Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Kisah Da dan Lu'luah: Misi Mencari Sepatu

Bukan sepatu ini yang dibeli "Hari ini nak ke mana ya?" Da bertanya lu'luah setelah makan tengahari hari itu. "Jom, kita fi JJ. Lu'luah nak cari kasut." (*sandal: bagi lu'luah seorang warganegara Kedah semuanya dipanggil kasut termasuklah selipar jamban itu pun kasut) Usai makan, Da dan Lu'luah bergerak untuk bersiap. Hampir setengah jam juga terpaksa menunggu Rapid KL 231 sampai kerana terlepas sebuah. Mereka pun meng'snap' gambar pemandangan UIAM yang cantik dalam gambar dahulu... bas sampai. Pusing satu UIAM sebelum bergerak keluar. Beli tiket LRT dan bayar tambang RM1. Sampai JJ Wangsa Maju. Sasaran mereka adalah kedai menjual kasut. Pusing-pusing cari tapi satu tidak berkenan. Memang pergi satu demi satu tempat menjual kasut dalam supermarket itu namun seperti tidak berkenan. Lu'luah komen macam-macam. Akhirnya lu'luah hanya menyerahkan tugas itu kepada Da. Bagi Lu'luah, dia kurang gemar disuruh membeli barang

Satu Hari Di Kedai Secret Recipe.

Ada dua sahabat bernama Da dan Lu’luah keluar outing ke JJ. Kononnya lu’luah mahu mencari sandal baru menggantikan sandalnya yang sudah mula mengeluarkan bunyi pelik. –menandakan akan tamat riwayat. Maka, setelah kelas koku, mereka bergerak keluar.. Misi: mencari sandal. (cerita lain) Kasut belum berjaya ditemui. Mereka melalui sebuah kedai kek bernama cafe Secret Recipe. “Jom kita makan kek nak?” Da memberi saranan dan Lu’luah hanya mengangguk. “Jom!” Mereka menuju ke Kedai secret Recipe yang menghidangkan pelbagai jenis kek yang tentunya sangat sedap. (huhu, benarkah semua sedap?) Mereka melihat kek-kek yang ada terpamer di situ. Ada berbentuk ladybird, gambar ultraman dan kek yang biasa kita lihat... “Akak, nak kek yang ini. Black Forest.” "Okey, makan atau bungkus." Da pandang Lu'luah. Lu'luah kata: "Makan." Setuju. Makan di cafe Secret Resipe. "Okey, duduk dulu." Malangnya Da dan Lu'luah kurang faham, lalu menuju ke kau
"MALAM Puisi Riong Berita Harian - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bertema Gaza: Deritamu Palestin, Derita Kami, pada 2 Ogos ini, jam 8 malam, bakal menampilkan Ramli Sarip dan Cicik sebagai daya tarikan utama kepada generasi muda khususnya mereka yang di luar kelompok sastera. Peserta Akademi Nasyid 2008, Cicik yang sudah tiga kali memeriahkan Malam Puisi Riong sepanjang tahun ini, bercadang mendendangkan lagu Berita Pada Kawan karya Ebit G Abe dan Segalanya Pasti karya Usop (Kopratasa" *Jom datang UIAM  Isnin ini menyaksikan Puisi Riong... 

Cerpen: Baju Raya Adik

Adik nak baju kurung ini. "Kak, raya kali ini adik mahu baju raya warna putih." Belum menjengah Ramadhan adik sudah merengek meminta dibelikan baju raya. Kali ini adik mahu baju raya berwarna putih. Sebelum ini adik langsung tidak kisah baju raya yang akan dipakainya. "Mana ada orang pakai baju raya warna putih, dik.. Putih macam warna kain kapan je." "Adik nak." Adik tarik muka masam. Anak bongsu selalu begitu. Mungkin biasa dimanjakan mak dan abah. Mana ada permintaan adik yang tidak tertunai. Namun adik bukanlah orang yang suka mengambil kesempatan. Adik baik. Adik selalu dengar cakap mak dan abah. Walaupun adik kuat merajuk, adik suka buat kami sekeluarga gembira. Adik penghibur hati kami. Satu Ramadhan adik ulang lagi permintaannya. Adik tanyakan akak tentang baju kurung putihnya. Adik merajuk tidak mahu berbuka bersama-sama kami pada hari pertama puasa. Jenuh juga mak memujuk adik dengan membawakan makanan ke bilik adik. Adik mogok. Enggan bercakap s

Warkah Kecil Buat Kak Husni

Assalamualaikum, akak.. Sebelum ini saya ada menghantar e-mel kepada k.husni. Kali ini saya sengaja mahu mencoretkan pula di blog. Warkah kecil ini sekadar catatan kecil saya untuk kak husni.. Kak Husni, Sebelum saya menekan papan kekunci dengan lebih rancak dan menulis mengikut alur jemari, saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kerana masih berada bersama-sama saya walaupun saya hanya seorang yang bukan membantu kak husni pada kadar sepatutnya. Thank you, kak husni. Saya akan selalu merindu cerita-cerita yang kak Husni sampaikan. Tidak kiralah apa, saya suka menjadi pendengar. (walaupun tidak mustahil saya cepat pula melupakannya). Maafkan saya kerana hanya menjadi pendengar dan kadang-kadang macam tidak dengar (buat-buat aje). Watak dan keperibadian kita mungkin berbeza. Tidak mustahil ada mata memandang aneh kepada persahabatan ini. Namun saya sudah biasa. Walaupun saya seorang pendiam, teman sejak sekolah dahulu adalah mereka yang bukannya pendiam.. Bukankah orang yang b

