Minggu ini mungkin antara minggu yang sibuk bagi aku. Biasalah jika manusia yang suka membuat kerja last minute begini. Ustaz berikan kerja untuk tiga bulan, aku buat dalam tiga hari...
Kita selalu dengar ini. Ingat Lima Sebelum Lima.
:Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati:
Manusia ini kalau tidak kena atas kepala, dia jarang nak ingat diri. Sekali merasa, barulah insaf.. Terfikir-fikir masa yang ditinggalkan. Bila dah alami, baru aku mengulang-ulang lagu demi masa, Raihan.. Haha, memang sebijik atas kepala... =)
Masa sekarang, ketika matahari memancar terik, banyakkanlah minum air kosong. Tetapi jangan diisi tenggorok itu dengan air water cooler banyak-banyak. Khuatir cepat pula sakit tekak. Haha, inilah yang aku alami. Dua hari aku menelan air water cooler, tekak sudah mula memberontak.Itu pun aku sudah minimumkan kuantiti air water cooler yang aku minum. Amaran yang bukan selalu datang menjengah. Amaran pada tekak, kepala, .. semuanya sudah ada warning berwarna kuning...
Dan aku merasa nikmatnya setelah lama tidak disentuh belaian yang bernama 'Demam'. Haha, perlukah aku tulis entri ini? Sengaja aku mahu bercerita.
Tiga hari lalu, Mastura mesej, beritahu beliau demam... Tak sangka kami punya chemistry bab-bab deman ni. Dah sampai pada aku. Ingat lagi semasa sekolah juga begitu.. Dia demam, aku turut demam.. Dia batuk, kami berlawan batuk ketika exam... Haha..
Habis leadership semalam, sempat makan bersama-sama ahli grup dan ke Giant lagi. Kena dapatkan air mineral juga sebab memang mencari nahas jika hanya meneguk water cooler itu. Balik Giant memang aku lena.. Bangun lena-bangun-lena.. Akhirnya satu kerja tidak aku snetuh. Haha..
Tapi nak update blog masih sempat lagi, nak buat assignment fikir berulang kali.. Teruk betullah kamu ni...
Okey, doakan aku cepat sembuh. =) Hihi, demam sedikit je sebenarnya, sengaja cerita..
Moral: Banyakkan minum air mineral atau air masak bukannya air water cooler.
Nota Kecil Hujung Entri: Sihat sebelum sakit!
Comments
Baguslah tak minum air mesin tu... =)
Terima kasih... Dah sihat.. =]