Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

CATATAN MENJELANG TARIKH KELAHIRAN I

Satu perkataan. Dijalin menjadi ayat, perenggan hingga membentuk satu karangan lengkap. Hari berganti hari. Bertukar tahun demi tahun. Satu dekad. Dua dekad. Tiga dekad... sampai bertemu ajal.
Siapakah yang tahu, perjalanan terbaik untuk diri. Sampai kita melalui perjalanan itu. Jatuh, bangun, berjaya, gagal menjadi sebahagian kisah hidup yang akan kita ingat selama hayat. Insan-insan yang hadir dan pergi sepanjang perjalanan, yang banyak memberi rencah dalam kehidupan. Yang menjadikan hidup kita berwarna. Bukan sekadar hitam dan putih.

Kita berdiri di atas jalan sendiri, yang berbeza antara satu sama lain. Tidak boleh dibandingkan. Atau membeza-bezakan antara kita.

Siapakah yang tahu?
Hari ini bagaimana?

Esok, perjalanan kita jadi lain pula.
Siapakah yang dapat menerka perjalanannya seminggu lagi bagaimana. Bahkan seminit lagi, mungkin lain kisah yang terhidang di depan mata kita. Yang menhasilkan tawa dan air mata...
Entahkan, seminggu lagi, menjelang tarikh kelahiran kita, sebena…