Ustaz Adli: 28 Julai 2010

Kelas tarikh adab hari ini berbicara tentang syurga, rasul dan macam-macam-macam lagi. Walaupun tiada dalam silibus aku memang suka lecturer yang mengajar sesuatu yang luar silibus. Rasa bahagia sebab tidak terikat dengan apa yang dipelajari dalam buku... Hm.. Hari ini kami hanya belajar tentang satu bait syair oleh Zuhair bin Abi Salma yang menceritakan maksud adab pada zaman jahili. Ustaz mahu memberitahu yang mana maksud adab pada zaman Jahiliah bukan hanya maksudnya orang yang mengundang orang makan, namun juga maknanya suluk atau akhlak. Mereka pada zaman jahiliah tidak hanya berbicara sesuatu yang baik namun tetap mementingkan perkataan yang baik dalam syair mereka. Jujurnya, aku bukanlah dapat menangkap dan mengingat semua cerita ustaz, jadi aku hanya menulis apa yang aku ingat.... Secara kurang tersusun... Ustaz seorang yang minat dan suka membaca dan mengambil tahu tentang rentetan peristiwa -urutan peristiwa yang melibatkan tarikh- Ada satu nasihat ustaz yang aku ingat. Ustaz

Cabut Gigi Itu Tidak Sakit

Doktor Gigi  Masa: 1225- Tarikh: 26 Julai 2010 Assalamualaikum.. Hm... Kapas masih dalam mulut. Rasa kebas dibius tadi tentunya tidak hilang, dan seperti biasa kepala tentunya separuh melayang..Alhamdulillah, dalam masa 15 minit gigiku yang kedua berjaya dicabut + tampal sekali. Pagi tadi sebenarnya teragak-agak untuk pergi atau tidak. Jam sudah di angka 9. Sepatutnya aku sudah ke Dental Clinic IIUM supaya mendapat nombor awal, namun aku sengaja ke Maktabah terlebih dahulu menghantar buku yang dipinjam. "Nak pergi ke idak???" Alhamdulillah, Allah lorongkan kaki ini untuk ke dental clinic. Ada empat orang pelajar sebelum aku, dan hampir setengah jam juga aku terpaksa menunggu... Layan televisyen yang terpasang di situ. "Jamilah.." Suara jururawat menghasilkan senyuman di bibir. Aku akan menerima rawatan. Debaran memang ada, namun kali kedua, sudah terasa biasa.. "Nak buat apa?" "Cabut gigi." "Hm, ada apa-apa sakit.&q

RELASI

Relasi by Hilal Asyraf Relasi Hilal Asyraf   Sebuah novel yang juga dikarang oleh saudara Hilal Asyraf.. Aku belum baca sepenuhnya, tapi sekadar membelek untuk mengetahui jalan ceritanya.. Ya, ia kisah seorang remaja sekolah menengah yang mencari erti sahabat. Seorang remaja yang tidak mengerti tindakan orang yang menyayanginya kerana menyangkakan orang itu melakukan kekasaran kerana benci. Sedangkan dia tidak sedar yang sahabat itu akan membawa sahabatnya ke jalan yang baik walaupun kadangkala membuatkan temannya itu terluka.. Arghh... Mungkin cerita ini tidak perlu dimasukkan dalam senarai buku kena baca jika kalian sudah membaca VT dan Sinergi + Remaja Mulia..Rasanya ini buku pertama Hilal yang diterbitkan tentulah ada kekurangan... Titik. Tak reti komen lebih-lebih sebab belum baca sangat. Sekadar selak-selak.. Hm, buku yang aku beli ini muka suratnya tak cukup. Jadi cerita agak tergantung di tengah.. mungkin kesilapan ketika proses printing...

Dengan Bismillah

Assalamualaikum... Pagi yang tenang. Cuaca di luar qamar cinta 1-1 agak suram dengan sang suria belum menampakkan diri.Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas untuk hari ini. Alhamdulillah... contengan pendek cuma.. Nak tulis tazkirah yang diingatkan ustaz Ghassan dalam kelas Survey yang lalu.. Tentang kalimah Bismillah.. Betapa perlu kita mulakan sesuatu dengan kalimah bismillah, Kerana Dengan Izin Allah kita dihidupkan dan masih bernafas sampai saat ini, Hanya kepada dengan nama Allah layak kita mulakan dan akhirkan sesuatu pekerjaan.. GOD! Jangan ditukar kalimah dengan perkataan ini, Kerana kita hanya ada satu: ALLAH. Allah yang disembah oleh semua nabi, Hanya hanya Allahlah pencipta kita. Usah diterjemah Bismillah itu dengan In the Name of GOD Tetapi In The Name of Allah....

Cabut Gigi Kali Kedua...

"Minggu depan kamu datang. Cabut yang belah kanan pula. Nanti simpan lama-lama jadi macam yang kiri" Huh, tentu aku pesan pesan dr gigi yang baik itu.. Entah apalah nama beliau... Hm, seminggu.. Cepat sangat, lusa dah hari ini. Dan aku berhajat untuk ke dentist hari Isnin juga memandangkan tiada kelas pagi.Tidak sanggup pula nak korbankan kelas. Syukurlah cabut gigi minggu lepas aku dah sihat petang tu.. hehe.. tak sampai hati nak ponteng kelas... Malam ni, aku cari-cari, tanya pak cik google tentang pengalaman orang cabut gigi.. Tentulah macam-macam.. Entahlah, rasa cuak pula. Aku dapat rasa yang gigi ini lebih kronik daripada yang aku cabut minggu lepas.. Minggu lepas jumpa tiga akar.. kali ini gigi geraham tentu lebih parah.. Arghhhh... ikutkan hati malas pula nak ke sana lagi. Teringat pengalaman minggu lepas. Memang pengalaman cabut gigi akan diingat seumur hidup.. Betul-betul cuak tunggu Isnin ini.. Rasanya kalau aku dapat MC lagi memang aku tidak ke kelas

Ceriti Hari Ini versi Panjang.

Masa: 1039-1116 Tarikh: 24 Julai 2010 Tempat: Meja Belajar Qamar Cantik 1-1 Ah, terasa rugi pula jika dibiarkan kenangan yang terjadi semalam hanya dalam ingatan yang mungkin cepat aku lupakan. Maka, pagi yang tenang dengan matahari yang tersenyum senang aku kembali mengatur satu demi satau ayat membentuk kisah yang terjadi semalam... Alkisahnya pun bermula... Seawal jam 8.00 aku sudah terpacak di Kedai fotostat untuk menuntut buku tarik al-adab al-arabi di kedai fotokopi hijau. Kemudian, bergerak ke ITD.. Kononnya hanya mahu seketika kemudian terus ke maktabah menyiapkan kerja. Namun jika sudah berada dalam ITD kakiku sudah dilekat gam gajah yang menyusahkan kaki untuk melangkah... Nokia bmelagukan Demi Masa yang menandakan ada panggilan masuk... "Jamilah, jom pergi JJ. Sekarang." Aku, diajak berjalan memang lembik tengkuk terus berkata ya. Ketika itu, barulah kaki ringan mahu pulang semula ke bilik untuk bersiap-siap. Rancangan ke Maktabah batal dengan sendiri

Lelaki dan Gayung Bocor...

Mungkin cerita ini sudah biasa didengar oleh orang lain. Namun aku suka untuk kongsikan sebuah kisah yang aku dengar ketika menghadiri satu majlis beberapa hari lalu. Terima kasih yang menyampaikan... Aku tak ingat cerita penuh, jadi ini jadi versi aku. Di sebuah kampung ada seorang anak muda yang tinggal bersama tok wannya. Setiap hari, si budak lelaki (aku namakan dia Syauqi) melihat tok wannya membaca sesuatu yang kemudian menjadikan mata tok wannya penuh bergenang air.. Setiap hari Syauqi melihat keadaan itu hingga membibitkan persoalan dalam hatinya. Lantas Syauqi menyoal tok wan akan hal itu. "Atuk, buku apa yang tok wan baca sampaikan setiap kali menatapnya tok wan akan menangis." "Syauqi. Ini bukan buku biasa. Inilah al-Quran." "Ohhh.. Tok Wan boleh ajarkan Syauqi kan??? " Dikerat cerita, maka belajarlah Syauqi membaca al-Quran daripada tok wan. Bermula dengan tidak tahu membaca, Syauqi mula mengeja, membaca satu persatu ayat-ayat al-Qur

Ceriti Hari Ini

masa: 2252-2259 tempat: ITD IIUM jamilahcakapsikit: catatan simple mimple... Hari ini tanpa dirancang sampai juga ke Masjid Jamek... Macam biasa ada pangalaman berharga.. Cuma tak mahu bicara banyak-banyak... Hanya.. Pertama kali aku tengok orang bersembahyang dengan ramai di Masjid India yang melimpah ke jalan dan kedai berhampiran.. Subhanallah... Memang sangat malu jika ada yang tidak solat dna hanya melepak tepi jalan. Aku berjaya menggunakan lebih kurang sepuluh ringgit untuk shopping kali ini...  Lain kali kena bawa duit sikit. nak beli barang fikir 20 kali dulu... itu aje.. Mata sudah mahu terpejam ni...  Buat Kak Husni dan Rokiah, maafkan aku jika masam sangat.. Biasalah Jamilah yang kedekut dengan senyuman.. Aku kan malas nak masuk kedai baju bagai gitu.. Tapi enjoy je hari ini..  Apa pun terima kasih bersama aku hari ini... Aku tak penat... Maafkan aku... Kalian................................................... =) Maafkan aku berwajah masam, Maafkan aku kurang senyum, Maafka

