Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Tulisan penuh lawan tulisan singkat.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Menulis menggunakan tulisan penuh melatih diri sendiri supaya tidak 'tersasul' dengan tulisan 'kontot' bila perlu menulis penuh. Ya, SMS terlalu pendek untuk terlalu banyak menulis. Jika yang jadi yg, orang = org... yang biasa dan semua faham, baik, diterima. Tetapi jika terlalu menjadi amalan dan singkatannya tidak semua difahami, boleh menyebabkan salah faham, dan mesej tidak sampai. Jika untuk peribadi, ya boleh diterima sebab masing-masing faham. Jika dalam media; untuk rancangan televisyen misalnya, kasihan juga pada pengacaranya..Jika tersalah baca? Berbicara dengan tulisan, tiada wajah difahami pembaca ikut yang dia faham." -anonimus. "Bukanlah saya membantah menulis singkat-singkat sebab masa terbatas, mahu cepat... tetapi ayuh biasakan menulis tulisan yang cantik di mata tak disalah tafsir atau salah faham." "Kasihan amat. Bay

Membaca

Membaca semula entri Manuskrip Bawah Meja , memang membaca kelakuan diri sendiri pada masa-masa silam. Kenakalan, kelakuan luar alam, luahan, kata-kata untuk diri, jatuh bangun seorang dia hakikatnya ditulis oleh diri sendiri dalam blog ini. Hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh diri sendiri, yang aku sendiri menuliskannya untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Ya, apabila tertulis di alam maya, bererti kau membenarkan diriku terbuka untuk sesiapa sahaja. Lebih enam tahun aku menuliskannya dalam blog ini. Beberapa kali bertukar url, akhirnya jamilahnorddin jua yang tertera sebagai pilihan aku untuk blog sendiri. Ya, entah berapa banyak blog yang pernah dihasilkan, akhirnya aku hanya mengekalkan yang ini. Sebuah medan memori yang memuatkan kisah-kisah lebih enam tahun ini. Memang tidak semuanya akan didedahkan -oh, mana mungkin-, tetapi membacanya, akan tahulah ketidaksempurnaan yang diceritakan itu. :) Di sini, aku dipertemukan dengan beberapa insan. Ada yang berbicara hanya dengan li

Januari Semanis Ceri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 1 Pastinya 2014 yang datang membawa sinar baharu. 2013 sudah menjadi sebuah kenangan bersama peristiwa demi peristiwa yang menjadi sebahagian sejarah. Maha Pengasihnya Dia yang masih memberikan rezeki. Kadang terasa rezeki kurang, hakikatnya rezeki yang dapat sangat cukup untuk diri. Allah. Aku tidak tahu, sedang Engkau Maha Tahu. 2 Januari bermula cantik. Walaupun tidak banyak buku yang dapat dibaca, sekurangnya setiap hari berlalu dengan ada muka surat buku yang dibaca. Amanah membaca buku yang sudah dibeli 2013, ditambah dengan buku yang mula dibeli untuk 2014, perlu diusaha untuk dilunaskan pembacaannya. Target 60 buah semoga tercapai. Tahun lepas main tipu. Daripada 60 buah aku kurangkan sendiri jadi target 50 buah. 3 Januari semanis ceri. :) 4 2014, aku memilih untuk tidak menyambung belajar lagi. Hajat di hati tetap ada. Namun, aku perlu berada di sekolah ini da

Suara Dalam Diam 2014

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sebab kita bersetuju menerima jawatan bukan sebab gaji, tempat, orang kita suka, tetapi sebab kita selesa. Kita mahu mencari dan berharap akan menemui yang kita cari itu. Allah suruh kita berusaha, bukan hanya menanti dan menanti. Selamat menikmati cinta, wahai diri. Tiada yang sebenarnya mampu tepat menilai manusia melainkan Allah yang menjadikan kita. Selalu kita tersalah tafsir, tersilap menilai.. Sedang Allah sebaik-baik penilai. :) -4.1.14 tentang komen: Kadang aku terlalu banyak memberi komen, tanpa tahu keadaan sebenarnyanya. Adakah termasuk satu kesalahan? Komen sesuatu yang tidak arif. Ketahui berita daripada sumber, kemudian koemnnya lebih berjela daripada isu. Bukat setakat menyentuh isu, sebaliknya keperibadian orang lain... Bila cakap lebih, aku rasa lidah macam nak terbelit, dah tak boleh nak fikir cakap apa. hah. Aku buta seni. Mataku melihat tanpa tafsiran.

Pertemuan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 14 Januari 2014, Berjodoh dengan dua adik manis; Izzati Rahim dan Mai Izyani. KFC -- Goodbye New York. Sun@mag-- Delivering Happines. KL Sentral Foodcourt -- Friends Forever. ... Dalam diam seorang Ila Husna, menemani adik-adik manis, sepusingan taman burung, Muzium Kesenian Islam, Berborak di Kedai Makan. Perihal masa, yang lekas mencantas pertemuan, moga ada kedua dan ketiganya. Saat diizin Dia. .... Permulaan manis 2014.

Memilih untuk Meneruskan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Benarlah keputusan yang walaupun tidak terjangka pada saat-saat akhir membahagiakan. Biarlah aku memilih untuk terus berada di atas jalan ini. Biarlah aku seorang yang lambat berjalan, namun masih meneruskan langkah. Bertatih-tatih dan terus bertatih, sebab aku tidak mampu berlari laju. Sekolah kehidupan mengajar erti realiti... Realiti sebenar-benar realiti. ...Sampai masa dua bibir ini akan tetap bersuara kala tiba masanya... Bila Dia mahukan kebaikan untuk seseorang, Dia berikan yang baik-baik. :)

Sesungguhnya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. ...Akulah itu manusia yang tidak bersyukur, melihat fatamorgana yang menipu, sedang jernih air di tapak tangan, mahu aku curahkan...

Durrah Nur Aqilah: Momen-momen

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Usia berkurang lagi setahun yang mendekatkan aku dengan tarikh akhir kehidupan-kematian-.  Peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam kehidupan, hakikatnya mendidik diri untuk meneruskan kehidupan. Dalam pincangnya gerak, bengkang-bengkok, salah silap yang aku lakukan, Dia sebenarnya sedang mendidik seorang aku. Setiap peristiwa yang berlaku bukanlah sia-sia. Allah ambil mak terlebih dahulu supaya aku belajar makna kehilangan. Aku tahu apakah yang dinamakan kehilangan orang tersayang. Allah berikan ayah seseorang yang bernama ibu tiri, yang menjaga ayah. Allah mahu tunjukkan bahawa mungkin yang kita sayang Allah ambil, sebab Allah lebih sayang akan mak lebih aku sayang mak. Masih aku ingat dalam kuliah Al-Kahfi di pejabat, tentang kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa. Bukankah baginda membunuh anak kepada sepasang suami isteri supaya dia tidak menderhaka kepada ibu bapanya apabila

Apalah Sangat

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Apalah sangat, harus berjalan kaki selama 20 minit untuk sampai ke stesen KTM, sedangkan ramai yang subuh-subuh sudah keluar dari rumah untuk mencari rezeki, malamnya baru pulang. Demi keluarga. Apalah sangat rasanya mahu 'cucuk' di ATM, "baki wang anda tidak mencukupi" tertera, sedangkan ramai yang berdiri di jambatan, di mana-mana, mencari duit -ah, mengapa ada anak yang turut menadah bekas?- Apalah sangat sesekali perasaan terhimpit, lantaran rasa yang tidak enak itu sebenarnya ubat paling mujarab, bukankah ubat yang pahit itu akhirnya menyembuhkan? -dengan izin Allah- Apalah sangat terpaksa menyukai yang tidak disukai, sebab akhirnya akan menyukainya juga, sebab yang kita suka mungkin tidak baik, sedang yang mahu kita jauhkan itu sebenarnya memang tersedia untuk kita... yang terbaik. Apalah sangat, perlu berdepan kata-kata orang lain, sed