Assalamualaikum, Jamilah...
Bagaimanakah keadaan kau sekarang? Ana harap Jamilah dilindungi Allah sentiasa dan tidak lagi memikirkan perkara negatif yang membuatkan Jamilah sedih. Jamilah perlu POSITIF! OPTIMIS! BERCITA-CITA TINGGI! BERUSAHA.
Jamilah tahu, ana sayangkan Jamilah lagak ana sayangkan diri ana sendiri. Jamilah adalah sebagian diri ana. Jika Jamilah sedih anak ana akan berduka. Maka, Jamilah perlu sentiasa ceria.
Jamilah perlu ingat yang kehidupan kita tidak panjang. Berapa ramai yang Allah tidak berikan peluang lama untuk dia hidup. Hidup pasangannya mati. Tarikh kematian kita sudah tercatat. Hanya kita tidak mengetahui. Jadi, Jamilah, bergeraklah! Jangan hanya duduk sahaja dan menghadap laptop atau melayan lena hingga langsung Jamilah tidak sedar apa yang terjadi. Tidak endah sahabat sekeliling, teman, pelajaran dan diri sendiri.
Jamilah perlu bangun demi cita-cita Jamilah. Seorang Jamilah yang mahu menjadi editor terkenal. Mahu bergelar editor untuk sebuah majalah. Maka, Jamilah perlu bergerak dan bekerja ke arah itu. Allah letakkan Jamilah di bumi UIAM bukan hanya untuk main-main, namun bersamamu ada satu misi yang tergalas.
Jamilah perlu realitikan mimpi yang Jamilah tuliskan dalam diari lima tahun lalu. Sepatutnya Jamilah sudah punya buku sendiri sekarang. Novel Jamilah sepatutnya sudah ada di pasaran. Namun apa sudah jadi? Mana sumbu semangat yang selama ini sentiasa menyala? Sudah terpadamkah Jamilah?
Masalah bukan untuk Jamilah termenung. Bersedih. Duka. Jamilah kena lawan masalah yang datang. Sahabat, duit, perasaan... Semuanya bersifat sementara. Semuanya ada jalan keluar. Hanya Jamilah perlu mencari. Allah beri kesihatan, beri ruang, beri semuanya yang Jamilah mahu, Jamilah sia-siakan segalanya? Jangan Jamilah. Sekali Allah tarik sebagaimana Allah tarik nikmat yang satu itu, Jamilah akan menyesal seumur hidup.
Jamilah, hiduplah dengan menjadi benih yang baik... Benih yang kemudiannya membesar menjadi pohon rendang yang akan menjadi tempat berteduh orang lain pula. Buahnya boleh dimakan. Jangan jadi kayu mati.
Kamu mampu. Hanya Jamilah perlu berikan peluang kepada diri untuk membuktikan yang Jamilah sebenarnya mampu lakukan. Chaiyok!
Nota Kecil Hujung Entri: Menyemai cinta untuk diri sendiri.

Jamilah Mohd Norddin.
Qamar Cinta 1-1
24-10-2010
07:49p.m

Comments