Skip to main content

JAMILAH & DIARI

Assalamualaikum

Alhamdulillah, jemari terasa ringan untuk terus menari atas papan kekunci IBM Think Pad yang sudah dua tahun berkhidmat dengan aku. Tadi, aku sengaja membelek-belek kembali lembaran diari yang tercatat kisah-kisah aku sejak sekolah menengah. Terimbau kenangan lama, suka dan duka seorang yang bernama Jamilah.

PENULIS DAN DIARI.
Beberapa kali menghadiri bengkel dan seminar penulisan, mendengar ceramah penulis terkenal sekali-sekala dan pesanan mentor/otai dalam penulisan, jika mahu mula menulis, boleh mula dengan menulis diari. Menulis diari sebenarnya mengajar kita untuk jujur dengan diri sendiri kerana biasanya kita akan menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran: Suka, benci, kutuk orang, tidak puas hati.. semuanya..

Mungkin akan ada yang berkata, menulis diari ini cocok untuk perempuan, malulah jika ada lelaki yang menulis diari. Aku tidak setuju dengan kenyataan ini kerana rasanya ada sahaja lelaki yang menulis diari. Orang yang menulis diari tidak semestinya sangat jiwang.

PENGALAMAN MENULIS DIARI
Aku tidak ingat bilakah aku menulis diari, tetapi yang tersimpan pada aku adalah diari sejak aku berada di sekolah menengah. Mungkin itu saat aku mula berjauhan dengan keluarga, maka ada ruang rindu yang kosong di situ, maka aku curahkan dalam lembaran diari. Aku tidak menulis dalam diari yang punya kalendar untuk setahun kerana aku bukannya akan menulis diari hari-hari namun menulis mengikut keadaan diri. Kadang banyak mahu diluah kadang tiada...

Diari pertama yang tersimpan hanya buku tulis biasa yang aku balut. Aku bercerita suka duka, impian aku bergelar seorang pelajar sekolah menengah. Kehidupan seorang pelajar yang pendiam. Kisah guru yang aku sayang dan peristiwa menyakitkan dan aku tidak mampu ceritakan pada orang lain. Namun ada buruknya aku menulis begitu, kerana jika terbaca, aku terimbau kenangan itu.. Pahit...

Aku terus dan terus menulis diari. Memang sangat memalukan jika ada yang terbaca diari aku kerana aku mencatat mengikut rasa sendiri. Kadang cuba memberi semangat pada diri, muhasabah, bercerita kesakitan yang ditanggung, kegagalan luka.... Aku akan tenang setelah usai menulis pada kertas...

DIARI HILANG.
Ini kenangan pahit aku semester lepas dan aku tidak mampu maafkan diri dengan kecuaian ini. Memang aku suka bawa ke mana-mana sahaja diari aku. Malangnya aku tidak ingat di manakah aku letakkan diari itu.. Sangat sedih...

Dalam itu ada kisah persahabatan aku, ada nota bengkel bersama sis Zabrina, tazkirah oleh Hilal Asyraf, nota bengkel yang aku hadiri... Namun tentu ada hikmah dengan apa yang terjadi... Aku terpaksa mengingat dalam hati Cuma kenangan yang terpateri dalam diari itu. Tidak tahulah kalau ada orang terbaca. Moga tidak...

BERHENTI MENULIS DIARI.
Aku terasa mahu berhenti menulis diari dan menulis sahaja dalam blog yang memang menjadi sebahagian diari. Namun, tidak semua perkara aku boleh tuliskan dalam blog, maka aku teruskan kembali diari.. Menulis diari sebagai satu terapi dan cara merawat kesedihan.. Aku akan menulis tanpa batas dan berterus terang apabila menulis diari...

Menulis diari membuatkan aku rasa puas kerana bebas meluah rasa.. Hanya diari tidak mampu memujuk dan membalas semua tulisan aku. Maka, tulisan itu sendirilah yang menggerakkan perasaan diri...

BACA DIARI
Aku suka baca blog yang menceritakan kisah hidup orang sehari-hari kerana kehidupan setiap orang tidak sama. Kita punya cara hidup dan kisah berbeza.. Aku sangat suka membaca novel berbentuk diari kerana aku terasa seperti membaca diari orang yang membuatkan aku senyum lebar..

Okey, aku tidak mahu serik menulis diari kerana semua catatan itulah yang akan jadi antara bukti kehadiran aku atas muka bumi, dan orang akan tahu kisah aku jika kelak aku tiada dengan membaca diari yang aku tinggalkan. Begitu juga apabila aku menulis di blog... Inilah harta kerana aku tiada wang untuk ditinggalkan.., hanya tulisan dan buku yang dibeli..... ia akan jadi milik semua kelak.

Amin,

Nota Kecil Hujung Entri: Kadang aku jujur bercerita kerana ada perkara aku tidak tercakap dengan bicara dan aku lebih suka mencurah pada kertas.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...