Skip to main content

UNIKNYA PERSAHABATAN ITU.

Aku mula kenal dia kerana kami ditakdirkan dalam kelas English Level 4 di Center for Foundation Studies IIUM pada 2007. Aku tidak mengenalinya secara dekat namun hanya mengenalinya sebagai seorang rakan sekelas. Dalam diam aku nampak sesuatu dalam diri dia. Mungkin kata orang kalau minat sama chemistrynya terasa dekat. Ada tarikan dalam diri untuk mendekati namun aku tidak berani. Aku bersahabat dalam kalangan mereka yang aku biasa kenal sahaja. Bukankah aku seorang yang sangat susah memulakan perkenalan?

Aku tidak berapa kali pernah bicara kerana aku sangat pendiam pada orang yang aku tidak rapat. Tetapi aku tahu sesuatu. Dia minat menulis juga. Macam juga Syeika Syuhada, seorang lagi teman yang aku kagum dengan penulisan mereka di matrik ketika itu. Aku suka melihat ketika mereka present Speaking.... Memang bersemangat dan melantun rasa kagum dalam diri melihat kesungguhan mereka. Titik. Sedikit kisah yang aku ingat ketika di PJ.

Masuk Nilai, Arab Level 3 kami sekelas. Aku macam biasa mulut sangat sedikit... Mungkin ada kami berbicara namun sangat sedikit... Aku tidak pandai berbicara dengan mulut kalau dengan dia. Dan aku tidak ingat bilakah aku mengenal blognya yang pertama, eslamicqueen.wordpress.com.. Aku suka baca dia menulis terutamanya kalau menulis cerita @ pengalaman.. Aku ingat satu benda yang dia kata.. Satu hari hujan, dan aku tengok dia merakam hujan.. Aku tersenyum lihat... Unik.. I like it.  Oh, melankolik dia ni... hehe...

Kami pernah bersama-sama ke UIAM Gombak untuk mengikuti bengkel bersama Kak Fatimah Syarha . Aku ingat lagi, ketika itu bulan Ramadhan...  Di sana hampir sehari suntuk dan tiba di Nilai hanya selepas jam 11 malam... Wah, mak guard menghulurkan surat cinta a.k.a surat saman.. Mujur sahaja dilepaskan... Ini kenangan ni...

Aku mungkin lebih banyak berinteraksi dengannya di dunia maya dan menggunakan penulisan.. Entahlah, kalau dalam dunia betul, macam segan sedikit.. haha.. walaupun kalau orang rapat tahu bisingnya aku kadang-kadang...

Masuk Gombak... Tahun pertama di sini tiada sekelas... Mungkin berhubung dengan blog. Ertihijrah.wordpress.com sudah menjadi antara laman mesti lawat kalau masuk alam maya. Kami banyak berinteraksi dengan tulisan berbanding kata-kata.

Aku juga aneh dengan persahabatan ini. Aku segan untuk bersembang ketika bertemu., tetapi ramah di alam maya dan menggunakan penulisan... Mungkin dengan penulisan kami lebih rapat.. haha,betul tak empunya diri?

Semester ini aku ajak dia jumpa Hilal Asyraf.. Bengkel penulisan kedua kami hadiri bersama-sama.. Kami sekelas namun aku lebih suka memerhati daripada menegur.. Seganlah...

Hooho... cukuplah aku cerita tentang sahabat aku yang unik ini.. Kami kenal dengan penulisan bukannya dengan kata-kata. Kami rapat kerana meminat bidang yang sama -umy ada potensi yang sangat besar- dan sebagai rakan sekuliah.. Allahlah yang menentukan pertemuan ini.. Subhanallah...


Dialah Umairah Shafei, si manis berusia 20 tahun (hihi, tak cukup 21 lagi)... Pelajar IIUM dalam bidang bahasa Arab dan Kesusasteraan (major literature, minor history)...

Aku suka lihat kamu daripada jauh... Aku suka pandang kamu berbicara.... Aku suka baca penulisan kamu. Terus dan terus menulis Umy... =)

Jangan marah saya buat entri ini... Mengingatkan diri tentang perkenalan kita dahulu hingga hari ini.... Allahlah yang aturkan pertemuan kita... Jangan  lupa, nak terbitkan buku kelak, saya nak ada bersama-sama Umy pada hari bersejarah tu... hihi..

Wassalam.




Nota Kecil Hujung Entri: Kami bersahabat dengan mata pena bukannya bicara sahaja... =)

Comments

Subhanallah.

Terima kasih, Jamilah..
buat Umy rasa nak menitis air mata.
J knal Umy..Mndalam plak tue.Siap ingan kenangan Umy rakam hujan lg. Oh! Malunya. Hehe.

Tak pe, mcm mne pn pshbtn kita.
Biarlah ats kertas sj, biarlah dlm emel sj, dan biarlah jg lbh smpurna mlalui blog sj, aslkn..dlm hti Umy ttp ada seorang Jamilah.

t.ksh byk.
terharu.
ya Allah..

"Moga Allah meredhaimu sahabat, krn mengukir sgala yg baik ttgku, tanpa ada setitik aib sdktpun. Sdgkan aku manusia, kalau dihitung byk skali khilafnya.."

Allahhu Allah.

p/s: umy mmg melankolik. heh. super melankolik. bkn yg mnulis pn sama ke? ehehe.
bila baca apa akak tulis rasa nak menitis air mata..huhu..terharu ngan persahabatan akak berdua..subhanallah..
Jamilah said…
Ibnu Jamaluddin,

Amin. Semoga Allah meredhai persahabatan kami.
Jamilah said…
::umairah shafei::

Saya hanya kenal Umy dengan apa yang saya lihat... =)

Semoga Umy cepat hasilkan buku. Tidak kiralah bahasa Melayu atau Arab. =)

p/s: yang menulis ni gadis melankolia =)
Jamilah said…
hidayatun mardhiah,

Allahlah yang mengatur pertemuan kami dengan cara ini..

=) Setiap orang ada kisah yang unik, kan?

=salam kenal mardhiah= =)
ainul said…
sangat terharu...huhu

saya ada dua sahabata yang heba dalam penulisan..

Ya Allah, mudah urusan mereka.. istiqamahkan mereka dalam bidang ini.. Mudah-mudahn banyak lagi hati2 yang bakal tersentuh...
Jamilah said…
Ainul,

Amin. Doa-doakan... Saya dah lama tidak menulis betul-betul. Hanya menconteng.

Saya juga ada sahabat yang hebat bernama Ainul Salasiah Shafian. =)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub