Bertarung dengan perasaan sendiri ada kalanya membuatkan aku lemah sendiri. Kejadian semalam belayar di lautan ingatan. Terkapai-kapai lemas, hampir tenggelam kerana perasaan sendiri..
Astagfirullah..
Allahuakbar!
Kelas leadership. Aku duduk kaku seperti batang kayu. Sungguh kelas leadership membuahkan rasa tidak senang dalam hati.
Semuanya kerana aku yang tidak pandai bercakap.
Semuanya kerana aku tidak pandai berbahasa mahu melakukan itu ini.
Semuanya mereka.
Titik.
Tamat.
Kaki melangkah ke makmal komputer. Tempat biasa bagi melepaskan lelah. Walaupun sedar assignment Adab Islami dan History Arabic LIterature belum selesai, aku tetap ke sana. aku meminta sahabatku pulang terlebih dahulu.
Ada kata-kata yang mahu diterjemah dalam bentuk tulisan. Meronta untuk dikeluarkan. Tidak semua dapat diterjemah dengan lisan. Aku melangkah laju, hanya setengah jam sebelum makmal ditutup.
Buku laman-laman biasa. Deactivate facebook lagi (entah kali berapa untuk semester ini).
Sampai ke laman UIAM.
Mahu lihat apa terjadi.
Tengok.
Mata Berat.
Ada air tumpah.
Setitik.
Deraian.
Log off.
Aku tidak peduli air mata yang mengalir tanpa kasihan. Malam ini Allah menghadiahkan akuair mata buat menyuci mata. Teringat pula Ustaz Adli pernah kata yang air mata boleh menyuci mata. Kita perlu juga menangis, dan ketika hati tidak mahu menangis, dipinta diberikan air mata. Rasakan nikmatnya malam ini.
Lost.. Tangan menaip mesej mengacau semua yang aku kenal.
Sahabat, andai kalian orang yang aku ganggu semalam, maaf! Ketika itu aku benar-benar perlukan seseorang untuk bicara. Saat itu aku memang terkapai mahukan seseorang yang menyelamatkan perasaan ini daripada tenggelam. Maafkan seorang kawan yang aku susahkan semalam. Aku dijerut rasa bersalah pula menyebabkan malamnya terpaksa dilalui dengan melihat aku mengongoi depan matanya..
Astagfirullah...
Kawan itu tidak tahu kisah sebenar, dan akal dan hati bertarung apakah akan diberitahu perkara itu. Tekad. Perkara lain yang terluah...
Kejadian semalam.
Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.
Kau menunjukkan aku yang jalan sebenarnya masih terbuka depan aku. Hanya aku yang terlalu pantas hanyut dengan nikmat kesedihan yang Allah pinjamkan.
Ya Allah....
Salahkan aku menaip kisah itu di sini... I need someone to talk ketika aku katakan yang aku mahu lari daripada semua orang. Allah mahu memberitahu yang aku tidak dapat hidup sendirian. Ada perkara yang aku perlu kongsikan. Namun jemariku lebih pantas daripada lisanku...
Sahabat yang aku mesej semalam, maafkan aku mengganggu malam kalian. Maaf. Maaf.
Perasan itu menjelma tiba-tiba dan aku hampir hanyut dalam lautan rasa semalam.
Sebenarnya akukah yang cepat melatah?
Maaf aku bercerita sesuatu yang mungkin aku patut rahsiakan. Tetapi inilah kenyataan yang terjadi semalam.
Lawak pula bila aku dapat berjalan daripada makmal komputer -Mahalah-duduk selama sejam menangis..
Tidak peduli apakah orang lihat atau tidak. Aku puas dapat menangis semalam.
Aku bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Masa itu mungkin hampir tiba dan perpisahan pun berlaku. Bersediakah aku????

Comments