Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Disember Bulan Buku

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lalu wang dalam poket dengan begitu mudah saat kaki menjejak lantai kedai buku. Setiap kali singgah harus ada yang dibawa ke kaunter pembayaran. Bukan tidak teringatkan barisan buku yang menantikan aku tunaikan amanah membacanya, kehendak itu tidak terhalang oleh diri sendiri. Saat melihat deretan buku HAMKA di kedai buu 1Malaysia Puduraya (saya senang menyebutnya Puduraya daripada Pudu Sentral) memang jika boleh mahu mengambil setiap judul. Tahan diri.Cukup dahulu untuk gaji bulan ini, kita tunggu gaji bulan hadapan pula. Dengan Big Bad Wolf, pesta buku, puku yang dibeli di pejabat, kedai buku, memang harus menambah rak dalam Kamar Cinta ini. Sekarang juga harus disusun atas lantai disebabkan ruang yang makin terhad. Susunan buku lebih tinggi daripada ruang baju. Saat membaca, masih lambat. Pegang sebuah, beberapa bab, berpindah ke buku lain dan seterusnya. Banyak buku diba

Rindu Tanah Bertuah i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. serak cahaya kicau burung gunung ditutup tirai putih deru kenderaan seberang jalan bermulanya hari baharu hari ini! Catatan Durrah: Dua semester sudah UIA aku tinggalkan. Tersedar yang ilmu tidak mampu diukur dengan sekeping sijil. Ilmu yang diperoleh dalam bilik kuliah, bagaimana dalam kehidupan ia diterjemah. Bukan banyak mana ilmu ditimba, manfaat apa ilmu itu membina peribadi, berguna untuk diri, dipersembah pula untuk memberi. Yang paling bermanfaat ilmu yang diamalkan, bukan yang disimpan sendiri. Semoga Allah merahmati para asatizah, muallimah, dr, guru-guru semua cikgu yang berjasa kepada diri ini. Ilmu yang ditaburkan, biar tidak semua tertangkap, semoga ada yang dapat disingkap! 271213 Istana Cinta IH

Catatan Pendek Sela Masa

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 1 "Kerja apa sekarang?" "subeditor," "belajar di mana sebelum ni?' 'SPM ja. :)' Terdiam. Pembelajaran boleh berlaku di dalam kelas atau di mana-mana. ;) 2 "Dua nikmat yang sering dilupakan: -sihat -masa lapang. *Allah, berikanlah kebaikan pada mereka yang sedang diuji. Hanya Engkau mengetahui rahsia segala sesuatu... Tidaklah kau uji selain mereka yang mampu!-19.12.13 3 Ialah dan adalah- dua rumus yang sangat tidak dikuasai... 4 Menerima e-mel atau mesej daripad kolumnis juga boleh membuatkan seorang editor tersenyum sendirian -19.12.13 5 Tidak ada yang membunuh kreativitimu melainkan dirimu sendiri. -9.12.13 6 Sampai masa, kau harus kembali terbang. Sebelum kau selesa mendarat di bumi. 7 Buku dan majalah antara agen kemerdekaan. Sekarang? Apakah fungsi buku dan majalah? Makin membebaskankah atau ... 8 Tuhan

Sebelum Hujung Tahun

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Berada dalam dunia kerjaya yang anda minat adalah "rezeki" yang tidak semua orang peroleh. Tetapi bukan hanya minat yang utama, kesediaan untuk belajar menjadikan seseorang lekas maju ke depan.  Andai benar, kamu cinta, mengapa tidak dilakukan sepenuh jiwa. Masih lompangnya terlihat sini dan sana. Ingin sekali aku suarakan padamu, bahawa cinta tidak bawa ke mana andai tiada komitmen pada dengan kerjaya. Istiqamah. Ringan di bibir berat dipraktik. Buku baharu. buku baharu. buku baharu. Oh, editor Solusi sudah terbitkan buku beliau, Buku uji minda berkaitan al-Quran. Hanya RM10. Cemburu.Fuh! Membaca hingga terlena atau terlena sebab membaca? Selalu. Nampaknya buku "asyik" diri membaca sebenarnya. Banyak main-main! Sedang masa terlalu suntuk. Terlalu banyak amaran yang tidak diri endahkan. Bahaya!  Alirkan cas positif dalam diri! Bulan 12 bulan berbengkel. Ba

Conteng-conteng (^_^)

Banyak perkara yang Dia berikan dalam hidup, namun kita lupakan dan mungkin sengaja melupakan tanda-tanda yang Allah tunjukkan sepanjang kembara kita di sini. Allah Maha Adil kepada setiap hamba. Tidak akan sesekali Allah berlaku zalim, hanya manusia itu yang berlaku zalim kepada diri sendiri. Mendengar memberi ingatan baharu buat diri. Banyak bicara kadang perlu, namun dia memilih untuk membisu dan mendiamkan diri. Seperti hari ini. Kaku dan membeku dalam keramaian manusia. Mengeraskan diri di kerusi sampai masa untuk pulang. Sering hadir dalam kepala, sepanjang masa bekerja, berapa lama masa berkualiti sebenarnya yang ada? Bukan sekadar jam berada di pejabat, tetapi kualiti kerja. Sudah genap 9 bulan (25 November) aku bergelar seorang penolong editor... Sesuatu yang dahulunya hanya ada dalam mimpi, dan Dia izinkan aku berdiri dalam daerah ini.. Tahniah dan berkalung-kalung tahniah, teman. Bergelar graduan UIAM yang pastinya menjadi idaman ramai. Alhamdulillah, tidak aku bergel

Dua Dunia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lapan bulan. :) Dunia editor dan penulis. Dunia yang nampak dekat, sebenarnya ada sempadan memisahkan! Saat kamu asyik menulis, ketepikan seketika sisi editor untuk memberi ruang penulisan itu lancar. Selesai menulis, pegang pula peranan sebagai editor karya sendiri. Suntinglah karya tersebut sampai kamu puas hati sebelum dihantar ke rumah penerbitan. Editor gembira menerima karya yang bersih. ;) # 2004, saya menghantar cerpen pertama yang meleret dan terlalu lewah. Rasa saya, lebih separuh yang terpaksa dicantas editor kerana terlalu panjang untuk dimuatkan dalam Dewan Siswa, dua muka cerpen. Terima kasih tuan editor yang mencantikkan karya itu.. Sekarang, sedikit faham peranan editor. :) # Pernah juga menghantar karya bertulisan tangan (biasalah, anak sekolah). Ada editor yang baik hati menyiarkannya... Kasihan pula beliau harus menaip semula. (Sekarang, ada juga menerim

Asyiknya Menulis Tangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Walau banyak gajet canggih, menulis dalam buku nota lebih memberi 'rasa'." Rasa tak hadir secara spontan atau tidak dijangka. Mungkin, ada ketikanya. Seringnya rasa harus dicari atau 'rasa' itulah yang mencari diri. Seperti menulis dalam buku nota atau gajet canggih. Rasanya akan lain. Menaip dalam laptop dan meluahkan dengan tulisan diri dalam diari atau buku catatan, perasaannya lain. Ada lebih, ada kurangnya. Bila menulis dalam buku catatan, kamu bebas dan tenang menulis tanpa gangguan papan kekunci. Ah, sekarang orang tidak main tekan-tekan, semuanya menggunkan jari. Banyak sudah alatan canggih (hanya aku masih tradisional) Risiko menaip tanpa dicetak untuk simpanan ialah kehilangan. Bayangkan gajet itu rosak, semua yang tertulis hilang. Memanglah menjimatkan masa, hanya mahu aku sebutkan yang buruknya dahulu. Lebihnya sendiri banyak, jimat ma

Tahniah!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 2013, Majlis Konvokesyen aku hadiri, meraikan graduasimu kali kedua, bersambut dengan mawar merah jambu, yang disambar segera saat mesejmu tiba, "dah keluar dewan." Tahniah, kakak. Lima kuntum itu, mewakili kita; lima orang puteri ayah... Bebunga kecil itu.. anak-anak buah yang memeriahkan hari kita. "menghadiri dan meraikan kebahagiaan orang lain memberikan kebahagian buat diri." 2013, (bekas) batch aku majoritinya bergelar graduasi, Melihat nama kalian dalam buku konvo, aku tumpang gembira. Kalian sudah melepasi satu fasa dengan kejayaan bermakna. Sedang aku "melepaskan diri" daripada fasa itu dengan jalan yang aku pilih, kebahagiaan itu banyak jalannya; itulah kebahagiaan yang sedang kita raih. Lambat atau cepat, berkaitan masa... Saat itu akan tiba, insya-Allah, selagi nyawa dipinjam Dia. Ada berjaya aku ketemu, ada yang hany

Rezeki

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Solusi 60 Allah mendatangkan pertolongan dalam bentuk yang pelbagai. Tinggal diri mahu menyedarinya atau tidak. Malah, ada masa kita menutup mata akan pertolongan yang Allah turunkan buat kita. i Wang dalam dompet hanya cukup untuk tambang pulang, tiba-tiba kawan sebelah kita tawarkan diri menumpangkan. Bukankah ia suatu rezeki. ii Sedih sebab sesuatu, kemudian datang seseorang yang berikan sebatang ais krim dan mengajak kita berbicara. Bukankah itu membantu kita mengusir kesedihan. iii Tidak dapat yang mahu, Allah beri yang lebih baik. Kita hidup dengan sifat al-Rahman, al-Rahim dan 97 lagi nama-nama Allah, yang mana rahmat-Nya meliputi seluruh alam. Dalam saat kita derhaka atau taat, Tuhan beri nikmat. "Nikmat apakah yang mahu kamu ingkari." Senyum dan ucap alhamdulillah.

Tentang Beberapa Perkara

Berebut-rebut kata-kata mahu ditekan jemari bersepuluh setelah separuh bulan tidak menyentuh Asus ini.. Walau tidak semua dapat aku lemparkan melalui kata-kata, biarka sejenak jemari tetap mengetik satu demi satu kata-kata untuk diri sendiri. Oh, gadis sunyi ini masih memilih untuk bercerita tentang diri walaupun dinaihat berkali-kali untuk tidak menulis tentang diri sendiri. i Petang sebelum gadis itu pulang ke kampung. Pagi yang indah, petang bermata merah. Hanya serbaris kata yang mengundang tangisan di tandas pejabat. Ah, sekeras mana hati gadis, ada saat walaupun dicuit sedikit luruhlah mutiara jernih di dua pipinya. Tangisan yang tidak mampu ditahan-tahan. Dan dia membiarkan... Petang itu jadi sepi dan sunyi.. untuk gadis itu. Dia dia membatu, keras di meja. Oh, ada benda yang orang lain mampu ada dan kita tidak mampu miliki. Keperluan bagi seseorang kehendak bagi si gadis. Ringan sekali mahu menaipkan peristiwa itu, namun biarkanlah angin yang menerbangkannya jauh-jauh

Salam Muharam 1435

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Selamat datang langit Muharam. Engganlah aku menuliskan azam baharu, mahu meneruskan keazaman lama, jadikan satu realiti. 1435 bakal menjengah diri 18 Muharam makin hampir, tidak sampai sepurnama, usia yang makin meningkat; ilmu yang makin banyak perlu digali buku-buku yang mesti kau baca, akhlak yang perlu dijaga diri yang dibelai dengan keindahan Islam. Ingatkan diri untuk mencintai cinta paling utama. Kecintaan yang dizahir  dengan perbuatan! # walau si camar kecil, akan dia tetap menongkah langit tinggi. Pejamkan mata pada perkara itu, luaskan mata untuk masa depan. :) # Jemput baca artikel kecil saya dalam Solusi 61, m/s 34 dan Vice Versa juga.

Oh, Contengan Lagi Yang Dituliskan.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 11 Oktober 2013 entri terakhir yang aku catatkan di sini. Semestinya tidak akan aku tinggalkan laman ini terlalu lama tanpa menitip sebarang khabar berita. Diari lama yang sudah hampir enam tahu beroperasi dengan berkali-kali menukar domain, url dan profile name. Akhirnya, aku memilih Jamilah. Jamilah, nama terpilih untuk seorang aku. Jamilah itu aku. Aku itu Jamilah. Catatan 1 8 bulan melewati denai kerjaya, meretangkan aku realiti dunia walaupun ruang kerjaku hanya dalam pejabat. Mengenali manusia-manusia hebat yang ada di sekeliling, seakan-akan aku camar kecil yang terbang di suatu ruang angkasa yang luas. Kekerdilan diri yang makin membuatkan aku menyunyikan diri dan makin payah untuk suara terkeluar untuk menutur kata. Alangkah! Allah menghantarkan aku ke suatu tempat untuk aku belajar mengenal dan mengerti banyak perkara. Catatan 2 Adakah jika aku masih menuliskan hal i

i, ii, iii, iv

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. i Saat hati ditimpa keliru, rayulah pada yang Satu yang setia mendengar setiap keluhan kita. Tidak akan dihampakan, ditunaikan walau dalam bentuk apa sekalipun, Dialah Yang Maha Pemberi. ii kesakitan tidak lama sebab ia akan pulih, dipulihkan masa dan suasana, peliharalah hatimu, sejahteralah jasad. iii penulis perlu pandai promosi buku. itu hakikat! iv Tuhan melorongkan jalanmu berada di atas jalan cinta ini, manfaatkan sebelum ia tinggal kenangan. :) Jumuah barakah.

Dari Dalam Diri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Tanggungjawab hadir dahulu sebelum mimpi. Yang ada di depan matamu itulah namanya tanggungjawab. Lantas, mengapa kamu melarikan diri daripada tanggungjawabmu itu?  Katamu, kamu hanya mahu bebas melepaskan diri sendiri. Sedang diri di dunia tidak akan bebas jika dalam hatinya ada cinta. Cinta pada pemilik cinta yang melahirkan cinta-cinta yang lain. Adakah kam kenal Dia yang seterusnya melahirkan Cinta pada Dia.  Kamu tahu, sejauh mana kamu berlari, bayang-bayang tetap ada dalam diri kamu. Semalam terdengar kata-kata sahabat itu cermin buatmu! Dan kamulah cermin kepada sahabatmu. Perihal sahabat, aku akan mati kata melantunkan bicara tentangnya sebab aku tidak pernah lagi pun berusaha menjadi seorang sahabat yang bernama sahabat. Allahu Allah. Allah menuliskan semuanya dalam al-Quran. Tinggal kamu yang selang-selang menatapmu. Percayalah, walau hanya satu ayat kamu hayati, ada b

Nota untuk sahabat i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Nota ini aku layangkan buatmu,yang bernama sahabat. Sahabat yang tidak berkira atau berkira-kira dengan aku, yang ada saat aku perlukan seseorang di sisi, mendengar bicara, keluhan dan kata-kata, menasihatkan saat diri tersasar daripada kewarasan. Buatmu yang bernama sahabat, tidak lama lagi kamu akan bergelar graduan, dan aku, bukan graduan uia,  hanya berteduh, menitip ilmu,  mengenalimu sahabat. Dalam banyak bicara, dalam diamnya aku, kau selalu mengambil tahu dan bertanya, tidak berhenti menyoal keperluan aku. Ah, saat aku diamkan diri sebab tiada duit mahu beli makanan dan aku segan untuk meminta pada orang lain, kau bertanya, belikan makanan walau aku cuba berdegil! Sungguh aku malu terlaly banyak menerima, sedang apa yang pernah aku berikan padamu sahabat. Suatu ketika, aku pernah menangis kerana suatu perkara, dan tidak dapat aku luahkan pada sesiapa,

Durrah Nur Aqilah: Masa untuk Ke Sana

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Aku nak baca buku, tapi tak ada masa." "Aku nak menulis, tapi tak ada idea." "Aku bukan tak nak buat, tapi tak ada semangatlah." "Aku nak jadi baik, tapi nanti orang kata aku nak menunjuk." Ada ketika, kita terlalu menghiraukan kata-kata orang sekeliling sampai lupa kata-kata yang lahir dalam diri. Untuk semua alasan, hanya ada satu kata sebagai jawapan. Mahu. Sekiranya ada kemahuan dalam diri semua halanga dapat diatasi. Tidak akan terlahir melainkan dicari. Kata ustaz Fauwaz dalam usrah lepas, kalau tak ada idea, baca al-Quran. Dalam seminggu berapa hari kau baca al-Quran, sedangkan banyak mana pula masa depan laptop dan facebook. Tidak boleh berhenti menaihatkan diri sendiri. Sentiasalah berusaha dan terus berusaha membetulkan diri sendiri. Yang penting, berusaha dan iringkan dengan doa sebab doa senjata seorang Mukmin. Me

Mengutip Kenangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. sememangnya masa, kenangan dan semua yang berlalu tidak boleh berulang, satu demi satu meninggalkan diri. Terima kasih atas semua kemanisan. Mac-Oktober. Apa sudah aku pelajari? Sedang aku masih aku, pelaku rutin. Kataku suka, benarkah aku suka? Ikhlas, kukuhkah ia tersemat dalam diri? Sehari, Kau tarik nikmat bernama kesihatan, barulah tersedar berapa lama hidup dalam kesenangan, semuanya tidak dikisahkan sampai ditarik sedikit demi sedikit, meninggalkan diri. Aduhai, diri, berhati-hati dengan diri sendiri. Banyak kisah yang tidak dan belum dikisahkan. Tentang Selasa yang tidak selesa, air mata yang mahu merembes tetapi tertahan di mata, mahu bercuti jauh daripada mata-mata, pulang bertemu yang tercinta. Suatu masa, sekarang, tidak sama. Buat seseorang, maaf sering menyusahkan kamu dengan ulahku yang mahu bercerita semua. Entah, aku senang berce

Suatu Hari Dia Tertanya-tanya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Berat mulut, pendiam, dan pasif itu sinonim dengan pemilik nama Jamilah Mohd Norddin. Berperibadi keras dan kaku, matanya menghadap PC walaupun akalnya entah di mana berterbangan. Kadang ada persoalan dalam dirinya yang mahu terluah,namun dia rela diamkan! Tentang dunia kerjaya. Keberkatan dalam dunia bekerjaya. Dia keliru dengan diri sendiri yang sedang menempuh dunia kerjaya. Bagaimana sebenarnya maksud cuti tulang? Apa sebenarnya yang tidak patut dial lakukan pada masa bekerja? 6 bulan dia berada dalam dunia realiti bernama dunia kerjaya, ternyata dia masih jahil. Jahiil yang dia tidak tanyakan pada orang lain. Kejahilan yang dia sorok dalam diri sendiri. Ya, nilai keberkatan wang gaji yang diterima saban bulan bukan hitungannya pada angka semata-mata. Dimanakah duit itu terlabur dan melebur? Dia ingin mengeluarkan soalan-soalan ini, namun dia tidak punya keberanian untu

Senang sekali keputusanku berubah

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. apabila tergerak mahu melakukan sesuatu, dengarkan bicara hatimu itu...  Kononnya mahu beraya di sini, alasannya tiada cuti. Akhirnya, Allah campakkan satu rasa. Bagaimana jika ini terakhir? Lalu, aku ambil keputusan ini, KL Sentral ditujui, Tiket KTM jadi pilihan, elak bertambah cuti dan jammed. Terima kasih dengan perasaa itu.

Solusi 60

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. tulisan kecil Jamilah Mohd Norddin, Solusi 60, terbaharu di pasaran. :) 

Wajah-wajah Dalam Perjalanan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lokasi: KFC KL Sentral. Gadis yang sedikit kalut kerana mengejar kereta api yang bakal tiba tidak sampai setengah jam memesan Snack Plate dan Hot Box sebagai bekal dalam perjalanan selama 12 jam menuju Butterworth. Dia hanya sendiri, mahu pulang ke kampung halaman, menghadiri perkahwinan kakak. Dan tangannya sedikit bergetar. Demikian yang selalu terjadi jika dia kalut atau hanya sedikit kalut. Makanan dipesan siap terhidang. Ditolak sedikit ke tepi. "Splashhh." Air yang dipesan tumpah di atas kaunter pembayaran. Dia tunduk. "Maaf." Hanya itu terlafaz. Dada semakin berombak, hati resah dan tangan makin terketar. "Tak apa." Dan dengan sabar jejaka penjaga kaunter mengelap air yang tertumpah. Pahala buatnya. .. dan semalam saat terlihat semula jejaka itu bertugas di kaunter pembayaran, ingatan air tumpah terbayang. Dia boleh memilih untuk m

Nota Usrah Cinta iii

Hari ini kami menyambung perbincangan surah Taha bermula ayat 71. Sebuah surah yang di dalamnya ada kisah Nabi Musa dan Firaun. Ustaz mulakan dengan  mendefinisikan kebebasan "kebebasan itu keluar daripada belenggu kemanusian." Seperti ahl al-saharah (ahli sihir pada zaman Nabi Musa) yang "menjual diri" demi Allah. Mereka yang sanggup diancam keimanan mereka demi cinta Allah. Lihatlah bagaimana mereka diuji. Jika kita?  Diuji kerana masuk asrama? Ujian yang sanga kecil tetapi mengeluh, seolah-olah kehidupan bukan lagi milik kita. [Siapakah kamu untuk menjerit sekuat hati, marah, hati terasa remuk kerana ujian yang lebih kecil daripada hama] Antara isi-isi yang sempat dicatat buat perkongsian: Insan pada hakikatnya beragama secara tabii. Agama memerlukan iktikad dalam hati. Allah membeli diri orang beriman dengan pertukaran SYURGA.  Mengapa benda lain yang lebih kamu suka berbnding Allah? Apa kebanggaan iman kamu? Apa yang sudah kamu lakukan u
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. pada saat kata-kata tidak mampu bersuara diam, diam dan diamlah sampai kata-kata itu kembali diam yang hanya diam, diam yang anggota lain terus berbicara diam daripada medan yang tidak henti berkata-kata dan masuk dunia seberang sana... tidak selamanya diam akan hanya diam sebab diam ada batasnya seperti bisingnya seseorang akan ada diamnya. # Solusi 60 sudah masuk kilang, meneruskan edisi seterusnya. :) Boleh baca lagi tulisan cik Jamilah. # Masa balik kampung, menghadap ayah... Setiap bulan ambil cuti. :) # Separuh masa pertama berakhir sudah, 6 bulan aku di Majalah Solusi # Banyak kata, banyak diam. # Masa berjalan depan, aku juga! # Dalam malu-malu, aku jadi jadi somebody!

Bicara Tentang Tulis i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Ustaz, bagaimana mahu cakap dengan orang yang minat menulis tapi, suka beralasan untuk tidak menulis?" Ustaz Pahrol: Mulakan dengan tulisan yang dekat dengan diri, dengan jiwa. Tak bolehlah mula dengan tulisan yang berat, nanti rasa susah. Jadikan menulis sebagai terapi. Tulis dan tulis, kemahiran berbahasa itu akan datang kemudian. Belajar untuk meluahkan dengan tulisan. "Ustaz ada cadangan buku yang menarik untuk dibaca?" Ustaz Pahrol: Bacalah buku HAMKA. Tidak kiralah Falsafah Hidup, atau apa-apa sahaja. *** Soalan lama tersimpan dalam diri akhirnya terluah. Dalam ketaran suara saat berbicara, aku lontarkan jua. Setahun (insya-Allah) perjalanan di sini, semoga akan ditemui kembali 'sesuatu' dalam diri yang mencari ruang munculkan diri. Tiada alasn untuk tidak menulis lagi! Mulakan kembali mencurahkan yang terlintas dalam bentuk tulisan. Dalam

5 minit: Ingat-ingatlah Diri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Awak tahu, manusia sering berada dalam keadaan keluh kesah melainkan dalam hatinya ada mawaddah. Detik ini, aku mula rasa bahagia melihat mereka yang meminta sedekah; tidak punya hutang. Mencari duit dengan menyanyi di stesen kereta api, menjadi badut, dan melihat penjual di kaki lima. Wajah bahagia terpamer dalam kekusuta zahir. Sedang diri yang bekerja 8 jam di bawah penyaman udara, gaji empat hingga angka, masih dibelenggu gelisah. Alangkah indahnya jiwa yang senantiasa ada dalam dirinya, Allah. Setiap kata, perbuatan, diam dan tindakan kerana Allah. Gaji kecil, syukur. Gaji besar, tambah sedekah dan ke jalan Allah dia melabur. Sering pula manusia berada dalam situasi dia tidak bersyukur. Sentiasalah gaji tidak akan cukup selama mana tiada kata syukur meniti bibir apatah lagi dalam diri. Nilai syukur, ada sedekahnya. Kerana syukur, banyak berinya. Lantas awak teringatkan si

Perak, walaupun berjiran dengan negeriku, baru kali ini menelusuri jejaknya...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Inilah kali pertama aku menyertai Hari Keluarga. Dalam lima enam bulan bergelar pekerja, ini titik untuk melonjak lebih jauh. Satu Sebelum ke Kuala Kangsar, aku temankan kak Atiqah, rakan sepejabat yang selalu berjasa menumpangkan aku dalam kereta beliau. Selamat belajar, akak. Cemburu! Mahu teruskan pengajian. Dua 3 jam perjalanan ke Ipoh, berdua dalam kereta. Baca semua signboard yang ada.. Comel! Tiga Pertama kali naik buaian gergasi.. Merasa seakan mahu terbang ke udara. Memang terasa mahu terkeluar jantung, tapi cool... Tidak perlu jerit dan masih mampu lihat sekeliling. Asyik! Empat Ke Kuala Kangsar, pusing-pusing, merasa laksa Perak! Satu mangkuk, kongsi 3. Wah! Ukhuwah. Lima Makan malam syarikat. Terima hakikat, aku seorang yang bekerja! Enam Orang lain suka main budak-budak, hanya aku takut walau hanya untuk sentuh. Hm. Tujuh Alhamdulillah untuk segalan

kata-kata yang hilang daripada diri i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Setiap hari, aku luangkan masa membelek walau tidak menulis di blog ini. Blog yang memaparkan kisah sendiri dan tulisan yang ingin dikongsi. Saat tulisan lancar meniti di papan kekunci. Ketika terkunci jemari tanpa satu perkataan yang menari. Saat itu, aku terlupa bertanya khabar hati ... kutinggalkan hati sendiri, dan tidak diberi ubat yang sepatutnya, tinggallah hati gersang sendiri. Catatan tertangguh perihal hari lahir, novel yang belum bersambung tulisannya, aku biarkan semua itu sekadar bermain dalam kepala. Ada suatu yang sedikit mengganggu. Bagaimana jika ditawarkan sekali lagi menyertai ASWARA? Bersediakah aku meninggalkan Telaga Biru dan dunia editing? Dalam mengejar impian, ada sesuatu yang harus dibebaskan. Tahniah kawan-kawan yang bergelar graduan UIAM. Semoga ilmu itu akan memandu kalian menjadi yang lebih baik. Aku? Akulah insan yang tidak menggembirakan diri send

Nota 20 Ogos 2013.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Ainul Salasiah Shafian yang menghadiahkan frame gambar yang kini terisi gambar kita berlima, (tahun lepas dihadiahkan aku cermin.) dan kiriman kad yang dibeli usai peperiksaannya yang terakhir sebagai pelajar Ijazah sarjana muda. Kak Nor Atiqah Abd Talib dan Kak Nurul Amirah Abdul Rahim yang menyambut pagi 20 Ogos 2013 yang manis dengan sticky note dan hadiah yang manis. (sangat sedap dan manis) Ee Emira Jimin) yang comel melukiskan gambar yang comel dan terus mahu ketawa melihatnya. (ketawa dalam hati) Teman-teman sepejabat yang menitip ucapan yang mengharukan dan membuatkan aku hampir termenangis menerima pemberian dan ucapan bernilai itu. juga yang mengucapkan dengan lisan. Rakan-rakan yang mengirim ucapan lewat mesej dan fb. Semoga Allah berkati kehidupan kalian. Kakak-kakak yang tidak lupakan tarikh kelahiran si bongsu. fi amanillah dan jazakillah khairan jazak bu

Sebelum Menjengah Angka Duapuluhempat

SATU Mungkin ketikan pada typewriter boleh menimbulkan rasa mahu menyambung bait-bait kata menjadi perenggan dan akhirnya berubah menjadi sebuah cerita yang dapat dinikmati semua. Tapi aku belum teruja dengan ketikan demi ketikan di papan kekunci. Perasaan itu tidak sama dengan manisnya menulis pada kertas menggunakan pen gel kegemaran. Lain. DUA Mengapa ya bila sudah semuanya depan mata, rasa syukur meminggir daripada jiwa. Sedang saat dihilangkan atau diambil semula daripada dirilah barulah menyesal kata itu dan ini. TIGA Menonton Kil dan Finding Forrester. Kepuasan ada sebab ada makna. EMPAT Jemput baca Solusi 59 dan Gen-q 25. Ada tulisan Ila Husna dan Jamilah Mohd Norddin. Ulat Buku dalam Gen-Q dan Pesan Nenek dalam Solusi (menggantikan seketika kolumnis asal untuk edisi 59), serta boleh juga membaca Vice Versa dalam Solusi ----> promosi percuma) LIMA Cemburu tiada makna kalau tidak usaha tambah bilangan kata. ENAM Mengapa jari makin enggan berlari di

Nota tidak bertajuk

I Tentang anak bongsu. Adakah kebanyakan anak bongsu perangai mengada-ngada seperti yang kau miliki? Perasaan tidak berkongsi dengan insan bernama adik, adakah itu puncanya sifat mengada dan tidak peduli yang ada dalam diri. Oh, kawan sekeliling (yang sedikit) yang aku ada kebanyakannya bukanlah anak bongsu melainkan mereka punya adik. Jika ada sekalipun mereka anak bongsu yang matang dan tidak bersikap seperti anak bongsu. Sedang aku memang lagak anak bongsu. II Perasaan sedih yang datang tiba-tiba beransur pergi sendiri sepertimana datangnya ia dalam diri. Akhirnya aku faham diri sendiri walaupun selama ini aku bukanlah seorang yang memahami laku sendiri. Berusaha memahami diri sendiri juga proses panjang, walau berada dalam jasad yang sama. Tidak semua orang memahami diri mereka sendiri, termasuk aku. Suka benar aku melakukan segala yang aku suka tanpa memahami diri dan kelibat orang asal. Kata orang, asal bahagia sudah! III “Hm, nanti dia kenduri di manalah pula agaknya bili

Ogos nan manis

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. selamat bertamu Ogos yang manis penuh cerita seorang Jamilah dan Ila Husna. Selamat bertamu Ogos menambahkan genap usia makin muda tuju hari tua. selamat datang Ogos tercinta bulan semangat membara sebelum cuti bermula Ogos, kehadiranmu ku nanti. :)

setelah aku kembali

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Aku diizinkan pulang ke kampung. Meninggalkn seketika dunia edit-tulis, bertemu ayah dan keluarga tercinta. Sekejap lagi baik daripada aku langsung tidak pulang, kan? "Abang dapat nombor 1. Dapat hadiah buku." "Meja yang kakak buat tak runtuh." "Fiqah masa lahir dulu cantik dan comel." Tidak pandai melayan kanak-kanak, dengan mereka bertiga aku layankan juga. Abang yang tidak boleh salah sedikit akan menangis, kakak yang makin menuju remaja dan Fiqah yang comel. Semoga kalian dilindungi. Dan, bukan seorang orang baharu yang bakal bertamu tahun ini. Insya Allah, 3 orang. :) Semoga baik-baik sahaja. Tadi, pemegang beg tercabut, roda patah "nak saya tolong." aku menolak. teksi. tali beg tercabut. Adakah aku sedang marah? hm. Dan ya.. Minggu hadapan akan pulang hari, sehari sebelum raya. Syahdu rasanya... tapi itu pilihan

Kot Putih

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Buku yang diterbangkan dari Jordan. Terima kasih kak Ainul Arina menitipkan Kot Putih. 5 watak, kisah dunia belajar. Kehidupan melayu Jordan. Memang tidak pernah ke sana, membacanya membawa aku ke sana. Bukan sekadar emosi yang dikongsi dengan pembaca tetapi semangat, tamparan, kata-kata. Membacanya seperti melihat diri sendiri dalam cerita itu... Kerana sabar membuahkan jaya. Semoga akan ada lagi terbitan seterusnya. Okey, saya tersuka buku ini dan membelekna terus selepas sampai di tangan, meningalkan buku-buku lain di belakang. Sebab suka, saya abaikan apa yang terkurang, membaca dan menerima buku ini sebagaimana ia! Terima kasih dengan kisah kalian. [Imah, Aki, Sofeya, Pit, Amran.]-bagi saya cerita yang menggunakan kata ganti diri pertama tidak semudah menulis menggunakan sudut pandang orang ketiga! Cerita tentang pelajar jurusan medik, tentang pelajar berjemaah, tentan

Durrah Nur Aqilah: Daripada Awak, untuk Saya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Yang tidak punya apa-apa tidak dapat memberikan apa-apa. Awak pernah ada dalam situasi yang mana awak seorang yang tidak punya kelulusan akademik, sedangkan sekeliling awak adalah golongan yang punya diploma, ijazah, master, dan phD termasuk pengajian tinggi lain. Dan awak seorang yang tidak menamatkan pengajian sebab itu yang awak pilih. Apa ya yang awak akan rasa? Rendah diri atau bersyukur? Syukur paling utama ialah bersyukur pada perkara-perkara kecil. Kalau awak rasa rendah diri, itu tidak betul. Allah Maha Adil, kan? Dia bahagikan rezeki, ikutlah usaha orang tu. Mereka sabar, mereka dapat, awak tidak sabar atas jalan itu, awak kecundanglah. Tapi, cabaran berada dalam dunia yang suka melihat kelayakan akademik boleh buatkan awak menangis darah. Syukur menjadikan awak usaha yang lebih baik. Mungkin awak kurang di situ, Allah beri lebihnya yang lain. Namun kadang sebab

Nota Usrah Cinta ii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Dalam usrah semalam ustaz Fauwaz membicarakan perihal, untuk maju jangan menunggu orang mengucapkan terima kasih. Biar aku kongsikan antara perkongsiannya: Mukmin tidak mengharapkan pujian manusia kerana dia sibuk memuji Allah. ingat tentang "the power of you." Diri yang menentukan apa yang kamu akan jadi. Perkara yang paling manusia suka adalah halangan. Sebab kita dihalang mengkritik, kita sangat suka mengkritik. Iktibar surah Yuruf (Bertakwa dan Bersabar asas kejayaan) Siapa yang istiqamah akan mendapat perkara yang diimpikan. Ingat "the power of NOW" Saat manusia memujimu, kau yang harus kutuk diri kamu untuk menggerakkannya lebih maju. Kita perlu bangkit dengan kesedaran. Asas dalam ilmu tasawuf itu baik akhlak dan tawaduk. Apabila 'piling' diri tidak kuat, jadilah amalan macam habuk yang berterbangan. Hidup adalah majaz yang tidak kekal

Durrah Nur Aqilah: Lagi-lagi Nota untuk Diri

Termasuk edisi ini, bermakna lima edisi majalah Solusi yang tertera nama aku sebagai subeditornya... Pastinya banyak lagi yang perlu dipelajari, yang perlu diperbetuli dan ditambah dan kurangi. Allah,  untuk setiap edisi yang ada kisahnya, untuk setiap edisi yang ada cabarannya, untuk editor yang bersabar dengan 'kerenah' subeditornya dengan kemudahan yang Allah izinkan, aku masih di sini, aku cinta berada di sini. Allah yang Maha Pemberi adil mengedarkan rezeki pada yang berhak miliki, mengapa harus menolak? sebabnya aku malu.... Awak tahu, kesal yang ada sebab menolak ASWARA tiada lagi. Rezeki aku di sini, bersama editor dan warga kerja di sini. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku, bukannya mesti apa yang aku mahu.  Mahu belajar boleh di mana-mana, kan? Macam sekarang, walaupun sebab tugas, dalam diam aku belajar, betulkan kembali tatabahasa, ilmu bahasa yang tertinggal, harus sedikit sebanyak baca dalam bahasa Arab. Tentang tidak grad atau

Nota Buat Diri untuk Sekian Kali

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Berada dalam dunia editorial, mahu atau tidak harus menulsi juga. sedang mental belum bersedia memasuki dunia artikel setelah bergelut dalam dunia kreatif selama ini. Nampaknya masa tidak ada untuk membuat sebarang alasan, harus bekerja dan berusaha. Enjoy. Itu yang boleh aku katakan selepas hampir lima bulan aku bergelar warga Solusi. Suka sebab aku menjadi sebahagian warganya, takut sebab makin buat kerja, makin banyak artikel diedit, makin banyak majalah keluar; apakah kesannya pada diri sendiri? Tidak perlu tanya orang lain, hanya diri sendiri. bermain dengan dunia tulisan beza dengan dunia sebenar. Demikianlah kenyataannya si penulis blog ini. Semakin banyak mencatat, harusnya semakin banyak koreksi dan koreksi diri, melihat hari depan yang harus kamu depani. Semalam? Hanya untuk dilihat sebagai teladan sebab tidak boleh berulang lagi masa yang telah berlalu. Esok, masih

rahsia dalam rahsia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. tentang perkara yang Dia simpankan untuk kita diketahui hanya setelah kita melalui. Eh, kamu pernah rasa tidak suka pada diri sendiri? Itulah kesakitan paling sakit apabila diri dalam sedar dan tidak tidak menyakitkan hati orang lain dengan perbuatanmu kesakitan itu pasti menjalar kembali dalam diri tanpa disekat sesiapa lagi. saat kamu rasa kamu tidak punya apa-apa hanya Dia yang boleh menolongmu keuar daripada semua perkara bukankah Dia sudah sediakan jalan keluar? Hanya tingga mahu terima atau tidak. perihal tulisan 2013, selamat kembali dunia penulisan-edit-belajar benda baharu. :) 4.19a.m salm sahur

Elarti

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. sehari-hari menjadi penunggu elarti sebab enggan berdikari. Wajah sama rik beza ku temu, jamuan mata. Salam peluk lambai lepaskan kekasih mencari rezeki. Aku sebahagian mereka menanti teman.  :) LRT Gombak 7.42 a.m.

Nota Usrah Cinta i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Di pejabat kami, ustaz Fauwaz selalu mengadakan kelas khusus untuk wanita. Dan walaupun hanya diam setiap kali kelas beliau, aku cuba menyelami kata-kata beliau. Seorang pencinta buku yang banyak membaca kitab dan memiliki buku dan luas pengetahuannya. Dalam usrah lepas, kami belajar mengenai beberapa orang tokoh: Ibn Abbad al-Qawaraini 30 tahun solat Subuh dengan wuduk yang diambil pad waktu isyak. (15 tahun isyak-subuh membaca buku + 15 tahun Isyak-subuh beribadah) Ibn Abi Hatim membaca kitab semasa makan Ibn Jarir menulis tentang ilmu beberapa jam sebelum mati. Ustaz suka bercakap mengenai kepentingan belajar, dan nak tak nak memanglah aku akan terasa sebab ia terkait dengan diri. Perihal malu untuk berguru yang menghalang diri daripada melakukan banyak kebaikan. Tentang kesabaran semasa belajar. Keikhlasan menulis bukan hanya kerana disuruh menulis namun menulis daripa

Suatu Hari di MPH Alpha Angel

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Gadis itu berjalan-jalan di MPH Alpha Angel, makan, solat Maghrib dan berjalan-jalam hidu bau buku dalam MPH. Memang nafsu untuk membeli tiada, hanya ingin jalan-jalan cuci mata. Beberapa bulan lepas, aku pernah tanyakan kaunter pertanyaan, ada tak buku Friends Forever? Jawapannya tiada. Semalam. "Ada tak buku Friends Forever, Ila Husna?" "habis stoklah." "Okeylah. Terima kasih," Dan aku segera berlalu. Jalan-jalan dan melewati setiap rak. Melihat novel yang berlambak dengan tajuk yang banyak berkaitan suami. Aku puji novel popular yang memilih tajuk yang menangkap pembaca. Itu istimewanya. Tetapi, tidak sesuai jika mahu kepuasan membaca.. Dan terus ke bahagian majalah. Lihat Solusi, Gen-Q, al-Ustaz yang tersusun bersama majalah lain. Berplastik kemas. Hanya ada beberapa buah Gen-Q yang tinggal. Teringat kata-kata ini: penulis harus tah

Rindu Seorang Aku

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Melerai rindu pada SHAHS Mosque. Beberapa kali berpuasa di sini, tahun ini belum pasti lagi. Padanya kenangan, memori, manis, terselit yang pahit-pahit. Saksi tangisan yang alirannya tanpa dipinta diri, senyuman beremu teman nan manis, pertemuan demi pertemuan kerinduan sekalian, masjid itu banyak jadi saksinya. 1434 Diri bukan lagi warga IIUM, menumpang berteduh, sesekali singgah melepas lelah dan sesak dada, masjid biru yang banyak berubah, tahun ini, kembali meriah. Ramadan, awalnya yang selalu sesak dengan manusia dalam dan kawasan sekitar, imam yang menyudahkan sejuzuk satu malam 20 rakaat saf panjang makin memendek, bertuahnya yang menyudahkan 20 rakaat bersama imam bersuara merdu dan syahdu. kata teman: "Ramadan ini yang sampai buat kita, belum pasti ada Ramadan 1435." ~Ramadan karim. ~Salam rindu, bumi hijau uia.

Wajah Kotaraya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Pencarian tiket semalam menemukan aku dengan wajah-wajah kota bersih kotor ketakutan keberanian demi sesuap nasi, pengorbanan demi keluarga, mencari makanan menadah tangan, sedang dia kurang upaya entah ada yang tertipu-ditipu Wajah seribu warna bernama bandaraya Kuala Lumpur meski terasa 'seram' menelusuri jalan-jalannya yang sudah berbulan-bulan aku tinggalkan perjalanan semalam perlu sesekali supaya wajah kotaraya dapat aku perhatikan lagi bukan untuk ilham sebuah puisi tetapi mensyukuri pemberian buat diri. Kotaraya tetap begitu, hanya diri yang tidak boleh tetap di situ. ## Okey, tiket hari raya sudah berharga RM37.10. TERPAKSA membelinya, kerana mahu pulang ke kampung. Benarlah yang kaya makin kaya, yang biasa semakin diperguna.Hm..

2 Julai

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Tarikh 2 Julai memang aku ingat. Tersalah ucap selamat hari lahir pada Ainul, 2 tahun lepas kalau tak silap. Sebenarnya 2 Julai hari lahir ayah Ainul, dan aku akan ingat. Di pejabat, ada juga yang menyambut kelahiran pada 2 Julai, Encik Ismail, seorang pereka grafik senior. Berkongsi ulangtahun kelahiran, 2 Julai. Buat Ainul, saya sudah tidak lupa lagi tarikh hari lahirmu. :)Insya -Allah