Aku & Musafir

Beliau adalah seorang sahabat yang aku kenali semenjak di Matrikulasi IIUM. Aku sayangkan dia kerana aku merasakan kami ada chemistry.. Walaupun mungkin dia nampak tegas dan punya prinsip, aku suka kerana dia boleh aku jadikan tempat luah rasa.. Masih aku ingat kisah aku dan dia di Surau Blok A, CFS IIUM Nilai. Ketika aku sangat kecewa dengan diri hingga berhajat untuk berhenti pengajian. Semuanya hanya kerana aku tidak hafal cerita dan kelu untuk mamberi ucapan bagi subjek muhadathah... Apa beliau bawakan untuk aku?Beliau berikan aku secebis semangat dan lihat aku menangis den menangis seperti orang yang sangat kecewa.. tentu hang inagt waktu tu hang bawa laptop Rokiah.. Haha.. Aku akan ketawa jika teringatkan kedunguan ketika itu. Hanya perkara kecil aku sanggup untuk terus menghampakan harapan seorang ayah yang membesarkan aku..  Alhamdulillah, rupa-rupanya tangisan hari itu memberi erti unutk hari ini.. oppss.. nak bercerita teng musafir sebenarnya... Musafir yang aku k

setelah Lima Tahun

Aku menyedari sesuatu. Separuh dekad aku terlibat dalam penerbitan karya di majalah, lima tahun secara rasminya aku cuba menghtar karya-karya kecil yang aku tulis ke majalah-majalah tertentu.. Dalam tempoh aku belum terlibat dalam dunia blogging, aku suka menghambur kata-kataku pada kertas conteng, memenuhkan buku-buku latihan dengan sajak dna mungkin cerita kanak-kanak tidak cukup umur.. Aku selesa dan lancar menulis dengan tangan jemari yang kemudian barulah ditaip.. Perasaannya lain daripada aku terus menukilkan menggunakan papan klekunci yang berlari lancar dan kadang-kadang tersekat tanpa sebaris kata... Diapdam-tulis-padam-delete dengan begitu mudah. Setelah lima tahun barulah aku sedar yang untuk memulakan sesuatu adalah lebih mudah daripada untuk mempertahankannya. Dalam erti kata lain, payah nak istiqamah untuk lakukan sesuatu.. Sebab itu Allah sangat menyuruh kita berdoa... Kita digalakkan berdoa supaya ditetapkan iman, diteguhkan hati atas jalan Allah.. Kerana kurang b

Apabila...

Apabila kantung hati itu hanya melakukan pekerjaan separuh hati, hasilnya mana mungkin akan dapat memenuhi kehendak Ilahi. Sebagaimana yang terjadi kepada aku sebentar tadi. Maafkan aku, mungkinjn inilah kali terakhir aku bersama-sama kalian.. dan selepas ini aku hanya memerhati dari jauh sebagaimana aku memerhati orang lain hari ini... Aku suka mengenali orang lain dalam keadaan orang itu tidak mengenali aku... Hati mendesak untuk tidak pergi. Sudah mahu bersedia untuk memanjat katil untuk lena. Setelah mendapat panggilan aku bersiap-siap.. kaki berjalan separu hati. MAka, apbila di sana, aku memerhati smeua orang yang penuh dnegan senyuman sedang aku dibalut masam. Muka semberut yang aku bawa malam ini dipadamkan dengan bacaan puisi.. Benar.. aku kepingin menyaksikan persembahan puisi secar live.. Rindu deklamasi puisi Ustaz Majid.. Puisi ringkas tetapi mendalam... Semester ini aku cuna untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa...  Aku tahu kawan-kawan aku makin sibuk dengan kerja-kerja m

contengan biasa...

Terasa pantas benar masa bergerak minggu ini. Baru ke kelas hari Isnin, sedar-sedar sudah tamat kelas terakhir pada hari khamis. Apakah petandanya.. Kerja mula menampakkan wajahnya.. Bukan senang nak berlawan dengan penyakit yang ada dalam diri.. sementelah aku spesis manusia yang suka buat benda yang aku suka dan perlu paksa untuk buat assignment.. Allah, semoga semester ini menampakkan satu sinar dalam kehidupan aku..

Aku & Ainul Salasiah

Ainul Salasiah Pada Kaca Mata Jamilah. Ainul memang seorang sahabat yang baik. Tiga tahun perkenalan kami, aku merasakan Ainul dekat dengan hati. Mungkin diseabkan sifatnya yang peramah menjadikan Ainul disenangi oleh orang yang berada di sekelilingnya. Aku suka perhatikan tingkah Ainul ketika berkomunikasi dengan rakan-rakannya (bila kebetulan aku di sisinya le.. ) Aku suka melihat Ainul tersenyum, bercerita dengan penuh semangat, memberi motivasi kepada seseorang... Ah, kenangan kita berbual menggunakan tulisan di Nilai tidak aku lupakan. Terima kasih untuk itu. Aku tidak ingat bagaimana kami berkenalan. (teruk kan!) Yang pasti sejak di CFS selama dua tahun, kami banyak sekelas.. BI, Arab, dan subjek yang wajib dipelajari di CFS kebanyakannya sekelas. Cuma ketika masuk Gombak dan kami bisa memilih subjek sendiri, seingat aku hanya kelas komputer kami sekelas. Alhamdulillah dengan kesempatan yang Allah berikan untuk aku melihat dan menggauli Ainul dari dekat. -Ainul peramah

Palestina Masih Berdarah

Kejadian yang melanda Mavi Marmara mengejutkan dunia. Dan kita seakan tersentak daripada sebuah lena yang panjang namun adakah hari ini isu itu masih diperbincang? Atau sama seperti isu-isu lain yang diperbincang seketika kemudian senyap seribu bahasa??? . Sedarlah wahai sahabatku, Palestina masih berdarah dan mereka akan melalui musim sejuk tidak lama lagi. Ramadhan sedang menggamit. Adakah mereka akan terus berada dalam gigilan sejuk tanpa kita membantu? Masyarakat antarabangsa belum berhenti menyalur bantuan kepada saudara kita di Palestina. Masih ada NGO yang ke sana membantu... Ya, masyarakat antarabangsa masih belum berhenti berusaha untuk melakukan apa terdaya bagi membantu saudara kita di PAlestina. Aduhai... Kita di Malaysia, adakah tersenyuh dengan penderitaan mereka? ataukah kerana kehidupan kita yang sudah biasa dengan kemewahan menjadikan kita lupa. Apakah yang sudah saya lakukan untuk Palestina? MAsihkah saya berdoa untuk saudara saya di Palestina?

Titik Mula Menulis.

Assalamualaikum… “Wah, kamu baca buku Hlovate. Sempoi gila bahasa dia. Tapi ada makna.” “Safuan, semalam aku belajar tentang ukhuwah dalam Sinergi yang ditulis Hilal Asyraf.” “Marziah, aku dah hadam Tuhan Manusia tulisan Faisal Tehrani. Mantap dan padat.” Saya percaya kamu tentu pernah mendengar nama-nama ini yang sudah tidak asing dalam dunia penulisan dewasa ini. Mereka tidak menulis sebuah cerpen atau sebuah novel dan terus dikenali. Mereka sudah melalui sebuah perjalanan penulisan sebelum menjadi seperti hari ini. Faisal Tehrani. Baru-baru ini saya mendengar di Youtube rakaman mhi di mana beliau menceritakan detik mula beliau menulis. “Setelah mendapat nombor telefon Pak Samad, saya menelefonnya dan beliau mahu berjumpa di masjid Negara usai Jumaat. Setelah bertemu saya katakana yang saya mahu belajar menulis. Pak Samad ada petua? Apa jawab Pak Samad? Ada lima perkara: baca, baca, baca, baca dan tulis.” Jika yang kelima juga baca, maka kamu jadi pembaca b

Hari Yang Membahagiakan

Hari ini aku keluar daripada kelas Introduction of Islamic Literature dengan senyum kepuasan. Tahun kedua di IIUM (walaupun masih level 1), aku berjaya mendaftar satu subjek yang aku idamkan... Subjek sastera.. Ya Allah sukanya rasa hati hanya Allah dapat gambarkan. Terasa ada tulip mekar bersama mawar berkembang mekar dalam hati. Rasa sangat gembira. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan hari yang sangat membahagiakan kepada aku. Sepatutnya mungkin aku tak patut ambil lagi subjek adab sebab nahw pun tak ambil lagi... Subjek core course pun tak habis lagi, tapi aku tidak sabar untuk melangkah ke depan. Aku takut aku tidak sempat untuk belajar semuanya... Jika aku menunggu step-demi-step untuk sampai ek situ aku khautir kaki ini tidak sampai.. Jadi, aku ikut hati.. Buku sudha dibeli.. rasa nak peluk, nak baca, nak belajar adab tu berkoobar-kobar walaupun dalam kelas aku hanya diam seribu bahasa... biasalah jamilah memang begitu... Yang pasti aku bahagia hari ini atas beberapa perkara:

GIGIKU HILANG.

Tempat: Meja Belajar Qamar Cantik 1-1, Safiyyah IIUM. Tarikh: 19-7-2010 Masa: 1131-1151 jamilahcakapsikit: Aku dapat MC hari ini.. Haha.. Aku kuatkan diri untuk betemu dentist hari ini. Haha, biasalah, selagi gigi tidak sakit aku akan bertahan hingga benar-benar perlukan rawatan. Seawal jam 9 pagi aku sudah berjalan keluar mahallah dengan penuh energi dan rasa mahu mencabut gigi. Sakit di gigi yang sudah dua hari secara automatik hilang ketika aku menghampiri klinik gigi... pelik! Tak akan aku nak berpatah balik pula, buatnya esok sakit semula, aku tak sanggup nak tinggalkan sebanyak empat kelas esok. Jadi, aku teruskan langkah penuh selamba dan tidak hiraukan orang. Isi borang-tunggu lima minit- aku dipanggil masuk. Dup-dap-dup-dap. Rasa macam nak jumpa seseorang yang kita nak jumpa sangat pula jantung ni bergerak dengan laju.. Nasib baik doktornya sangat baik.. huhu... Setelah diperiksa banyak juga gigi aku yang rosak dan perlukan rawatan lanjut. Apa tidaknya dahulu tiap

Cuci Mata Beli Buku...

Tempat: Atas katil tingkat II Qamar Cinta 1-1, Safiyyah, IIUM Tarikh: 18 Julai 2010 Masa: 2220-2231 jamilahcakapsikit: Tidak aku menyesal habiskan duit beli buku.. :) Alkisahnya, Jumaat lalu aku sudah meliburkan diri di Pustaka Mu'min, Jalan Masjid India untuk membeli beberapa buah buku terutamanya novel... Maka, melayangkan not-not untuk memenuhi nafsu membeli buku itu.. Dapatlah tiga buah buku PTS, satu hadiah untuk seseorang dan majalah Muslimah, Solusi dan PC... Sampai hari ini belum satu pun  aku sentuh sepnuhnya.. hanya baca celup-celup. hari ini -Ahad- sepatutnya aku hanya meneman kawan yang mahu membeli buku di Kinokuniya. Konon-kononlah. Duit dalam poket dah dimasukkan RM100.00. Maka, hampir seratusnya aku beli buku-buku di Kino hari ini. Setelah tiga kali bertandang, baru hari ini aku membeli buku di Kinokuniya ini. Rasa sangat bahagia.. (jangan lupa bacalah kalau dah beli) Petangnya, aku berkesempatan pula ke MPH Wangsa Maju di JJ. Selama beberapa kali ke JJ bar

Gigiku Kesakitan

Sudah hampir dua tahun gigi ini sihat tanpa sebarang rasa nyilu dan sakit, Masih aku ingat kali terakhir kau sakit ketika di Nilai, Sanggup kau ponteng kelas, Namun ke klinik tetap tidak, Bengkak itu yang makin jelas sehari ke sehari, Tidak dapat kau sembunyi, Kata Dr di klinik UIA itu boleh jadi kanser gusi. Aku diam. Bila ia surut aku tetap enggan bertemu dengan dr gigi... Hm.. 17-7-2010 Di IIUM Gombak, Tidak disangka ia mendatangi aku lagi, Memberi erti dengan menikmati sedikit kesakitan, Yang sepatutnya aku harungi dengan doa dan sabar, Bukan mengeluh dan hanya lena... Ah, mungkin bagiku lena dapat mengurangkan kesakitan, Namun ternyata rasa sakit itu mendatangi aku dalam mimpi, Sakit gusi aku yang dulu mengunjungi lena malamku, Yang membuatkan aku terlena seketika kemudian terus terjaga... Hmmm.... Aku akan mengelak untuk bertemu dr gigi, Aku tidak suka berjumpa dengan dr, Dari dulu sampai sekarang... Allah, semoga sedik

TEMBAKAN SEMANGAT OLEH UMAIRAH SHAFEI

"::umairah shafei:: said... sekadar menembak semangat buat shbt tersyg. rentaslah apa saja yg j mahu, selagi itu Allah redha.. buatlah, rentaslah, belajarlah.. buat apa yg kita suka itu, adalah slh satu dr kebahagiaan hti. belajar jd diri sndiri, blajar mengenali dri sndiri, itulah yg umy tgh alami jg..sebagaimana yg j alami skang. hrgai diri kita, sbb itulah aset trbaik yg kita ada. :) j ada kelebihan yg umy atau ssiapa takda. j adalah diri j. itulah uniknya Jamilah Mohd Norddin yg umy akan sntiasa rndu dan kenang saat kita bpisah nnt. pcayalah! truskan mnulis..tulis, tulis, tulislah apa saja. pasti ada ssuatu yg umy blajar dr sini. :D bebaslah spt layang2 yg trus terbang tinggi, pd ms yg sama trus melawan arus (tak peduli apa org kata), hanya satu saja. asalkan kita tak terputus dr tali Allah.. Jamilah Mohd Norddin ialah Jamilah Mohd Norddin. :D yakinlah pd dirimu. yakinlah..yakinlah.. maaf, andai ada tsalah umy bbicara. slm syg, umairah shafei. :)" Umai

Hilal Asyraf Pada Kaca Mata Jamilah

 Tempat: Qamar Cinta 1-1 Safiyyah, IIUM Masa: 0758-0817 jamilahtulissikit: Mengambil semangat dengan bercerita tentang penulis yang berjaya (Hilal kata penulis itu doktor yang mampu menyembuhkan penyakit jahiliah pembaca dengan tulisannya... ) Bismillah, Aku Mulakan Penulisan Pagi Ini Dengan Nama-Mu, Ya Allah. Sesiapa yang pernah baca karya Hilal Asyrah tentu mengenali sekujur sosok muda itu. Seorang remaja yang berusia 21 tahun dan masih menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin ini merupakan seorang pengarang yang sudah menghasilkan lima buah novel dan dua buah buku motivasi yang diterbitkan dalam tempoh DUA TAHUN. Aku merasakan ia sebuah pemncapaian yang harus dicontohi dan menunujukkan bahawa dengan kemahuan, Istiqamah dan kerajinan seseorang menulis mampu memberikan sebuah pulangan kepada penulis sendiri dan pembacanya. Bagaimana mulanya aku mengenali penulisan Hilal Asyraf. Aku tidak pernah mengenali Hilal Asyraf, hanya menegetahui tentang beliau menu

Durrah Nur Aqilah: Usah Pergi Selagi Tidak Sampai Masa

Tempat: Qamar Cinta 1-1 Safiyyah IIUm Masa: 20:09-20:20 Tarikh: 5 Syaaban 1432 jamilahcakapsikit: menulis mengikut aliran jemari yang menari pada papan kekunci. Lagu yang mengiringi Penulisan: PERGI-Aizat Bukan mudah mahu menduga sekeping hati. Hati sendiri kadang tidak terurus dan terbiar, apatah lagi mahu menjaga hati orang lain.-ayah, mak, kakak-kakak, sahabat, adik, mak cik pak cik, teman- Dapatkah aku buat-buat tidak kisah dengan detik kata hati yang kadang merindukan suasana lama. Sebentar lagi mahu menafikan kata hati yang bahagia dan ketawa mengenangkan sebuah kisah. Kemudian hati menangis sendiri terkenang dosa silam dan kesalahan pada mereka. Ah, hati adalah sebuah bekas yang cepat berbolak-balik..  Allahumma sabbit qalbi 'ala di nik, wa taatik, wa husni ibadatik... Allah, Engkau pemilik sekeping hati milik aku dan mereka. Engkau penguat hati aku dan mereka. Dan hati masih kejap di sana walaupun jasad aku berkecai separuh nyawa hilang diterbangkan angin kenangan yang keja

Usah Pergi Selagi Tidak Sampai Masa

Tempat: Qamar Cinta 1-1 Safiyyah IIUm Masa: 20:09-20:20 Tarikh: 5 Syaaban 1432 jamilahcakapsikit: menulis mengikut aliran jemari yang menari pada papan kekunci. Lagu yang mengiringi Penulisan: PERGI-Aizat Bukan mudah mahu menduga sekeping hati. Hati sendiri kadang tidak terurus dan terbiar, apatah lagi mahu menjaga hati orang lain.-ayah, mak, kakak-kakak, sahabat, adik, mak cik pak cik, teman- Dapatkah aku buat-buat tidak kisah dengan detik kata hati yang kadang merindukan suasana lama. Sebentar lagi mahu menafikan kata hati yang bahagia dan ketawa mengenangkan sebuah kisah. Kemudian hati menangis sendiri terkenang dosa silam dan kesalahan pada mereka. Ah, hati adalah sebuah bekas yang cepat berbolak-balik..  Allahumma sabbit qalbi 'ala di nik, wa taatik, wa husni ibadatik... Allah, Engkau pemilik sekeping hati milik aku dan mereka. Engkau penguat hati aku dan mereka. Dan hati masih kejap di sana walaupun jasad aku berkecai separuh nyawa hilang diterbangkan ang

Shopping

Minggu pertama aku sudah menghabiskan duit dengan membaeli apa yang aku mahu.. Novel sudah semestinya.. Ketika cuti aku sangat kempunan nak dapatkan notebook baru, namun sangat sayangkan laptop yang dibeli menggunakan duit poket UIA ni... Rasa selagi dia mampu berkhidmat untuk aku, aku nak gunakan.. mungkin hanya perlu ditambah RAM dan sedikit modify... Hm, aku bila rasa nak beli kena terus beli, lepas tu dah hilang feel pulak... :) Memang aku berhabisan hari ini.. Beli buku + majalah sahaja dah Rm80 ringgit lebih... then, beli itu ini-itu ini dah berjumlah... Duit PTPTN aku secara automatik dah tinggal separuh.. dan macam sem lepas aku peruntukkan seratus untuk beli buku secara online.. hehe... memang puas walupun berhabis.. Bila duit dah kering aku akan duduk diam-diam-diam... Titik penat sudah bershopping seorang diri hari ini. Keluar ketika jam baru pukul 9, sampai uia ketika orang nak solat Jumaat... Alhamdulillah.. titik. jamilahcakapsikit: kalaulah ayah tahu apa anak d

Aduhai seorang aku...

Aku mahu jadi seperti dulu, Aku mahu diam dan buat-buat tak tahu, Aku nak jadi bisuuuuuuu.. Biarlah.. Aku bahagia dengan apa yang aku ada, Walau orang pandang aku derita.. Aku tak hebat, Aku tak baik, Aku tak thiqoh... Aku hanya budak biasa. Aku tak pandai pun. Result aku mula dengan 2.0 bukan 4.0.. Aku hanya manusia berusaha. tapi aku bukan seorang sempurna.. Terima kasih ekpada yang ada dis ekeliling aku. Aku nak berundur daripada semua oranggggg.. byeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... :)

>>>>>>>>

hari baru semangat kena baru. Niat kena betul hari-hari.. Elakkan mengutuk-mengata dan seangkatan dengannya pada lecturer. Tak berkat belajar. Datang kelas hari-hari, kamu belum ada rekod bersih tanpa ponteng kecuali semsester pendek yang sangat pendek itu. titik. pesan buat diri. Qamar cantik C1-1 06:48

AKU NAK JADI BUDAK LITERATURE.

Aku jenis tak kisah orang lain,  Kalau aku nak, maknanya aku nak buat benda tu, Insya Allah. Dan memang aku bertekad nak ambil Adab bila masuk UIAM, MAtlamat aku ambil bahasa Arab adalah untuk menjadi student adab. Aku sangat berminat untuk belajar walaupun aku tidak pandai sangat adab. Tapi tak salah kalau nak belajar jadi student adab.. Insya Allah, aku mula ambil subjek cincentration Area II sem ni.. Tak sabarnya nak masuk kelas dan mula belajar.. Insya Allah.. Kena usaha yang terbaik dan dekatlkan diri dengan Yang Memberi Rezeki.

Sungguh.Aku.Tak.Faham.

tadi ada kelas survey untuk pertama kali. Aku tak expect sera,mai itu manusia akan memenuhkan kelas dan aku duduk tempat paling belakang. AH, memang aku sengaja cari pasal pun. Akhirnya, banyak kata-kata ustaz yang aku tak faham. Beliau cakap full dalam bahasa Arab. Memang ada sepatah kata yang aku faham tapi bakinya langsung aku tak faham. Haha, itupun masih ada hati nak ambik bahasa Arab. tak apa, aku ada sebab sendiri nak ambil arab. Aku nak belajar Adab. JAdi kena belajar betul-betul. Kamu tu nak sangat belajar adab. Jangan main-main dah. Masa tu dah berlalu. Bangun, Baca buku.. Tidooooooooooooooooooo.. perlu tapi jangan sampai tak baca buku.. All the best for this year.. Aku nak bina kembali villa igauan aku....................

Pesanan Buat Diri Pada Awal Semester

Ada satu perkara yang kena betul pada awal-awal semester begini.Jangan sampai hujung semester menyesal kerana salah niat dan tidak kena pula tindakan yang dilakukan. Subhanallah. Sesungguhnya pemberian Allah kepada aku setiap semester membolehkan aku terus berjuang sampai hari ini. Biarlah larianku tidak segagah orang lain, jalanku masih pincang aku belum rebah. Akan aku terus berjuang, Insya Allah... Aku sudah melalui pengalaman semester pertama dengan gagal dalam dua subjek penting. Memulakan pengajian dengan CGPA hanya dengan dua point somenthing. Aku sudah mendapat surat amaran kerana tidak hadir ke kelas selama dua minggu berturut-turut yang kemudiannya aku withdrawal dengan bayaran sebanyak RM300.00. Aku biasa mendapat markah rendah dalam mid-term dan CAM... Ah, baru dua semester aku di sini, aku sudah merasakan pengalaman itu. Mungkin hanya kegagalan kecil kerana aku pasti setiap manusia berbeza nasibnya. Aku sengaja menulis di sini supaya aku ingat. Agar kawan-kawan yang ad

Coretan Siswi 2: Aku Pada Hari Pertama Semester Ini.

Hari pertama semester ini lebih sibuk berbanding semester lepas. Aku nampak lebih banyak manusia di kawasan IRKHS disebabkan ramai yang tidak dapat membuat pertukaran ke Edu. Jadilah suasana yang aku rasakan dua semester yang lalu. Aku sudah lupa-lupa-ingat pengalaman pertama aku di semester ini. Yang pasti sesat-sesat jugalah walaupun sudah membuat pencarian kelas sebelum bermulanya hari pertama. Dan suasana begitu akan berulang pada setiap semester dan aku masih seperti itu. Tidak tahu membalas dalam bahasa antarabangsa jika ditanyakan arah. Aku boleh nak bawa mereka tunjukkan tempat, tapi bila minta aku terangkan.. er.. er.. er.. akhirnya jawapan selamat I don't know.. haha, itulah yang aku jawab tadi apabila ada foreigner tanya di manakah Department al-Quran & Sunnah. Ah... betapa kurangnya perbendaharaan kata walaupun setiap semester ada pelajaran dalam bahasa Inggeris. Titik. Habis membebel. Aku hanya mahu mencoret pengalaman hari pertama aku semester ini supaya aku i

Aku Pada Hari Pertama Semester Ini.

Hari pertama semester ini lebih sibuk berbanding semester lepas. Aku nampak lebih banyak manusia di kawasan IRKHS disebabkan ramai yang tidak dapat membuat pertukaran ke Edu. Jadilah suasana yang aku rasakan dua semester yang lalu. Aku sudah lupa-lupa-ingat pengalaman pertama aku di semester ini. Yang pasti sesat-sesat jugalah walaupun sudah membuat pencarian kelas sebelum bermulanya hari pertama. Dan suasana begitu akan berulang pada setiap semester dan aku masih seperti itu. Tidak tahu membalas dalam bahasa antarabangsa jika ditanyakan arah. Aku boleh nak bawa mereka tunjukkan tempat, tapi bila minta aku terangkan.. er.. er.. er.. akhirnya jawapan selamat I don't know.. haha, itulah yang aku jawab tadi apabila ada foreigner tanya di manakah Department al-Quran & Sunnah. Ah... betapa kurangnya perbendaharaan kata walaupun setiap semester ada pelajaran dalam bahasa Inggeris. Titik. Habis membebel. Aku hanya mahu mencoret pengalaman hari pertama aku semester ini supaya aku i

Coretan Siswi 1: Bersediakah aku?

Bismillah.. Seketika saat kaki masih di perkampungan nan aman, aku teringatkan aliran sungai Gombak yang kelihatan seperti teh susu itu. Hati tidak sabar untuk kembali. Seakan-akan katil di C1-1 memanggil untuk aku kembali memesrainya. Oh, rupa-rupanya jodohku denganmu hanya seketika cuma. Aku kembali berada di tingkat atas. Tempat bersemayam orang tinggi-tinggi tentunya di atas, bukannya di bawah. Aku rela dan bukannya terpaksa. Titik. Aku melihat sesuatu dalam diri hari ini. Perkara yang sama sejak aku berada di sekolah sampai tangga sekarang orang kata aku berada di menara gading. Ah, sebenarnya aku masih terasa seperti berada di sekolah. Perangaiku yang lama. Penampilanku masih yang dulu. Pergaulanku tetap begitu. Ah, kadang-kadang syaitan itu suka benar menghasut dengan menanam persoalan dalam diri. "Dapatkah aku habiskan pengajian di bumi UIAM?" "Mampukah diri ini bertahan sampai titik akhir." Sesungguhnya hanya Allah yang tahu perasaan