MAHU TERUS MENULIS!

TIDAK DAPAT KEMBALI
Pena kembali berbicara. Mahu mengutara suara hati yang kian bisu. Saat ini tidak ada satu sajak apatah lagi yang dapat aku hasilkan. Jemari seakan kaku. Hanya menaip satu dua kata, kemudian mati di situ. Keberanian aku untuk menembusi majalah sudah hilang. Jadilah tahun ini aku hanya memerhati satu demi satu nama muncul di dada akhbar dan majalah. Aku? Penaku kehabisan dakwat dan entah mengapa tinta yang aku cari di kedai-kedai tidak dapat mengisi kembali pena yang kehabisan dakwat itu.

Ya Allah, kembalikan rasa itu... Aku mahu kembali seperti dahulu. Aku mahu mencari pengalaman dengan menghantar karya di majalah lagi. Namun apa yang terjadi sekarang, aku hanya mampu mengemaskini laman blog.. mencoret-coret, menukil sajak yang tidak layak dihantar ke majalah... Allah... kenapakah perasaan itu hilang???

Adakah kerana aku sangat lapang sekarang? Idea selalu datang ketika masa-masa terdesak: imtihan nihaie, sibuh dengan kerja-kerja khusus, ada masalah... Apabila aku sangat lapang seperti hari ini, aku tidak mampu menukil kata... Benar.. dan aku terasa sangat sunyi dan sedih dengan keadaan yang berlaku. Benar, ada rasa cemburu melihat ada-ada sahaja karya orang lain di akhbar dan majalah.. sedang aku???

Kami sama-sama diberi Allah bakat. Namun adakah aku tidak menggunakan semuanya dengan baik? Aku gagal memanfaatkan apa yang Allah beri. Adakah Allah akan tarik semula nikmat ini?

Allah...

Entah bila dapat aku temukan ganti tinta yang sudah habis itu....

Titik.

Luahan Jamilah
03:02petang
Jumaat, 18-6-2010


Nota Kecil Hujung Entri: Ini catatan aku suatu masa dahulu dan masih menghantui kala ini... 

Comments

Akhyar said…
ada orang kata, sengsara membuka pintu idea.

[minta komen untuk tulisan baru :D]
Anonymous said…
tidak bersetuju....idea adalah kita....tidak perlu dibuka, yang perlu adalah diperhalusi dengan niat untuk membantah segala yang salah...insya Allah
Jamilah said…
Are Yie, cik anon di atas telah menjawab soalan kamu.

Idea sebenarnya ada sahaja di sekeliling kita, dalam kehidupan dan pengalaman hidup kita sehari-hari...

Daripada ditulah idea bertukar menjadi sebuah tulisan untuk menyatakan pendirian, perasaan, kritikan, pembaikan, dakwah dan sebagainya..

Maka, yang perlu hanya terus dan terus menulis..

=)

[Bagus, sudah menulis cerita ye.. Teruskan sampai cerita itu selelsai.. Orang sekarang suka ambil 'ibrah dan dalam cerita banding baca fakta berjela-jela.. ini juga satu uslub dakwah. =]]
Anonymous said…
sama2...mari kita banyakkan lagi menulis cerita...yang membantah mereka yang salah....dan sanggup memberontak, demi kebenaran....

Are yie - blaja dgn kak jamilah cara menulis ke? bagus2....dia mahir menulis....

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut