Skip to main content

MAAFKAN IBU TIDAK SEMPURNA -FAR EAST.




FAR EAST (kredit gambar: google)
Pondok ini menjadi saksi,anjungnya bukti
Tempat ibumu dodoikan kamu
Permata hatiku

Tak pernah kami seresah ini wahai anakku
Besarkan mu mula dari
dua jari telapak kaki

Aku tahu hatimu pilu, langkahmu malu
Ibumu, isteriku tidak sempurna,
buta matanya
Di jalanan kau dihina.
miliki ibu yang buta
Resah dan marah
hingga kau lupa takdir Allah

Ketika engkau memalingkan muka
Ibumu tersenyum, katanya engkau anakkecilnya tak cukup dewasa
Jauh dihatinya ibumu berdoa
Moga kau berubah,
agar anaknya ketemu hikmah

Susu ibumu, doa ibumu, redha ibumu
Hidupmu cemerlang, engkau disanjung, engkau dijulang
Namun sayang,
kejayaanmu dipandang ibu,
di celah manusia yang sempurna
telahanmu
Khuatir ibu ketika itu dirimu malu,
disitu ku lihat ibumu sendu, 
ibumu sendu

Pondok ini menjadi saksi
Anjung ini bukti
Tempat ibumu menanti, 
hai permata hati

Pulanglah hai anak
ke riba ibumu
Bimbang masa berlalu
Tak sempat ketemu

Ibumu, isteriku kini dah tiada
Di hujung hayatnya sempat berkata,
"Susu yang engkau minum ibu halalkan
Dosamu ibu ampunkan"

"Maafkan ibu tidak sempurna di matamu
Biar di hina, 
Ibu galas semuanya
Asalkan kau tak merasa"

Sudah sampai masanya
ku ceritakan rahsia
Yang ku semat di atas permintaanya
Sempurnamu anakku atas anugerah ibu
Engkau lahir ke dunia buta matamu

Ibumu, isteriku hadiahkan matanya
untuk dirimu

Wahai sayangku,
Belum ku ketemu
Hikmah zuriat itu dari rahim muliamu..

Far East: Saat Lafaz Sakinah
Download mp3 lagu ini di sini.

Pertama kali aku mendengar lagu ini sama seperti aku dengar lagu lain. Namun setelah berulang kali aku mendengarnya, terasa ada 'sesuatu yang mengusik hati' pada liriknya. Maka aku terus bertanya kepada uncle google, dan mendapat jawapannya setelah aku berjaya menyalin liriknya..


Subhanallah...


Kisah yang terkandung pada lirik lagu ini membuatkan aku sayu... Kisah seorang ibu yang sanggup mengorbankan mata buat anak yang dilahirkannya. Sedangkan anak itu malu memiliki ibu yang buta matanya.. Ibunya merahsiakan hal ini sehinggalah tiba ajalnya. Anaknya tidak mengetahui rahsia yang disimpan rapi oleh si ibu. Sedang semasa hayat anak ini tidak menghargai ibu.... Anaknya berjaya, namun terasa malu dengan ibu yang tidak sempurna... Hanya ayahnya yang mengetahui rahsia ini. Dan setelah ibunya meninggal dunia, barulah si ayah memberitahu akan rahsia iyu.. Rahsia bahawa anaknya dilahirkan buta, namun ibu menghadiahkan matanya untuk si anak..


Ya Allah..


Bagaimana jika ini terjadi pada kita? Bayangkan kita hanya tahu pengorbanan ibu kita setelah ibu kita tiada lagi. Sedangkan ibu telah memberikan sesuatu yang sangat besar untuk kita. Betapa besarnya penyesalan kita pada waktu itu...


Ya Allah..


Semoga kita bukanlah seperti ini. Hargailah mereka selagi mereka berada bersama-sama kita. Bagaimana sekalipun mereka, mereka menjadi asbab untuk kita lahir ke dunia. Adakah kita lahir ke dunia tanpa mereka?




Nota Kecil Hujung Entri: Tiada istilah terlambat untuk berubah!  Sedarlah sebelum matahari naiknya di Barat!

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك