Skip to main content

Daripada Suraya Untuk Jamilah...

 Tempoh hari aku menulis tentang garduasi Kak Su, dan beliau membalasnya dengan e-mel ini.. Aku mahu kongsikan dengan kalian.. 

*****

Untuk ADIK
...
From:
suraya mohd norddin
 


To: lukluah_jamilah@yahoo.com
Assalamualaikum

Adik, kaksu baru baca entry blog adik yang adik dedikasikan khas untuk kaksu. Sangat terharu kaksu baca tulisan adik. Terima kasih adik kerana menggembirakan kaksu. Adik belajarlah bersungguh-sungguh ya. "Ilmu itu jadi cahaya, penghubur hati, penawar duka... Mesti di cari walaupun susah, demi agama sanggup bersama"- petikan nasyid yang kaksu dengar hari-hari kat PASTI.

Adik punya potensi yang besar dalam diri adik. Kaksu percaya suatu hari nanti kita akan dapat raikan kejayaan adik sama-sama, InsyaALLAH. Tak semua yang terpilih untuk berada di menara gading, hanya yang mampu dan cemerlang yang layak. Kejayaan itu milik insan biasa yang lahir dari keluarga yang biasa yang BERUSAHA secara LUAR BIASA. Bisikkan bisikan yang POSITIF pada diri dan teruskan melangkah.

Adik, terima kasih yang tak terhingga atas segalanya, dan hadir meraikan hari konvokesyen kaksu, juga terima buat kak husni yang sama meraikan hari bersejarah itu.

ADIK,
Kalu ada apa2 bagitaula kaksu...

SALAM SAYANG... Kaksu





Nota Kecil Hujung Entri: Aku bukan adik yang baik.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...