Ya Allah, urat nadi tersentak tiba-tiba. Akal jadi tepu tanpa dapat berfikir apa-apa. Sungguh tiba-tiba aku menjadi orang asing dalam diri sendiri. Siapakah Durrah yang aku kenal hari ini? Hatinya makin rapuh. Katanya hanya rapuan, bicaranya menyakitkan. Tulisannya hanya mainan.
Apabila rasa sedih sedikit bertandang, barulah ringan lidah mahu menyebut namamu- Arrahman, ar-Rahim...- Kala senang, basahkah bibir dengan kalimah zikir? Ya Allah...
Baru sedikit Allah mahu sentuh hatimu, kau sudah terasa lemah.Air matamu sudah menganjak sungai dan bagaikan tiada muaranya. Bagaimana jika Allah mahu benar-benar menguji hatimu? Bersediakah kamu untuk melalui detik itu?
Allah mahu menguji kamu dengan kata-kata yang kamu lafazkan. Apakah kamu mampu hadapinya? Memang Allah sediakan ujian yang dapat dilalui oleh hamba itu...
Ya Allah, adakah aku sedang berputus asa? Astagfirullah...
Namun sesungguhnya aku tidak kuat lagi melawan rasa dalam diri yang galak berlawan sesama sendiri untuk memenangkan fungsi masing-masing. Permainan yang kadang memmbuatkan aku kalah hingga akhirnya tersesungkur sendiri.
Adakah aku sedang berputus asa dengan segala nikmat yang Allah beri?
Aku tidak bersyukur dengan kebahagiaan yang Allah beri?
Dengan ketenangan hati yang Allah rasakan dalam diri?
Dengan sahabat yang hebat di sisi?
Tidak bersyukurkah aku?

Comments