Skip to main content

Bosan????

Sebenarnya aku sudah bosan dengan apa yang aku tulis. Aku suka benar menulis sesuatu yang berkaitan dengan aku walaupun itu bukanlah sesuatu yang penting. Kadang aku menulis kenangan dan peristiwa yang mungkin sepatutnya tidak aku sertakan di sini. Namun aku tetap menampalnya di sini.

Aku akan padam semua entri yang sudah aku tulis bila aku bosan mula menulis semula. Kononnya mahu menukar cara penulisan. Belum lima entri aku akan kembali bercerita tentang diri. Tentang cerita yang aku alami.  Beginikah payahnya apabila seseorang itu lebih suka menulis berbanding meluahkan kepada orang lain. Orang kata lebih kenal aku melalui tulisan banding apa yang aku cakap. Payah juga sebab bukan semua aku tulis benar. Kadang aku tambah perisa bagi nampak sedap walaupun ada yang sangat jujur.

Kamu tidak bosankah membaca contengan aku? Ini soalan yang berputar dalam akal hari ini? 

Maafkan aku jika mengambil masa kalian membaca apa yang aku conteng sedangkan tiada perkongsian ilmu yang hebat. Sesungguhnya Jamilah ini hanya manusia kerdil, bukanlah insan-insan hebat yang setiap katanya diiring ayat al-Quran dan Hadith, mampu menyentuh hati manusia dengan tulisan.. Aku menulis catatan, perkongsian untuk diri... Maafkan aku, semua yang membaca catatan aku di sini...

Aku betul-betul minta maaf sebab banyak menconteng kisah aku di sini

Kadang dan beberapa kali aku cuba stop menulis blog, delete blog lukluah sudah beberapa kali, blog ini sudah bersalin entri beberapa kali juga.. Akhirnya tetap sama... Aku masih menulis kisah aku sendiri.. Maafkan aku wahai yang sudah membaca blog ini... Mungkin blog ini dipanggil perkongsian cerita aku bersama kalian.. 

Tetapi,

Berkali aku memohon maaf, uslub bercerita ini seakan sudah sebati dengan Jamilah.. ITulah yang akan ditulisnya juga... Jadi Jamilah memohon seribu ampun dan maaf jika menggunakan masa kalian membaca contengan-contengan di sini..

Okey, titik! Ini entri ditulis sebab daripada pagi terfikir tentang benda ni.. Aku bosan dengan tulisan sendiri. Tidakkah kalian juga bosan dengan apa yang aku tulis???
=)

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...