu mahu dibebaskan dari sarang rasa. Lalu, jemari terus bergerak atas papan kekunci.  Senggang cuti inilah saya dapat mencari dan berkongsi lebih banyak perkara hasil kelana aku dalam dunia maya.

Lama aku tidak menjengah blog ibnu ahmad al kurauwi, penulis 'Rindu Cinta Ramadhan' ini. Malam, ini aku menaip nama ibnu ahmad al kurauwi pada laman google hingga menemukan aku kembali dengan blog beliau.

Aku terjumpa kalimah ini dalam artikel beliau bertajuk menulis tanpa tangan?

"Saya sering ditanya oleh rakan-rakan; “Bagaimana mahu menulis?” Secara seloroh saya menjawab; “Tulislah dengan tangan!” Mereka tersengih disindir. Pembaca yang membeli novel-novel saya kemudian meminta menurunkan tanda tangan, tentu biasa membaca tulisan saya dengan kata-kata; “Andai menulis, tulislah dengan hati. Agar dari hati turunnya juga ke hati!”.  Ya, pada hemat saya, Nick Vujicic berjaya merentasi tasik bukan dengan tangan dan kakinya, tetapi dengan hatinya. Begitu juga dengan kita. Andai kita menulis dengan hati, kita sebenarnya tidak memerlukan tangan. Di mana ada kemahuan, bukan? - al kurauwi

Menulis dengan hati. Kedengaran sangat mudah, namun tidak semua yang disampaikan pengarang akan diterima baik oleh penerima jika yang disampaikan itu tiada 'rasa'. Kata-katanya walaupun hebat, tidak meninggalkan kesan. Tetapi ada sebahagiannya ditulis bisa terkesan di jiwa. Bicaranya buat kita secara langsung masuk ke dalam isi yang mahu disampaikan. Baca blog ini.

Petang tadi, ketika melihat senarai blogger yang mengemaskinin laman mereka, tulisan ini: perkongsian: blogger=da'ie membuatkan aku mengulang bacanya sebanyak dua kali kerana merasakan ia pesanan yang penting untuk diri yang suka menulis blog.

"Blog yang nak sebar Islam, tak semestinya perlu dalam bentuk artikel dan sebagainya. Puisi pun boleh, cerpen pun boleh, novel bersiri pun boleh, diari pun boleh, pengalaman pun boleh, macam-macamlah." Langit Ilahi.
"Maka, janganlah kita anggap blog kita sebagai ’satu tempat mengajar orang lain’, tetapi lihatlah blog kita sebagai ’satu medan memperbaiki diri, dan mengajak orang lain ke arah yang sama’. InsyaAllah, manfaatkanlah minat berblog ini. Jadilah Da’ie yang berblog. Bukan sekadar blogger yang berdakwah."-Hilal Asyraf

Beberapa hari lalu, aku tertarik dengan tajuk entri kak fynn jamal : mereka ujar ajarkan aku menulis lalu katanya yang ini aku simpan.

"tidak sukar untuk mendapatkan jiwa dalam menulis. cuma perlu jujur dan benar2 yakin yang sudah sehabis jujur perasaan dicurah ke dalam tulisannya. lain orang ada lain cara hidupnya, maka kenapa perlu kita tiru2 gaya marah orang, gaya cinta orang, gaya kosong orang? melainkan kita benar2 tahu apa kita rasa dan kebetulan pula sama dengan sesiapa, jangan sekali2 dipaksa jiwa untuk memperakui sesuatu yang tidak dia rasai."- fynn jamal.

Titik. Peringatan untuk diriku yang sering lupa... 

Nota Sebelum Titik: hadirnya hati itu penting dalam proses menulis.

Mencari spirit menulis.
11.50p.m/28-11-2010
Qamar Jamilah, Mahang. 

Comments

hamba Allah. said…
:)
salam'alayk.
jamilah,
umy suka sungguh2 semua quote dlm nie. hilal asyraf, fynn jamal dll.

taknak berpatah balik lagi.
bebaskan, lepaskan, lontarkan segala rasa, walaupun mungkin kata orang ia racun berbisa, pada kita biarlah jadi perisai.. jadi senjata~ :D

kerana HANYA pada kita, ada segala RASA. hargai seboleh-bolehnya. :)

slmt trus menulis.
jamilah, tekad apa khabar?
hehe. :D
Jamilah. said…
hamba Allah,

wassalam, umairah shafei.

Umy, juga terus menukil kata-kata itu.

Hm... insya Allah doakan'TEKAD' itu. Sudah dihantar manuskrip penuhnya, menunggu kata seterusnya daripada editor. [mood menunggu]

=]

doakan.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك