Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

Apabila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung

Assalamualaikum, Sekadar catatan pagi minggu. Aku pasti semalam tentu ramai yang bergelap menyambut seruan 60 earth hour.. Kempen selamatkan bumi.. Alkisahnya aku tidak bergelap semalam kerana di masjid Putra tidak bergelap dan aku di situ kerana ada talk bertajuk "Apabila Baju Melayu bertemu Baju Kurung." Pertama kali melihat tajuknya aku sudah dapat mengagak yang ianya tentang cinta, couple. Tapi aku nak juga pergi daripada aku di bilik, tidur. Ahli panelnya semua berkelulusan luar negara. Menarik juga walaupun di hujungnya mata sudah disapu celak oleh syaitan. Ya, kembali kepada topik. Panel pertama mengatakan seronoknya pada hari akad nikah hinggakan kata isteri beliau tiada lagi senyuman semanis itu setelah mereka melangkah ke alam perkahwinan.. Ada suka, syukur dan terbeban kerana beliau (suami) ada tugas untuk memimpin orang lain seumur hidup. Bukan senang, betul? Cukup senang kita berteori dan memberi hukum, couple memang haram. Namun jika dilihat kembali

Last Minute

Kerja last minute dan pelajar matrikulasi hari ini sudah menjadi satu pemandangan biasa. Maka tidak hairanlah jika ada pelajar yang sanggup tidak tidur mlam kerana menyiapkan assigment yang perlu dihantar keesokan harinya. Tidak sempat dicetak, rela ke kelas lambat lantaran kedai komputer hanya beroperasi setelah jam 9 pagi, alangkah ruginya mereka(termasuklah yang menulis).... gemar benar melakukan sesuatu di saat genting. Bak kata orang lama, dah nak terberak barulah nak gali lubang(lebih kurang le ayatnya, saya tak ingat). Kenapa saya tulis begini. Baru mengalaminya. Perbentangan BTQ sepatutnya sudah disiapkan lama sebelum perbentangan. Isinya sudah ada yang diambil daripada internet, namun kerja belum berjalan.Kerana sikap lambat lagi menyebabkan perkara mudah menjadi terlalu rumit dan membebankan diri sendiri dan orang lain. Berjaga dan saya sendiri sanggup berjaga kerana menyiapkan movie maker untuk perbentangan... Hehe, tak bersistem betul saya ni... main ikut suka je nak tidur

Berubah

Jika mahu melangkah, tiada nama ALLAH di dada, mampukah kaki melangkah penuh gaya. Sesaat kita terpana melihat dosa, namun selebihnya kita seronok membiarkan dosa bertampuk di atas pundak kita. Kita katakan kita mahu berubah, namun hanya untuk sehari dua. Kemudian kita lakukan benda lama. Kita sering abaikan benda yang remeh sedang perkara-perkara kecil itulah yang memberi kerosakan pada diri kita. Ini peringatan buat jiwa yang gersang ini. Melakukan sesuatu tanpa serius, buat sambil lewa. Jujurnya aku tak suka bila dipuji, membuatkan aku sering terleka. Dimakan pujian yang tak seberapa. Sedangkan banyak lagi keburukan yang menaungi diri yang kita sendiri tak tahu. Diri yang banyak menghabiskan masa untuk perkara tak berfaedah, sedarlah kamu akan hakukat kehidupan yang entah bila akhirnya... DUNIA akan tiba PENGHUJUNG.... Cuma tak tahu bila...