Skip to main content

Catatan Kelas Adab ISlami

Tarikh: 30 September 2010
Masa: 11.45a.m-1.00p.m

Kelas adab islami hari ini membincangkan tentang manhaj al-fann (manhaj yang mementingkan seni) atau ustaz katakan sebagai manhaj yang memuja seni.

Buruk benar jika kita terlalu mengagungkan sesuatu yang juga bersifat makhluk hingga melepasi batas kewarasan selaku manusia atas nama seni.

Barulah aku tahu bezanya manhaj yang mengagungkan seni dan manhaj yang mengagungkan alam. Jika mereka yang memuja alam ini sanggup menghabiskan sejumlah wang untuk meneliti alam dan menurunkannya dalam alam, manhaj yang mementingkan seni lebih teruk. Sanggup lakukan apa sahaja atas tiket seni.

Jika seorang biasa melihat sebatang lilin yang terpadam itu sebagai suatu fenomena biasa, mereka yang mengagungkan seni mentafsirkan ia dengan macam-macam hal.. Berakhirnya kehidupan mungkin???

Mereka mempunyai syuur yang dalam namun tidak membataskan perasaan itu dengan landasa Islam. Tentulah tersesat mereka dalam mencari erti seni hakiki.

Betapa cantiknya ajaran yang sudah Allah turunkan buat kita. Dia bataskan semuanya dalam manual al-Quran dan al-HAdith. Dijanjikan tidak sesat kita selagi mengikut kedua-duanya. Islam tidak menghalang kita berkreatif, berseni namun biarlah pada acuan yang sudah Allah tetapkan.

Subhanallah!!!

Nota Kecil Hujung Entri: Layan Redha, Segenggam Tabah dan Hanya takdir oleh In-Team.. AKu suka benar tiga lagu ini. =)

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...