Setiap anak istimewa. [kredit gambar: http://www.taarezameenpar.com/ ] |
Sedari siang tadi memikirkan tajuk ini.Saya jadi teringat filem yang saya tonton berulang kali itu. "Taare zameen par". Bukan saya mahu mengulas atau menjadi pengkritik kepada filem ini, sekadar bercerita...
Anak. Saya tidak punya pengalaman menjaga adik, lalu apabila melihat anak saudara sulung melayan adik-adiknya, saya terfikir sendiri.
"Anak sulung dan anak bongsu beza benar." Rasa tanggungjawab dan perasaan itu beda. Itu saya pasti.
kerana perbezaan yang adalah anak tidak boleh dilayan sama semuanya. Mungkin anak sulung suka warna biru, anak kedua minat warna hijau, anak ketiga suka warna merah. Jika semuanya diberi warna yang sama merajuklah ia. Seni menjaga zuriat itu juga penting.
^apakah aku membebel, belum sampai maksud. ^
Cuba tulis lagi...
Saya suka melihat jika keadaan di sekolah. Dalam sebuah kelas yang jumlahnya 30 orang punya 30 ragam yang tidak sama. Lalu, bagaimana jika seorang guru melayan semua anak didiknya itu sama rata. Sedang dalam kelas itu ada yang senang menangkap isi pembelajaran, ada yang sedikit lemah, ada yang fikirannya cepat terbang. Bukan semua murid bisa menterjemah apa yang dirasa.
Lalu, saya teringat lagi kepada watak Ishaan itu.
Gurunya menganggap semua murid sama. Lalu Ishaan yang lambat menangkap pelajaran itu ketinggalan dan tidak mampu membina diri kerana tidak ada sesiapa yang mahu mendekati dan cuba mengorek masalahnya. Hiduplah dia sebagai seorang yang hilang semangat hinggakan minatnya dalam lukisan tercantas kerana sebuah kesedihan.
Sedangkan Ishaan punya bakat yang sangat besar dalam bidang lukisan. Kerana memberontak dengan keputusan ayahnya yang menghantar anaknya itu ke sekolah berasraman, dia hilang semangat.
anak yang diherdik dan diberi layanan yang kurang baik oleh ibu bapanya membentuk personaliti yang suka memberontak. Gusar hati yang tidak terluah tercurah pada bukan tempatnya. Lalu, jadilah ia seorang anak nakal.
b****, S***** dan yang seumpama perkataan yang sama maksudnya jika diucap kepada seorang anak akan tidak akan membina anak itu. Anak kecil perlu disuburkan dengan kata-kata yang baik. Ucapan yang dapat membina dirinya. Tetapi perkataan itu banyak dalam dialog drama yang ditonton hari-hari. Kalimah itu sudah jadi biasa.
^sedih^
Ah, tanggungjawab seorang ibu dan ayah bukankah sangat besar?Namun memang saya tidak tahu bagaimanakah besarnya tanggungjawab itu dan merasa bebannya, sekadar berkongsi apa yang dirasa setelah berulang kali menonton "taare zameen par" itu.
hm...
^Seseorang tidak akan merasa selagi belum berada dalam kalangan mereka. Senang sekali bicara, itulah aku sekarang. Aku belum punya anak, sekadar memerhati dan bercakap. memang senang.. Susun sahaja ayat dan terus tulis.^
Ibu bapa yang melihat setiap anak berbeza akan melayan anaknya bukan semuanya sama. Adil itu bukannya sekadar bahagi semua benda sama, namun meletakkans sesuatu kena pada tempatnya. Tidak mungkinkah kerana mahu adil, anak lelaki dan perempuan kita berika baju kurung. Itu zalim.
Seorang ibu bapa itu perlu melihat anaknya berbeza. Bukan melayan anak sulung, tengah dan bongsu dengan layanan yang sama. Ajaran dengan hikmah lebih berkesan daripada rotan dan tengkingan.. pandangan saya...
Sekian.
potensi perlukan bimbingan,
10.49p.m, 27.11.2010
Qamar Jamilah, Mahang.
Comments
memang best...
mereka yang diberikan Allah kelebihan itu.. memang istimewa...
dan saya sudah baca.
Tertarik untuk menonton lagi setelah baca apa kamu ulas...
"Apabila pengarah buat cerita yang luar alam, memang senang dapat tarikan."
"kurangkan gosip dan kontroversi dalam cerita but tingkatkan kualiti dan moral cerita"
Setuju.
Perkara ini hanya akan terlaksana jika ada yang mula.
Filem Iran pun menarik.
=]